You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala rahmat dan petunjuk-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Abdul Halim Bin Che Hassan selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) yang banyak member sokongan kepada para pelajarnya.

Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Encik Zain Bin Awang sebagai guru mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan turut memudahkan saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu saya kerana banyak memberikan bantuan terutamanya dari segi kewangan. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada semua pihak mana mungkin saya dapat menghasilkan Kerja Kursus Sejarah dengan sebegini rupa. Tidak lupa juga terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan saya, Wan Nur Aina Husna Binti Wan Harun, Tuan Nurul Nadzirah Binti Tuan Hasdi dan Siti Nursamiha Binti Setapa yang banyak membantu mengeluarkan idea sepanjang menyiapkan folio ini.

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan Kerja Kursus ini.

You might also like