You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas segala rahmat dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kerja kursus sejarah ini telah berjaya di siapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang di anugerahkan oleh-Nya .

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Abdul Halim bin Che Hassan selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya .

Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Encik Zain bin Awang sebagai guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 3 yang terlalu banyak membantu, membimbing dan turut memudahkan saya dan rakan-rakan dalam sepanjang proses menyiapkan kerja kursus. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana banyak memberi bantuan terutamanya dari segi kewangan.

Terima kasih atas segalanya. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada semua pihak mana mungkin saya dapat menghasilkan kerja kursus sejarah dengan sebegini rupa. Tidak lupa juga terima kasih saya kepada rakan-rakan yang turut membantu mengeluarkan idea sepanjang menyiapkan folio sejarah ini.

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini .

OBJEKTIF KAJIAN

Untuk mengenal pasti dan merekodkan fakta sejarah yang sahih . Sumber ini dapat membantu saya agar dapat membuat kajian dengan lebih jelas dan tepat .

Menambahkan pengetahuan saya berkaitan keropok lekor , mengajar saya untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih baik terutama ketika mengumpulkan maklumat .

Melalui kajian ini juga saya dapat memotivasikan diri saya agar mempunyai semangat cintakan negara seterusnya mengukuhkan jati diri saya sebagai warganegara Malaysia .

KAEDAH KAJIAN
Temubual Orang

Saya bersama rakan-rakan telah menemubual seorang peniaga keropok lekor iaitu Puan Amirah yang telah banyak memberi maklumat yang diperlukan dengan lebih terperinci.

Menganalisis dokumen Saya telah mengumpul dokumen-dokumen berkaitan keropok lekor dari pelbagai sumber . Tujuan saya menganalisis semua dokumen ini adalah untuk membantu saya membuat kerja kursus ini.

MELAYARI INTERNET

Akhir sekali , saya juga melayari internet untuk mencari maklumat dan rujukan dengan lebih jelas .

RUMUSAN
Setelah bertungkus lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan .Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang dilaksanakan. Perlaksaan kajian ini memberikan pelbagai iktibar bukan sahaja kepada para pelajar yang menjalankannya, malah turut menyumbang kepada bangsa dan negara. Bagi diri saya, pengkajian ini sememangnya memberi

banyak informasi yang berguna kepada diri saya sekali gus menambahkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam perniagaan keropok lekor .Saya bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan saya tentang latar belakang perusahaan keropok lekor malah saya berasa kagum tentang makanan tradisional di negara kita .

You might also like