You are on page 1of 1

NOMBOR REKREASI Nombor rekreasi adalah salah satu bahagian daripada matematik yang menyenangkan dan popular kerana

masalah yang perlu difahami agak tertarik walaupun penyelesaiannya mungkin lebih sukar. Nombor rekreasi juga merupakan satu istilah yang merujuk kepada tekateki dan permainan nombor. Bukan setiap masalah dalam bidang matematik memerlukan pengetahuan matematik yang canggih, jadi, dengan ini, nombor rekreasi sentiasa dapat menarik perhatian dan rasa ingin tahu semua pembaca tidak kira mereka adalah ahli bidang matematik ataupun ahli bukan bidang matematik dan seterusnya menginspirasikan penelitian mereka secara lebih lanjut terhadap matematik dan juga nombor. Nombor rekreasi meliputi permainan matematik yang banyak dan boleh diperbaharui. Genre ini termasuklah teka-teki logik tentang nombor dan teka-teki lain yang memerlukan penalaran deduktif, estetika matematik, cerita aneh tentang matematik dan juga ahli bidang matematik. Beberapa masalah yang yang menarik dalam bidang ini tidak memerlukan pengetahuan tentang matematik secara lanjut. Antara beberapa topik yang lebih terkenal dalam nombor rekreasi adalah empat segi sama ajaib dan fraktal. Sebagai contohnya, geometri fraktal adalah satu cabang matematik yang mempelajari tentang sifat dan perilaku fraktal di mana fraktal merupakan objek yang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian secara masing-masing tetapi mempunyai bahagian yang serupa dengan objek asalnya. Fraktal boleh dikatakan memiliki detil yang tidak terbatas, dan boleh menghasilkan pola yang berulang.

You might also like