You are on page 1of 5

TEKNOLOGI BARU DALAM SENI VISUAL

Oleh: Hassan Mohd Ghazali


Pensyarah Kanan
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
e-mail: hasan@upsi.edu.my.

1. Pengenalan:

Topik ini lebih tertumpu kepada perbincangan penggunaan teknologi baru


dalam penghasilan karya-karya seni visual. Teknologi dalam penghasilan
karya seni visual lebih tertumpu pada penggunaan bahan elektronik dan
perkomputeran. Tumpuan pembentang ini adalah berkisar kepada
pengkaryaan yang menggunakan teknologi yang bukan konvensional
sifatnya, seperti lazim digunakan dalam karya catan, cetakan dan kraf.
Perbincangan ini adalah sekadar pendedahan untuk melihat bahawa
dunia kini tidak terlepas dengan perubahan demi perubahan yang
mencetuskan idea baru dalam perkembangan seni visual.

Sejak mulanya revolusi perusahaan sekitar tahun 1830an lagi maka


tercetusnya revolusi baru dalam seni visual dengan pengenalan kamera
atau rakaman gambar. Cetusan ini telah membuahkan satu paradigma
baru dalam seni visual sama ada dari segi penggunaan bahan tersebut
dan idea melalui teknologi.

2. Era Globalisasi
Seperti diungkapkan di atas, era globalisasi merupakan era baru dalam
dunia hari ini. Istilah “globalisasi” atau dunia tanpa sempadan telah
dicetuskan melalui era dunia teknologi maklumat dan kamunikasi. Istilah ini
adalah dari cetusan dunia barat dan merupakan satu ‘projek’ negara-negara
barat terhadap spekulasi ekonomi dan politik (2001). Namun begitu era ini
terpaksa kita telan bersama dengan membawa pandangan mesej yang
tersirat untuk menemukan suatu idea dan pemikiran yang baru. Karya seni
tidak terlepas dari pelukan era globalisasi ini. Lantaran itu para pengkarya
dan seniman tempat juga mengikut arus ini untuk membentuk imejan yang
bercirikan teknologi baru dalam penghasilan karya.
Kalau diterjemahkan kata-kata Deepak Nayyar dalam bukunya bertajuk
Globalisation, The Past in our Present (1997) yang menyanggah dasar
sistem dalam WTO (World Trade Organization) yang asemetri:
“ Dapat dilihat bahawa rangka kerja institusi globalisasi amat
bercirikan asimetri yang ketara. Dari satu segi globalisasi
menganggap sempadan negara tidak perlu diambil kira untuk
membenarkan aliran dagangan dan aliran modal. Akan tetapi untuk
aliran teknologi dan aliran buruh ia perlu pula dibatasi. Ini bermakna

Seminar sehari Seni Visual 1


15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang.
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
negara-negara membangun perlu membuka pintu pasaran untuk
modal dan dagangan dari Utara berjalan secara bebas tetapi negara
maju pula tidak perlu memberi ekses teknologi kepada negara
membangun. Begitu juga negara-negara membangun perlu
menerima pergerakan modal tetapi negara maju tidak pula perlu
membuka pintu mereka kepada aliran buruh. Asimetri ini,
terutamanya di antara modal yang bebas masuk dan buruh yang
tidak bebas menyeberangi sempadan negara, perlu saya tekankan,
merupakan inti ketidakadilan di dalam peraturan permainan
globalisasi pada abad ke 20 “.
Kenyataan ini sengaja saya masukkan dalam esei ini agar kita yang terlibat
dalam aliran kesenian dan kreativiti akan melihat bahawa era ini ada agenda
politiknya dari kuasa barat. Maka dalam mencetuskan idea dalam karya
yang melihat kepada era globalisasi kita juga akan merasai sensitivitinya.
Idea bahawa kuasa dan pengaruh ekonomi, mulai dari sekarang, akan
bergantung pada teknologi serta komitmen-komitmen ‘high-tech’, bermakna
bahawa negara-negara yang dapat menyesuaikan diri secara realistik
dengan tuntutan-tuntutan teknologi jugalah yang akan dapat memainkan
peranan dalam menentukan konteks budaya global yang baru (2000)
Sesungguhnya dalam era ini cabaran para pengkarya dalam
mempersembahkan bentuk dan makna dalam karya adalah sungguh
mencabar. Dilihat beberapa karya dalam teknologi baru, cetusan ini bermula
apabila Nam June Paik seorang pemuzik, sainstis, jurutera dan pelukis
menghasilkan sebuah karya yang dianggap pengasas kepada teknologi
baru. Karya awalnya bertajuk ‘Global Groove’ (1960). Memperlihatkan suatu
teknik yang menarik dengan menggunakan persembahan seni melalui video
yang ditayangkan melalui layar televisyen.
Kemudian dalam tahun 1982 beliau meneruskan penerokaan yang lebih
menarik dengan karya instalasi melalui teknik media baru iaitu bertajuk TV
Buddha. Karya ini menggambarkan sebuah arca buddha berhadapan
dengan tv dan kamera. Dalam karya ini June telah menggunakan kesan
cahaya, bunyi (muzik) dan ruang. Para pengkritik seni sependapat bahawa
karya beliau talah meneroka satu dimensi baru dalam dunia seni visual.
Sekitar awal 1990 komputer menjadi alat yang sungguh berguna kepada
manusia. Sistem komputer telah direka kepada penggunaan cip yang kecil
dengan kuasa yang besar telah menyemarakkan lagi penggunaan komputer
dalam karya seni.
Pada tahun1973 Ed Emshwiller merupa pengasas kepada seni
menggunakan komputer video. Karya beliau pertama bertajuk SCAPE-MATE
telah menunjukkan suatu penggerakan imej dengan lenggok tarian dengan
skema warna kehijauan. Pergerakan yang memakan masa 30 minit memberi
kesan dramatik dalam karyanya,

Seminar sehari Seni Visual 2


15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang.
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Sebenarnya peringkat awal penggunaan teknologi baru ini adalah dipelopori
oleh ahli sains atau jurutera yang terlibat secara langsung dengan media
elektronik seperti video, komputer, televisyen dan perfileman. Mereka mula
meneroka dan mendapatkan imejan yang menampakkan kesan kreativiti dan
kelangsungan terus menjadi sebagai karya seni visual dalam dunia yang
baru.

2. Perkembangan Teknologi Baru:


Perkembangan teknologi baru dalam seni visual mula diperkenalkan
sejak zaman mulanya seni itu bertamadun, namun demikian dalam penulisan
ini, penulis akan memulakan perkembangan itu apabila mulanya era
perkembangan revolusi perusahaan di Perancis, iaitu mula kamera direka
yang dikenali sebagai kamera ‘abscura’. Sebenarnya apabila mula kamera
direka dan digunakan, para pelukis telah mula menghasilkan bentuk karya
yang baru. Mulanya era impresionis dan era modenisme dalam pengkaryaan
seni visual. Ini menunjukkan bahawa perkembangan teknologi baru telah
mula mencetuskan satu penerokaan baru kepada seniman dan pengkarya.
Justeru perkembangan ini sungguh menarik kerana pada era itu pun pelukis
telah mula menyedari bahawa kepentingan dan kelebihan teknologi baru
telah memberi impak kepada penghasilan karya.
Perkembangan dunia teknologi mula dirasai, pengkarya mula sedikit demi
sedikit menerima teknologi ini sebagai bahan kepada penghasilan karya
dalam seni visual. Karya awal fotografi bertajuk Le Boulevard Du Temple
dalam tahun 1893 karya Louis Jacques Mande Daguerre telah menunjukkan
suatu pemandangan di sebuah bandar di Jerman. Karya ini jelas
menunjukkan teknik dan kesan yang menarik. Pengkarya dapat menyalami
konsep pengkaryaan dalam sebuah karya seni. Paling penting karya ini telah
menunjukkan kesan sejarah dan kesan sosial dalam gambaran seni.
Selanjutnya, perkembangan penghasilan teknologi baru dalam seni visual.
Cetusan fotografi membawa kepada media teknologi baru yang lain iaitu
wayang gambar atau filem, video dan seterusnya komputer.
Penggunaan komputer dalam pengkaryaan seni visual menjadi lebih
bersemarak apabila komputer menjadi keperluan dan lebih mudah didapati
dalam pasaran. Tambahan pula dengan harga yang boleh dibeli menjadikan
teknologi ini lebih mudah diterokai dan digunakan.
Dalam era globalisasi dan Teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan
teknologi baru dalam menggerakkan bidang seni visual semakin terserlah.
Perkembangan teknologi komputer yang begitu cepat secara langsung
mencabar pemikiran para karyawan untuk terus berkarya dan berinteraksi
dengan bahan. Kalau dulunya kita hanya memperkatakan karya 2D dan 3D
tetapi kini kita terpaksa wujudkan satu bentuk kelompok media yang dikenali
sebagai ‘Time space’, 4D, ‘Elektronik Art’, ‘Computer Art’, ‘video art’ atau
‘Digital Art dan lain-lain makna yang sesuai.

Seminar sehari Seni Visual 3


15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang.
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Merujuk di negara ini, perkembangan teknologi baru dalam wadah seni visual
lebih dekat kita melihat bahawa suatu perkembangan yang cukup menarik.
Pengkarya telah berani memaparkan permasalahan berkarya dengan
pendekatan yang baru. Sama ada mengeksploitasi bahan dan melemparkan
suatu idea baru dalam persembahan. Nama pengkarya seperti Ismail Zain,
Hasnol J. Saidon dan beberapa pelukis yang tidak disebukan nama telah
mula menjadikan teknologi baru sebagai media untuk mengetengahkan
‘subjek matter’ yang relevan.
Dilihat dari sudut sejarah perkembangan awal, sejak 1983 seorang
pensyarah reka bentuk industri ITM (Sekarang UiTM) Kamarulzaman Md Isa
telah mempamerkan sebuah karya di luar lingkaran karya biasa dengan
menggunakan komputer sebagai bahan. Pada peringkat awal beliau telah
menggunakan bahasa pengaturcaraan BASIC di atas pelantar komputer
Apple IIe dengan kapasiti RAM 64kb menghasilkan karya imejan. Setahun
kemudian beliau mengeksploitasi lagi dengan menggunakan komputer di
atas pelantar ‘Commodore 64 dan menghasilkan karya ‘self portrait’ dengan
pencetak ‘dot matrix’. Pada tahun 1987 Beliau terus mencuba dengan
menggunakan teknologi yang lebih tinggi kuasa iaitu Komputer Commodore
Amiga 1000 yang mempunyai kuasa 500kb iaitu Karya tersebut bertajuk ‘Cini’
dan ‘Tribute to Bapak’.
Pameran Digital Collage pada tahun 1988 merupakan pameran sepenuhnya
dihasilkan menggunakan imej berkomputer melalui cetakan dot matric oleh
Ismail Zain. Beliau juga dikatakan perintis awal yang berani membuat
pameran perseorangan dengan menggunakan teknologi baru melalui
eksperimentasi.
Cetakan-cetakan menggunakan komputer dalam karya-karya bertajuk Digital
Collage memperlihatkan kesediaan beliau menerima dan meraikan
pengaruh-pengaruh dan imej-imej budaya yang dapat dari mana-mana
tamadun manusia pada masa lampau. Menurut Redha Piyadasa dalam
katalog Rupa Malaysia (2000) menyatakan, Ismail Zain menekankan
pengalaman-pengalaman baru bersifat global dan pasca-modenis berhubung
dengan ruang yang perlu difahami dan ditangani dengan serius oleh pelukis
masa depan.
Sekitar akhir tahun 1990an dan awal 2000 memperlihatkan eksploitasi karya
menggunakan teknologi baru menjadi lebih gemilang. Kemunculan Hasnul
Jamal Saidon yang mengutarakan karya dalam bentuk elektronik dan
memperhebatkan dengan idea E-art telah meletakkan dunia seni teknologi
baru di negara ini semakin bersemarak.
Beberapa pelukis lagi yang terus dengan menggunakan teknologi baru dalam
penghasilan karya tidak dapat penulis sebutkan. (Hanya ditunjukkan dalam
slaid sahaja).

Seminar sehari Seni Visual 4


15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang.
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
6. Penutup
Era Teknologi maklumat dan Komunikasi kemudian dengan kemunculan
dunia Globalisasi tanpa sempadan yang dicetuskan telah memberi implikasi
dalam dunia karya seni visual. Perkembangan ini perlu di garap oleh para
seniman dan pencinta seni dalam suasana yang positif kerana,
perkembangan ini akan terus melanda kita dengan tidak boleh ditahan.
Dengan pengaruh elektronik yang sungguh kuat pada generasi baru secara
langsung akan mencorakkan dunia tanpa sempadan dalam penghasilan
karya semada dari segi bahan, idea dan teknik.

Rujukan Buku:

Duane and Preble S, (1994). Art Forms (5th Edition), New York: Harper Collings
College Publishers.

Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall.

Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Vigg, P.R., Bone, R.O., & Sayton, D.L. (1999) Art
Fundamentals: Theory and Practice (8th Edition). New York: McGraw-Hill.

Redha Piayadasa (2000). Rupa Malaysia meninjau Seni Lukis Moden Malaysia,
Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Malaysia.

Hasnul Jamal Saidon (1997). Pameran Seni Elektronik Pertama, Kuala Lumpur: Balai
Seni Lukis Malaysia.

Redman S. A (1999). Taking The Leap Into New Media . Ohio: North Light Books.

Seminar sehari Seni Visual 5


15 Mac 2005 – IKIP Kuantan Pahang.
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

You might also like