You are on page 1of 7

FUNDEMENTAL DAN AQIDAH SYIAH IMAMIYYAH ITHNA ASYAIRAH

1- Aqidah Memperseketukan Allah

Muhammad Bin Ya’kub al-Kulaini menyebutkan dalam Usul al-Kafi (bab


bahawasanya bumi ini semuanya milik imam). “Dari Abu Abdillah a.s ia berkata:
Bahawasanya dunia dan akhirat milik imam, ia letakkan menurut yang ia kehendaki, dan
ia berikan kepada siapa yang ia kehendaki, boleh darinya bagi Allah.” (Usul al-Kafi,
hal:259)

Maka kesimpulan apakah yang boleh diambil oleh seorang Muslim di atas?. Pada hal
Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

               

            

  
128. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya:
"Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini
kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-
hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".

Orang-orang Syiah menulis:

“Ali berkata:…Sayalah yang awal dan sayalah yang akhir, sayalah yang zahir dan sayalah
yang batin, dan sayalah yang mewariskan bumi.” (Rijal Kasyi, hal: 138)

Aqidah ini juga batil seperti yang pertama, padahal Ali r.a tidak pernah mengucapkan hal
tersebut sepertii itu. Ini tidak lain melainkan fitnah dan dusta yang dibuat-buat oleh
mereka terhadap Ali r.a, dan mustahil beliau mengatakan yang mengatakan sedemikiaan
itu kerana Allah berfirman:
          

  
3. Dia lah Yang awal dan Yang Akhir; dan Yang zahir serta Yang Batin; dan Dia lah
Yang Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Maqbul Ahmad seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal mentafsirkan surah al-Zummar
ayat 69, “Dan terang benderanglah bumi(padang Mahsyar) dengan cahaya Tuhannya.”
Ia berkata “ bahawasanya Ja’far al-Sadiq berkata: “Sesungguhnya Tuhan Bumi (Rabbul
ardhi) dalam ayat di atas ialah imam orang Syiah. Ketika itu keluar cahayanya cukup
terang, dan manusia tidak lagi memerlukan matahari dan bulan” (Terjemah Maqbul
Ahmad, hal: 339)

Perhatikanlah, bagaimana mereka menjadikan imam mereka sebagai Tuhan. Mereka


mengatakan bahawa makna ayat “Binuuri Rabbina” (dengan cahaya Tuhannya) adalah
imam, sebagai pemelihara dan pemilik (raja) bumi. Al-Kulaini menyebutkan dalam Usul
al-Kafi: Berkata Imam Muhammad al-Baqir: “ Kami wajah Allah, dan kami mata Allah
pada makhluknya, dan kami tanganNya yang terbuka penuh dengan kasih saying atas
hamba-hambanya.”

Al-Kulaini juga mengatakan: “Kami lidah (lisan Allah), kami wajah Allah dan kami mata
Allah pada makhluknya.” Lihatlah bagaimana beraninya mereka menetapkan sifat
uluhiyah( ketuhanan kepada diri mereka). Al- Kulaini juga menyebutkan dalam usul al-
Kafi, bab: bahawasanya para imam itu mengetahui sesuatu yang telah terjadi, dan yang
akan terjadi, dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi mereka.

Dan juga di dalam Usul al-Kafi juga ( mereka para imam menhalalkan apa yang mereka
inginkan, dan mereka mengharamkan apa yang mereka kehendaki, dan mereka tidak akan
menghendaki melainkan apa yang Allah SWT kehendaki) (Usul al-Kafi:hal, 278)
Al-Kulaini juga mengatakan dalam usul al-Kafi, bab: bahawasanya Imam-imam itu
mengetahui bila mereka akan mati, dan mereka tidak akan mati melainkan pada saat
mereka telah tetapkan sendiri.

Aqidah al-Badaa

“ Al-Badaa” ertinya adalah: Nampak (jelas) setelah tersembunyi, seperti dalam firman
Allah SWT:
            

      

            


47. dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai Segala apa jua Yang ada di
bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka
dengannya daripada azab seksa Yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata
kepada mereka dari (hukum) Allah, azab Yang mereka tidak pernah fikirkan.

Atau bermakna : Timbulnya pendapat baru yang dahulunya belum ada seperti dalam
firman Allah SWT:
          

  
35. kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak
memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki
supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.

“Al-Badaa” dengan kedua makna tersebut memberi pengertian bahawa ketidak tahuan itu
(al-Jahlu) ada lebih dahulu, dan al-ilmu (mengetahui) itu sesuatu yang baru. Kedua sifat
tersebut adalah mustahil bagi Allah SWT kerana ilmu Allah itu azali dan abadi
sebagaimana firman AllahSWT:
       

           
       

       
59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada
sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang
ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia
mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak
gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam
Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.

Orang-orang syiah berpendapat bahawa “al-Badaa” itu ada pada Allah SWT seperti
dalam kalimat-kalimat di bawah ini, yang terdapat dalam maraji’ (kitab rujukan) mereka
yang asasi. Muhammad Bin Ya’kub al-Kulaini menyebutkan dalam kitab usulnya, al-Kafi
satu bab penuh tentang “al-Badaa” dengan riwayat yang banyak.Sebahagian sahaja yang
akan disebut disini.

Dari Zararah bin Ayun dari salah seorang di antara mereka a.s ia berkata: Tidaklah Allah
disembah dengan sesuatu ibadah menyerupai (pahala) al-Badaa”

Dalam riwayat Ibnu Abi Umair dari Hisyam bin Salim dari Abu Abdillah a.s “Tidaklah
Allah diagungkan dengan sesuatu ibadah seperti pahala al-Badaa.” Dan dari Murazim Bin
Hakim ia berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s ia berkata; Tidaklah seorang
Nabi itu dianggap Nabi sehingga ia mengakui lima perkara bagi Alah, iaitu AL-Badaa, al-
sujud, al-Ubudiyah dan al-Ta’ah”

“ Dari al-Rayyan bin al-Solat ia berkata: aku telah mendengar ar-Ridha a.s berkata:
Tidaklah Allah untuk seseorang Nabi, melainkan ia haramkan khamar dan mengakui bagi
Allah “al-Badaa” Sesungguhnya mereka telah berdusta dengan nama Allah atas yang
demikian itu, dan berdusta atas nama imam-imam mereka itu- mereka menyangka yang
tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyyah.

Aqidah: Imam Dua Belas Suci Dari Dosa


Al-Kulaini telah meriwayatkan:
“ Berkata Imam Ja’far al-Sadiq: Kami almari pengetahuan Allah, kami penterjemah
perintah (wahyu) Allah “kami kaum yang ma’sum, Allah menyuruh untuk taat kepada
kami, dan melarang berbuat maksiat kepada kami. Kami adalah bukti nyata bagi manusia,
antara langit dan bumi.”

Al-Kulaini juga ada menyebutkan:


“ Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Imam-Imam itu sama darjatnya dengan
Rasulullah s.a.w, hanya mereka itu bukan Nabi, dalam batas perkahwinan mereka berbeza
dari Nabi, tetapi dalam hal-hal yang lainnya mereka sama kedudukannya dengan
Rasulullah S.A.W.

Bab: Wajib Taat Pada Para Imam

“ Dari Abu al-Sabah ia berkata: aku bersaksi bahawa aku telah mendengar Abu Abdillah
a.s berkata: Aku bersaksi bahawasanya Ali a.s adalah imam yang Allah wajibkan taat
kepadanya, dan bahawasanya Hassan adalah imam yang Allah telah wajibkan taat
kepadanya, dan bahawasanya Hussin adalah imam yang Allah telah wajibkan taat
kepadanya, dan bahawasanya Ali bin Husin adalah Imam yang telah Allah wajibkan taat
kepadanya,dan bahwasanya Muhammad bin Ali adalah Imam yang Allah telah wajibkan
taat kepadanya (Usul-al-Kafi,hal:109)

Al-Kulaini juga meriwayatkan:


“Berkata Imam Muhammad al-Baqir: Hanyasanya Imam dating membawa perintah dari
Allah SWT pada hari-hari kemuliaan kepada Nabi SAW dan kepada orang yang
mendapatkan wasiat: Berbuatlah seperti ini dan seperti perkara ini,dan sesungguhnya
mereka telah mengetahui perkara itu, perintahnya bagaimana mereka kerjakan Usul-al-
Kafi,hal:154)

Keyakinan mereka, Bahawa Al-Quran Yang Ada Sekarang Ini Telah Terjadi
Padanya Penyimpangan Dan Perubahan
Orang-orang Syiah tidak percaya kepada al-Quran Yang Ada di tangan kaum Muslimin
sekarang kerana tiga perkara

1) Kerana aqidah mereka terhadap sahabat Nabi SAW bahawa mereka itu semuanya
pendusta
“ Dan menurut I’tiqad/ kepercayaan mereka, bahawa berdusta itu adalah ibadah”.
Jika semua sahabat Nabi SAW dan imam imam Ahlu al-Bait telah berdusta, maka siapa
lagi yang menyampaikan al-Quran ini dari Rasulullah SAW dengan haq.?

2) Kerana menurut kepercayaan orang Syiah bahawa semua sahabat Nabi SAW itu telah
berdusta, padahal merekalah yang meriwayatkan al-Quran al-Karim. Mereka tidak
percaya kepada imam-imam Ahlul Bait. Bagaimana mungkin kaum Rafidhah dan Syiah
itu percaya pada kesahan dan kesempurnaan al-Quran yang ada sekarang ini

3) Riwayat-riwayat yang benar menurut mereka adalah riwayat yang ada pada kitab-kitab
mereka yang muktamad yang jumlahnya melebihi dua ribu riwayat (riwayat mutawatir
menurut mereka) semuanya dengan tegas menyebutkan bahawa al-Quran yang ada pada
kita sekarang ini telah diubah, dikurangi dan ditambah. Kita pun tidak mendapati satu
riwayat yang sahih dalam semua kitab Syiah yang menunjukkan bahawa al-Quran yang
ada pada kita sekarang ini sempurna dan lengkap, tidak ada yang diubah; seolah-olah
darjat al-Quran al-Karim (yang ada pada kita) dari segi thubutnya lebih rendah daripada
darjat hadith ahad (khabarul wahid) menurut orang-orang Syiah

Jumhur ulama Hadith di kalangan Syiah meyakini adanya tahrif (penyimpangan) di


dalam al-Quran seperti yang dikatakan oleh al-Hussin bin Muhammad Taqiyunnuri al-
Tabarsi di dalam kitabnya “Fashlul Hithab” hal:32

Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini mengeluarkan dalam Usul al-Kafi dengan bab
(Bahawasanya al-Quran itu belum dihimpun seluruhnya melainkan oleh para Imam;
mereka mengetahui ilmu al-Quran semuanya):
“ Dari Jabir ia berkata: Aku telah mendengar Abu Ja’far a.s berkata: Tidak ada seorang
pun di antara manusia ini yang mengaku bahawa ia telah menghimpun al-Quran
sesempurna yang Allah turunkan kecuali orang pendusta, dan tidak ada yang
menghimpun dan menghafalnya sesempurna yang Allah turunkan kecuali Ali bin Abi
Talib dan imam-imam a.s sesudahnya”

You might also like