Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 3
Lukisan juga boleh berlaku dalam penghasilan karya apabila calonmenggabungkan dalam karya seni halus lain
•
Catan:
Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahanpewarnaan sama ada berasaskan air atau minyak.
Catan dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Cat Air, Cat Minyak dan Cat Akrilik •
Seni Cetak:
Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahanpewarnaan sama ada water base atau oil base.
Seni Cetakan dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: CetakanTimbol, Cetakan Benaman dan Sarigrafi sahaja•
Arca:
Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan yangsesuai dan mudah.
Arca dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Arca Relief, Arca 3D,Kinetik dan Instalasi.
Soalan akan mengemukakan saiz yang sesuai dan senang dibungkus.
Bahan-bahan ringan dan tidak mudah dipecah adalah bahan yang palins sesuaiuntuk dihasilkan
PEREKAAN
Perekaan adalah penghasilan yang bersifat produk yang kreatif dan inovatif. Oleh yangdemikian soalan yang dikemukakan adalah bersifat penyelesai masalah. Calon perlumemikirkan bagaimana menghasilkan sesuatu produk tersebut berdasarkan permasalah yangdikemukkan. Calon juga perlu membuat banyak kajian sebelum menghasilkan produk.Seperkara yang penting ialah calon perlu mengetahui bahan dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu produk. Misalnya dalam Komunikasi Visual untuk menghasilkan suaturekaan identiti korporat, calon perlu tahu teknik menghasilkan logo dengan menggunakanalat tradisional seperti teknikal pen, peralatan teknikal dan lain-lain. Kemahiranmengahsilkan karya dengan menggunakan grafik berkomputer merupakan kelebihan kepadacalon untuk mengemukakan reka bentuk produk. Calon juga perlu mengetahui teknik yangbetul dalam pelukisan. Kelemahan yang terdapat dalam mengemukakan projek ini ialahkemahiran calon dalam penghasilan produk. Meskipun portfolionya baik tapi malangnyapenghasilannya sangat lemah kerana tidak berkemahiran dalam pembuatan.Menghasilkan produk perekaan mengikut disiplin-disiplin perekaan berdasarkan:(
a
) Portfolio
•
Penyataan permasalahan
•
Kajian dan penyelidikan
•
Penulisan portfolio
•
Lakaran /Thumbnail
•
Kajian media(
b
) Perekaan
•
Pengolahan dan gubahan
•
Langkah-langkah penghasilan
•
Prototaip/Model
•
Kemasan
•
Persembahan dan penilaian