BAB 1
1.1 LATAR BELAKANG
Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran guru didalam kelas. Pemerkasaan pelajar dalam menguasai matapelajaran geografi dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Geografi adalah satu mata pelajaran yang sangat komplekskerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi.Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yangsaling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk. Selain itu,geografi ini juga merupakan subjek di mana kandungannya adalah berdasarkan fakta semata-mata.Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau
'field of knowledge'
dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalahasli kepada mata pelajaran itu. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami subjek inidengan baik, serta tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminatmengikuti proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Ini menyebabkan pelajar menganggap bahawa subjek geografi memang susah untuk dipelajari dan difahami. Persepsisebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran. Akibatnya,mereka hilang minat untuk mempelajari subjek geografi. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi guru yang mengajar matapelajaran geografi untuk menarik minat pelajar untuk mempelajarisubjek tersebut.Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan sertamempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana lebih fokuskepada teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar Melalui teknik tersebut, pelajar dapatmenjalankan proses pembelajaran sendiri, menemukan sendiri, secara berkelompok seperti bermain, maka menjadi senang, sehingga tumbuhlah minat untuk belajar, khususnya dalam belajar matapelajaran geografi.