You are on page 1of 20

Kepentingan Pendidikan Jasmani

Aspek Pertumbuhan dan perkembangan Fizikal

Bab 1: Pengenalan Awal

Pendidikan Fizikal
Pergerakan merupakan suatu daya yang wajib bagi seorang individu (Wall & Murray, 1994) Apabila kanak-kanak dilibatkan dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan seluruh anggota badan. Pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Dapat menguasai kemahiran fizikal serta meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya.

Awal kanak-kanak (0-6 tahun)


- Ketika umur 3 bulan, kanak-kanak mula menguasai kemahiran motor. - Menurut Havighurst, kanak-kanak berumur 9-15 bulan sudah boleh berjalan. - Setelah pandai berjalan, kanak-kanak iti akan belajar berlari dan melompat.

Pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun) - kanak-kanak telah mengalami pertumbuhan tulang dan otot serta bersedia untuk mempelajari kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang.

- Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dengan lebih baik.


- Contohnya, menulis, bermain alat muzik dan menggunakan alat pertukangan.

- Pertumbuhan mata lebih baik daripada pertumbuhan jantung. - Penglihatan yang baik membolehkan kanak-kanak membuat kerja yang lebih halus. - Lelaki lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti kasar seperti bertumbuk dan bermain kasar, manakala perempuan disebaliknya.

Tahap remaja (13-21 tahun) - Menurut Jean Piaget, pertumbuhan jasmani berlaku begitu cepat pada peringkat ini.

Perkembangan Fizikal Peringkat Kanak-Kanak


Pada peringkat prasekolah kanak-kanak boleh; - berlari dengan baik dan boleh membelok - berdiri di atas satu kaki dan menjengkek - panjat tangga dan menggunakan kedua-dua belah kaki secara bergilir - melompat dengan dua kaki dan satu kaki - berjalan di atas barisan - menari mengikut muzik

Teori Perkembangan Pergerakan (motor) Arnold Gesell

Peringkat pertama (lahir-1 tahun)


- Umur 1 bulan bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti tangisan ketika lapar, lampin basah dan perlukan belaian. - Umur 4 bulan mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak. - Umur 6 bulan bayi boleh menggenggam objek.

- Umur 7 bulan bayi boleh duduk dan merangkak.


- Umur 12 bulan bayi boleh berdiri dengan berpaut pada kerusi.

Peringkat kedua (1-2 tahun) - Mula jalan bertatih atau dibantu pengasuh. - Mula memahami makna jangan

- Kanak-kanak boleh berlari


Peringkat ketiga (2-3 tahun) - kanak-kanak boleh makan sendiri - Kanak-kanak boleh bercakap menggunkan ayat mudah - Kanak-kanak boleh berlari

Peringkat keempat (3-4 tahun)


- kanak-kanak boleh menunggang basikal beroda tiga - Kanak-kanak boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa peringkat kelima (4-5 tahun) - kanak-kanak mula bersosialisasi

- Kanak-kanak mula mengemukakan soalan berperingkat-peringkat


- Kanak-kanak bersedia untuk ke kelas prasekolah

Bab 2: Hubung Kait Pendidikan Jasmani

Kepentingan Pendidikan Jasmani > Pertumbuhan (kuantitatif)


Merangsang pertumbuhan fizikal murid - Kesedaran pengambilan makanan yang betul

Mengelakkan pertumbuhan terbantut


Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan fizikal mereka Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka Menambah kualiti hidup murid - Cara pengambilan diet yang seimbang

> Perkembangan Fizikal (kualitatif)


Kemahiran asas pergerakan (kemahiran motor) - Menguasai kemahiran mengikut kemampuan diri (fizikal) - Menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan sukan (cth: aspek keselamatan, kesihatan, pengurusan, etika dan gaya hidup) Menjamin kecergasan fizikal - Menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian - Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan - Lebih sihat tidak mudah cedera bila melakukan sesuatu aktiviti sukan

Menjamin kecegasan fizikal - Menghadapi cabaran dalam kerja harian - Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan - Lebih sihat tidak mudah cedera bila melakukan sesuatu aktiviti sukan Peka terhadap kesihatan badan - Tahu mengenai kecederaan fizikal yang dialami dan merawatnya - BMI murid stabil (penjagaan makanan seimbang)

Memaksimumkan fungsi fizikal murid Fleksibiliti -> membenarkan sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. -> fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. Menyelaraskan koordinasi anggota fizikal

-> dapat menambah ketangkasan sesuatu pergerakan yang melibatkan dua anggota badan yang serentak.

- Kekuatan otot

-> kekuatan otot adalah keupayaan untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja)
- Daya tahan otot -> daya tahan otot adalah keupayaan otot untyk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang @berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan @ sederhana.

Membentuk disiplin diri dan nilai afektif - Membentuk ketrampilan - Perkembangan sosial Mengembangkan bakat @ kemahiran - Memberi sumbangan kepada negara

- Cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif


Mengaplikasikan pengetahuan - Perkembangan sistem tubuh (sistem rangka, otot, kardiovaskular dll) - Logik, analitis, kreatif, inovatif.

Sekian, terima kasih

You might also like