You are on page 1of 1

TEORl-TEORl PEMBELA.JARA.

49

Teori Pembelajaran Behavioris


TOKOH-TOKOH TEORI BEHAVIORIS

PELAZIMAN KLASIK

PELAZIMAN OPERAN

1
Pavlov Watson Thorndike

I Skinner

RAJAH 3.1 Tokoh-tokoh teori behaviorisme

Apabila loceng berbunyi, pelajar akan bersedia untuk keluar berehat atau ralik. Di kantin sekolah, pelajar akan berbaris untuk membeli makanan. sebaik sahaja guru menyoal, pelajar akan mengangkat tangan untuk dijawab. Mengapakah dan bagaimanakah situasi ini boleh berlaku? Terdapat orang yang pernah tnengalami kemalangan, tidak berani memandu kereta, manakala orang yang pernah terminum air laut, rasa takut pada air atau laut. Ini yang dikatakan fobia. Mengapakah dan bagaimanakah ini boleh berlaku?

I Pelaziman Klasik 3.2.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov (1849-1936)


Pelaziman klasik (1927) diperkenalkan oleh Ivan Pavlov (1849-1936), seorang ahli fisiologi berbangsa Rusia yang juga pemenang Hadiah Nobel 1904 bagi kajiannya tentang fisiologi pencernaan. Fokus kajian Pavlov yang menghasilkan pelaziman klasik adalah tentang pengeluaran air liur anjing. Pavlov menjadi berrninat untuk menjalankan uji kaji mengukur lelehan air liur anjing memandangkan setiap kali melihat pembantu makmal, mendengar tapak kaki pembantu makmal atau melihat baju pembantu makmal yang membawa makanan anjing, air liur anjing akan meleleh keluar. Justeru, Pavlov melaksanakan beberapa uji kaji untuk mengkaji fenomena ini. Salah satu kajiannya termasuklah yang berikut: 1 Pavlov menyalakan lampu suluh. Anjing tidak memberikan sebarang respons kepada cahaya berkenaan. Cahaya lampu tidak ada sebarang hubungan dengan anjing. Oleh itu, tidak ada sebarang respons. Organisma (manusia atau haiwan) tidak akan memberikan tindak balas atau respons kepada rangsangan (sebarang objek) dalam persekitaran

You might also like