Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
57Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
WALI SONGO

WALI SONGO

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 5,935 |Likes:
Published by eyza_sakura86
Sumbangan wali songo dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa
Sumbangan wali songo dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa

More info:

Published by: eyza_sakura86 on Jun 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/16/2013

pdf

text

original

 
1.0PENGENALAN
Perkembangan agama Islam yang bermula di Semenanjung Tanah Arab turutmempengaruhi kehidupan beragama masyarakat di Alam Melayu.
1
Secara umumnya,terdapat pelbagai pendapat berbeza yang diberikan oleh para sarjana sama ada tokoh-tokoh orientalis mahupun sarjana Islam mengenai tarikh dan cara kedatangan agamaIslam ke Alam Melayu.
2
Antara beberapa teori kedatangan Islam ke KepulauanMelayu tersebut adalah pengaruh Islam itu datang dari lebih tiga kawasan iaitu Arab,India, Iraq dan China.
3
Walau bagaimanapun, pendapat mengenai kedatangan agamaIslam yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab adalah tidak dapat dinafikan. Halini demikian kerana kapal-kapal saudagar Arab telah tiba di Alam Melayu sebelumkehadiran Islam lagi dan seterusnya aktiviti perdagangan dua hala ini semakin bertambah kukuh setelah kedatangan Islam. Misalnya di Indonesia, sejak abad ke-7lagi sudah wujud petempatan orang Arab di kawasan Sumatera dan kawasan Nusantara ini merupakan kawasan terpenting dalam kegiatan perdagangan maritimiaitu sebagai tempat persinggahan orang Arab-Parsi.
4
 Perkembangan agama Islam ini sememangnya secara tidak langsung telahmembantu perluasan agama Islam ke hampir segenap kawasan Alam Melayutermasuklah Indonesia. Hasanu Simon berpendapat bahawa sememangnya masyarakatIndonesia mempunyai sifat keagamaan yang amat tinggi. Kehidupan beragamamasyarakat Indonesia khususnya di Jawa sebelum kedatangan agama Hindu-Buddhadan Islam adalah dengan menganuti animisme yang akhirnya turut mempengaruhi pengetahuan dan kebudayaan mereka dalam menjalankan kehidupan beragama.
5 
Seterusnya, kemasukan agama Hindu yang dianggap lebih moden daripada animismetelah diterima dengan baik oleh masyarakat Jawa. Agama Hindu ini dibawa masuk ke
1
Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu terdiri daripada beberapa buah negera iaitu Indonesia,Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Lihat Mahayudin Haji Yahaya, 2001.
 Islam di Alam Melayu
.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 3.
2
Antara para sarjana tersebut adalah seperti J.P Moquette, Thomas Arnold, D.G.E Hall, S.Q Fatimi,Hamka, dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.
3
 
 Ibid 
. hal. 6.
4
Abdul Rahman Abdullah, 2001.
Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. hal. 219. Lihat juga AbdulRahman Hj. Abdullah, 1990.
 Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19
. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hal. 34.
5
Hasanu Simon, 2004.
Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xx.
1
 
Jawa oleh bangsa India yang datang pada abad ke-1 iaitu di bawah pimpinan
 Ajisaka
.
6 
Manakala sekitar abad ke-4 pula, Tanah Jawa menerima kedatangan agama Buddha.Selepas perkembangan ketiga-tiga agama ini, masyarakat di Jawa mula menerimakehadiran agama Islam. Wali Sembilan ataupun lebih dikenali sebagai Wali Songomerupakan perintis kepada penyebaran Islam secara meluas di Tanah Jawa.2.0
WALI SONGO DAN ISLAMISASI DI TANAH JAWA
Proses islamisasi di Indonesia khususnya di Tanah Jawa merupakan hasildakwah dan perjuangan yang dilakukan oleh Wali Sembilan ataupun sebenarnya lebihdikenali sebagai Wali Sanga atau Wali Songo.
7
Menurut cerita rakyat dan pandanganumum dalam sastera Jawa, sememangnya Islam telah tersebar di Jawa adalah hasilkejayaan sembilan pendakwah yang bergabung dalam suatu dewan yang disebut WaliSongo ini.
8
 Walau bagaimanapun, perlulah difahami bahawa agama Islam sebenarnyatelah masuk ke Jawa pada abad ke-8 Masihi lagi, tetapi disebabkan keutuhan pegangan masyarakat Jawa terhadap tiga agama yang sedia ada, agama baru yangdibawa oleh pendakwah dari Daulah Abbasiyah ini tidak berjaya menarik minatmasyarakat. Hal ini demikian kerana sehingga awal abad ke-15, agama Hindu,Buddha dan animisme telah mampu memberi petunjuk dalam mengembangkanmasalah-masalah sosial, ekonomi, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.Menurut Hasanu Simon, pengaruh penyebaran agama Islam di Tanah Jawa initelah menjadi semakin meluas setelah Sultan Muhammad I dari Turki mengutuskansatu pasukan dakwah Islam ketika rakyat dan penguasa Majapahit menghadapikemelut politik, ekonomi dan keamanan akibat daripada perang saudara iaitu PerangParegreg pada tahun 1401 hingga 1406.
 9
Pasakan dakwah di bawah pimpinanMaulana Malik Ibrahim yang dianggotai seramai sembilan orang telah berjayamenghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama 7 abad
6
 
 Ibid.
Sistem kasta yang membezakan tahap atau darjat manusia berdasarkan kepada ukurankebendaan yang terdapat dalam ajaran Hindu merupakan salah satu sebab ajaran tersebut diterima baik oleh masyarakat Jawa. Sistem ini berubah setelah kedatangan Islam.
7
Widji Saksono, 1995.
Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah Walison
go. Bandung:Penerbit Mizan. hal. 200.
8
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000
. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 1.
9
 
Hasanu Simon, 2004.
Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xxii. Lihat juga Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, 2001.
 Himpunan Kisah Kekasih Allah: Ensiklopedia Para Wali.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man. hal. 189.
2
 
sebelumnya.
 Alwi Shibab pula telah mengklasifikasikan peranan Wali Songo dalam proses penyebaran Islam ini kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah kehadiranWali Songo yang berhasil memantapkan dan mempercepatkan proses islamisasi padaabad pertama Hijriah tetapi kebanyakan dakwah pada tahap ini hanya terbatas padawilayah-wilayah tertentu sahaja. Hal ini demikian adalah kerana disebabkanterbatasnya kemudahan-kemudahan untuk meluaskan dakwah ke wilayah lain.Manakala tahap kedua pula adalah tahap islamisasi yang berlangsung pada abad ke-14Masihi iaitu dengan kedatangan tokoh-tokoh
asyraf 
dari keturunan Ali dan Fathimah bint Rasulullah s.a.w.
Dakwah Islam pada tahap kedua ini telah berkembang dengancepat dan sampai kepada kemuncak kegemilangannya sekitar abad ke-15 hingga ke-17 Masihi hasil sumbangan para wali tersebut.Secara terminologinya, perkataan Wali Songo ini merupakan kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan iaitu
wali
dan s
ongo
. Perkataan
wali
yang berasaldari bahasa Arab merupakan singkatan dari
Waliyullah
yang membawa maksud“orang yang mencintai dan dicintai Allah”. Manakala
 songo
pula berasal dari bahasaJawa yang bermaksud sembilan.
Selain itu, terdapat juga pendapat yangdikemukakan oleh Prof. Kyai Haji Raden Mohamad Adnan iaitu perkataan
 songo
adalah perubahan dari perkataan
 sana
, satu perkataan yang berasal dari
tsana
dalam bahasa Arab dengan membawa maksud “yang terpuji”. Oleh itu, jika mengikut pendapat ini istilah Wali Songo adalah bermaksud “wali-wali yang terpuji”. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari kedudukan angka sembilan yang dianggap sebagaiangka yang mempunyai nilai mistik dalam masyarakat Jawa, dapat membuktikan bahawa yang dimaksudkan dengan
 songo
adalah sembilan.
 Namun begitu, harus difahami bahawa wali yang menyebarkan agama Islamdi Jawa ini tidak hanya terdiri daripada sembilan orang. Hal ini demikian kerana WaliSongo merupakan satu himpunan atau kesatuan para mubaligh yang menjalankanaktiviti menyebarkan agama Islam kepada masyarakat.
Hasanu Simon dalam
10
 
 Ibid.
11
Alwi Shibab, 2001.
 Islam Sufistik 
. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 20-21.
12
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000
. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 7.
13
 
 Ibid.
14
Baidlowi Syamsuri, 1995.
 Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa.
Bandung:Penerbit APOLLO. hal. 10.
3

Activity (57)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Shin Chan liked this
Junandi Ilam liked this
Eva Soechika SA liked this
Septian H Sh liked this
Andika Racana liked this
Eva Soechika SA liked this
ichadzz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->