Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
68Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
LAPORAN KECICIRAN MURAD 1972

LAPORAN KECICIRAN MURAD 1972

Ratings: (0)|Views: 3,252 |Likes:
Published by eyza_sakura86
Laporan Keciciran Murad 1972 ini merupakan salah satu laporan pendidikan yang terpenting kerana telah memberi kesedaran mengenai fenomena keciciran dalam kalangan pelajar sekolah selepas kemerdekaan
Laporan Keciciran Murad 1972 ini merupakan salah satu laporan pendidikan yang terpenting kerana telah memberi kesedaran mengenai fenomena keciciran dalam kalangan pelajar sekolah selepas kemerdekaan

More info:

Published by: eyza_sakura86 on Jun 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/05/2013

pdf

text

original

 
LAPORAN JAWATANKUASA DI ATAS KAJIAN PENDAPAT MENGENAIPELAJARAN DAN MASYARAKAT (LAPORAN KECICIRAN MURAD)
Laporan Murad dibentangkan pada tahun 1972 merupakan laporan yang diketuai olehEncik Murad bin Mohd Noor ketika beliau menjadi Pengarah Perancangan danPenyelidikan Pelajaran di Kementerian Pelajaran. Fenomena keciciran yang wujud sejak dari awal penubuhan sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin serius sekitar tahun1960-an telah membawa kepada pembentangan laporan ini. Laporan ini adalah hasildaripada kajian beliau dalam “Operasi Sedar” yang dilancarkan bagi mengatasi masalahkeciciran pelajar di luar bandar akibat kemiskinan tegar dalam tahun 1969. Jawatankuasa bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jawatankuasa Polisi danJawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Polisi dianggotai seramai 10 ahli dan diketuai olehEncik Murad bin Mohd Noor manakala Jawatankuasa Teknikal pula dianggotai seramai14 ahli dan diketuai oleh Encik Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Selain itu, jawatankuasa laporan ini turut dibantu oleh Profesor Dr. Alan B. Wilson dari UniversitiCalifornia. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengkaji punca-punca masalahkeciciran dan mencadangkan polisi-polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan di samping membantu meningkatkantaraf hidup masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Laporan keciciran inimerupakan sebuah laporan yang lengkap dan komprehensif kerana dilengkapi denganhipotesis, statistik sebagai bukti dan menyatakan perkaitan setiap faktor dengan faktor yang lain dalam mempengaruhi masalah keciciran ini. Selain itu, kajian mengenaikeciciran ini dilaksanakan di semua negeri yang melibatkan semua jenis kawasan tempattinggal iaitu bandaraya, kota-kota besar, pekan dan luar bandar, para pelajar pula terdiridaripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.
 
Dalam laporan ini, dua aspek penting yang dikemukakan ialah mengenai faktor masalah keciciran dan cadangan bagi mengatasi masalah keciciran ini. Laporan inimengemukakan tujuh faktor yang menyebabkan keciciran dan enam cadangan bagimengatasi masalah tersebut. Faktor-faktor yang dikenalpasti menyebabkan masalahkeciciran ini meliputi aspek ekonomi, budaya, psikologi, sosial dan pendidikan. Faktor  pertama ialah taraf sosio-ekonomi yang meliputi tiga aspek iaitu taraf pekerjaan ibu bapaatau ketua keluarga, taraf kelulusan ibu bapa atau ketua keluarga dan barangan yangdimiliki di rumah. Laporan ini menyimpulkan bahawa anak-anak yang berasal daripadakeluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Taraf kelulusan ibu bapa yang rendah pula bukan sahaja menyebabkan taraf ekonomi adalah tetapi tetapi turut mempengaruhikesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak.Manakala kajian terhadap barangan yang dimiliki di rumah seperti televisyen, radio danmesin basuh dapat memberikan gambaran jelas mengenai taraf ekonomi sesebuahkeluarga tersebut.Faktor seterusnya ialah keberuntungan seseorang iaitu bermaksud kelebihan yangdimiliki oleh seseorang berbanding orang lain dari segi pendidikan, pendapatan mahupunkelulusan. Faktor ini merangkumi dua aspek iaitu bahan bacaan di rumah dan taraf makanan dan pemakanan. Bahan bacaan yang disediakan oleh ibu bapa untuk anak-anak turut mempengaruhi masalah keciciran ini iaitu anak-anak yang tidak didedahkan kepadaaktiviti pembacaan akan menjadi hilang minat untuk meneruskan persekolahan mereka.Selain itu, taraf makanan dan pemakanan turut dititikberatkan oleh Laporan Murad dalammengenal pasti masalah keciciran ini. Taraf makanan dan pemakanan ini adalah saling
 
 berkaitan dengan taraf sosio-ekonomi keluarga tersebut iaitu keluarga yang mempunyaitaraf ekonomi yang rendah dan bilangan anak yang ramai tidak mampu untumenyediakan makanan yang berkhasiat dan kaya vitamin secara berterusan. Manakala bagi faktor pendidikan dan pekerjaan, Laporan Murad membuat kesimpulan bahawasemakin tinggi tahap kelulusan pendidikan seseorang maka semakin tinggi peluangnyauntuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.Masalah keciciran ini turut berlaku disebabkan faktor guru-guru yang merupakanmenjadi sumber ilmu pengetahuan dan punca motivasi para pelajar. Menurut LaporanMurad, terdapat segelintir guru yang memberikan jangkaan atau pengharapan yangrendah dan memberikan pandangan yang negatif terhadap pelajar terutamanya yang berasal daripada keluarga yang bertaraf sosio-ekonomi yang rendah. Laporan Murad jugamengklasfikasikan sikap pelajar terhadap pendidikan sains sebagai salah satu puncamasalah keciciran. Dua penyataan Laporan Murad mengenai sikap terhadap pendidikansains ialah lebih tinggi tahap pendidikan ibu bapa, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajran sains dan lebih tinggi tahap sosioekonomi, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajaran sains. Kedua-dua penyataan ini adalah saling berkaitan iaitu pemikiran anak-anak yang tinggal di luar bandar dan berasal dari keluarga yang berpendapatan rendahterhadap kepentingan mata pelajaran sains dan teknologi adalah agak negatif danseterusnya membawa kepada masalah keciciran. Masa perjalanan ke sekolah jugadititikberatkan dalam kajian ini iaitu didapati kebanyakan pelajar luar bandar yangterpaksa berjalan kaki ke sekolah mengalami keletihan yang seterusnya membawa kepadasukar memberi tumpuan dan kurang minat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.Faktor lain yang membawa kepada wujudnya masalah keciciran ini ialah faktor 

Activity (68)

You've already reviewed this. Edit your review.
Siti Suhaida added this note
sitisuhaida9305
1 thousand reads
1 hundred reads
Aishah A-hacks liked this
Atelynn Lynn liked this
Low Jian Hao liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->