You are on page 1of 8

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Konsep dan Definisi Proses pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :
1. 2. 3. 4.

5.

Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan d rumah. Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya. Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi. Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi. Pembelajaran maya yang berkonsep fomal atau tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

CAP - Pembelajaran Sepanjang Hayat


PENGENALAN

Fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran kepada semua negara di dunia khususnya di negara membangun seperti Malaysia. Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara. Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara. Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi individu tersebut. Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk. PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui: Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH; Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi pengiktirafan dan akreditasi PSH;

Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan program dan aktiviti; Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH; Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala;

Profesor Ibrahim Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010

Profesor Datuk Dr Ibrahim Bajunid (tiga, kiri) dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 pada majlis pelancaran perayaan hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kuantan, hari ini. Beliau dipilih berdasrkan sumbangannya sebagai perunding dalam membuat dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Turut menerima anugerah pada majlis itu Ainun Jamilah Mohd Ali (kiri) Awang Mohamad (dua, kiri) Datuk Chuang Keng Kuang (dua, kanan) dan Encharang Agas (diwakili anak, kiri). - Foto BERNAMA

KUANTAN: Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini. Ibrahim merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (enam, kanan) dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (lima, kanan) bergambar kenangan dengan penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pada majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru ke-39 Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, hari ini.

Ibrahim berkata bila seseorang menerima sesuatu anugerah bukan atas usahanya sendiri sahaja malah turut membabitkan usaha orang lain. "Anugerah ini adalah untuk semua kaum guru yang memikul tanggungjawab yang besar mendidik anak bangsa. "Guru mempunyai cabaran yang banyak untuk perubahan masyarakat bukan sahaja di negara ini malah seantero dunia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. Sementara itu, empat bekas guru, Awang Mohamad, 59, Encharang Agas, 66, Datuk Chuang Keng Kung, 72, dan Ainun Jamilah Mohd Ali, 60, pula telah dipilih bagi menerima anugerah Tokoh Guru 2010. Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan anugerah Tokoh Guru 2010 itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. Salah seorang penerima Tokoh Guru berkenaan, Awang Mohamad amat berbangga dengan anugerah yang diterima itu. "Tahun demi tahun saya lihat upacara pelancaran ini semakin hebat dan ini merupakan satu manifestasi kepada lebih 400,000 guru dan 7,000 Guru Besar seluruh negara," katanya. Bagaimanapun beliau mengharapkan anugerah Tokoh Guru itu dapat diperluaskan lagi kerana nisbah empat penerima dengan jumlah guru yang ada amat sedikit. Kesemua pemenang berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala serta sijil penganugerahan. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika berucap pada majlis itu berkata kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti.

Guru-guru mengibarkan jalur gemilang ketika menyanyikan lagu Negaraku.

Katanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme keguruan, agendanya bukan hanya sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata. "Ianya turut bergantung kepada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru. Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap profesion ini yang akhirnya, akan menentukan sejauh mana profesion keguruan akan terus dihormati dan dipandang tinggi," katanya. Para pendidik juga katanya, hendaklah sentiasa bersedia untuk berubah dari satu tahap amalan kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi. - BERNAMA

You might also like