• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
DASAR DAN PELAKSANAANSISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1
 
oleh Datuk Dr. Syed Othman AlhabshiPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)dan Hasnan HakimPenolong Pengurus Hal Ehwal Koporat Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
PENDAHULUAN
Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistempendidikan kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukansahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadipanduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpadasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaannya tidak akantersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah. Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketikadan kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa.Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktorkepimpinan, kewangan, pengaruh politik dan lain-lain.Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepadafalsafah yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan
1
Kertas kerja yang dibentangkan di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 – 2 September 2001
 
2
kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secarakasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendakmenerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh prosespendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikatmisalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal diperingkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yangterbaik di dunia. Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya
SchoolReform in the Information Age
mengenalpasti masalah ketiadaan falsafahdan dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan gurudan kedua, pembaharuan pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitupembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat menyeluruhkerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dankemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain.
PENGGUBALAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA SERTA STRATEGIPELAKSANAANNYA
Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negaraMalaysia semenjak merdeka lagi. Umum mengetahui bahawa falsafahpendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebutdalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
 
3
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga masyarakat dan negara
.
Ingin saya ulangi di sini bahawa falsafah pendidikan negara inimengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amatberkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunannegara Malaysia.Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus seduniaPersidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yangdiadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza.Saya berikan di sini petikan ulasan Mohd Kamal Hassan (1988) dalambukunya
Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu
.Menurut beliau, pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikanadalah meliputi “perkembangan yang seimbang dalam keseluruhanperibadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaandan indera.” Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensusPersidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalamresolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan 11 tahun kemudian.Sejarah pendidikan kita juga memainkan peranan dalam membentukfalsafah berkenaan. Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakanberdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adadinyatakan permulaan kepada falsafah pendidikan negara. Walaupunbegitu, ianya tidak luas dan hanya sesuai dengan zaman pembangunannegara kita pada tahun-tahun 1970an dan 80an. Dasar PelajaranKebangsaan lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukansemua kaum:
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...