You are on page 1of 17

ISU-ISU PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH Zuria Mahmud Salleh amat Salmiah Monshie Manisah Mohd Ali

PENDAHULUAN Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia. Namun, pelbagai isu dan cabaran masih hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam sektor pendidikan, menunjukkan kerelevanan dan kesignifikanan program ini. Usaha mengatasi cabaran yang dihadapi telah mematangkan perkhidmatan ini dan seterusnya mengukuhkan lagi status perkhidmatan ini. Bab ini membincangkan isu-isu semasa perkhidmatan kaunseling, konsep asas, proses kaunseling, kemahiran kaunseling, dan hala tuju kaunseling di Malaysia. Bab ini juga memperkenalkan khidmat kaunseling di sekolah rendah dan advokasi kaunseling untuk pelajar berkeperluan khas. Perkembangan dan Isu-Isu Kaunseling Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bermula di negara ini sekitar tahun 60 an. Pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperakui kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah (Amir & Latiff, 1984 dalam Ching Mey See dan Kok Mun Ng, 200). Pada ketika itu, tugas utama guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah berkisar dalam kerjaya dan akademik sahaja (Ching Mey See and Kok-Mun Ng, 200 ). Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran mula mengarahkan setiap sekolah menengah di Malaysia menempatkan kaunselor sepenuh masa bagi membantu menangani masalah pelajar yang meliputi aspek yang lebih luas selain aspek akademik. Kaunselor perlu membantu pelajar menangani masalah peribadi mereka dan kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar yang lain. Semenjak itu, perbincangan hangat sentiasa berlaku berkenaan perkhidmatan ini menunjukkan masyarakat peka terhadap perkhidmatan ini di sekolah. Antara isu-isu yang pernah ditimbulkan ialah peruntukan kewangan, kaunselor tidak mengajar, kecekapan dan professionalism kaunselor ( Zuria, Salleh dan Mujab, 1999), dan peranan kaunselor dalam masalah disiplin murid (Zuria, Noriah, Amla, 2005). Isu-isu ini telah timbul kerana faktor berikut: i) Kurangnya pengetahuan masyarakat sekolah tentang bidang kesihatan mental secara keseluruhan (punca masalah kesihatan mental, teknik dan kesan intervensi, profesion membantu, dan etika). Salahtanggap dan reaksi negatif timbul dari guruguru lain bila kaunselor tidak mengajar, dan bila pelajar mengambilmasa yang lama untuk berubah tingkahlaku. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang etika dalam kalangan ketua pentadbiran (Pengetua dan pentadbir lain) membataskan kaunselor dalam menjalankan tanggungjawab membincangkan kes dengan ketua ataupun panel khas. Ketidakfahaman tentang etika menyebabkan

pihak pentadbiran tertinggi sekolah tidak pandai menyimpan maklumat sulit dan menyebarkannya sebaik sahaja mendengar sesuatu laporan daripada kaunselor. Ini menyebabkan hilangnya kepercayaan pelajar pada unit kaunseling. ii) Kurangnya persediaan dari pihak kaunselor sendiri (kelayakan akademik, pengalaman menjalankan sesi kaunseling, pengetahuan tentang isu terkini, kejelasan tugas hakiki). Keperluan mendadak terhadap perkhidmatan kaunseling telah menyebabkan Malaysia menurunkan kelayakan profesion ini di mana majoriti kaunselor sekolah adalah terdiri dari pemegang ijazah sarjanamuda kaunseling. Ini berbeza dari situasi di luar negara di mana kaunseling adalah profesion yang memerlukan kelayakan sarjana. Kekurangan pengetahuan mendalam tentang teori dan teknik kaunseling serta kemahiran penyelidikan menghalang kaunselor memberi intervensi berkesan kepada klien. Selain itu, kekurangan dalam kematangan peribadi dan kebolehan mempengaruh merupakan cabaran bagi kaunselor dalam mewujudkan interaksi yang positif dan saling memahami dengan rakan sekerja dan pihak pentadbiran. Terdapat kaunselor yang tidak berpeluang menjalankan sesi kaunseling apabila dibebankan dengan tugastugas lain (Zuria, 2005), ataupun tidak dipercayai oleh pihak pentadbiran dalam menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor yang tidak menjalankan sesi akan kehilangan peluang mempraktikkan kemahiran sehingga lama kelamaan mereka hilang penguasaan kemahiran kaunseling.

Kekeliruan dan salah tanggap terhadap perkhidmatan kaunseling bukanlah berlaku di negara kita sahaja. Perkembangan sejagat menunjukkan bahawa kepentingan perkhidmatan kaunseling di sekolah sentiasa dinilai dari pelbagai sudut. Sesetengah negara, khidmat kaunseling masih belum diwujudkan dengan baik sehingga kini, manakala bagi negara yang maju, perbincangan adalah berkisar sekitar mengoptimakan khidmat ini. Walaupun khidmat kaunseling telah bermula di Lebanon sejak 40 tahun lalu, namun, isu-isu kaunselor sekolah di negara itu masih berkisar di sekitar kerjasama pihak sekolah dan persepsi pelajar terhadap khidmat kaunseling, selain daripada isu-isu polisi pentadbiran Kementerian pelajarannya terhadap peranan kaunselor (Ayyash-Abdo, Alamuddin, dan Mukallid, 2010). Terkini di Amerika, perbincangan berkisar sekitar i)kekeliruan apakah peranan kaunselor, ii)menghadapi peningkatan kepelbagaian pelajar iii)perlu memberi khidmat kepada semua pelajar (bukan yang bermasalah sahaja), iv)perlu menggunakan teknologi untuk menambaikkan program kausneling dan iv)keperluan melibatkan diri dalam perkembangan professional. Kepelbagaian budaya dan budaya lantang bersuara menjadikan tugas kaunselor di Amerika lebih mencabar. Tugas kaunselor di sekolah mendapat persepsi atau tanggapan yang berbeza daripada pelbagai pihak seperti pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, dan masyarakat setempat (Burnham & Jackson, 2000; Lambie, 2000; dan Lambie & Williamson 2004). Setiap pihak mempunyai matlamat yang tertentu untuk dicapai, oleh itu mereka mempunyai kefahaman yang tertentu terhadap peranan guru kaunseling untuk membantu mereka. Justeru itu, guru kaunseling perlu benar-benar memahami peranan dan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pihak berkenaan. Daripada kefahaman itu, guru

kaunseling akan tahu apa yang menjadi keperluan dan seterusnya memberikan alternatif kepada pihak berkenaan untuk bertindak ke arah mencapai matlamat masing-masing. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan kajian-kajian keperluan bersama unit-unit yang ada di sekolah untuk melihat keperluan sebanar yang mesti dipenuhi oleh unit masing-masing. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan di sekolah-sekolah di Malaysia telah melalui perkembangan dan pelbagai cabaran untuk berada di tahap yang ada pada hari ini. Perkembangan terkini menunjukkan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan seorang kaunselor untuk setiap 500 pelajar di sekolah menengah. Perkhidmatan kaunseling juga mula diperkenalkan disekolah rendah. Selaras dengan perkembangan Malaysia menuju status Negara Maju menjelang tahun 2020, peranan guru kaunseling menjadi semakin penting apabila mereka dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang maklumat kerjaya. Ini termaktub dalam dokumen Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Rancangan Malaysia ke Sembilan 2006-2010 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga Negara 2000-2010. Tujuannya adalah bagi memastikan para pelajar mendapat maklumat dan gambaran sebenar tentang hala tuju perkembangan dunia pekerjaan. Sumbangan ini amat kritikal dalam membantu generasi muda mencorak masadepan melalui pertimbangan perancangan kerjaya bersesuaian dengan kehendak perancangan dunia pekerjaan negara dan antarabangsa. Kaunselor perlu sentiasa peka kepada isu-isu yang terlahir dari cabaran yang mendatang. Kefahaman kepada konsep asas adalah penting bukan sahaja kepada kaunselor, malah perlu diterapkan kepada seluruh ahli masyarakat. KONSEP ASAS KAUNSELING Ramai yang berpendapat kaunseling adalah satu proses untuk menolong seseorang menyelesaikan masalahnya. Jika begitu, hanya orang yang bermasalah akan menemui kaunselor. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah tidak benar kerana orang yang tidak mempunyai masalah juga boleh berjumpa kaunselor untuk mendapat bimbingan atau bantuan untuk memperbaiki dirinya atau untuk mendapatkan maklumat yang tidak dimilikinya. Sebagai contohnya, seorang pelajar perlu menemui kaunselor untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu kerjaya. Begitu juga pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursuskursus berkaitan dengan minat kerjayanya semasa membuat pilihan di tingkatan empat. Mungkin ramai dalam kalangan guru yang agak keliru untuk membezakan antara makna bimbingan dan kaunseling Bimbingan adalah lebih terarah di mana seseorang yang berkemahiran membimbing seseorang lain menyelesaikan sesuatu masalah atau membimbing orang lain mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara atau isu semasa. Sebagai contohnya seseorang pelajar boleh dibimbing untuk mengisi borang untuk mendapatkan biasiswa, pelajar dibimbing memilih kursus berdasarkan pencapaian akademik atau pelajar dibimbing cara belajar yang biasa digunakan oleh individu yang telah berjaya. Bimbingan juga boleh diberikan dalam kumpulan yang besar sekiranya maklumat yang hendak disampaikan meliputi populasi yang sama. Ini akan dapat menjimatkan masa dan tenaga guru bimbingan dan kaunseling.

Berbeza dengan bimbingan, kaunseling pula adalah satu proses yang berterusan dan agak panjang berbanding dengan bimbingan. Sebagai contohnya, guru boleh membimbing pelajar belajar dengan cara yang betul. Namun demikian cara belajar yang diajar mungkin tidak bersesuaian dengan minat dan keupayaan pelajar itu sendiri. Mungkin juga pelajar mempunyai masalah keluarga seperti terpaksa menolong ibu bapa menjaga adik atau membantu berniaga di pasar malam yang sebenarnya membantutkan proses pembelajaran itu sendiri. Ini bermakna walaupun pelajar tidak akan dapat belajar dengan betul kerana adanya gangguan di rumah. Oleh itu adalah wajar guru mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar itu sendiri sebelum mencadangkan sesuatu kaedah pembelajaran. Di sinilah proses kaunseling itu memainkan peranan yang penting bagi membantu pelajar. Begitu juga pelajar mungkin perlu diberi kaunseling sekiranya gagal mendapat markah yang baik walaupun telah belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian proses kaunseling itu perlu dijalankan secara individu berbanding dengan bimbingan yang dijalankan dengan lebih ramai pelajar. Secara umumnya kaunseling ialah satu proses menolong seseorang untuk mengendalikan kehidupan sehariannya. Suradi (1996) menyatakan perkhidmatan kaunseling merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar bagi membantu pelajar mengatasi rintangan dalam kehidupannya, agar pelajar dapat membuat keputusan yang lebih berkesan. Begitu juga Amla, Zuria dan Salleh (2010) menegaskan kaunseling dapat dikaitkan bagaimana seseorang itu dapat dibantu untuk memahami dirinya sendiri. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2009) melalui buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah dan Rendah telah menyatakan dengan jelas salah satu prinsip pelaksana bimbingan dan kaunseling iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang kehidupan yang berkesan (m.s 8). Berdasarkan kepada konsep kaunseling yang telah diutarakan, adalah sangat jelas bahawa kaunseling itu bukanlah suatu proses penyelesaiannya masalah semata-mata. Begitu juga kaunseling bukanlah hanya diberikan kepada individu yang bermasalah sahaja. Dapat dirumuskan bahawa konsep kaunseling yang dialaskan dalam sistem pendidikan di negara kita adalah untuk membantu para pelajar atau murid-murid menghadapi cabaran pertumbuhan mereka. Begitu juga dengan bimbingan yang secara umumnya boleh diberikan kepada pelajar secara langsung dan lebih kepada membuat keputusan dalam masa yang singkat. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu panduan yang terperinci berkaitan dengan prinsip pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah yang seharusnya diikut dan dilaksanakan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih. Guru Bimbingan Dan Kaunseling Yang Berkesan Proses kaunseling dan bimbingan melibatkan hubungan interpersonal yang selesa atau kondusif. Pelajar yang meminta bantuan atau yang memerlukan bimbingan perlu yakin bahawa orang yang membantunya adalah seseorang yang boleh dipercayai dan disenangi.

Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri guru yang ingin membantu adalah seperti berakhlak mulia, budi pekerti yang tinggi, mudah didampingi, berfikiran terbuka, periang, sabar, tutu kata yang sopan, selalu melapangkan masa untuk bersama pelajar dan menghormati budaya sesuatu bangsa. Ciri-ciri ini perlu dipamerkan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling agar pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendapatkan bimbingan atau kaunseling. Secara khususnya dalam profesion kaunseling ini, ramai pakar kaunseling bersetuju bahawa sifat-sifat profesional kaunselor yang diutarakan oleh Rogers (1951) dapat membantu memupuk kepercayaan klien kepada kaunselor dan dapat melicinkan proses kaunseling dan bimbingan itu sendiri. Sifat profesional kaunselor ini dihuraikan dengan jelas oleh Amla et al (2010) seperti di bawah: 1. Empati: Empati bermaksud keupayaan kaunselor merasai apa yang dirasakan oleh klien. Kaunselor cuba memahami permasalahan klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. 2. Menerima tanpa syarat: Ini menggambarkan kaunselor menerima seadanya klien atau pelajar yang datang kepadanya. Kaunselor tidak memandang serong atau negatif kepada tingkah laku klien. Ini akan membantu klien merasakan dirinya diterima dan bebas untuk berbincang dengan kaunselor. 3. Jujur dan Kongruen: kaunselor seharusnya jujur dan ikhlas dalam menyatakan pendapatnya dan tidak berputera-pura. Kaunselor sentiasa memastikan tingkah lakunya selari dengan apa yang dipercayainya. 4. Mesra dan penyayang: Sifat kemesraan in boleh digambarkan melalui air muka yang tenang dan gembira. Sifat mesra ini menunjukkan kesediaan dan kesudian kaunselor untuk membantu dan menerima seseorang. Ciri-ciri di atas perlu dimiliki oleh seseorang kaunselor atau guru bimbingan bagi mewujudkan kepercayaan dalam diri klien untuk mendapatkan bimbingan atau kaunseling. Seseorang guru bimbingan dan kaunseling perlu membina peribadi yang baik bukan sahaja dari segi perwatakan tetapi juga sentiasa menunjukkan ciri-ciri keperibadian yang baik dalam pelbagai aspek. Guru bimbingan seharusnya menjadi model yang baik kepada guru-guru lain di sekolah. Ini tidak bermakna guru bimbingan adalah insan yang sempurna tetapi perlu menjadi seorang guru yang terbuka dan sentiasa menerima pandangan daripada rakan-rakan guru, pihak pentadbiran sekolah, malahan daripada pelajar untuk memperbaiki dirinya sendiri. Proses Kaunseling Kaunseling adalah satu proses yang tersusun dan sistematik. Secara umumnya proses kaunseling dapat dibahagikan kepada enam tahap utama. Ia melibatkan tahap pembinaan hubungan, mendapatkan maklumat, menentukan matlamat kaunseling, meluaskan penerokaan, mengambil keputusan, dan penamatan serta tindakan susulan (Amla et al, 2010).

1. Pembinaan Hubungan: Tahap ini adalah tahap awal dalam sesuatu sesi kaunseling. Peranan utama kaunselor ialah untuk menunjukkan bahawa kaunselor sentiasa bersedia mendengar dan membantu apa juga isu yang dikemukakan oleh klien. Pada peringkat ini kaunselor perlu menunjukkan sifat kemesraan yang tinggi agar klien berasa selesa dan tenang untuk menceritakan apa sahaja yang ingin dikongsikan. Kaunselor akan menstrukturkan perjalanan proses kaunseling ini dengan menekankan aspek kerahsiaan dan juga masa yang akan diperuntukkan untuk sesi berkenaan. Pada peringkat ini kaunselor tidak memberi fokus kepada permasalahan klien sepenuhnya tetapi hanya meminta klien berkongsi mengikut kemampuan klien. 2. Mendapatkan maklumat: Pada peringkat ini kaunselor akan cuba memahami isu yang dikemukakan oleh klien. Kaunselor kan cuba mendapatkan maklumat dengan bertanya soalan-soalan yang dapat membantu klien melihat permasalahannya dengan lebih jelas. Kaunselor juga akan memberi galakan agar klien terus bercerita mengenai masalah atau isu yang dikemukakan agar keduadua pihak jelas dengan permasalahan yang dibawa.

3. Menentukan Matlamat Kaunseling: Setelah kaunselor memahami permasalahan klien dari sudut pandangan klien sendiri, maka kaunselor dan klien akan berbincang untuk menentukan matlamat pertemuan. Klien akan diingatkan bahawa segala keputusan dan perancangan yang akan dibuat adalah tanggungjawab klien sendiri. 4. Meluaskan penerokaan: Pada peringkat ini biasanya perbincangan menjadi lebih lancar kerana klien telah rasa bersedia untuk berkongsi dan mula mengambil tanggungjawab. Kaunselor akan cuba menilai pelbagai isu yang dikemukakan dengan melihat kepada alternatif yang dikemukakan oleh klien bagi permasalahan yang dikemukakan. Klien akan diajar untuk melihat keutamaan dalam membuat perancangan penyelesaian masalah. Kaunselor akan melihat aspek kognitif dan tingkah laku klien terhadap sesuatu isu yang dikemukakan. Tahap ini sebenarnya membantu klien melihat ke dalam dunianya sendiri terhadap kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri dalam menghadapi sesuatu isu.

5. Mengambil Keputusan: Setelah klien memahami isu dengan mendalam, klien diajar untuk membuat keputusan. Setiap keputusan yang diambil perlu dinilai kekuatan dan kelemahannya. Klien juga diminta untuk memikirkan bagaimanakah kaedah pelaksanaan terhadap keputusan yang diambil tadi. Ini bermakna klien perlu memikirkan bahawa tindakan yang diambil bukan hanya pada peringkat perancangan semata-mata tetapi perlu kepada peringkat pelaksanaan.

6. Penamatan dan tindakan susulan: Penamatan sesuatu sesi tidak semestinya klien dapat mencapai sesuatu matlamat yang dikehendaki. Sebagai satu proses, maka adalah wajar sesi beberapa sesi kaunseling urutan diperlukan bagi membantu klien mendapat celik akal terhadap permasalahan atau isu yang dikemukakan. Kaunselor pula perlu membuat tindakan susulan terhadap klien yang telah mengikuti sesi kaunseling. Penamatan sesi ini hanya untuk suatu sesi sahaja dan kaunselor akan mengingatkan klien pertemuan sesi akan datang. Biasanya sesi kaunseling dilakukan seminggu sekali. Dapat disimpulkan bahawa dalam proses kaunseling ini, kaunselor berperanan sebagai pemudah cara yang penuh dengan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membantu klien berada dalam landasan yang betul sepanjang sesi kaunseling. Sekiranya kaunselor tidak berkemahiran, mungkin klien tidak akan memberi fokus kepada permasalahan yang hendak dibincangkan. Biasanya pada peringkat permulaan, klien agak takut untuk menceritakan permasalahan utamanya. Klien akan lebih suka untuk membincangkan perkara-perkara yang tidak mengancam dirinya. Pada peringkat akhir sesi, kaunselor akan memberi tanggungjawab dalam membuat pilihan kepada klien. Penilai-penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan strategi dalam penyelesaian masalah adalah fokus yang perlu diberi perhatian oleh klien dan kaunselor. Model 6D Proses kaunseling boleh difahami dengan mudah dengan penggunaan model 6D (Zuria, Noriah, Amla, 2005). Model 6D ialah hasil kajian terhadap kaunselor-kaunselor di Malaysia. Berikut ialah penerangan tentang Model 6D (Dekati, Dengari, Dasari, Dayabaiki, Dampingi, Dokumenkan). i. ii. iii. iv. v. Dekati: kaunselor perlu mendekati pelajar untuk mengetahui masalah mereka. Dengari: Apabila kaunselor berhadapan dengan klien, kaunselor perlu menjadi pendengar yang baik agar terasa didengari dan difahami. Dasari: Isu yang dibawa oleh pelajar perlu diselami dan difahami apakah punca dan apakah kekuatan yang ada untuk memperbaiki keadaan. Dayabaiki:. Tugas kaunselor ialah membantu klien mencari kekuatan diri dengan membincangkan idea-idea yang lebih positif dalam menangani isunya. Dampingi: Ramai pelajar datang dari latarbelakang amat bermasalah di mana sokongan keluarga adalah sesuatu yang mustahil untuk diperolehi. Oleh itu, amatlah penting kaunselor memberi sokongan seterusnya kepada klien. Dokumenkan: kaunselor perlu mendokumenkan semua kes untuk tujuan profesionalisma.

vi.

Contoh-contoh bagi aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah seperti di rajah 2.

MODEL 6D : Strategi Kaunseling Di Sekolah Menengah

1.DEKATI Lisan & bukan lisan :ROGERS

2.DENGARI

3.DASARI

4.DAYA BAIKI

5.DAMPINGI Sokong pelajar bertingkahlaku baru/ tanya perkem bangan

Bersedia Medengar Apa Sahaja Isu Kenalpasti m asalah dengan m endalam : ponteng, m otivasi, dadah, rokok, pergaulan & seks bebas, pergaduhan, niat bunuh diri

Bina profil pelajar Hubungan dgn PRS ke tem pat pelajar lepak Penasihat Persatuan /sukan

Tanya soalan m em bantu pelajar berfikir & dapat celik akal dgn tdk m em beri ancam an

Mencari Eset Positif: Potensi Kepada Tingkahlaku Baru SistemMerit/ Aktiviti Persatuan & Tanggungjawab

Punca Masalah: Keluarga: ADLERIAN/ OBJECT RELATIONS/ POTRET KELUARGA

Mencari Matlam at RET MODIFIKASI T/LAKU TERAPI SENI BRIEF THERAPY

Libatkan pelajar yang telah pulih dalamprogram sokongan: AJ K orientasi, PRS,kadet polis.

Benarkan luahan rasa/ fikiran/tingkahlaku dlmbilik kaunseling: ROLE PLAY

Punca Masalah: Rakan Sebaya

Sam paikan pd ibubapa perkem bangan anak

Masuk kelas ganti Bantu program guru Kenalpasti Tingkahlaku Berm asalah Secara Am : Motivasi/Ganas/ Terpinggir Dengar sam pai pelajar rasa lega

Punca Masalah: Pengajaran & Pem belajaran:

Kelom pok Sokongan Rakan Sebaya kaunseling keluarga, program bim bingan: SATIR, Bim bingan Kerjaya: HOLLAND

Minta Laporan Perkem bangan Pelajar dr. guru

Hargai keberanian bercerita

Punca Masalah: Psikologi Abnorm al/ Personaliti

Tahniah pelajar w/pun perubahan sedikit

Jelas pd ibubapa psikologi rem aja: ERIKSON. MASLOW

Sim pan rahsia secara beretika

Ujian Psikologi Jelas Pada Pelajar Tentang Tindakan Disiplin

Jelas pd. guru psikologi rem aja/ libatkan guru dlm programkaunseling 6.DOKUMENKAN

Rujuk: Psikitris, Hospital,Kebajikan Masyarakat, Polis

Zuria Mahm ud, Noriah Mohd.Ishak &Am la Mohd. Salleh (2004)

ETIKA KAUNSELING
Kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dibina untuk memastikan hubungan kaunseling dapat dilaksanakan dengan penuh profesionalisma. Kod etika dibina untuk dipatuhi oleh kaunselor agar sentiasa membuat keputusan yang betul dan tidak melakukan kesalahan dalam tindakannya. Kod etika juga memastikan klien tidak terinaya dalam proses kaunseling. Bagaimanapun, ketika kaunselor berdepan dengan isu yang sukar di mana tidak terdapat kod

dan garis panduan etika yang mencukupi, kaunselor digalakkan untuk mendapatkan khidmat rundingan daripada rakan setugas, pakar-pakar profesional dalam kaunseling, penyelia pentadbiran, pentadbir sekolah sebelum mengambil sesuatu tindakan (Huey, Wayne C. Remley, Theodore P., Jr., 1990) . Kaunselor sekolah Malaysia perlu benar-benar faham kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terkandung di dalam Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan kaunselor sekolah dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya (Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Bagi memastikan kaunselor sekolah dapat menjalankan tugas dengan berkesan, mereka perlulah menilai keberkesanan menjalankan tanggungjawab terhadap pihak-pihak berikut ;

a) Tanggungjawab terhadap klien b) Tanggungjawab terhadap rakan profesional c) Tanggungjawab terhadap masyarakat d) Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan

Dalam menjalankan tanggungjawab kepada semua pihak, kaunselor sentiasa berhadapan dengan isu-isu kritikal. Satu isu yang sering dibicarakan ialah isu kerahsiaan. Peranan utama kaunselor sekolah ialah memberi kaunseling kepada kanak-kanak dan remaja. Pada masa yang sama, kaunselor juga mempunyai tanggungjawab kepada ibubapa, dan pentadbiran sekolah. Dalam hal ini, seringkali kaunselor tersepit antara ketiga-tiga pihak apabila terdapat isu-isu yang perlu dirahsiakan. Garispanduan etika kaunseling menyatakan dalam semua hal, kaunselor perlulah menghormati kliennya dengan menyimpan rahsia, kecuali bila dalam keadaan berikut: i. ii. tindakan klien boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri tindakan klien boleh mendatang bahaya pada orang lain dan masyarakat

iii.

apabila diminta membuat keterangan oleh mahkamah.

Klien remaja boleh datang dengan membawa isu kehidupan peribadi mereka yang mungkin berkaitan dengan undang-undang dan memerlukan tindakan pihak berkuasa. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1997) berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995, bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Bayangkan kepayahan yang perlu ditanggung oleh kaunselor dalam keadaan ini di mana kaunselor ingin memberi khidmat kaunseling tetapi tidak dapat berjanji untuk menyimpan rahsia dengan kliennya!!! Dalam hal ini kaunselor perlu mempraktikkan persetujuan informed consent ataupun persetujuan bermaklumat. Ini bermaksud, klien perlu menandatangani borang persetujuan untuk mengambil bahagian dalam kaunseling dan bersetuju dengan tindakan beretika yang akan diambil oleh kaunselor, termasuklah melepaskan tanggungjawab merahsiakan jika laporan perlu dibuat kepada pihak berwajib. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Masalah lebih berat menimpa kaunselor apabila pentadbir sekolah sewenang-wenangnya mencanangkan semua perkara termasuklah perkara sulit seperti kes mengandung luar nikah, rogol, kes dadah, sehingga diketahui oleh orang yang tidak berkenaan seperti guru-guru lain, pelajar, malah masyarakat setempat. Keadaan ini memberi imej buruk dalam kalangan pelajar bahawa kaunselor tidak pandai menyimpan rahsia.

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran kaunseling terdiri dari kemahiran asas (kemahiran komunikasi) dan kemahiran lanjutan (kemahiran mempengaruhi). Kemahiran komunikasi bermakna pengucap dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas agar difahami oleh pendengar. Dalam proses kaunseling kemahiran berkomunikasi ialah berkenaan kaunselor menyampaikan kepada klien yang kaunselor berminat untuk mendengar isu klien dan sudi membantu klien mencari jalan menyelesaikan masalahnya. (Cormier & Hackney, 1996, Lily 2000, Feltham & Horton, 2001, dan Corey, 2001. Kemahiran mempengaruhi (Ivey, Ivey & Zalaquett, (2010) pula termasuklah kaunselor menggunakan kebijaksanaan untuk mempengaruhi klien kerarah pemikiran, perlakuan serta pembuatan keputusan berdasarkan nilai-nilai yang baik. Kemahiran Komunikasi Komunikasi bukan lisan Komunikasi bukan lisan melibatkan tingkahlaku kaunselor dan pemerhatian ke atas tingkahlaku kaunselor. Kontak mata, jarak duduk, pergerakkan anggota badan, air muka adalah perkara-perkara yang menjadi petunjuk kepada perasaan dan pemikiran kaunselor dan klien. Klien yang tidak gembira mempamerkan waah yang sedih ataupun keliru. Kedudukan badan klien ang bermasalah boleh jadi nampak lemah longlai ataupun defensif. Klien juga

memerhatikan bahasa badan kaunselo yang menunjukkan samada kaunselor itu berminat untuk membantu atau tidak. Oleh itu kaunselor perlu menunjukkan komunikasi bukan lisan yang sesai seperti wajah yang tenang, duduk yang sopan, jarak duduk sosial, dan pergerakkan badan yang mesra tetapi profesional. Kaunselor juga perlu pastikan pakaiannya sopan dan bilik kaunseling bersih. Komunikasi lisan Dorongan/golongan minima Dorongan minima ialah kemahiran paling asas dalam proses kaunseling. Seseorang boleh mendorong orang lain bercerita dengan mengangguk kepala tanda faham, dan membunyi em, ya,saya faham dan teruskan. Jika kaunselor tidak memberi perhatian, tentulah klien terasa hambar dan tidak berminat berkongsi ceritanya. Parafrasa/ refleksi isi Parafrasa ialah respons kepada isi cerita klien dengan memendekkan dan menjelaskan komen klien. Parafrasa bukanlah mengulang kata-kata orang lain seperti seekor burung kakak tua, sebaliknya menggunakan perkataan kaunselor sendiri untuk menjelaskan kata-kata klien. Soalan terbuka dan soalan tertutup Kaunselor perlu bertanya soalan-soalan yang boleh membantu klien mendapat celik akal. Soalan terbuka memberi peluang kepada klien untukmemberi penjelasan. Soalan terbuka dimulakan dengan kenapa, bagaimana dan apa. Bagaimanapun soalan terbuka yang paling baik ialah dengan meggunakan kata-kata bolehkah saudara jelaskan?, di mana klien berasa bebas memilih untuk menjawab atau sebaliknya. Jika klien pilih untuk menjawab, klien juga boleh memilih untuk memberi penerangan yang lanjut. Soalan tertutup bertujuan mendapatkan maklumat dan keputusan ya atau tidak, data-data spesifik dan butiran sesuatu peristiwa. Kedua-dua jenis soalan penting dalam proses kaunseling, oleh itu kaunselor perlu memilih masa yang sesuai untuk menggunakan soalan dengan berkesan. Refleksi Perasaan Refleksi perasaan ialah pengenalpastian dan pengiktirafan emosi utama yang sedang di alami oleh klien.. Refleksi perasaan membantu klien memahami emosi sendiri secara mendalam. Apabila perasaanya diiktiraf klien berasa lebih selesa untuk meneruskan ekplorasi masalah. Empat perasaan utama manusia ialah sedih, marah, gembira dan takut. Dengan mengenalpasti emosi klien, kaunselor dapat memahami fikiran dan tingkahlaku yang telah dibuat atau akan dibuat oleh klien. Kemahiran Mempengaruhi Kemahiran-kemahiran mempengaruhi adalah strategi yang sangat powerful dalam membantu klien memilih untuk melakukan tindakan yang baik untuk dirinya dan orang

sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini adalah kemahiran lanjutan yang perlu dilakukan dengan berseni dan berhemah tanpa meninggalkan kemahiran komunkasi asas. Pendedahan kendiri Pendedahan kendiri ialah apabila kaunselor menyatakan perasaan dan pemikirannya berkaitan dengan isu yang dibawa oleh klien. Pendedahan kendiri mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas dan sesuai dengan masa. Kaunselor boleh berkata saya rasa gembira kerana kamu telah mula menyedari........... Pendedahan kendiri eloklah dilakukan secara ringkas sahaja. Kaunselor juga boleh berkongsi secara ringkas pengalamannya sendiri.

Logical consequences Logikal consequences ialah apabila kaunselor mencadangkan kepada klien untuk memikirkan kesan positif atau negatif sebagai hasil keputusan yang dibuat oleh klien seterusnya kaunselor dan klien mengekplorasi kedua-dua kesan tersebut secara objektif sebelum memberi pelung klien untuk megambil tindakan. Konfrantasi Konfrantasi ialah apabila kaunselor menjemput klien untuk menjelaskan ketidakselarian antara penyataan dan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan klien. Ia juga disebut sebagai supportive challenge. Contoh penyataan Konfrantasi adalah seperti berikut kamu kata .... tetapi sebaliknya kamu ................. bagaimana kamu jelaskan ini?. Refleksi makna Refleksi makna ialah sambungan daripada parafrasa tetapi ia memberi fokus kepada perataan-perkataan seperti makna, nilai, visi, matlamat dan pembelajaran yang diperolehi. Contoh kaunselor apa yang kamu belajar daripada peristiwa ini?

PROGRAM KAUNSELING DI SEKOLAH Kaunseling di Sekolah Menengah Terdapat beberapa bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor sekolah menengah. Bidang-bidang tersebut adalah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri, pendidikan pencegahan dadah /rokok/inhalan daan HIV/ AIDS. Akademik. Menguasai sesuatu mata pelajaran merupakan tugas utama para pelajar di sekolah. Tahap penguasaan sesuatu mata pelajaran dapat diketahui melalui pencapaian mereka dalam peperiksaan. Pelajar yang masih belum menguasai sesuatu mata pelajaran dianggap sebagai pelajar yang kurang memiliki kemahiran belajar. Kemahiran belajar adalah kemahiran

membaca, mencatat nota, mengingat, mengulang kaji, menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Isu yang timbul adalah bukti yang menunjukkan keberkesanan bimbingan akademik yang diberikan kepada para pelajar tentang kemahiran belajar tidak dapat dipastikan. Tidak ada dokumentasi yang mencukupi untuk menunjukkan kesan yang positif tentang keberkesanan perkhidmatan guru kaunseling dalam hal ini (Brigman & Campbell, 2003). Oleh itu, guru kaunseling perlu mengambil tindakan untuk menjalankan kajian keberkesanan terhadap setiap aktiviti bimbingan akademik yang telah dilaksanakan.

Bimbingan kerjaya Membimbing pelajar mencapai kematangan kerjaya adalah tugas yang penting bagi kaunselor. Peranan kaunselor merupakan pemacu kepada menyambungkan alam persekolahan dengan alam pendidikan lepasan sekolah dan seterusnya alam kerjaya. Bimbingan kerjaya meliputi bimbingan untuk mencetuskan celik akal pelajar terhadap maklumat kerjaya, peluang-peluang penempatan latihan dan kerjaya serta pasaran kerjaya masa kini yang bersesuaian dengan personaliti dan potensi pelajar. Isu bimbingan kerjaya timbul apabila terdapat pelajar yang masih kabur akan halatuju kerjaya masa depan mereka. Pendekatan yang digunakan ketika memberi bimbingan kerjaya kurang membantu para pelajar golongan ini. Bagi mengatasi keadaan ini, kaedah pendekatan untuk bimbingan kerjaya perlu disemak kembali. Kepelbagaian kaedah nampaknya wajar dilakukan bersesuaian dengan potensi dan personaliti pelajar yang unik. Proses kaunseling kerjaya yang kerap dijalankan di sekolah dilihat lebih kepada aktiviti menjawab inventori dan pentadbiran inventori, pemilihan kursus lepasan sekolah serta lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan dengan kerjaya tertentu . Di samping terus melaksanakan aktiviti tersebut, guru kaunseling perlu menjalankan kaunseling kerjaya yang berlandaskan teori perkembangan kerjaya dan melakukan penilaian secara berterusan sama ada secara formal dan tidak formal pada sepanjang proses kaunseling kerjaya tersebut ( Whiston, 2005). Psikososial dan kesejahteraan mental Psikososial dan kesejahteraan mental adalah salah satu aspek kehidupan yang penting. Menurut laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia pada tahun 2005, hampir 2,500 orang membunuh diri setiap tahun dan kebanyakan daripada mereka menghidap penyakit mental. Selain itu, statistiks Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mengidap penyakit mental setiap hari. Para pelajar sekolah tidak terlepas daripada mengalami gangguan mental akibat masalah-masalah seperti perpecahan keluarga, kejadian buli oleh rakan sebaya, kegagalan dalam percintaan dan apa jua bentuk masalah yang gagal ditangani oleh mereka secara berkesan (Tam Cai Lian, 2008).

Bagi menangani isu kesihatan mental , pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan yang meluas untuk membantu dari sudut emosi, tingkahlaku dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan kesihatan mental. Guru kaunseling perlu menjadi penggerak kepada usaha ini agar pihak pentadbiran dan wakil agensi-agensi berkenaan dapat melaksanakan usaha membantu pelajar dalam aspek ini (Brown, Chris, Dahlbeck, David T., Sparkman-Barnes, Lynette, 2006) Kaunseling Sekolah Rendah Pepatah Melayu ada mengatakan, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.Pepatah ini ada kebenarannya jika dilihat dari aspek pendidikan. Pelajar belajar cara berkomunikasi dan bergaul dengan pelajr lain bermula dari peringkat rendah lagi. Malah memahami perkembangan kanak-kanak yang memerlukan layanan yang berbeza-beza terutama dalam kalangan kanak-kanak telah menjadi tumpuan kepada ahli-ahli psikologi sejak dahulu lagi. Oleh itu langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan guru bimbingan yang terlatih di sekolah rendah adalah sangat bertepatan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Adalah diharapkan dengan adanya guru bimbingan di peringkat sekolah rendah ini, masalah pelajar dapat dikawal sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Guru-guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah juga mempunyai latihan kaunseling yang mencukupi dan telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran untuk mengendalikan program-program bimbingan dan kaunseling seperti mana rakan-rakan mereka yang bertugas di peringkat sekolah menengah. Malah terdapat juga sebilangan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah ini memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Panggilan khusus untuk guru kaunseling di sekolah rendah juga dipanggil sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Sebenarnya pihak Kementerian Pelajar Malaysia telah menyelaraskan program-program yang perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling di sekolah rendah berpandukan kepada buku panduan perkhidmatan kaunseling iaitu Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah (KPM, 2009). Dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah ini, pihak pentadbir dan guru-guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membantu melaksanakan program yang telah dirancang. Secara umumnya kebanyakan murid di sekolah rendah masih belum begitu memahami konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Oleh itu guru bimbingan dan kaunseling perlu membuat program-program penerangan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelajar. Seperti juga perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah menengah, kerjasama daripada pihak ibu bapa juga boleh dilibatkan bagi menjayakan program-program yang besar seperti perkhemahan pelajar atau kem-kem motivasi terutama untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Secara keseluruhannya guru bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah rendah memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada pembangunan sahsiah pelajar yang seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi.

Advokasi Kaunseling bagi Murid Berkeperluan Khas Perkembangan pendidikan terkini menampakkan perubahan yang pesat dalam usaha untuk semua kanak-kanak untuk berada di sekolah. Pelbagai akta dan perundangan berkaitan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menggariskan antara lain bahawa pendidikan tidak hanya terbatas kepada kumpulan tertentu pelajar yang mampu untuk mengikuti pendidikan di sekoalh tetapi kepada semua pelajar tanpa mengira kumpulan tertentu. Sebagai contoh, Deklarasi Salamanca 1994 dan yang terkini Akta Orang Kurang Upaya 2008 mempunyai bahagian yang menegaskan tentang penyediaan pendidikan untuk semua golongan berkeperluan khas. Bagi sesebuah sekolah, penempatan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah dan sekolah rendah adalah mengikut peruntukan yang ditetapkan mengikut bilangan murid di sekolah berkenaan. Perkhidmatan yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunselling antara lain meliputi bidang akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan serta pembangunan diri murid. Berkaitan dengan murid berkeperluan khas, guru bimbingan dan kaunseling turut sama berperanan dalam memastikan bahawa golongan murid ini turut sama mendapat khidmat bimbingan dan menyertai aktiviti pengajaran tertentu yang dirancang. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dilihat mengalami perubahan dari satu jenis khidmat ansiliary dan sokongan kepada perkhidmatan yang menyeluruh . Peranan guru bimbingan dan kaunseling beralih daripada bersifat membantu atau bertindak balas terhadap sesuatu kepada satu peranan yang lebih menyeluruh yang bersifat proaktif (Erhad & Umasky 2005). Antara peranan yang boleh dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling adalah sebagai pihak pembela (advocator) dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan murid berkeperluan khas. Peranan sebagai pembela yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling boleh berfungsi dalam konteks: perancangan pembelajaran murid terutama dalam merancang rancangan pembelajaran individu (RPI). Semasa merancang RPI, guru bimbingan dan kaunseling menjadi ahli pasukan RPI dan boleh menjadikan perancangan RPI sebagai suatu proses kolaborasi yang melihat kekuatan murid. perjalanan harian sekolah. Murid berkeperluan khas tidak boleh dilihat sebagai satu kelompok murid yang berasingan tetapi sebagai sebahagian dari warga sekolah. Advokasi berperanan apabila guru bimbingan dan kaunseling melibatkan murid berkeperluan khas dalam semua aktiviti bimbingan dan kunseling sekolah dan tidak mengadakan aktiviti yang berasaingan bagi murid ini.

memberi sokongan dan bantuan moral dan pendidikan. Isu berkaitan kesamarataan, akses kepada perkhidmatan bantuan pembelajaran merupakan sebahagian daripada aspek dalam konteks sokongan kepada murid berkeperluan khas. Guru bimbingan dan kaunseling mempunyai peranan untuk menjadikan penempatan murid berkeperluan khas di sekolah dilaksanakan dalam keadaan yang menyokong pendidikan untuk semua.

Advokasi dilihat apabila guru bimbingan dan kaunseling memberi fokus kepada keperluan individu murid berkeperluan khas dan membantu merancang matlamat untuk memenuhi keperluan mereka ini. Setiap tanggungjawab yang dijalankan adalah untuk memastikan bahawa tiada murid yang tertinggal dalam arus perkembangan pendidikan semasa.

MASA DEPAN KAUNSELING SEKOLAH Khidmat kaunseling telah mendapat tempat yang baik dalam seting pendidikan di Malaysia pada masa kini. Kaunselor yang berkhidmat di seting pendidikan pada ratanya mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Keadaan ini dihasilkan melalui pengwujudan program latihan kaunseling di institusi-institusi pengajian tinggi. Latihan kaunselor pada peringkat ijazah sarjanamuda, sarjamauda, dan doktor falsafah yang diurus dengan baik oleh KPT dan institusi penjagian tinggi membolehkan terlahirnya kaunselor berkelayakan untuk berkhidmat di institusi pendidikan tinggi, sekolah menengah, dan sekolah rendah. Pada dasarnya bolehlah dikatakan perkhidmatan kaunseling berada pada kedudukan yang stabil. Bagaimanapun, pelbagai masalah sosial, akademik, perkembangan serta pengurusan yang dialami oleh masyarakat amnya dan warga pendidikan khususnya seperti penuntut, staf dan pemegang taruh (stakeholders) menuntut peranan kaunselor dimantapkan. See dan Ng (2010) mengenalpasti tiga cara untuk memajukan khidmat kaunseling ialah melalui pengetahuan, penyelidikan, dan amalan. Guru kaunseling disaran untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan teori dalam proses kaunseling , selain daripada mempunyai kemahiran penilaian dan pengukuran. Mereka juga dicadangkan mempunyai pengetahuan tentang pelbagai masalah sosial terkini seperti gejala seks remaja dan penyalahgunaan teknologi agar dapat memberi khidmat yang relevan dengan budaya, responsif dan berkesan. Kaunselor boleh meningkatkan kompetensi melalui latihan professional lanjutan (Continuos Professional Development) melalui bengkel-bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menjadi ahli kepada badan professional seperti PERKAMA, kaunselor sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan terkini dalam bidang kaunseling di dalam dan luar Negara. Mereka juga dapat membina jaringan dengan rakan-rakan seperjuangan seluruh dunia melalui seminar-seminar antarabangsa.

Selain dari peningkatan kompetensi, kaunselor di Malaysia wajar mengambil peluang daripada kedudukan yang stabil ini untuk meningkatkan kolaborasi dengan pelbagai pihak dalam memantapkan khidmat kaunseling di seting pendidikan. PIBG, IPT dan pelbagai agensi lain sentiasa memerlukan dan terlibat dalam penganjuran program-program kerjaya, kem motivasi, kaunseling keluarga, dan lain-lain. Kaunselor boleh menghadiri dan mempelajari sesuatu strategi yang baru, ataupun mengendalikan bengekl-bengkel berdasarkan pengalaman mereka. Oleh kerana kaunselor perlu bekerja dengan pelbagai pihak di sekolah, eloklah rakan sekerja mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang khidmat ini. Sudah tiba masanya pentadbir di sekolah diberi latihan tentang kemahiran asas kaunseling dan etika kaunseling. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami peranan kausnelor dan dapat bekerjasama memenuhi matlamat utama khidmat kaunseling iaitu mewujudkan kesejahteraan pelajar.

RUJUKAN

Brigman,G., Campbell, C. , 2003, Helping Students Improve Academic Achievement and School Success Behavior, ASCA, 7:2 , 91-98.

Huey, Wayne C. - Remley, Theodore P., Jr. 1990. Ethical and Legal Issues in School Counseling. Highlights. ERIC Clearinghouse on Counseling and Personnel Services Ann Arbor MI. Ivey, Ivey & Zalaquett, (2010). Intentional Interviewing & counseling. Brokes/ Cole Cengage Learning

Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah (2009). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Zuria mahmud dan Ahmad Jazimin Jusoh, 2008. Kualiti Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah Menengah , 2008. Jurnal PERKAMA, 129-144. Zuria Mahmud, Salleh Amat dan Mohd. Mujab Sukaimi. (1999).Isu-isu jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah dan cadangan mengatasinya. Prosiding seminar isu-isu pendidikan negara fakulti pendidikan bangi (238-251).

You might also like