You are on page 1of 1

Memupuk budaya tingkah laku yang mulia

Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata mengajar sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh itu seorang guru harus menunjukkan dan mempamerkan tingkah laku yang baik supaya dapat dicontohi oleh murid-muridnya. Dalam konteks ini, guru besar perlu memastikan semua guru menunjukkan tingkah laku yang baik kerana guru-guru merupakan rol model kepada murid-murid.

sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna. Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan.

You might also like