You are on page 1of 9

Tajuk : Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kejadian jerebu di Malaysia.

PENGENALAN Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Jerebu boleh didefinasikan sebagai satu fenomena tradisi atmosfera di mana kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Maksud Indeks Pencemaran Udara (IPU )digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah untuk menentukan kualiti udara di sesebuah kawasan terutamanya di Malaysia. Dalam bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang membawa maksud Air Pollutant Index. Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain.

2.0 PUNCA BERLAKU JEREBU Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negarakerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu? Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan. Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup

angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu. Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita. Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.

3.0 KESAN JEREBU

4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebinguntuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.

5.0 LAMPIRAN Lampiran 1:

Rujukan Bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara)

26 Jun 2013 - kawasan Pelabuhan Kelang, Selangor

JUN 21, 2013. KUALA LUMPUR

You might also like