4.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
Prinsip pembelajaran berasakan komputer berlaku apabila pembelajaran dilaksanakan melalui penggunaan komputer. Komputer digunakan di dalam bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional. Alat elektronik ini boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinyadan melaksanakan arahan dalam susunan yang logik. Terdapat pelbagai jenis PPBK yangmempunyai kelebihan dan kesesuaian masing-masing dalam penggunaan matapelajaran di peringkat rendah, menengah dan tinggi.
4.1 Latihtubi
Latihtubi adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betulatau salah. Seterusnya komputer akan memberikan maklum balas kepada pelajar. Ini akanmembolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan pelajaran mengikuttahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh,apabila membuat latihan Matematik, para pelajar tidak akan merasa tegang jika terdapat kesalahandalam latihan yang mereka buat. Mereka akan memperbaiki kesalahan itu dan akan cubamenjawabnya sekali lagi.
4.2 Tutorial
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran yang disampaikansecara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Kemudiannya, komputer akanmenyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam peperiksaan. Sebagai contoh, apabila para pelajar menggunakandisket sebagai bahan pembelajarannya, dia tidak akan berasa bosan jika dia tidak memahamisebarang soalan yang terdapat di dalamnya.Pelajar akan lebih bersemangat untuk membuat soalandi dalamnya apabila kesalahan yang dilakukan diberi komen oleh suara latar belakang dan muzik sampingan yang terdapat di dalam disket tersebut.
4.3 Simulasi
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaransebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikanmasalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakanuntuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutamanya dalam mata pelajaran sepertisains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau
Leave a Comment