You are on page 1of 4

DEFINISI MEMANASKAN BADAN Memanas badan adalah satu aktiviti dimana ianya dilakukan untuk meningkatkan kadar denyutan

jantung dan nadi. Program pemanas badan adalah bertujuan untuk menyediakan fizikal pemain sebelum memulakan sebarang acara samada latihan ataupun perlawanan. Menurut Bompa, T.O. dalam bukunya Periodization Training for Sports merujuk pemanas badan sebagai sangat penting sebelum seseorang atlit memulakan acara. Hal ini kerana aktiviti tersebut akan meningkatkan suhu badan selain menyediakan otot secara fisiologinya. Pada kebiasaannya, aktiviti memanaskan badan akan diikuti dengan acara regangan.

KENAPA MEMANASKAN BADAN DIPENTINGKAN Menurut Wilmore, J.H. dan Costill, D.L., menerusi buku teks Physiology of Sport and Exercise menetapkan beberapa kepentingan memanaskan badan seperti berikut: Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kadar pernafasan. Menjadikan sebagai medan persediaan yang efisyen untuk jantung, pembuluh darah, paru-paru dan otot. Melakukan aktiviti memanas badan akan mengurangkan kadar ketegangan serta kelesuan otot-otot tertentu. Aktiviti memanas badan akan mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

MASA UNTUK MEMANASKAN BADAN Kebanyakan saintis serta ahli sains sukan memberi cadangan masa yang sesuai untuk memanaskan badan adalah diantara 15 minit ke 30 minit. Setiap individu mempunyai tahap hemostatiknya tersendiri. Pendapat ini dibekalkan dengan hujah Prinsip Latihan Individualistik yang menyatakan bahawa setiap individu adalah berbeza biologikal, pengalaman, kapasiti prestasi serta status latihan dan kesihtan mereka (Bompa, T.O., 1995). Hal ini kerana pemain muda akan memerlukan masa yang lebih untuk memanaskan badan kerana system fisiologi mereka masih kuat berbanding pemain yang lebih berumur. Kebanyakan pemainpemain di Eropah memerlukan masa diantara 45-60 minit untuk memanaskan badan. Itu mungkin disebabkan keadaan persekitaran mereka ataupun faktor semulajadi cuaca di tempat mereka. Menurut Prof. Dr. Anuar Suun, MSN, acara memanas badan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu memanas badan am general warm up dan memanas badan spesifik specific warm up. Beliau berpendapat setiap atlit atau sesiapa sahaja yang ingin melakukan aktiviti sukan harus membahagikan masa untuk memanaskan badan secra am dan spesifik. General warm up (15-20 minit) Memanaskan badan secara am ini memerlukan pemain untuk melakukan aktiviti seperti berlari perlahan (jogging) atau berbasikal atau menaiki tangga dengan kadar perlahan ke sederhana laju. Ia bertujuan untuk meningkatkan suhu badan serta perjalanan darah. Kebiasaannya menerusi program kecergasan dibawah kendalian saya akan mengarahkan pemain untuk slow jogging dengan kadar intensity diantara 40-50% daripada kemampuan masing-masing.

Specific warm up (5-10 minit) Setelah melalui proses general warm up, pemain-pemain harus melakukan proses memanas badan yang spesifik pula. Proses ini adalah transisi jangka pendek fizikal pemain sebelum melakukan aktiviti utama. Dalam sukan bolasepak specific warm up memerlukan setiap pemain untuk melakukan beberapa ulangan aktiviti tertentu seperti menyepak bola dengan teknik sahaja tanpa bola, melompat dan menanduk dengan bola, mula berlari secara perlahan kepada laju dan sebagainya. KADAR NADI UNTUK MEMANASKAN BADAN Menghitung kadar nadi perlu dilakukan sepanjang latihan untuk memastikan yang setiap pemain mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Kebanyakan pasukan profesional mempunyai sistem bacaan kadar nadi pasukan yang akan memastikan setiap pemain memakai transmiter di dada dan kemudian akan dihubungkan dengan komputer untuk bacaan selepas latihan. Antara jenama yang biasa digunakan adalah Polar. Terdapat juga sistem individu polar dimana pemain akan memakai tranmiter di dada dan jam ditangan yang akan membaca kadar denyutan nadi terus dari transmitter tersebut Selain itu, kadar nadi juga boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan mengiranya selama 1 minit. Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada ditahap yang optimum warm up bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute). KESIMPULAN Secara kesimpulannya, memanaskan badan sangat penting dalam

memastikan latihan dalam keadaan yang sistematik.

PRINSIP AKTIVITI MEMANASKAN BADAN Prinsip memanaskan badan masih merupakan suatu tajuk yang hebat diperdebatkan di kalangan pengkaji-pengkaji fisiologi senaman. Kebanyakan kajiankajian yang telah dibuat dalam bidang ini menunjukkan bahawa memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor. Sebaliknya terdapat juga banyak kajian yang membayangkan bahawa memanaskan badan tidak memberi apa-apa kesan dari segi prestasi. Jika cuma berdasarkan kepada pemerhatian serta pengalaman peribadi kita, timbullah dalam kepercayaan kita bahawa kebanyakan atlit dan ahli sukan dari berbagai jenis sukan memerlukan sedikit sebanyaknya aktiviti permulaan sebelum sesuatu perlawanan atau latihan yang sebenarnya. Biasanya atlit atau pengamal kecergasan fizikal melakukan pelbagai cara memanaskan badan seperti aktiviti regangan dan kalistenik sebelum mereka melibatkan diri dalam permainan atau aktiviti sukan masing-masing.

You might also like