You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak

pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran, contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu. Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).

Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih dari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena ElNino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.

2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA 2.1 Pembakaran kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan

2.2 Pembakaran Bahan Api Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan: S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

2.3 Proses Perbandaran Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin, 2003: 102).

Pelepasan Asap Hitam Dari Cerobong Kilang

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

3.0 KESAN-KESAN JEREBU 3.1 Kesihatan Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia. Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.

Bahan Pencemar

Punca

Kesan

a)Asap

- Pembakaran bahan api -Pembakaran sampah -Menggangu pernafasan normal sarap - Pembentukkan asbut yang mengganggu -Cerobong asap kilang penglihatan -Ekzos kenderaan bermotor -Kilang papan, kuari, -Serangan lelah simen,asbestos,batu -Batuk-batuk kapur - Sesak nafas -Petrol berplumbum -Pembakaran bahan bercat

pada

pesakit

asma

b) Debu

c) Plumbum

- Menggangu keupayaan badan membina Sel darah baru - Kerencatan dan kecacatan otak pada kanakkanak

-Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan hemoglobin untuk -Pembakaran bahan api membentuk karboksihemoglobin yang akan yang tidak lengkap menggantikan oksigen dalam darah - Ekzos kenderaan -Melembabkan otak -Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak -Menurunkan rintangan badan kanak-kanak -Pembakaran bahan api terhadap selsema pada suhu tinggi dalam -Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan kenderaan berat atau bronkitis serta kanser kilang -Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk - Tindakan bakteria membentuk pengoksida fotokimia yang dalam tanah memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu

d)Karbon monoksida

e) Oksida nitrogen

3.2 Sektor Ekonomi Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancong bimbang dengan keselamatan mereka.

Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997 4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 4.1 Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department of Invironment, 1989). Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa 9

perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402). 4.2 Larangan Pembakaran Terbuka Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120). Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997. 4.3 Pembenihan Awan Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak

10

dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi. 4.4 Kempen Hijau Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat

mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 442). Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

11

4.5 Penggunaan CFC Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan( propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) .

4.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.

Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)

Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

12

Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter (Chan Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah

13

keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan Pembangunan Tanpa Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi 1 (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 398). 4.7 Tanggungjawab Orang Ramai Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

Adalah amat penting bagi pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar diimbangkan supaya faedah-faedah yang didapati dari pembangunan tidak disia-siakan oleh kos-kos bagi mengatasi pencemaran alam sekitar.

14

5.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBATJEREBU Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga system pernafsan iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah kerana orang yang menghidu akan menghadapi kesan yang lebih buruk berbanding dengan perokok tersebut. Selain itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah dikurangkan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

15

6.0 PENUTUP Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihakpihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

16

LAMPIRAN 1

Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu

Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006 Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

17

LAMPIRAN 2

Pembakaran sisa pertanian

PEMBAKARAN SAMPAH SARAP

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

18

LAMPIRAN 3

Firman Allah: Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di lautan oleh keranausaha manusia sendiri, sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian azab daripadaperbuatan mereka itu, agar mereka kembali kejalan yang benar (bertaubat). ( Surah Ar Rumayat 41 )

Gambarajah 3 : Manusia seharusnya menghargai anugerah alam

19

BIBLIOGRAFI Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment. Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan Industri di Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997 http://members.tripod.com/lttan/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

20

You might also like