You are on page 1of 53

ILMU USUL BIDA`: Kaedah Untuk Mengecam Dan Mengenalpasti Bid`ah

Terjemahan oleh Ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya

1.1 Pendahuluan 1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida 1.3 Sumber dan Hukum Usul al-Bida 1.4 Hukum mempelajari 1.5 Karya-karya utama dalam ilmu ini 1.6 Kewajipan berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. 2.0 Pentakrifan Bidah 2.1 Bidah dari segi bahasa 2.2 Bidah dari segi istilah 2.3 Mengapa kita pilih pendekatan yang kedua 2.4 Penggunaan perkataan bidah oleh Sayyidina Umar 2.5 Pembahagian bidah 3.0 Prinsip-prinsip tentang Bidah 3.1 Prinsip Pertama: Agama adalah sempurna. Tidak mungkin ada penambahan ataupun pengurangan 3.2 Prinsip Kedua: Pahala kerana ittiba bukan ibtida 3.3 Prinsip Ketiga: Ittiba dalam melakukan dan juga meninggalkan 3.4 Prinsip Keempat: Ittiba Sahabat sebahagian dari agama 3.5 Perinsip Kelima: Setiap rekaan adalah bid`ah, maka mereka-reka itulah sebab larangan dan penolakan.

1.1

PENDAHULUAN

Persoalan bid`ah merupakan permasalahan yang terus menjadi konflik dan polemik dalam masyarakat Islam. Antara puncanya ialah kekaburan tentang perkara-perkara asas yang berkaitan dengan takrif, hakikat dan pembahagian serta kayu ukur dalam menentukan bid`ah atau sebaliknya. Begitu juga masyarakat kurang memahami dan peka akibat buruk yang wujud kerana berleluasanya perkara-perkara bid`ah. Golongan berilmu masih lagi tidak menemui titik persepakatan dalam menyelesaikan persoalan ini menyebabkan masyarakat terus berada di dalam kebingungan dan serba salah untuk melakukan sesuatu perkara. Malah yang paling buruk ialah banyak sunnah Rasulullah s.a.w ditinggalkan dan diabaikan. Dalam menghadapi situasi yang begini rumit merujuk kembali kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah itulah satu-satu pilihan yang ada. Dengan cara ini, kita akan mendapati segala-galanya akan terjawab dengan syarat keinsafan dan keazaman untuk mencari kebenaran tertanam dalam jiwa pengkaji-pengkaji persoalan bid`ah.


Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin-pemimpin dari kalangan kamu. Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa: 59) Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa wajib mentaati Allah dan Rasul iaitu al-Quran dan al-Sunnah secara mutlak di samping mentaati pemimpin sama ada dari kalangan pemimpin politik atau pemimpin dalam soal ilmu yakni para ulama. Bagaimanapun ketaatan kepada kedua-dua jenis pemimpin ini tidak secara mutlak iaitu dalam batas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika terdapat perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka jalan terbaik untuk menyelesaikannya dengan berpandukan kepada alQuran dan al-Sunnah. Oleh itu, persoalan bid`ah dapat diselesaikan jika kita dapat merujuk kepada dua peninggalan Rasulullah s.a.w. ini dan mengeluarkan kaedah-kaedah yang akan menjadi kayu ukur dan

garis panduan dalam mengamalkan Islam supaya tidak tersasar dari Sunnah Rasulullah s.a.w. lalu menyebabkan kita terjerumus di dalam kesesatan bid`ah.

1.2

Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida`

Berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah, beberapa kaedah atau prinsip telah dibina untuk menyelesaikan persoalan bid`ah. Kaedah ini boleh dinamakan sebagai Ilmu Usul al-Bida`. Ilmu usul al-Bida` atau ilmu tentang prinsip-prinsip bid`ah merupakan ilmu yang baru disusun oleh ulama mutakhir walaupun ianya sudah ada dalam khazanah penulisan ulama yang terdahulu. Halnya sama dengan ilmu usul fiqh. Walaupun dibukukan selepas zaman Imam alSyafie, ilmu Usul Fiqh sudahpun wujud dan digunakan oleh para sahabat dalam berijtihad dan mengeluarkan fatwa-fatwa. Begitu juga ilmu Fiqh al-Awlawiyyat, walaupun baru dipopularkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ilmu ini sudah terdapat asas-asasnya di dalam al-Quran dan alSunnah dan pengamalan generasi terbaik Islam. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh para ulama untuk menilai dan mengukur sesuatu amalan itu bid`ah atau masih dikira sebagai sunnah. Dengan ini, ilmu Usul al-Bida` dapat didefinisikan sebagai ilmu yang membincangkan himpunan kaedah yang membezakan amalan bid`ah dan bukan bid`ah serta amalan yang menyerupainya. Gunanya ilmu ini ialah untuk menegakkan sunnah yang hanya terlaksana apabila bid`ah dapat dihindari dan diberi peringatan. Kepada ahli hukum, di samping ilmu Usul Fiqh dan ilmu Qawa`id Fiqhiyyah, ilmu ini memandunya dalam menentukan dengan jelas kedudukan sesuatu amalan yang timbul dan diamalkan di dalam masyarakat. Begitu juga, ilmu ini amat penting kepada ahli masyarakat dalam mendakwahkan dan melaksanakan hukum Islam. Dengan menguasai ilmu ini, masyarakat berupaya untuk menjalani kehidupan ini benar-benar berlandaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah s.a.w. seterusnya mendapat keberkatan Allah s.w.t.


Jikalau sekiranya penduduk negeri-negri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (al-A`raf: 96)

Keimanan dan ketaqwaan hanya akan sempurna apabila adanya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu dengan mengikuti Sunnah dan menjauhi bid`ah. Selain itu, dengan memahami ilmu dengan jelas, masyarakat akan tetap terus berada di atas petunjuk dan hidayat serta berpegang teguh dengan tali Allah yang sangat kukuh. Dengan itu, tidak akan ada lagi perpecahan dan perselisihan pendapat. Allah s.w..t berfirman:


Hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah. (Al `Imran: 103)

1.3 Sumber Ilmu Usul al-Bida`


Ilmu ini disusun berdasarkan kepada prinsip-prinsip kulli yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah di samping penghayatan dan pengamalan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

1.4 Hukum Mempelajari


Ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap ahli hukum dan sesiapa sahaja yang terlibat dan berperanan dalam masyarakat seperti para imam dan pemimpin masyarakat. Kepada umat Islam secara keseluruhan, ilmu ini adalah fardu kifayah. Namun jika tidak ada seorangpun mempelajarinya maka hukumnya menjadi fardu `ain sehinggalah ada yang mempelajarinya.

1.5. Karya-Karya Utama Dalam Ilmu Ini


Orang yang pertama yang memperincikan perbahasan tentang prinsip-prinsip bid`ah ialah Imam al-Syatibi. Beliau telah menulis dua buah kitab, al-I`tisam dan al-Muwafaqat. Kitab alI`tisam merupakan rujukan asasi bagi pengkaji-pengkaji untuk mengetahui persoalan bid`ah yang berlaku dalam masyarakat.

Penulisan yang lain ialah `Ilmu Usul Fiqh al-Bida`Dirasah Takmilah Muhimmah Fi Ilm Usul alFiqh, karangan Hasan Ali al-Athari. Usul fi al-Bida` wa al-Sunan tulisan Muhammad Ahmad al-`Adawi yang merupakan ringkasan kepada kitab al-I`tisam. Kitab ini menghimpunkan sebelas kaedah-kaedah tentang bid`ah. Usul al-Sunnah Fi Radd al-Bid`ah karangan Muhammad Tahir. Beliau telah mengemukakan dua puluh kaedah bagi mengenalpasti bid`ah.

1.6 Kewajipan Berpegangan Dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. telah lengkap dan sudah mencukupi untuk memandu seseorang hamba untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t dan selamat dari kemurkaanNya. Setiap bentuk ibadat telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat dan mereka pula mengajarkannya kepada generasi seterusnya. Mengamalkan agama sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda merupakan sunnah dan meninggalkannya pula adalah derhaka. Tetapi malangnya berlaku bermacam fitnah terutamanya setelah kewafatan Sayyidina Uthman r.a. khalifah Islam yang ketiga. Musuh-musuh Islam mengimport pelbagai fahaman dan konsep baru yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Perkara-perkara baru ini dinamakan bid`ah kerana kewujudannya itu adalah bertentangan dengan sunnah. Bid`ah ialah satu perkara baru yang tidak pernah diamalkan oleh sahabat dan para tabi`in malah tidak dituntut oleh dalil syara` dan ia merupakan perbuatan yang bercanggah dengan sunnah. Apabila disebutkan sunnah maka lawannya adalah bid`ah sebagaimana syirik lawan bagi tauhid. Tauhid bererti kesempurnaan kesaksian seseorang terhadap keesaan Allah manakala sunnah bermakna kesempurnaan kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, syirik dan bid`ah merupakan ancaman yang sangat berbahaya terhadap syahadah seorang muslim. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang memerintahkan kita supaya berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan berwaspada terhadap rekaan dalam agama. Antara ayat-ayat tersebut ialah:


Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa. (al-An`am: 153)


Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, pasti Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Ali `Imran: 31)

: . : . )
Daripada Jabir bin Abdullah katanya: Rasulullah s.a.w. apabila berkhutbah, matanya menjadi merah, suaranya menjadi tinggi seolah-olah seperti ketua yang memberi peringatan kepada tenteranya: Waspadalah pada waktu pagi dan petang (sentiasa berjaga-jaga). Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan dalam keadaan kiamat sangat hampir berlaku seperti dua jari ini. Baginda merapatkatkan jari tengah dan jari telunjuknya. Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya sebaik-baik ucapan ialah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad dan kejahatan yang paling buruk ialah perkara-perkara rekaan dan setiap bid`ah itu sesat. (Hadis riwayat Muslim)

: [ : (: : ))

Daripada Abdullah bin Mas`ud katanya: Pada suatu har i Rasulullah telah membuat satu garis sambil bersabda: Ini adalah jalan Allah. Kemudian baginda membuat beberapa garisan di sebelah kanan dan kiri garis tadi dan bersabda: Ini adalah beberapa jalan yang masing-masing mempunyai syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian baginda membaca ayat: Sesungguhnya ini adalah jalan -Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa. (al-An`am: 153) (Hadis riwayat al-Darimi, Ahmad dan al-Nasai)

: ( : : . : . )
Daripada Abu Syuraih al-Khuza`I katanya: Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami seraya bersabda: Tidakkah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan saya ini pesuruh Allah? Mereka menjawab: Ya, benar sekali. Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya alQuran ini, satu hujungnya pada Tangan Allah dan satu lagi pada tangan kamu. Oleh itu, hendaklah kamu berpegang teguh dengannya kerana kamu tidak akan sesat dan binasa selepasnya buat selama-lamanya. (hadis riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir dengan sanad yang jayyid).

2.0

PENTAKRIFAN BID`AH

2.1 Bid`ah Dari Segi Bahasa

Perkataan bid`ah dari segi bahasa berasal daripada kata kerja kata kerja ini terbit perkataan-perkataan lain,

iaitu mencipta. Daripada

memulakan penciptaan sesuatu,

mengadakan suatu cara yang belum pernah diadakan oleh orang lain dan

yang pertama.

2.2 Bid`ah Dari Segi Istilah


Ada dua pendekatan yang digunakan oleh ulama bagi mentakrifkan bid`ah. Pendekatan pertama mendefinisikan bid`ah sebagai setiap perkara yang baru selepas daripada zaman Rasulullah s.a.w. sama ada perkara itu dipuji atau dicela. Definisi seperti ini diberikan oleh alSyafi`e, al-`Izz Ibn Abd al-Sallam, al-Qarafi, al-Ghazzali, Ibn al-Athir dan al-Nawawi. Kata alSyafi`e: Bid`ah itu ada dua, bid`ah dipuji dan bid`ah dicela. Apa yang menepati sunnah maka ia adalah terpuji dan apa yang menyalahi sunnah, ia adalah tercela. al-`Izz Ibn Abd al-Sallam mentakrifkan sebagai perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Imam al-Nawawi mengatakan: Bid`ah ialah mengadakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w.[1] Jika diperhatikan, pendekatan mereka dalam mengemukakan takrif bid`ah adalah lebih kepada pentakrifan bahasa bukan kepada istilah syara`. Takrif mengikut pendekatan pertama ini sangat luas merangkumi urusan ibadat dan bukan ibadat, serta urusan dunia dan akhirat. Bagi menyempitkan skop yang luas itu al-`Izz Ibn Abd al-Sallam terpaksa membahagikan bid`ah

kepada wajib, sunnat, haram dan lain-lain sedangkan itu adalah pembahagian hukum syara` bukan pembahagian bid`ah menurut istilah syara`. Pendekatan kedua, bid`ah itu hanya dikatakan kepada perkara yang menyalahi sunnah. Pendekatan ini diambil oleh al-Syatibi, Ibn Hajar al-`Asqalani, Ibn Hajar al-Haithami, Ibn Rajab, Ibn Taymiyyah dan al-Zarkasyi. Al-Syatibi memberikan takrif bid`ah sebagai satu cara yang direka di dalam agama menyerupai dengan syariat, melakukannya dengan tujuan untuk berlebih-lebih dalam beribadat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana takrif ini tidak memasukkan beberapa adat sebagai bid`ah pada pandangan sebahagian ulama, beliau memberikan satu lagi takrif. Beliau menyebut: Bid`ah ia satu jalan yang direka di dalam agama menyerupai dengan syariat, melakukannya dengan tujuan untuk memperolehi sama dengan melakukan dengan cara syariat.[2] Ibn Taymiyyah pula mendefinisikan bid`ah sebagai pekara yang tidak disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya, ia tidak pula disuruh dengan perintah wajib ataupun sunat. Definisi-definisi lain yang diberikan oleh para ulama semuanya mengandungi makna yang sama dengan kedua-dua takrif ini iaitu merujuk kepada rekaan di dalam agama dan dianggap sebagai ajaran agama. Dengan ini dapat difahami bahawa sesuatu yang baru atau yang direka bukanlah bid`ah jika ia tidak diiktikad sebagai agama seperti pakaian, peralatan-peralatan rumah dan makanan selagi tidak diharamkan syara`.

2.3 Mengapa Kita Memilih Pendekatan Yang Kedua


Takrif yang dikemukakan oleh Imam Syatibi dan ulama yang sependapat dengannya adalah lebih kuat selaras dengan kaedah syara kerana penggunaan perkataan bid`ah di dalam hadis-hadis khusus kepada perkara yang bertentangan dengan dalil-dali syara. Apabila Rasulullah s.a.w. menyatakan setiap rekaan itu bid`ah, dan setiap bid`ah itu sesat maka itu adalah menggunakan istilah syara`. Tambahan pula tujuan Rasulullah s.a.w. ialah

untuk mengajarkan hukum syara` bukan hukum bahasa. Oleh kerana itu lafaz al-Solat, walaupun asalnya adalah berdoa, tetapi makna asalnya tidak digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Lafaz al-Solat pada istilah syara` ia adalah ibadat yang dimulakan takbir al-Ihram dan disudahi dengan salam. Di dalam nas-nas syara`, apabila diungkapkan perkataan bid`ah ia pasti memberi pengertian sesuatu yang tercela dan mesti dijauhi. Ini menunjukkan bid`ah itu dengan makna istilah bukan dari segi penggunaan asal bahasa.

2.4 Penggunaan Perkataan Bid`ah Oleh Sayyidina Umar


Perkataan bid`ah itu adakalanya dipakai dengan erti bahasa sebagai pernah disebutkan oleh Sayyidina Umar tentang menghimpunkan orang ramai dengan satu imam bagi sembahyang terawih. Perkataan bid`ah yang digunakan oleh beliau adalah dari segi penggunaan bahasa bukan satu istilah syara`. Sembahyang terawih itu asalnya sunnah, dan Sayyidina Umar menghimpunkannya dengan satu imam boleh dianggap perbuatan yang baru dan beliau mengatakan itu adalah sebaikbaik bidah. Itu tidak lain sebagai tanda rendah dirinya beliau. Sedangkan perbuatan beliau itu tetap sunnah iaitu sunnah para khulafa.

2.5 Pembahagian Bid`ah


Secara asasnya bid`ah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada pelbagai sudut. Dari sudut anggota yang terlibat, bid`ah terbahagi kepada bid`ah i`tiqad, bid`ah pada ucapan dan bid`ah pada perbuatan. Ini kerana perbuatan seseorang itu tidak lari dari tiga bentuk, itikad, ucapan dan perbuatan yang masing-masing berpunca daripada hati, lidah dan anggota-anggota fizikal yang lain. Bid`ah i`tikad seperti bentuk syirik, tidak beriman dengan takdir. Bid`ah ucapan pula seperti wirid-wirid untuk hari dan bulan tertentu, wirid-wirid yang mengandungi lafaz syirik dan bacaan jampi yang berunsur syirik. Manakala bid`ah perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian, menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. dan sebagainya. Bid`ah juga dibahagikan kepada bid`ah mukaffirah dan bid`ah mufassiqah. Pembahagian ini didasarkan kepada kesan yang diperoleh pelaku bid`ah iaitu membawa kepada kekufuran atau menjadikannya fasiq. Berdasarkan kepada bentuk amalan, bid`ah terbahagi kepada dua iaitu bid`ah haqiqiyyah dan idhafiyyah. Bid`ah haqiqiyyah iaitu bid`ah yang sama sekali tidak ada dalil syara`. Bid`ah

10

idhafiyyah pula bermaksud bid`ah yang secara asas mempunyai sandaran atau dalil syara` tetapi tidak mempunyai dalil tentang, tertib, waktu dan cara kaifiyatnya.

[1] Tahzib al-Lughah wa al-Asma jil.3, hal. 22 [2] Al-I`tisam, hal. 24 3.0 PRINSIP-PRINSIP TENTANG BID`AH 3.1. PRINSIP PERTAMA: Agama adalah sempurna tidak mungkin ada penambahan ataupun pengurangan Allah s.w.t. berfirman:


Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maidah: 3) Dalam menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir menulis: Ini merupakan antara nikmat Allah s.w.t yang paling besar kepada umat ini iaitu Dia telah menyempurnakan agama untuk mereka dengan itu mereka tidak perlu kepada agama lain dan juga tidak perlu kepada nabi-nabi yang lain. Oleh kerana itu, Allah s.w.t. menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai penutup sekalian nabi ( khatim al-anbiya). Allah s.w.t. mengutuskan baginda untuk sekalian manusia dan jin, maka tidak ada yang halal melainkan apa yang dihalalkannya, tidak ada yang haram kecuali apa yang diharamkannya dan tidak ada agama kecuali apa yang disyariatkannya.[3] Ibn al-Qayyim menulis: Ini merupakan salah satu prinsip yang paling penting dan bermanfaat iaitu keumuman risalah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap perkara yang diperlukan oleh manusia sama ada ilmu pengetahuan dan amalan dan manusia tidak memerlukan kepada orang lain setelah kewafatan baginda. Orang yang diperlukan manusia ialah mubaligh-mubaligh yang menyampaikan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan itu ada dua keumuman bagi risalah baginda yang terpelihara dari sebarang kekhususan. Pertama keumuman yang merangkumi semua manusia yang baginda diutuskan kepada mereka dan kedua, keumuman yang meliputi prinsip-prinsip agama dan cabang-cabangnya. Oleh itu risalah atau pengutusan Rasulullah bersifat sempurna, mencukupi dan meliputi. Mana-mana risalah tidak diperlukan melainkan

11

risalah baginda. Keimanan dengan Rasulullah s.a.w. tidak akan sempurna tanpa mensabitkan keumuman risalah baginda dalam dua aspek tersebut. Tidak ada seorang mukallaf pun yang terkeluar dari hukum kerasulan baginda. Kebenaran yang diperlukan oleh ummat sama ada ilmu pengetahuan atau amalan tidak terkeluar daripada ajaran yang dibawa oleh baginda.[4] Penambahan yang berlaku setelah Allah s.w.t. menyempurnakan agamaNya bukan dikira sebagai agama. Mula Ali al-Qari berkata: Di dalam urusan agama kita tidak memerlukan kepada perkara yang di luar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Allah s.w.t. berfirman:


Apakah mereka mepunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Alllah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. (al-Syura: 21) Allah s.w.t. menempelak mereka yang mencampuri urusanNya dengan bertindak

mensyariatkan sesuatu ibadat baru. Rasulullah s.a.w. telah wafat dalam keadaan telah menyempurnakan tugasnya untuk menjelaskan perintah-perintah Allah kepada manusia. Baginda bersabda:

) (
Aku telah tinggalkan kamu dalam keadaan yang terang benderang, malamnya seperti siang. Tidak seorangpun yang melencong daripadanya kecuali akan binasa. Allah s.w.t. melarang ahli kitab daripada bersikap melampau dalam beragama. Di samping tauhid yang suci mereka telah menambah dua lagi sebagai tuhan. Perbuatan syirik ini mengundang kemurkaan Allah. Penambahan dalam agama akan membawa kepada sikap melampau berbeza dengan mereka yang menuruti sahaja perintah Allah s.w.t. seperti yang diajar oleh para rasul dengan menjauhi perbuatan bid`ah. Penambahan, melampau dalam beragama dan mereka-reka adalah semakna, semuanya dilarang dan wajib dijauhi.

12

Dalam riwayat Ibn `Abbas bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda pada pagi `Aqabah dalam keadaan menunggang unta:

(( )) . (( . )) (( ! .))
Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kutipkan untuk saya anak -anak batu. Maka sayapun mengutip untuk baginda tujuh biji anak batu dari jenis al-khazaf lalu baginda mengenggamnya seraya bersabda: dengan seperti ini hendaklah kamu melontar. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai manusia! Waspadalah kamu dengan sikap melampau di dalam agama. Sesungguhnya orang-orang dahulu telah binasa kerana sikap melampau di dalam agama.[5] Ringkasnya, agama ini sudah sempurna dan Allah telah menjaganya dari sebarang penambahan dan pengurangan berbeza dengan syariat-syariat terdahulu yang telah berubah disebabkan oleh tangan-tangan yang meminda-minda dengan memasukkan sesuatu perkara di samping membuang perkara yang lain. Oleh itu, tidak harus menambahkan di dalam syariat sama ada ucapan atau perbuatan selagi tidak ada nas dari al-Quran dan hadis yang sahih. Ibadat-ibadat yang telah disyariatkan untuk manusia sudah cukup dan memadai untuk mereka, kerana Allah telah menyempurnakan agama ini dan menjadikannya lengkap untuk selama-lamanya. Secara mudah dapat difahami bahawa penambahan setelah ada penyempurnaan bererti masih ada kekurangan. Ini bermakna orang yang menambahkan sesuatu di dalam agama beranggapan agama masih lagi belum sempurna. Anggapan ini tentu sekali menyalahi firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Maidah:


Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maidah: 3)


13

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepada kamu oleh Tuhanmu. Jika kamu tidak laksanakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang kafir. (al-Maidah: 67) Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Mustadrak:


Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda tidak ada satu amalan yang mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya.[6]

.
Dan sesungguhnya kamu ( wahai Muhammad) benar-benar memberi petunjuk ke jalan yang lurus. Iaitu jalan Allah yang milikNya segala yang di langit dan yang di bumi. (al-Syura: 52-53) Perbahasan di dalam kitab-kitab usul menyebutkan bahawa sesuatu perbuatan dikira sebagai baik atau buruk diketahui melalui jalan syarak dan bukan melalui akal. Setiap perbuatan yang diperintahkan oleh Allah adalah baik dan perbuatan yang dilarangNya adalah buruk. Apabila sesuatu perbuatan yang dikatakan sebagai ibadat itu tidak disyariatkan oleh Allah s.w.t bermakna ia tidak baik.[7] Ibn Taymiyyah berkata: Kematian sunnah berlaku sama ada dengan sebab penambahan atau pengurangan.[8] Sebagai kesimpulan, orang yang menganggap baik beberapa amalan bid`ah tanpa disedari atau secara tidak langsung mendakwa agama belum sempurna dan tidak cukup. Dengan itu, ayat 3 surah al-Maidah tidak membawa sebarang pengertian. Jika begitu, ahli bid`ah, sama ada melalui ucapannya atau tindak tanduknya menggambarkan bahawa dalam syariat Islam ada yang tertinggal dan patut ditambah beberapa perkara yang baik untuk umat ini.

14

Oleh kerana itu, Imam Malik menegaskan: Sesiapa yang m encipta dalam Islam satu bid`ah yang dianggapnya baik sesungguhnya dia telah mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah Islam kerana Allah s.w.t. berfirman:


Pada hari ini telah Kusempurnakanuntuk kamu agama kamu dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maidah: 3) Oleh itu, jika pada ketika sesuatu perkara tidak menjadi agama maka pada hari ini juga ia bukan agama.[9] Tidakkah Allah s.w.t. menegaskan:


Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepada kamu al-AlQuran sedang dibacakan kepada mereka. Sesungguhnya di dalamnya (al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. (al-Ankabut: 51)

3.2 PRINSIP KEDUA: Pahala kerana ittiba bukan dalam ibtida Maksud kaedah ini ialah sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang itu akan diterima apabila dilakukan dengan mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w. (mengikuti sunnah). Sebaliknya jika sesuatu amalan itu merupakan ibtida` atau rekaan, iaitu sama ada langsung tidak ada dalil syara` atau bercampur antara ada dalil syara` tetapi cara dan kaifiyatnya tidak ada dalil maka itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Tegasnya, ibadat hanya akan diterima apabila adanya ikhlas dan menepati syariat. Kaedah ini menjelaskan dua syarat yang mesti dipenuhi supaya amal ibadah diterima dan memperoleh pahala dari Allah s.w.t. iaitu melakukan semata-mata kerana Allah demgan mengharapkan keredaan-Nya dan mengikuti syariat-Nya iaitu seperti yang diajarkan dan dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w.

15

Taat kepada Allah dan RasulNya merupakan tuntutan iman yang akan membuahkan pahala di akhirat. Mentaati Allah dan Rasul bererti mengikuti petunjuk yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan sepenuh hati. Taat kepada Allah sahaja tanpa taat kepada Rasulullah s.a.w. tidak sempurna kerana Allah s.w.t. mensyaratkannya di dalam beberapa ayat antaranya:


Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul-Nya dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. (Al-Maidah: 92)


Barang siapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah . (al-Nisa: 80) Ancaman jika tidak mengikuti Rasul iaitu menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w:


Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (Al-Nur: 63) Dalam menafsirkan ayat 7 surah Hud


Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah di anatara kamu yang lebih baik amalannya. Ibn Kathir menulis: Allah s.w.t tidak mengatakan paling banyak amalan tetapi paling baik amalan. Amalan itu tidak akan menjadi baik sehinggalah ia ikhlas kerana Allah s.w.t. dan mengikut syariat Rasulullah s.a.w. Bila sahaja tidak ada dua syarat ini maka amalan itu terhapus dan batal.[10]

16

Abdul Rahman bin al-Nasir al-Sa`di menukilkan daripada al-Fudhail bin Iyadh[11] katanya ketika mentafsirkan ayat ini: Iaitu yang paling ikhlas dan paling tepat. Beliau ditanya: Apakah maksudnya itu? Jawabnya: Sesungguhnya amalan itu jika ikhlas tetapi tidak tepat tidak akan diterima. Jika tepat tetapi tidak ikhlas juga tidak terima, sehinggalah amalan itu ikhlas dan tepat. Ikhlas itu ialah kerana Allah dan tepat itu dengan mengikuti syariat dan sunnah. Ini seperti firman Allah s.w.t:


Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku. (Al-Zariyat: 56) Oleh kerana itu, hadis tentang niat dan hadis tentang larangan mengadakan sesuatu dalam agama merupakan paksi bagi penerimaan sesuatu amalan. Hadis-hadis tersebut ialah:

. " : : . .
Daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya amalan itu dengan niat, setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkannya.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

" : : . " :
Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

: : : .
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah

17

seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang aku fardukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunnat sehingga Aku mencintainya. Hadis ini menyatakan bahawa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan salah satu dari dua cara iaitu amalan fardu atau amalan nafil. Sesuatu amalan sama ada fardu atau nafil mestilah dibuktikan berdasarkan kepada dalil syara`. Ibadat yang dikatakan ada oleh sesetengah pihak tetapi tidak mempunyai apa-apa sandaran, maka kita katakan itu bid`ah kerana tidak ada dalil yang menunjukkan kedudukannya sebagai ibadat.[12] Seorang hamba yang melakukan amal ibadat yang melengkapi kedua-dua syarat ini termasuk dalam kandungan ayat tentang orang-orang yang berbuat kebajikan:


Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedangkan dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. (Al-Nisa: 125)


Dan dirikanlah sembahyang dan tunaikankanlah zakat. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:110)

3.2.1 Kepentingan Ittiba` Sunnah Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam menulis: Kebahagian itu semuanya dalam mengikuti Syariat dalam semua perkara dan mengenepikan hawa nafsu apabila bertentangan dengan Syariat. Sesungguhnya Allah telah berfirman:


18

Maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. (Taha: 123) Yakni tidak akan tersesat di dunia daripada kebenaran dan tidak akan celaka di akhirat dengan diazab. Ketika mentafsirkan ayat 3, surah al-A`raf, Ibn Abbas berkata: Kebaikan semuanya di dalam ketaatan dan kejahatan itu semuanya di dalam menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Oleh kerana itu, al-Quran datang dengan menyuruh melakukan ketaatan tida k kira apa bentuknya, kecil, besar, banyak, sedikit, penting dan remeh.[13] Kitab al-Mawahib al-Laduniyyah menyebutkan bahawa kecintaaan kepada Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa tanda. Tanda yang paling besar ialah mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w., mengamalkan sunnahnya, berpegang dengan petunjuknya dan sirahnya.[14]

3.3 PRINSIP KETIGA: Ittiba dalam melakukan dan juga meninggalkan Maksud prinsip ini ialah erti mengikut sunnah merangkumi melakukan perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga meninggalkan apa yang tidak dilakukan oleh baginda. Prinsip ini didasarkan kepada pembahagian sunnah kepada sunnah fi`liyyah iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah dan sunnah tarkiyyah iaitu perkara yang tidak dikerjakan oleh baginda. Tegasnya kita wajib mengikuti sunnah fi`liyyah dan juga sunnah tarkiyyah Dengan itu, setiap ibadat yang didakwa tidak disyari`atkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdaannya dan baginda tidak menjadikannya sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah maka itu adalah bercanggah dengan sunnah. Jika Rasulullah tidak mengambil satu cara atau satu perbuatan sebagai sunnahnya maka perbuatan kita tidak melakukan perbuatan tersebut adalah sunnah. Sebaliknya jika kita mengambil inisiatif melakukannya kita dikira sebagai menyalahi sunnah dan membuat bid`ah. Amalan tidak boleh dianggap sebagai mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya kecuali perbuatan yang diakui oleh syari`at sebagai ibadah. Contohnya, azan bagi sembahyang dua hari raya dan juga ketika pengkebumian mayat tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana kita wajib mengikut baginda dalam melakukan sunnah fi`liyyah, begitu juga kita wajib meninggalkan apa yang ditinggalkan baginda.

19

Konsep dan kaedah ini sememangnya difahami oleh para sahabat dengan jelas. Oleh kerana itu, mereka tidak berani mengadakan satu bentuk ibadat pun kecuali apa yang telah ditunjukkan oleh baginda.

3.3.1 Dalil-Dalil Prinsip Ini Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang beriman supaya berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mereka juga diperintahkan supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.


Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah ia. Apa yang dilarangnya bagi kamu maka tinggalkanlah ia. (al-Hasyr: 7) Dan Rasulullah s.a.w. melarang mereka-reka sesuatu dalam agama:

" : : "
Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3.3.2 Mengapakah Rasulullah s.a.w. Meninggalkan Sesuatu Perbuatan? Rasulullah s.a.w. meninggalkan sesuatu perbuatan sebagai bertaqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah. Perempuan berhaid tidak diperintahkan menggantikan sembahyang adalah satu bentuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi jika dia bersembahyang juga bermakna dia telah menyanggahi sunnah iaitu sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak mewajibkan perempuan haid menggantikan sembahyangnya.

20

3.3.3 Sebab Mengapa Syari`at Tidak Menyebutkan Hukum Bagi Sesetengah Perkara Ada dua bahagian, pertama, syari`at tidak menyebutkan tentang sesuatu hukum kerana tuntutan atau faktor pendorong ke arah itu tidak ada pada zaman kenabian. Hanya berlaku kes atau peristiwa selepas kewafatan baginda. Sembahyang terawih berjemaah sepanjang bulan Ramadhan tidak berlaku semasa baginda melainkan setelah zaman sahabat kerana ada halangan iaitu baginda bimbang ia akan difardhukan. Baginda tidak keluar bersembahyang dengan para sahabat kecuali untuk beberapa malam sahaja. Kedua, syari`at tidak menyebutkan tentang sesuatu hukum di samping ada faktor pendorong ke arah itu yang menghendakinya, walaupun tidak ada halangan untuk menyebutkannya. Tindakan Rasulullah s.a.w. tidak menegaskan hukumnya merupakan pernyataan bahawa perbuatan itu tidak ada atau ada dengan seadanya tidak ditambah dan tidak dikurangkan. Seperti mengadakan sambutan hari lahir Rasulullah s.a.w. sebagai tanda kesyukuran kerana nikmat pengutusan Rasul dari pihak Allah s.w.t. Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi punca kaedah sunnah tarkiyyah ini, marilah kita melihat kepada hadis berikut:

: : : : (: : . )
Daripada Anas bin Malik bahawa tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang ibadat Rasulullah s.a.w. Apabila mereka diberitahu tentangnya seolaholah mereka mengganggapnya sedikit lalu berkata: Di manakah kedudukan kami berbanding dengan Rasulullah s.a.w. Sedangkan Allah s.w.t. telah mengampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang. Salah seorang dari mereka berkata: Saya ini, pasti akan sembahyang malam selama-lamanya. Seorang lagi berkata: Saya akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka. Yang terakhir berkata: Saya akan menjauhi perempuan, saya tidak akan berkahwin

21

selama-lamanya. Kemudian Rasulullah s.a.w. datang lalu bersabda: Kamukah yang berkata begitu dan begini? Demi Allah, sesungguhnya sayalah yang paling takut kepada Allah dari kalangan kamu dan paling bertaqwa. Namun begitu, saya berpuasa dan saya berbuka, saya bersembahyang dan saya juga tidur dan berkahwin. Dengan itu, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. Hadis ini jelas menceritakan usaha yang dilakukan oleh tiga orang untuk melakukan ibadah yang mempunyai asas syari`at tetapi dengan cara yang tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun ibadat tersebut ada tetapi cara dan bentuk seperti itu ditinggalkan oleh baginda malah baginda membantahnya. Hadis ini juga secara tidak langsung menghuraikan dalam bentuk praktikal hadis:

" : : "
Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sembahyang malam, puasa dan menjaga kehormatan diri merupakan tuntutan syari`at berdasarkan kepada dalil-dalil yang tersendiri. Tetapi melakukan dengan cara yang ingin dilakukan oleh tiga orang ini tidak mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w. dan ia adalah tertolak dan tidak diterima. Hadis ini juga mengingatkan kita satu kaedah yang penting iaitu niat yang baik tidak menjadikan sesuatu amalan itu sebagai soleh dan diterima oleh Allah s.w.t. tetapi mestilah mengikut cara atau sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, dengan tegasnya baginda menekankan: Sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. Termasuk di bawah sunnah tarkiyyah yang memberi erti dengan melakukannya mengadakan amalan bid`ah: Rasulullah s.a.w. tidak mengazankan, melakukan iqamat dan seruan untuk sembahyang dua hari raya, tidak memandikan dan sembahyang jenazah untuk orang syahid di jalan Allah, dan

22

menyambut hari kelahirannya, tidak melakukan ibadat khusus pada malam-malam tertentu dan sebagainya. Ibn al-Qayyim berkata[15]: Nukilan para sahabat Rasulullah s.a.w. tentang perbuatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ada dua dan kedua-duanya adalah sunnah: 1. Penjelasan mereka bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan itu dan ini seperti kata sahabat berkenaan dengan orang-orang yang syahid dalam peperangan Uhud: Rasulullah s.a.w. tidak memandikan mereka dan tidak menyembahyangkan mereka. Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w. tentang sembahyang dua hari raya: tidak ada azan, tidak ada iqamah dan tidak ada nida. Begitu juga tentang sembahyang jamak baginda: Baginda tidak sembahyang sunnat antara keduanya dan juga selepasnya. 2. Para sahabat tidak menukilkan perkara yang jika baginda melakukannya pasti ada semangat dan dorongan kepada mereka atau kebanyakan mereka atau salah seorang ada. Selepas menyebutkan beberapa contoh seperti tidak melafazkan niat ketika hendak sembahyang, tidak berdoa secara berjemaah selepas sembahyang, Ibn al-Qayyim menegaskan: Dari sinilah diketahui bahawa pendapat yang menga nggap sunnah melakukan hal-hal tersebut sebenarnya menyalahi sunnah. Apabila Rasulullah s.a.w. meninggalkannya, itu bermakna tindakan baginda adalah sunnah sebagaimana perkara yang dilakukan oleh baginda disebutkan sebagai sunnah. Sekiranya kita menganggap sunnah mengerjakan perbuatan yang ditinggalkan baginda pasti kebalikannya ialah meninggalkan apa yang baginda lakukan itu adalah sunnah. Ibn Qayyim menafikan sekeras-kerasnya jika diandaikan, dalam keadaan tidak ada orang yang meriwayatkan tentang sesuatu perbuatan daripada Rasulullah s.a.w. bermakna baginda tidak pernah melakukannya sama sekali. Berkemungkinan perkara itu ada dilakukan cuma tidak diriwayatkan. Andaian ini jika diterima akan membuka seluas-luasnya pintu bid`ah. Sesiapa sahaja boleh mendakwa ini adalah sunnah atau ibadah yang dilakukan baginda tetapi tidak diriwayatkan. Kaedah Usul Fiqh menyebutkan, apabila adanya kemungkinan maka tidak boleh hendak berdalil. untuk menukilkannya. Tetapi tidak seorangpun menukilkannya dan disebutkan tentangnya di dalam sesuatu perhimpunan, dengan itu jelaslah ianya tidak

23

Moenawar Chalil menyimpulkan maksud Ibn al-Qayyim di atas: Perkerjaan-pekerjaan yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adakalanya jelas diriwayatkan oleh para sahabat bahawa (baginda) tidak pernah mengerjakannya dan adakalanya tidak ada orang yang meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. ada menegerjakannya. Mengerjakan apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w tidak mengerjakan dan mengerjakan apa yang tidak ada orang yang meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah mengerjakan, bid`ah hukumnya dan selanjutnya akan membawa ke arah perbuatan-perbuatan bid`ah dalam urusan ubudiah (beribadat kepada Allah), yang sesungguhnya amat dilarang. [16] 3.3.4 Pecahan Kaedah Ini: Sebagaimana meninggalkan sesuatu yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. sunnah maka meninggalkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a..w boleh menjadi bid`ah. Kata al-Syatibi: Bid`ah dari sudut kedudukannya sebagai satu jalan yang direka di dalam agama, dengan lafaznya yang umum merangkumi bid`ah tarkiyyah termasuk juga bid`ah ghair tarkiyyah. Mungkin terjadi perbuatan bid`ah dengan semata-mata meninggalkan sesuatu perbuatan kerana niat mengharamkan perbuatan tersebut atau tidak menganggapnya sebagai haram. Sebagai contoh, satu perbuatan yang dihalalkan oleh syara` lalu seseorang mengharamkannya ke atas dirinya atau meninggalkannya kerana ada tujuan. Perbuatan meninggalkan ini berkemungkinan sama ada kerana ada sesuatu perkara yang diakui oleh syara` ataupun tidak. Sekiranya meninggalkan sesuatu perkara itu diakui oleh syara` maka itu tidak mengapa, kerana maksudnya ialah meninggalkan sesuatu yang harus ditinggalkan atau dituntut supaya ditinggalkan seperti dia mengharam makanan tertentu yang membahayakan tubuhnya, akalnya atau agamanya dan sebagainya. Di sini tidak ada halangan baginya untuk meninggalkan perbuatan itu. Begitu juga meninggalkan sesuatu yang membahayakan kerana berjaga-jaga supaya tidak membahayakannnya, itu adalah salah satu sifat orang-orang yang bertaqwa. Dan seperti orang yang meninggalkan perkara syubhat kerana berwaspada dari terjerumus dalam perkara haram, demi menjaga agama dan maruah. Jika dia meninggalkan sesuatu bukan kerana itu (tidak perkara yang diakui syara`), maka ada dua keadaan sama ada kerana keagamaan atau tidak. Jika tidak kerana keagamaan, maka orang yang meninggalkan itu bermain-main dengan sebab dia mengharamkan sesuatu perbuatan, atau keazamannya untuk meninggalkannya. Meninggalkannya ini tidak

24

dinamakan bid`ah kerana tidak termasuk dalam pengertian bid`ah kerana bid`ah itu jalan yang direka dalam agama. Tetapi orang yang meninggalkannya berdosa dengan sebab meninggalkannya atau kerana dia beriktikad haram sesuatu yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.

25

Jika meninggalkan itu kerana keagamaan maka ia merupakan perbuatan bid`ah di dalam agama kerana kita telah menganggap wajib perbuatan yang harus secara syara`. Dengan itu, meninggalkan yang sengaja itu menjadi penentangan terhadap syara`. Berkenaan dengan perkara seperti ini Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Maidah:87


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang Allah telah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Maidah: 87) Mula-mula Allah s.w.t melarang daripada mengharamkan yang halal kemudian ayat ini menyatakan tindakan tersebut merupakan pencerobohan yang tidak sukai Allah. Kalau begitu setiap orang yang menahan diri dari memanfaatkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah tanpa sebarang uzur syar`i terkeluar dari sunnah Rasulullah s.a.w. dan orang yang beramal tanpa sunnah itulah ahli bid`ah yang sebenarnya. Andai ditanya orang yang meninggalkan tuntutan syara` sama ada yang sunnat atau wajib adakah dinamakan sebagai ahli bid`ah? Jawabnya: Orang yang meninggalkan perkara dituntut itu ada dua bentuk. Pertama jika dia meninggalkannya bukan kerana keagamaan sama ada kerana malas, cuai atau kerana dorongan hawa nafsu. Bentuk ini merujuk kepada menyalahi perintah syara`. Jika yang ditinggalkan itu wajib maka ia maksiat. Jika berkenaan sunnat maka ia bukan maksiat. Kedua, meninggalkan kerana keagamaan. Maka bentuk ini termasuk dalam bid`ah-bid`ah kerana menganggap agama dengan menyalahi apa yang telah disyariatkan Allah. Kesimpulannya, penjelasan kita dalam takrif bid`ah jalan yang direka dalam agama merangkumi bid`ah tarkiyyah sebagaimana merangkumi bahagaian yang lain, kerana jalan yang disyariatkan juga terbahagi kepada meninggalkan dan tidak meninggalkan.[17] Penjelasan panjang lebar al-Syatibi itu memberi maksud perbuatan meninggalkan terbahagi kepada:

1. Meninggalkan sesuatu kerana perkara yang diakui syariat 2. Meninggalkan sesuatu kerana perkara yang tidak diakui syariat.
26

Tidak timbul sebarang persoalan jika seorang mukallaf sengaja meninggalkan beberapa perkara kerana alasan yang diakui oleh syariat. Contohnya, seorang pesakit yang berpantang dengan tidak makan sesetengah makanan kerana menjaga kesihatan atau supaya cepat sembuh. Alasan ini sememangnya diakui dan diambil perhatian oleh syariat. Meninggalkan perbuatan kerana perkara yang tidak diakui oleh syara` terbahagi kepada dua:

1. Tidak menganggap sebagai agama. Perbuatan seseorang mengharamkan sesuatu


yang halal dihukum sebagai mempermain-main agama dan berdosa kerana menganggapnya haram.

2. Menganggap sebagai agama dengan erti agar mendapat pahala dan dapat
menghampirkan kepada Allah s.w.t. contohnya, meninggalkan perkahwinan dengan anggapan itulah yang paling mendekatkan diri kepada Allah dan paling disukaiNya dan ini adalah bid`ah.

3.4

PRINSIP KEEMPAT: Ittiba Sahabat sebahagian daripada agama

Termasuk dalam tuntutan agama ialah menuruti amalan dan pegangan generasi umat yang paling mulia iaitu para Sahabat Rasullah s.a.w. Prinsip ini diasaskan kepada dalil-dalil berikut: Allah s.w.t. berfirman:


Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (al-Nisa: 115) Ayat ini menjelaskan dua sebab mengapa seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka

jahannam. Pertama, tidak taat kepada Rasulullah s.a.w. setelah datangnya hidayat. Kedua, meninggalkan jalan orang-orang mukmin dan mengikuti jalan orang lain. Mereka adalah orang yang tidak mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dan memilih jalan selain dari jalan sahabat. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini dan kembali

27

kepada Allah s.w.t.. Satu-satunya jalan yang dapat menyampaikan sunnah baginda kepada umat ini ialah melalui para sahabat baginda. Oleh kerana itu, umat wajib mengikuti para sahabat. ( Habibur Rahman, Sahabat Quran Ki Nazar Mein, hal. 137)


Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 137) Ayat ini merupakan pengiktirafan Allah s.w.t. tentang kedudukan sahabat. Allah s.w.t. menujukan ayat kepada sahabat bahawa jika Ahli Kitab itu beriman seperti yang diimani oleh sahabat, keimanan mereka akan diterima dan mereka berada di atas jalan hidayah. Jelasnya, ayat ini menyatakan untuk mendapat petunjuk seseorang itu hendaklah mengikut para sahabat kerana keimanan dan ketaqwaan mereka diakui dan disaksikan Allah s.w.t..

" : : . ."
Daripada al-`Irbadh bin Sariah katanya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menyampaikan satu nasihat yang mendalam yang menitiskan air mata dan menggetarkan hati-hati. Lalu seorang berkata, sesungguhnya ini pesanan terakhir, maka dengan apakah anda berpesan kepada kami wahai Rasulullah s.a.w.?Jawab baginda: Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat sekalipun hamba Habsyi kerana sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Hindarilah diri kamu daripada perkara-perkara rekaan kerana ia adalah kesesatan. Sesiapa yang sempat dengan itu maka hendaklah dia berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah rasyidin, gigitlah akannya dengan gigi geraham. (Jami` al-Tirmizi no: 2816)

28

Khalifah rasyidin ialah mereka yang mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, dan mendapat pimpinan petunjuk ke jalan yang benar. Sheikh Muhammad Tahir menukilkan daripada kitab Majalis al-Abrar: Tidak harus seseorang itu bertaqlid kepada orang lain berhubung agamanya kecuali Rasulullah s.a.w. atau mereka yang diakui baik oleh baginda. Bukan dengan orang yang dipersaksikan oleh baginda sebagai berdusta dan melarang dari berpegang dengan mereka. Ini berdasarkan kepada hadis:


Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka kemudian yang megikuti mereka kemudian tersebar pendustaan. (Sunan al-Tirmizi, no: 2404) (Usul al-Sunnah Li Radd alBid`ah, hal.63)

." " : . .
Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Turutilah dua orang selepasku, Abu Bakar dan Umar. (Jami` al-Tirmizi no: 3742) Imam Ahmad berkata: Usul Sunnah di sisi kami ialah berpegang dengan pegangan sahabat, mengikuti mereka, meninggalkan bid`ah-bid`ah kerana setiap bid`ah itu adalah kesesatan. (Ahmad, Usul al-Sunnah, hal. 35) Kata Abu Syamah Abd al-Rahman bin Ismail: Menjadi kewajipan kepada seorang alim apabila berhadapan dengan masalah atau ditanya tentang hukum-hukum, merujuk kepada dalil-dali al-Qur`an, hadis-hadis yang sahih dan amalan sahabat dan orang sesudah mereka di zaman awal Islam. Jika perkara atau persoalan itu menepati semua yang kami sebutkan maka hendaklah dia memberi keizinan dan menyuruh melakukannya. Sebaliknya jika bercanggah maka hendaklah dia melarang dan menghalang. Dengan itu, dia telah menunaikan amanah dan mengikuti (Sunnah) dan janganlah dia memberi hukum berdasarkan kepada merasakan baik kerana itu bererti dia telah membuat syariat. (al-Baith ala Inkar al-Bida Wa al-Hawadith, hal. 2-3) Satu persoalan dikemukakan oleh `Allamah Abdul Hayy al-Laknawi iaitu apabila berlaku sesuatu perkara baru daripada pihak sahabat yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w., adakah mengambil perkara yang baru itu lebih baik atau mengambil apa yang di zaman

29

baginda? Beliau memberikan jawapannya: Perbuatan sahabat itu sama ada jelas nas alQuran atau nas Sunnah yang bertepatan dengan perbuatannya yang menunjukkan eloknya perkara itu, atau jelas ada nas bercanggah atau tidak jelas bertepatan atau bercanggah. Jika yang pertama, maka tidak syak lagi berpegang dengannya lebih utama walaupun tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. namun itu termasuk di dalam usul syara`. Jika yang kedua, maka hendaklah dihimpunkan atau diselaraskan dengan cara perbuatan sahabat itu tidak terkeluar dari lingkungan syara`. Jika tidak dapat diselaraskan maka mengambil pendapat atau amalan sahabat itu tidak patut kerana ada nas yang bercanggah dengannya. Sahabat itu dimaafkan kerana tidak mengetahui nas itu, jika tidak dia berpendapat dengan sesuatu yang menyanggahi nas. Jika yang ketiga iaitu apabila kita mendapati pendapat atau amalan dari seorang sahabat dan tidak pula didapati ada nas yang bercanggah dengannya atau yang bertepatan dengannya maka pada ketika itu menuruti sahabat itu dalam hal itu lebih utama berdasarkan kepada hadis-hadis yang banyak. Kita tidak boleh menangguhkan beramal dengannya sehingga jelas kepada kita dalil yang bertepatan dengannya. (Iqamah al-Hujjah, hal. 54-55) Sheikh Muhammad Tahir berkata: Adapun perkara yang berlaku berhubung seorang sahabat secara jarang dan tidak diketahui oleh kebanyakan mereka, maka itu sama ada ijtihad peribadi atau hadis yang didengarinya itu kemudian telah mansukh dalam keadaan dia tidak mengetahuinya. Sesungguhnya ittiba atau ikutan yang diperintahkan ialah sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan kepada kata nama khas yag menunjukkan keumuman yang sebenar, yakni semua sekali atau keumuman menurut adat iaitu kebanyakan sahabat dan sahabat-sahabat lain berdiam diri. Begitu juga lafaz qarni (kurunku) bermaksud perkara yang tersebar di kurun tersebut. (Usul al-Sunnah Li Radd al-Bid`ah, hal.64) Menuruti sahabat bukanlah menurut seorang sahabat sahaja tetapi menuruti apa yang menjadi amalan dan pegangan majoriti sahabat. Oleh itu, apa yang diamalkan oleh sahabat secara berseorangan dikira sebagai pendapat dan pandangan peribadi yang tidak boleh dianggap mewakili seluruh sahabat yang lain. Contohnya, dalam masalah menghadiahkan pahala untuk yang telah meninggal dunia, Ibn Kathir dalam tafsirnya menegaskan: perkara -perkara itu tidak pernah dinukilkan daripada seorang pun dari kalangan sahabat. Jika ianya merupakan kebaikan pasti mereka akan mendahului kita. Pintu-pintu untuk mendekatkan diri kepada Allah hanya setakat yang dinaskan dan tidak boleh hendak dipakaikan qias dan akal. (Tafsir Ibn Kathir, jil. 4, hal. 232)

30

Difahami daripada kata-kata Ibn Kathir, sahabat sangat mengambil berat tentang mengikuti Sunnah Rasulullah kerana di dalamnya terdapat segala kebaikan. Jika mereka tidak melakukan sesuatu yang dianggap baik oleh sesetengah pihak dan dalam masa yang sama perkara itu mempunyai sebab untuk dilakukan dan sahabat tidak melakukannya maka ia bukanlah sunnah. Perkara kebaikan dan kebajikan tidak boleh dianggap baik dengan akal semata-mata apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan ibadat. Ketika ditanya tentang sambutan maulidurasul dan berdiri dalam majlis tersebut, Abu Syamah Abd al-Rahman bin Ismail menjawab: Tidak harus menyambut maulidurasul dan hari kelahiran orang lain kerana itu termasuk dalam bidah yang di reka dalam agama dan Rasulullah tidak pernah mengadakannya, begitu juga khulafa` rasyidin, para sahabat yang dan para tabiin. mereka yang paling tahu tentang Sunnah Rasulullah s.a.w., lebih sempurna kecintaan kepada baginda dan paling sempurna dalam mengikuti syariat yang dibawa oleh baginda berbanding dengan orang selepas mereka. (al-Baith ala Inkar al-Bida Wa al-Hawadith, hal. 97) Azan yang dilakukan oleh sesetengah pihak apabila mengiringi keberangkatan jemaah haji ke Mekah tidak pernah diketahui sebagai amalan sahabat.

3.5 PRINSIP KELIMA: Setiap rekaan adalah bidah, maka mereka-reka itulah sebab larangan dan penolakan 3.5.1 Huraian Usul Setiap perkara, sama ada fahaman, ucapan atau amalan yang merupakan rekaan dan diada-adakan dalam agama adalah tertolak. Oleh hal yang demikian ia ditegah oleh Islam. Asas kepada penolakan itu adalah disebabkan oleh semata-mata rekaan dan tambahan itu sendiri. Agama Islam telah sempurna dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, setiap amalan dan ucapan yang direka dan dikaitkan dengan agama maka hukumnya adalah bidah dan setiap bidah itu tidak diterima dalam Islam. Dalil kepada usul ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aishah:


31

Sesiapa mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini (agama) yang bukan daripadanya maka ianya tertolak. (al-Bukhari, no: 2550, Muslim, no: 1718) Larangan dan penolakan itu bukan sahaja kerana bercanggah dengan hukum Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana rekaan itu sendiri. Kaedah dalam ilmu Usul al-Fiqh menyatakan, hukum selepas satu sifat itu adalah isyarat kepada punca dan illah kepada hukum itu sendiri. Huruf

yang mengandungi erti sebab menunjukkan lafaz sebelumnya menjadi illah kepada

hukum yang terkandung dalam nas al-Qur`an dan al-Sunnah. (Lihat al-Ghazzali, Syifa` al-Ghalil, hal. 49) Dalam hadis Aishah di atas, sebab tertolaknya sesuatu amalan itu ialah kerana ianya direkareka. Ini diketahui berdasarkan kepada huruf sebelum sifat atau hukum bagi perbuatan itu. Bagi menjelaskan kaedah ini, perhatikan ayat berikut:

yang datang selepas perbuatan dan juga


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. (al-Maidah: 6) Di dalam ayat ini, wajibnya berwuduk itu dikaitkan dengan hendak bersembahyang. Sifat yang disebutkan ialah hendak bersembahyang dan diikuti dengan huruf yang menunjukkan makna sebab. Kemudian diikuti dengan hukum bagi sifat itu. Susunan ayat ini menunjukkan bahawa sebab wajib berwuduk itu ialah apabila hendak bersembahyang. Ini bermakna setiap kali seseorang itu hendak bersembahyang, dia diwajibkan berwudu`. Demikian juga kandungan hadis di atas membawa maksud, setiap amalan atau ucapan yang merupakan rekaan dalam agama akan tertolak. Dengan adanya unsur rekaan dan diadaadakan maka amalan itu adalah bidah dan setiap bidah itu tidak diterima.

32

Bidah dengan segala jenis dan rupanya mengandungi illah iaitu mengadakan perkara baru dalam agama. Setiap perkara yang mengandungi illah tersebut akan tertolak dan tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu, membahagikan bidah kepada dua jenis iaitu bidah yang keji (sayyi`ah) dan bidah yang baik (hasanah) adalah tidak berdasarkan kepada kaedah Usul al-Fiqh ini. Setiap perkara yang ditambah dalam agama adalah tidak diterima kerana membawa kepada kesesatan. Apa yang jelas ialah pembahagian bidah kepada bidah keji atau bidah baik adalah berdasarkan kepada pengertian bahasa semata-mata. Makna yang sepatutnya difahami daripada hadis-hadis di atas hendaklah makna dari segi syara. Bidah dengan pengertian syara berdasarkan daripada hadis-hadis di atas ialah, sesiapa yang mengada-adakan perkara untuk mendekatkan diri kepada Allah sama ada perbuatan atau ucapan maka dia telah mengadakan syariat yang baru dalam agama ini. Kata al-Imam al-Nawawi: Hadis ini merupakan salah satu daripada kaedah -kaedah Islam yang utama dan besar. Ini termasuk dalam ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. yang mengandungi makna yang lengkap dan menyeluruh. Hadis ini jelas menolak semua jenis bidah dan rekaan. Selain itu, hadis ini merupakan dalil yang mesti dijaga dan dipraktikkan untuk membatalkan pelbagai kemungkaran dan sepatutnya pendalilan daripada hadis ini diperluaskan. (alNawawi, al-Minhaj Bi Syarh Sahih Muslim, juz. 12, hal. 380) Mengada-adakan bidah bererti menafikan kesempurnaan ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. serta dipraktikkan oleh para sahabat. Rasulullah s.a.w. menghukumkan sesat kepada bidah kerana mengada -adakan sesuatu yang perkara baru yang tidak ada asas dalam Islam.

:
Maka sesungguhnya, sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhamad s.a.w. dan sejahat-jahat perkara adalah perkara-perkara rekaan. Dan setiap bidah adalah kesesatan. (Muslim, no: 867)

33

Kaedah yang dikemukakan oleh hadis ini ialah setiap perbuatan, aqidah dan ucapan yang merupakan perkara rekaan adalah bidah. Apabila s esuatu itu adalah bidah maka perkara itu adalah sesat. dan sesat bererti menjauhi dan menyimpang dari sunnah Rasulullah s.a.w.


Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah s.a.w.), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Nur: 63) Perkara baru yang direka dalam agama adalah ditolak kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w. dan tidak berasaskan kepada dalil-dalil agama mengikut kaedah usul Fiqh atau prinsip pembinaan hukum. Mencipta perkara-perkara dalam agama terutamanya dalam bab aqidah dan ibadah adalah tertolak. Berasaskan kepada ini, kita menegaskan pembahagian bidah kepada bidah terpuji dan keji itu tidak selaras dengan ilmu Usul al -Fiqh.

3.5.2 Aplikasi usul ini: Berdoa selepas sembahyang jenazah adalah perkara baru yang direka dan ditambah kepada kaifiat sembahyang jenazah. Perbuatan ini tidak diriwayatkan dalam mana-mana hadis. Doa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ketika masih di dalam sembahyang. Perkara ini jelas disebutkan oleh kitab-kitab hadis dan fiqh. Apabila sesuatu amalan itu tidak ada sandaran dalam riwayat yang sahih bermakna itu adalah tambahan dan rekaan. Setiap perkara rekaan itu adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat. Walaupun pada asasnya doa itu dianjurkan tetapi apabila cara dan tempat yang tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. maka ia menjadi satu bidah yang amat ditegah. Bersedekah atau membahagi-bahagikan makanan selepas sembahyang jenazah juga adalah perkara baru yang direka-reka dalam agama. Tidak ada satu dalil yang menyuruh bersedekah pada waktu itu. Dari satu sudut, perbuatan membahagikan makanan itu seolah-olah satu helah supaya diperbolehkan sembelihan dan jamuan ketika pengkebumian mayat sedangkan amalan itu telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

: " " :
34

Daripada Anas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada sembelihan untuk orang mati di dalam Islam. (Abu Daud, no: 3222) Hadis di atas menunjukkan larangan daripada menyembelih haiwan di perkuburan. Larangan ini bersifat menyeluruh tanpa menentukan masa-masa khusus dan menyembelih pada masa pengkebumian termasuk di dalam larangan ini. Al-Khattabi ketika menghuraikan latar belakang hadis ini menulis: Orang-orang jahiliah menyembelih unta di atas kubur lelaki yang dermawan dan mengucapkan kata-kata: kita membalas jasa baik yang dilakukannya semasa hidup dengan menyembelih unta untuk tetamu yang datang. Oleh itu, kita menyembelih di kuburnya supaya dimakan oleh binatang-binatang dan burung-burung. (al-Azimbadi, Aun al-Mabud Syarh Sunan Abi Daud, jil. 9, hal. 26) Apabila tujuan larangan itu menyembelih binatang di kubur itu mengandungi larangan mengadakan jamuan, baik orang yang hadir atau untuk binatang-binatang yang singgah di kubur, maka membahagi-bahagikan makanan itu sendiri termasuk dalam tujuan larangan Rasulullah s.a.w. Dengan bersedekah dan membahagikan makanan pada waktu itu, seolaholah mereka mencari jalan supaya jamuan untuk orang yang mati itu diperbolehkan. Kesimpulannya, kita dilarang daripada mengada-adakan perkara-perkara baru dalam agama. Sebaliknya kita diperintah supaya berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan-amalan yang disepakati oleh para sahabat kerana itulah yang sebenarnya dan membawa kita kepada jalan hidayat dan petunjuk.

[3] Tafsir Ibn Kathir, jil.2, hal.13 [4] Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jil. 4, hal. [5] Sunan Ibn Majah, no.3029 bab Qadr Hisa al-Ramy. [6] Al-Mustadrak, no: 2136 [7] Usul al-Sunnah li Radd al-Bid`ah, 40 [8] Iqtidha al-Sirat al-Mustaqim, 58 [9] Al-I`tisam, 33 [10] Tafsir Ibn Kathir, jil. 2 hal. 398 [11] Taisir al-Karim al-Rahman, hal. 377

35

[12] Lihat Ibn Taymiyyah, Qa`idah Fi al-`Ibadat, hal. 23-24 [13] Qawa`id al-Ahkam, jil.1, hal. 16 [14] Lihat Usul al-Sunnah fi Radd al-Bid`ah, hal. 50 [15] I`lam al-Muwaqi`in, jil. 2, hal. [16] Kh Moenawar Chalil, Kembali KepadaAl-Quran dan As-Sunnah, hal. 255 [17] Al-I`tisam, hal.

36

Usul Keenam SETIAP BIDAH ADALAH SESAT Huraian Usul:


Apa yang dicipta oleh manusia dalam agama atau apa yang dinisbahkan oleh manusia sebagai ajaran agama tanpa sebarang dalil adalah bid`ah dan setiap bidah adalah sesat. Bidah itu satu penambahan, pengubahan dan pengurangan dalam agama yang menukar rupa sebenar ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah merupakan petunjuk dan pedoman kepada manusia, tidak ada selain daripada keduanya melainkan kesesatan . Bidah itu tidak termasuk dalam syariat kerana ia adalah kesesatan bukan petunjuk. Hanya Sunnah yang membawa kepada petunjuk dan hidayat, seterusnya dapat meraih keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Dalil usul:

)( )(
Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. (al-Zumar: 36-37)


Maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (Yunus: 32) Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya yang masyhur:


Maka sesungguhnya, sebaik-baik ucapan adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk petunjuk Muhammad s.a.w. sejahat-jahat perkara adalah yang direka-rekakannya dan setiap bidah itu sesat. (Muslim, Kitab a-Salat, Bab Tentang meringkaskan sembahyang dan khutbah)

37

Hadis ini menjelaskan pertentangan antara Sunnah dan bidah. Sunnah itu membawa kepada petunjuk sedangkan bidah itu membawa kepada kesesatan. Percanggahan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. berlaku dengan mengadakan sesuatu perkara baru dalam agama dan itu adalah bidah. Hafiz Ibn Hajar berkata: Ucapan Rasulullah s.a.w. setiap bidah itu sesat merupakan kaedah syariah yang kulli baik secara lafaznya dan juga secara maknanya. Secara lafaznya seperti dikatakan hukum perkara ini adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat. Maka bidah itu bukan daripada syariah kerana syariah semuanya adalah petunjuk. Oleh itu, jika terbukti hukum perkara tersebut sebagai rekaan dan tambahan dalam agama maka sahlah keduadua premis itu (hukum perkara ini adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat - penterj.) maka ia menerbitkan kesimpulan (perkara ini adalah sesat- penterj.). (Fath al-Bari Bi Syarh Sahih alBukhari, jil. 15, hal. 180)

Persoalan
Sekiranya ditimbulkan persoalan, bukankah itu tidak selalunya bermaksud merangkumi segala benda yang difahami daripada kata nama yang disandarkan kepadanya kerana ada kalanya ia bermaksud sebahagian sahaja seperti firman Allah s.w.t.:


Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan perintah Tuhannya . (Surah al-Ahqaf: 25) Dalam memahami ayat di atas, angin tidak menghancurkan segala yang ada kerana Nabi Hud a.s. dan para pengikutnya yang beriman dengan Allah s.w.t. terselamat daripada kedahsyatan angin tersebut. Dengan itu, lafaz

bukan menunjukkan segala sesuatu.

Jawapannya ialah, penggunaan lafaz di sini adalah mengikut kaedahnya iaitu merangkumi segala benda yang dapat difahami daripada kata nama yang disandarkan kepadanya. Ayat ini bermaksud, angin itu memusnahkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t bukan segala sesuatu di atas dunia ini. Imam Ibn Jarir al-Tabari mengatakan: maksud ayat ini ialah angin itu memusnahkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Tuhannya yani ia hanya dihantar untuk memusnahkan apa

38

yang diperintahkan supaya dibinasakan tidak yang lain, kerana ia tidak membinasakan Nabi Hud dan orang-orang yang beriman dengannya. (Jami al-Bayan Fi Ta`wil al-Qur`an, juz. 22, hal. 129)

Pecahan Usul: TIDAK ADA BIDAH HASANAH DALAM AGAMA


Apabila kita telah mengetahui bahawa bidah itu merupakan satu jalan dalam agama yang direka menyerupai agama dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam mentaati Allah dan setiap bidah itu sesat maka bidah adalah sesuatu perkara yang tercela. Sesuatu yang telah disifatkan dengan kesesatan tidak boleh sama sekali ditambah padanya dengan sifat yang menunjukkan kepada kebaikan dan petunjuk. Secara logiknya, tidak mungkin satu perkara itu dalam masa yang sama disifatkan dengan dua sifat yang saling bercanggah seperti petunjuk yang sesat, syirik yang baik, maksiat yang dipuji. Perkataan petunjuk, syirik dan maksiat itu mempunyai medan maknanya yang tersendiri yang tidak boleh menerima sifat selain daripada yang mendokong maknanya. Apabila kita mendapati di kalangan ulama menyatakan bidah terbahagi kepada bidah hasanah dan bidah dhalalah maka penting sekali dilihat kepada pentakrifan mereka. Adakah itu dari sudut bahasa atau istilah syara. Jika bidah itu diungkapkan kepada setiap suatu yang baru maka itu adalah bidah dari sudut bahasa yang pengertiannya sangat luas yang merangkumi banyak unsur. Tetapi apabila ditakrifkan bidah itu sebagai satu j alan yang direka dalam agama supaya menyerupainya dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam mentaati Allah bererti itu adalah bidah dari sudut istilah syara dan inilah yang dimaksudkan dengan setiap bidah itu sesat. Oleh sebab itu, Hafiz Ibn Hajar mentafsirkan bidah dhalalah sebagai apa yang direka tanpa ada dalil daripada syara sama ada secara khusus mahupun umum. (ibid.) Ini bermakna jika hanya terdapat dalil umum sahaja maka tidak boleh sama sekali disabitkan dengannya satu bentuk ibadat yang baru, kerana ia tetap berada dalam hukum bidah yang sesat. Apa yang diungkapkan oleh ulama sebagai bidah hasanah itu tidak lebih daripada apa yang dapat kita katakan sebagai masalih mursalah iaitu satu bentuk ijtihad dan penetapan hukum berasaskan kepada kepentingan dan kebaikan manusia apabila ketiadaan hukum syara

39

dalam sesuatu perkara dan ini berkait dengan soal keduniaan bukan soal mengabdikan diri dan beribadat kepada Allah. Ibn Umar berkata: Setiap bidah itu sesat walaupun orang ramainya melihatny a

baik.(Hibbatullah al-Lalaka`i, Syarh Usul Itiqad Ahli Sunnah Wa al-Jamaah, jil. 1, hal. 92) Ini bermakna, kebenaran itu tidak diukur dengan ramainya yang melakukannya tetapi berdasarkan kepada dalil yang sahih dan cara yang tepat dalam memahaminya. Sebuah kisah yang masyhur dan sahih yang diriwayatkan daripada Ibn Masud bahawa beliau melintas kumpulan yang duduk dengan membuat halqah atau bulatan. Mereka bertahlil, bertasbih dengan cara yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Ibn Masud mengingakari perbuatan mereka sambil berkata: Hitungkanlah kesalahan kesalahan kamu dan saya yakin tidak akan hilang sedikitpun kebaikan-kebaikan kamu. Apalah kamu wahai umat Muhammad! Sungguh cepat kebinasaan kamu. Sahabat-sahabat nabi kamu masih lagi ramai, pakaiannya belum lagi lusuh dan bekasnya belum lagi pecah. Demi nyawaku ditangan-Nya, sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih membawa kepada petunjuk daripada agama Muhammad atau kamu membuka pintu kesesatan. Mereka menjawab: Demi Allah! wahai Abu Abdul Rahman, tidaklah kami kehendaki melainkan kebaikan sahaja. Ibn Masud berkata: Ramai mana orang yang mahukan kebaikan tetapi tidak menepatinya. (Sunan al -Darimi)

Berdasarkan kepada dua athar di atas, kita dapati Ibn Umar telah mengemukakan kaedah berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. iaitu Setiap bidah itu sesat walaupun orang ramai menganggapnya baik, manakala Ibn Masud pula mengaplikasikan kaedah tersebut dengan menghukumkan bahawa majlis zikir yang diadakan dengan tidak mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. adalah sesat walaupun zikir itu sendiri memang dituntut. Sungguhpun niat mereka itu baik tetapi cara mereka itu amat menyalahi dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Ibn Masud sekali-kali tidak menjadikan niat mereka yang baik itu sebagai jalan kepada keharusan sesuatu amalan kerana amalan itu hanya dikira ibadat apabila ada dalil yang menunjukkan secara khusus. Niat yang baik tidak menjadikan satu bidah itu sebagai sunnah. Tidak dapat tidak melainkan mesti terdapat dua perkara, niat yang ikhlas dan bertepatan dengan sunnah.

40

Oleh kerana itu ulama telah mengemukakan kaedah: Jalan itu mempunyai hukum yang sama dengan matlamat. Jika hukum matlamat itu wajib maka wajiblah jalan dan saluran kepadanya dan jika matlamat itu haram maka haramlah jalan kepadanya. Tegasnya, Ibn Masud dan Ibn Umar memakai makna bidah itu dengan makna umumnya iaitu semuanya sesat tanpa membezakan di antara apa yang dinamakan bidah hasanah atau bidah sayyi`ah. Oleh itu, tidak ada bidah hasanah apabila bidah itu dicela kerana ia membawa kepada kesesatan.

TIDAK ADA BIDAH MAKRUH


Tidak ada bidah makruh, kerana setiap bidah adalah haram dan setiap sesuatu yang disifatkan sebagai sesat membawa kepada hukum haram. Makruh ialah perbuatan yang tidak mendatang dosa kepada pelakunya dan

meninggalkannya mendapat pahala. Berasaskan kepada maksud setiap bidah adalah sesat dan sesat membawa kepada azab maka tidak ada bidah yang dihukumkan sebagai makruh. Ancaman yang berat terhadap sesuatu perbuatan memberi maksud bahawa itu adalah satu dosa. Pada kaedahnya, perbuatan dosa dan maksiat tidak dihukumkan sebagai makruh. Apa yang dinukilkan daripada ulama terdahulu bahawa sesetengah perkara dikatakan sebagai dimakruhkan maka itu mempunyai beberapa penafsiran. Pertama, bermaksud makruh yang hampir membawa kepada pengharaman (makruh tahrimi) bukan makruh yang hampir dengan harus (makruh tanzihi). Kedua, penggunaan makruh itu dengan erti larangan. Ini banyak digunakan di kalangan ulama hadis ketika mereka mengemukakan tajuk bagi hadis- hadis. Contohnya Imam al-Tirmizi menyebutkan Bab Ma Ja`a Fi Karahiyah Ityan al-Haidh, (Bab Tentang Hadis-Hadis Yang Diriwayatkan Tentang Larangan Menyetubuhi Perempuan Yang Datang Bulan). Karahiyah di sini tidak boleh dipakaikan dengan makna makruh kerana jelas daripada ayat al-Qur`an dan hadis larangan keras tentang perkara ini. Ketiga, penggunaan makruh itu dengan makna sesuatu yang sememangnya diharamkan. Ini kerana, ulama mutaqaddim amat cermat dalam menggunakan lafaz-lafaz yang menunjukkan

41

kepada haram kerana kekhuatiran akan terjebak dalam golongan menghalalkan atau mengharamkan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Oleh kerana itu, mereka mengelakkan diri daripada menggunakan secara langsung perkataan haram.

Usul Ketujuh

42

BERAMAL MENGIKUT FIKIRAN SEMATA-SEMATA ADALAH KESESATAN Melakukan sesuatu amalan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah tanpa berlandaskan kepada petunjuk al-Qur`an atau hadis-hadis Rasulullah s.a.w. merupakan tindakan yang berasaskan fikiran semata-mata. Untuk beramal dengan sesuatu amalan terutamanya secara iltizam dan berterusan mestilah berasaskan kepada nas-nas al-Qur`an dan hadis-hadis yang terbukti sahih mengikut dislplin ilmu hadis. Telah diakui dalam ilmu usul fiqh, tidak ada ruang untuk melakukan ijtihad dalam perkara yang telah dinaskan sebagaimana tidak ada peruntukan untuk berijtihad dan melakukan qias dalam ibadat yang kaifat dan caranya telah dijelaskan oleh Sunnah Rasulullah s.a.w. Syariat telah menjelaskan bahawa hukum Allah ke atas manusia tidak berlaku melainkan dengan apa yang telah disyariatkan Allah melalui rasul-rasul-Nya. Oleh kerana itulah Allah s.w.t. berfirman:


Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (al-Isra`: 15) Kedatangan para rasul adalah dengan tujuan untuk menjelaskan kepada manusia akan syariat Allah dengan sejelas-jelasnya dan menunjukkan bagaimana cara ibadat yang betul kepada Allah. Sekiranya akal sahaja mencukupi untuk membimbing manusia tentu rasul-rasul tidak perlu diutuskan untuk membawa manusia ke jalan Allah. Akal secara bersendirian tidak dapat menentukan kebaikan untuk manusia, sama yang bersifat dunia atau akhirat. Akal hendaklah sentiasa dibimbing oleh wahyu. Akal bersifat terbatas dan dipengaruhi oleh unsur diri dan emosi. Oleh kerana itu, wahyu amat berperanan dalam membimbing akal untuk mengetahui dan menentukan baik dan buruk. Jika akal dibiarkan bersendirian untuk menentukan baik dan buruk pasti dia sendiri akan menentukan baik buruk mengikut sudut pandangnya walaupun di sisi orang lain adalah sebaliknya. Dalil:


43

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu . (Shad: 26)


Kemudian Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (perkara yang benar). (al-Jathiyah: 18) Imam al-Razi menafsirkan ayat ini dengan menulis: Yakni di atas cara dan jalan agama. Maka hendaklah kamu turuti syariat agama kamu yang sabit dengan dalil -dalil dan keteranganketerangan dan jangan pula kamu turuti apa-apa yang tidak mempunyai hujah seperti hawa nafsu orang-orang jahil dan agama-agama mereka yang dibina di atas hawa nafsu dan kejahilan. (al-Tafsir al-Kabir, jil. 14, hal. 294) Dikaitkan apabila tidak mengikuti petunjuk daripada Allah dan Rasul bererti menuruti hawa nafsu dan akal fikiran sendiri. Petunjuk Allah itu adalah hidayah yang membimbing manusia daripada terjerumus dalam kesesatan kerana mengikuti hawa nafsu.


Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya (hari Kiamat) serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. (Taha: 16) Tidak ada kemusnahan yang lebih besar selain dari menuruti hawa nafsu dan

membelakangkan petunjuk Allah dan Rasul.

44

: :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya umat ini beramal dengan Kitab Allah untuk satu tempoh masa, kemudian dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. untuk satu tempoh masa. Kemudian mereka beramal mengikut akal fikiran. Apabila mereka bertindak demikian maka sesungguhnya sesatlah mereka. (Ibn Abd al-Barr, Jami alIlm Wa Fadhluh) Beramal hendaklah berdasarkan kepada ilmu itu diasaskan di atas dalil yang diyaqini yakni bersumberkan al-Qur`an dan hadis-hadis yang sahih serta dalil aqli yang selaras dengan dalil syara iaitu qiyas. Seseorang itu menjadi mukallaf kerana perintah daripada syara. Akal bukanlah penentu kepada hukum tetapi ia adalah alat untuk memahami dalil dan hukum. Untuk mengetahui sesuatu baik atau buruk, mendatangkan pahala atau dosa, ibadat atau tidak, mestilah merujuk kepada wahyu bukan ditentukan dengan fikiran. Dalam hal ini, jika sesuatu amalan dianggap sebagai ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. sedangkan tidak ada dalil tentangnya maka ini adalah satu bentuk penyandaran kepada agama akan sesuatu yang bukan daripadanya. Dengan perkataan yang lebih jelas, amalan itu dikira sebagai bidah kerana kefahaman dan pengamalannya itu tidak berdasarkan kepada dalil-dalil yang mutabar tetapi hanya disangka sebagai baik sahaja. Sedangkan akal dan sangkaan tidak boleh bersendirian dalam penetapan hukum. Dalam mengamalkan agama dan menghayatinya kita perlu sedar bahawa kita sama sekali dilarang mengikuti hawa nafsu sekalipun apa yang dilaksanakan itu sebagai ibadat yang seakan-akan menuruti ajaran agama. Melakukan sembahyang tahajjud sepanjang malam tanpa tidur pada malam-malam tertentu dan berpuasa pada setiap hari tidak boleh dianggap sebagai satu ketaatan kepada Allah s.w.t. kerana itu adalah mengikut keinginan hawa nafsu yang merasakan akan mendapat pahala yang lebih banyak dan menyangka itu lebih baik daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam contoh ini, ibadat itu sendiri tidak salah tetapi menunaikannya secara melampau itu adalah sesuatu yang tidak dituntut malah ia amat dilarang. Bertegas untuk melakukan juga dengan cara ini akan membawa kepada menurut hawa nafsu bukan lagi beribadat dalam erti kata yang sebenar.

45

Tidak ada punca lain bagi pencipta bidah melainkan kerana dia merasakan itu adalah sesuatu yang lebih baik. Sesuatu perkara itu diakui sebagai baik atau tidak adalah berasaskan kepada wahyu bukan semata-mata dengan akal.

Daripada Abdullah bin Amar bin al-Ash katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus daripada hamba -hamba-Nya tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama sehingga tidak tinggal seorang alim lalu orang ramai menjadikan orang-orang jahil sebagai pemimpin lalu mereka ditanya lantas memberi fatwa tanpa sebarang ilmu. Maka mereka itu sudah tersesat dan menyesatkan pula. (al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah) Disebabkan tiada ilmu tentang al-Qur`an dan al-Sunnah, seseorang itu menggunakan sepenuhnya akal fikirannya untuk membina hukum. Sejarah telah merakamkan bagaimana para sahabat memahami syariat dengan cara yang betul menurut kaedah yang sahih. Berikut ini beberapa nukilan daripada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang agung:

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib katanya: Sekiranya agama itu dengan akal fikiran tentu bahagain bawah khuf (sarung kaki) lebih patut disapu daripada bahagian atas. Sesungguhnya saya melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di bahagain atas khufnya. (Abu Daud)

Daripada Muazh bahawa seorang wanita telah bertanya kepada A`isyah, katanya, adakah

46

kita diperintahkan mengantikan sembahyang yang ditinggalkan pada waktu haidh? A`isyah bertanya: Adakah kamu ini orang Haruriah? Sesungguhnya di zaman Rasulu llah s.a.w. apabila salah seorang kami didatangi haidh tidak diperintahkan pula untuk menggantikannya. (alBukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Nafi bahawa seorang telah bersin di hadapan Ibn Umar lalu dia mengucapkan al-Hamdu Lillah, Wa al-Salam Ala Rasulillah! (Segala puji bagi Allah dan Salam buat Rasulullah) Ibn Umar berkata: Aku juga pernah mengucapkan al -Hamdu Lillah, Wa alSalam Ala Rasulillah. Tetapi bukan begini Rasulullah s.a.w. mengajar kami. Baginda mengajar kami supaya mengucapkan al-Hamdu Lillah Ala Kulli Hal. (al-Tirmizi dan al-Hakim) Ucapan tahmid dan selawat kedua-duanya itu disyariatkan kepada orang Islam, namun kedua-duanya ada tempatnya yang khusus dan tidak boleh dipinda sesuka hati. Athar-athar daripada para sahabat menunjukkan bahawa dalam soal agama yakni beribadat hendaklah berdasarkan kepada ketentuan syara yang diambil daripada al -Qur`an dan alSunnah dengan kaedah-kaedahnya yang benar-benar mutabar. Oleh sebab itu, Imam al Syafie sebagaimana dinukilkan oleh ulama al-Syafiiyyah telah berkata:

Sesiapa yang menganggap baik maka dia telah membuat syariat. (lihat a l-Ghazzali, alMankhul, hal. 374, al-Mahalli, Hasyiah Jam al-Jawami, jil.2, hal. 395)

Membuat syariat itu boleh diertikan sebagai membuat cara dan aturan sendiri atau membuat sesuatu yang menandingi syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Keimanan kepada Rasulullah s.a.w. hanya akan sempurna apabila seseorang itu mematuhi syariat baginda tanpa mengadakan sesuatu bentuk ibadat yang tidak digariskan oleh baginda.

47

USUL KELAPAN
UCAPAN DAN AMALAN TUAN GURU BUKAN HUJAH SYARA

Menganggap perbuatan dan kata-kata syaikh-syaikh sebagai hujah terhadap perkara-perkara yang telah sabit dalam ajaran Rasulullah s.a.w. merupakan punca kebinasaan sesetengah golongan. Mereka mengamalkan sesuatu perkara bidah dan menganggap tidak mengapa mengerjakannya. Jika ada orang yang menegur perbuatan tersebut supaya ditinggalkan dan kembali kepada Sunnah Rasulullah s.a.w. maka mereka akan menagatakan ini adalah sunnah juga bukan bidah kerana beralasan syaikh atau orang alim mengamalkannya. Seterusnya mereka akan mengatakan tidak mungkin orang alim akan menyalahi sunnah, melakukan sesuatu yang makruh apatah lagi terlibat dalam perkara-perkara yang menyesatkan. Dengan ini, amalan dan ucapan tuan guru menjadi setaraf dengan apa yang sabit berdasarkan kepada nas-nas syara. Pada prinsipnya tugas syaikh atau tuan guru adalah untuk membimbing masyarakat dalam memahami hukum-hukum syara berdasarkan kepada al -Qur`an dan al-Sunnah. Seseorang itu tidak boleh meletakkan kedudukan syaikh sehingga melebihi kedudukan Allah dan Rasulullah s.a.w.


Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala -dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (surah Aal Imran: 79)

48


Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (alHujurat: 1) Walaupun tuan guru tidak memerintahkan supaya dirinya disembah tetapi menganggap apa sahaja yang keluar dari ucapan dan amalan tuan guru sebagai sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah bererti meletakkan guru pada taraf sekutu bagi Allah.


Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Syura: 21)


Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (Surah al-Tawbah: 31) Ayat ini menunjukkan bahawa kesesatan mereka itu berpunca daripada sikap mereka mematuhi ajaran pendita-pendita dan ahli-ahli ugama dengan membabi buta, biarpun orang alim itu menyuruh maksiat atau mengharamkan yang halal.

49

{ }
Diriwayatkan daripada Adi bin Hatim katanya, saya datang menemui Rasulullah s.a.w. dan di leher saya ada salib. Baginda bersabda: Wahai Adi, buangkanlah berhala ini jauh daripada engkau. Dan saya mendengar baginda membaca ayat dalam surah al -Bara`ah (maksudnya: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai tuhan selain dari Allah). Baginda bersabda: Mereka itu tidak menyembah pendita -pendita dan ahli-ahli ugama mereka tetapi apabila dihalalkan kepada mereka maka mereka menganggapnya halal dan apabila diharamkan sesuatu ke atas mereka maka mereka menganggapnya haram. (al-Tirmizi) Hadis ini cukup memberi peringatan yang keras terhadap orang yang terlalu menurut apa sahaja yang dianjurkan oleh tuan guru tanpa melihat kepada dalil dan hujah mereka. Syaikh hanya sebagai penyampai ajaran agama bukan mereka-reka perkara lalu dikatakan kepada orang ramai bahawa ini termasuk dalam tujuan agama.


(Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". (al-Araf: 3) Oleh kerana itulah, Imam Abu Hanifah berkata: Tidak halal sesiapa yang berpegang dengan pendapat kami selagi dia tidak mengetahui puncanya dari al-Qur`an, al-Sunnah, Ijma ummat atau qiyas. Ini bermakna, setiap orang Islam perlu mengetahui dalil dalam perkara yang dilakukannya bukan semata-mata menurut sahaja pendapat. Kepada orang berilmu, penjelasan perkara agama hendaklah disertakan dengan dalil supaya masyarakat lebih dekat kepada sumber ajaran mereka sendiri.

50


Diriwayatkan daripada Kathir bin Abdullah bin Amar bin Au f daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Waspadalah terhadap kegelinciran orang berilmu dan tunggulah kembalinya (kepada kebenaran). (al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, jil. 10, hal. 211, Dar al-Fikr) Di kalangan orang yang mempunyai ilmu agama ada juga yang tergelincir atau terkeliru dalam mengamalkan sesuatu perkara atau tersalah ketika menjelaskan urusan agama. Oleh kerana itu, hendaklah kita berhati-hati dan jangan terburu-buru mengikuti perbuatannya atau terus menerima bulat-bulat pendapatnya, tetapi tunggulah sehingga dia kembali kepada petunjuk al-Qur`an dan al-Sunnah. Justeru, orang yang memahami urusan ilmu agama, yang dianggap alim oleh masyarakat, hendaklah berwaspada dan meneliti apa yang diperkatakan dan dilakukan dalam urusan agama. Ini kerana kesilapan yang dilakukannya akan membawa kepada kesilapan masyarakat awam sebagaimana kekeliruannya menyebabkan kekeliruan mereka. Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w. memberi peringatan tegas:

. :
Diriwayatkan daripada Thauban daripada Rasulullah s.a.w: Sebenarnya apa yang aku bimbang ialah imam-imam yang menyesatkan. (al-Tirmizi, al-Darimi) Ketika menghuraikan hadis ini, al-Mubarakfuri berkata: iaitu mereka yang menyeru kepada bidah-bidah, kefasikan dan kekejian. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 6, hal. 483)

: . : :

51

Diceritakan daripada Ziyad bin Hudair katanya, Umar bertanya kepada saya, adakah engkau tahu apakah perkara yang meruntuhkan Islam. Beliau berkata, saya menjawab, tidak. Dia berkata, Islam itu diruntuhkan oleh kegelinciran alim ulama, perdebatan orang-orang munafiq tentang al-Qur`an dan pemerintahan pemimpin yang sesat. (Sunan al-Darimi) Ketinggian dan keagungan Islam akan lenyap kerana kegeliciran orang alim yang cuai terhadap sunnah Rasul, orang munafiq yang suka berdebat dengan menyatakan sunnah tetapi sebenarnya menyembunyi bidah dan i mam-imam yang membuat keputusan atau pemimpin yang memerintah mengikut hawa nafsu. Ketiga-tiga golongan ini memainkan peranan utama dalam mewarwarkan bidah dan mengelirukan masyarakat tentang ajaran sebenar Islam. Masyarakat akan mudah menerima dan menganggap benar jika sesuatu fahaman dan amalan yang diperkenalkan oleh alim yang menyeleweng itu disokong pula oleh pemerintah yang jahil. Ahli bidah pula sentiasa berhujah dengan ayat al -Qur`an dan hadis tetapi dengan takwilan yang menyesatkan untuk membenar kan bidah yang dianjurkan oleh mereka. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila bidah maulid dianggap baik oleh pihak ulama yang tidak bertanggungjawab lantas kerajaan mengisytihar cuti umum pada 12 Rabi Awal kononnya hari itulah hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang sepatutnya diperbesarkan. Selain itu, diadakan pula beberapa acara yang tidak ada kena mengena dengan tuntutan agama seperti perarakan sambil bernasyid dan berselawat di sekeliling bandar. Lebai-lebai di kampung pula menyeru orang ramai supaya mengadakan jamuan maulid kerana ini mendatang pahala yang besar dan sebagai mengingati Rasulullah s.a.w.. Sedangkan mereka sendiri tidak mengadakan jamuan untuk masyarakat. Apa yang penting kepada mereka pada bulan Rabiu Awal ialah rezki untuk mereka luas terbuka. Walhal, amalan dan upacara seperti ini tidak pernah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. baik secara terang mahupun secara isyarat. Walaupun sahabat mempunyai kecintaan yang tinggi dan kasih kepada baginda, namun mereka tidak pernah menganggap sebagai elok mengadakan pelbagai acara untuk menyambut kelahiran baginda termasuklah jamuan kesyukuran ataupun berpuasa secara khusus pada hari tersebut. Ini kerana sambutan sebegini merupakan sesuatu yang asing daripada ajaran Islam. Masyarakat yang keliru akan menurut sahaja apa yang telah diputuskan oleh pihak yang mereka percayai. Sepatutnya dalam perkara seperti ini mereka perlu merujuk kepada al-Qur`an dan al-Sunnah serta apakah yang telah dipraktikkan oleh para sahabat. Ulama seharusnya membimbing masyakarat memahami sunnah bukannya mempelopori bidah. Di sini letaknya peranan ulama akhirat atau dengan istilah lain ulama rabbani seperti yang disebutkan dalam firman Allah dalam surah Aal Imran ayat 79.

52

Dalam hal ini, Allah s.w.t. telah mengingatkan kita tentang gejala yang pernah berlaku di kalangan Ahli Kitab supaya kita mengelakkan diri daripada turut sama terbabit.


Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahliahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). (Surah al-Tawbah: 34)

53

You might also like