You are on page 1of 6

Pengenalan.

Perkataan magnet berasal daripada perkataan magnetit, iaitu sejenis batu hitam yang dianggap ajaib, berasal dari Magnesia, Turki. Terdapat dua jenis magnet iaitu : 1. Magnet kekal Magnet kekal ialah magnet yang mempunyai kesan magnet yang tetap, 2. Magnet sementara Magnet sementara ialah magnet yang memperoleh kesan magnet secara buatan. Magnet semantara dihasilkan dengan cara memagnetkan bahan yang mengandungi besi dengan menggunakan arus elektrik dinamai elektromagnet.

Magnet kekal.
Terdapat tiga ciri utama magnet iaitu medan magnet, fluks magnet dan kutub magnet. Medan magnet wujud di kawasan sekeliling magnet dan merupakan ruang yang dipenuhi fluks magnet. Fluks magnet ialah lingkaran garis urat daya magnet yang mempunyai ciri-ciri berikut : 1. Garis fluks menunjukkan arah ke luar dari kutub utara dan arah masuk ke kutub selatan, dengan membentuk lingkaran lengkap. 2. Garis fluks tidak bersilang antara satu sama lain. 3. Garis fluks mudah membentuk dan elestik. 4. Pada bahagian kutub dan kawasan berhampiran magnet fluks lebih padat, ketumpatan fluks magnet tinggi dan kesan magnetnya kuat. 5. Garis-garis fluks yang sama arah akan bergabung dan saling menarik antara satu sama lain, manakala garis-garis fluks yang berlawanan arah saling menolak antara satu sama lain.

Kompas yang diletakkan dalam ruang medan magnet akan sentiasa menunjukkan arah fluks magnet iaitu arah kutub selatan magnet tersebut.

Rajah di atas menunjukkan fluks magnet yang tertumpu dikawasan kutub sehingga menyebabkan kesan magnet dikawasan kutub adalah kuat. Magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Apabila kutub yang sama didekatkan, ia akan menolak antara satu sama lain manakala kutub yang belawanan kutub akan saling menarik antara satu sama lain. Apabila magnet digantung bebas ia akan sentiasa menunjukkan arah sejajar dengan garis bujur bumi. Keadaan ini menjadi asas kepada binaan kompas.

Magnet sementara.
Arus elektrik boleh menghasilkan kesan magnet. Penggunaan arus elektrik untuk menghasilkan magnet berlaku dalam motor elektrik. Kesan magnet yang dihasilkan dengan menggunakan arus elektrik dikenali sebagai keelektromagnetan. Apabila arus elektrik mengalir dalam suatu pengalir lurus, medan magnet akan terbentuk disekeliling pengalir tersebut. Corak fluks magnet dapat ditunjukkan dengan cara meletakkan sekeping kadbod yang ditembusi pengalir. Apbila serbuk besi ditabur pada kadbod tersebut , serbuk besi akan membentuk lingkaran bulat yang lengkap disekeliling pengalir. Jika nilai arus elektrik ditingkatkan lingkaran serbuk besi semakin padat dan keelektromagetan disekeliling kawasan yang berdekatn dengan pengalir tersebut semakin kuat. Apabila kompas diletakkan berhampiran pengalir, jarum penunjuk kompas akan terpesong dan menunjukkan arah fluks magnet seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Terdapat dua kaedah untuk menentukan arah fluks magnet dan arah arus elektrik yang mengalir melalui pengalir lurus iaitu dengan menggunakan Petua genggaman Tangan Kanan dan Petua Skru Maxwell seperti rajah dibawah:

Bagi memudahkan pemahaman tentang elektromagnet, tanda arus keluar ( . ) dan arus masuk (x). Dalam rajah (a) apabila arus masuk melalui pengalir arah fluks mengikut putaran jam sebaliknya jika arus keluar melalui pengalir, arah fluks melawan putaran jam seperti dalam rajah (b).

Jika dua pengalir berdekatan mengalirkan arus yang sama arah, fluks magnet disekeliling pengalir akan bergabung lalu mewujudkan daya tarikan ntara penglir seperti rajah (a). Sebaliknya jika dua pengalir mengalirkan arus elektrik yang berlawanan arah, fluks magnet yang berlawana arah akan terbentuk dan menghasilkan daya tolakkan antara dua pengalir seperti dalam rajah (b).

Keelektromagnetan semakin kuat jika pengalir berdiameter besar digunakan dan nilai arus ditingkatkan.

Bentuk pengalir dan nilai arus mempengaruhi kekuatan elektromagnetan. Medan magnet pada dawai pengalir lengkung yang mengalirkan arus yang lebih kuat berbanding pada dawai penglir lurus. Jika arus elektrik ditingkatkan, kekuatan keelekktromagnetannya semakin bertambah. Rajah dibawah menunjukkan fluks magnet pada dawai pengalir lengkung yang mengalirkan arus elektrik.

Apabila arus dialirkan melalui pengalir bertebat yang berbentuk gegelung, fluks magnet yang terhasil menyerupai medan magnet bar. Pengalir dililit rapat antara satu sama lain sehingga garis fluks di sekeliling setiap pengalir bergabung lalu menghasilkan satu medan magnet yang kuat dan berkutub. Kutub dan arus gegelung dapat juga ditentukan dengan menggunakan Petua Genggam Tangan Kanan, walaubagaimanapun dalam keadaan ini arah ibu jari menunjukkan arah utara dan jari-jari yang digenggam menunjukan arah arus gegelung seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah(a). Medan magnet disekeliling gegelung mempunyai ciri yang sama seperti sebuah magnet kekal tetapi kekuatan keelektromagnetannya bole diubah selagi gegelung tersebut mendapat bekalan elektrik seperti dtunjukkan dalam rajah dibawah(b).

Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan elektromagnet. Faktor Kekuatan elektromagnet Arus elektrik Semakin besar nilai arus yang melalui gegelung, kekuatan elektromagnet semakin bertambah. Bilangan lilitan Gegelung yang mempunyai lilitan yang banyak pengalir mempunyai medan magnet yang kuat berbanding dengan lilitan yang sedikit. Saiz atau diameter Kekuatan keelektromagnetan gegelung dengan lilitan pengalir pengalir bersaiz besar adalah lebih kuat berbanding gegelung dengan lilitan pengalir yang bersaiz kecil. Bentuk pengalir Pengalir beebentuk gegelung mempunyai kesan magnet yang kuat berbanding pengalir lurus. Jenis teras Fluks magnet disekeliling gegelung berteras adalah lebih padat jika dibandingkan dengan fluks magnet geggelung berteras udara. Teras besi meruoakan

bahan feromagnet yang mempunyai kadar ketelapan yang tinggi dan berupaya memadatkan fluks magnet.

You might also like