You are on page 1of 6

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan.

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TAJUK KURSUS : BMM3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NAMA GURU PELATIH :

SEMESTER : Jun- November 2013 (2/2013)

Tarikh Mula

11 JULAI 2013

Tarikh Hantar

20 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran: 1. 2. 3. 4. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian; Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl; Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; dan Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3. Objektif Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat: i) Membandingbezakan antara konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bentuk esei dan grafik. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun menggunakan domain Taksonomi Bloom. Memperincikan tentang keenam-enam aras domain Taksonomi Bloom dan menghasilkan 20 soalan Bahasa Melayu untuk kesemua aras tersebut. Menganalisis soalan objektif ujian Bahasa Melayu berpandukan domain Taksonomi Bloom dan membuat penilaian tentang kesesuaian soalan tersebut. Menuliskan refleksi yang menunjukkan kefahaman terhadap semua soalan tugasan.

ii) iii) iv) v)

Tugasan Projek (100%) Penilaian bahasa merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian amat penting dijalankan oleh guru sama ada secara formatif dan sumatif untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai tiga kemahiran utama. Ketiga-tiga kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Oleh itu, apabila guru menilai kemahiran bahasa di bilik darjah, guru tidak boleh hanya menumpukan kepada ujian bertulis semata-mata. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru sebagai pengukur perubahan tingkah laku murid-murid untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki, 1. Membandingbezakan konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bagi menunjukkan kefahaman anda, buat perbandingan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian Bahasa Melayu dalam bentuk esei dan grafik grafik. (10%) 2. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun menggunakan domain Taksonomi Bloom. (20%) 3. Anda dikehendaki membina 20 soalan objektif (10 soalan berdasarkan teks dan 10 soalan tatabahasa) menggunakan domain Taksonomi Bloom berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah anda bina. (30%) 4. Pilih satu set soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Anda dikehendaki menganalisis semua soalan objektif (Bahagian Tatabahasa) mengikut aras Taksonomi Bloom. (30%)

5.

Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan soalan setiap tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. (10%)

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini. Fon Arial Saiz huruf 11 Langkau 1.5 baris Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) Lampiran adalah wajib Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

4. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat. 5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu. 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50% Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: a. b. c. d. e. f. Pengenalan yang menarik dan dapat menghuraikan tentang pentaksiran Bahasa Melayu Huraian dan perbandingan tentang konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian.. Huraian dan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian.. Pembinaan soalan-soalan objektif mengikut domain Taksonomi Bloom. Analisis kritikal soalan-soalan objektif yang dipilih. Penulisan refleksi.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah. 7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan. (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(Dr. MARIDAH BINTI ALIAS) Penyelaras Kursus BMM3103 Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar.

(Dr. FARIDAH BINTI NAZIR) SME BMM3103, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

(AZMI BIN AYUB) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar.

ISI KANDUNGAN Pengakuan Pelajar Penghargaan 1.0 2.0 Pendahuluan Pengertian dan Konsep 2.1 Pentaksiran 2.2 Pengujian 2.3 Penilaian 2.4 Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian 2.5 Rumusan Jadual Spesifikasi Ujian 3.1 Definisi 3.2 Maklumat dalam JSU 3.3 Pembinaan dan Penggunaan JSU 3.4 Rumusan Pembinaan Ujian 4.1 Taksonomi Bloom 4.2 Bentuk Soalan Ujian - esei - objektif - struktur 4.3 Rumusan Analisis Soalan 5.1 Pengertian dan konsep analisis soalan 5.2 Analisis 5.3 Rumusan Kesimpulan 6.1 Rumusan Keseluruhan 6.2 Refleksi 6.3 Penutup

3.0

4.0

5.0

6.0

Rujukan

Lampiran

You might also like