You are on page 1of 4

PENGETAHUAN BARU.

Praktikum merupakan satu aktiviti akademik yang berbentuk ilmiah selain dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman baru kepada saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat kajian untuk dimuatkan dalam portfoliopraktikum dan mendapat pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Dalam praktikum yang pertama ini, saya telah ditempatkan di SK Sungai Raya. Saya menggunakan pelbagai instrumen kajian untuk mendapatkan data dan maklumat yang

secukupnya daripada pihak sekolah. Antara instrumen yang saya guna ialah pemerhatian, temubual, kaji selidik dan senarai semak.

Melalui pemerhatian, saya mendapati kekuatan sekolah ini adalah dari aspek pencapaian akademik yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun berikutnya. Walaupun tidak ramai murid, namun kejayaan-kejayaan yang

dicapai amat membanggakan pihak sekolah. Sekolah ini juga melahirkan individu-individu yang berpotensi besar untuk lebih maju setapak ke hadapan.

Kekuatan seterusnya yang dapat saya temui ialah aspek perngurusan kokurikulum yang cekap dan membawa nama sekolah ke peringkat tertinggi dan setakat ini ialah di peringkat negeri Perak dalam doktor muda. Melalui penerangan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, kami mendapati minat pelajar dapat diasah dan digilap dengan baik dan berkesan. Semua guru penasihat memberikan kerjasama yang positif kepada unit kokurikulum. Di samping itu, satu perkara yang membuat saya kagum ialah salah seorang olahragawan dari sekolah ini selalu menempa nama dalam bidang olahraga. Setiap minggu ada sahaja hadiah yang dirangkul oleh murid ini.

Selain itu, daripada sesi temu bual bersama Penolong Kanan, saya mendapati terdapat kelemahan-kelemahan di sekolah ini. Sebagai contoh, terdapat satu kesesakan yang berlaku di hadapan sekolah dan kebanyakan ibu

bapa yang suka datang ke sekolah untuk bersama dengan anak-anak mereka pada waktu rehat. Perkara ini akan berlaku satu gangguan iaitu bunyi-bunyi bising hon dari kenderaan dan juga gangguan secara fizikal oleh ibu bapa yang suka menyerang guru di bilik guru tentang masalah anak mereka tidak kira waktu yang secara tidak langsung mengganggu guru-guru. Hal ini saya lihat sendiri ketika saya berada dalam bilik guru, iaitu sewaktu guru sedang duduk membuat rph, murid-murid hadir bersama dengan ibu atau bapa dan menyelesaikan masalah anak mereka yang tidak henti-henti.

Selain itu, apabila saya menjalankan pemerhatian di perpustakaan sekolah, saya mendapati perpustakaan di sekolah ini mengalami masalah kekurangan buku-buku atau bahan-bahan rujukan khususnya untuk pelajarpelajar Tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan pada penghujung tahun ini. Ruang perpustakaan yang kecil dan terhad hanya boleh memuatkan beberapa orang pelajar sahaja pada satu-satu masa.

Persekitaran kawasan sekolah amat kondusif kerana pihak pengurusan amat mementingkan 3K iaitu keceriaan, kebersihan dan keselamatan di sekolah. Para pelajar juga dapat menimba ilmu dengan selesa. Pihak sekolah juga

mengambil kontrak daripada badan swasta untuk memastikan kebersihan sekolah di tahap optimum. Melalui pemerhatian saya, sepanjang saya berada di sekolah tersebut, tiada secebis sampah di kawasan- kawasan seperti kantin, tandas, taman, padang dan sebagainya. Seluruh warga sekolah juga

mengamalkan kempen kitar semula dalam hidup mereka. Hal ini dapat dilihat apabila tamat sesi persekolahan, tong-tong sampah kitar semula coklat,biru dan oren dipenuhi dengan bahan-bahan kitar semula. berwarna

Melalui pemerhatian terhadap kekuatan dan kelemahan sekolah, satu ilmu baru yang saya peroleh iaitu sesebuah sekolah yang cemerlang tidak hanya menekankan aspek akademik semata-mata, namun perkara-perkara lain perlu

dititikberatkan dan bukan hanya dipandang enteng oleh setiap warga sekolah khususnya bahagian pengurusan sekolah. Guru-guru perlulah mempunyai semangat assabiah yang tinggi bagi memastikan setiap perkara dicapai dengan kesepakatan semua pihak.

Disamping itu, sepanjang berada di sekolah tersebut, saya secara tidak langsung memperoleh ilmu baru iaitu dengan menggunakan kaedah

pemerhatian, saya mendapati budaya di sekolah ini berada di tahap cemerlang. Hal ini kerana salah satu faktor utama ialah keistimewaan mereka merupakan pelajar bandar yang mempunyai nilai-nilai etika dan kesopanan yang tinggi di dalam diri mereka. Di samping itu, jumlah murid yang ramai di sekolah ini juga menyebabkan implikasi positif iaitu guru mudah untuk menganjurkan sesuatu program atau majlis kerana seluruh warga sekolah akan melibatkan diri dengan kehadiran seratus peratus.

Dalam konteks budaya sekolah, ilmu baru yang saya peroleh ialah di sekolah ini terdapat banyak program-program pembudayaan ilmu. Sebagai contoh, setiap pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul untuk mendengar perkongsian ilmu sebelum masuk ke dalam kelas. Disamping itu, program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran membaca mereka.Program yang berlangsung dalam masa sepuluh minit dan memperoleh pantauan daripada guru-guru. Ini merupakan satu budaya ilmu yang baik dan berkesan yang bakal saya amalkan ketika saya menceburi profesion perguruan kelak.

Budaya ilmu yang kedua ialah Program Intensif yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar Tahun Enam yang bakal menduduki peperiksaan akan datang. Program ini dijalankan di kelas-kelas dan guru-guru mata pelajaran yang bertugas sebagai mentor akan berada bersama-sama pelajar pada waktu tersebut. Program ini berlangsung pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan.

Saya juga menggunakan instrument temu bual bagi bertanyakan keberkesanan program ini kepada beberapa orang murid yang terlibat dalam program ini. Mereka menyatakan program ini dapat membantu mereka bersoal jawab tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Di samping itu, dari aspek ketepatan masa, saya juga kagum apabila semua guru atau mentor yang terlibat dalam program ini hadir tepat pada masanya.

Hal ini secara tidak langsung memberi satu ilmu baru kepada saya iaitu sebagai seorang guru, kita sewajarnya memberi komitmen yang tinggi kepada program-program yang dilaksanakan kerana hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Di samping itu, saya mendapati, sekolah ini banyak mengadakan program-program membudayakan ilmu bagi memastikan ilmu tersebut dapat diaplikasikan dengan baik.

You might also like