You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KESANG

LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADHAN SK KESANG 2013

LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADHAN SK KESANG 2013

1. NAMA PROGRAM 2. TARIKH 3. HARI / MASA 4. TEMPAT

: : : : :

IHYA RAMADHAN SK KESANG 2013 8 - 26 JULAI 2013 ISNIN (8 JULAI 2013 JUMAAT (26 JULAI 2013) SK KESANG 5.1

5. OBJEKTIF

Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri

5.2

Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan

5.3

Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna

5.4

Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW

5.5

Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan oleh Al-Quran

6. SASARAN

6.1 6.2 6.3

Guru Murid Staf Sokongan

7. BUTIRAN PROGRAM

TENTATIF PROGRAM IHYA RAMADHAN SK KESANG, LEDANG JOHOR 2013 a) Pelancaran Program Ihya Ramadhan 8 Julai 2013 (ISNIN) MASA 7.30 7.45 pagi 7.45 8.00 pagi 8.00 8.30 pagi 8.30 pagi AKTIVITI Berkumpul di Dewan SK Kesang Persembahan Murid Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Bersurai

b) Ceramah Perdana 12 Julai 2013 7.30-8.30 pagi (Jumaat) * Ceramah Perdana Ihya Ramadhan * Tanyalah Ustaz (Soal Jawab) c) 8-26 Julai 2013 (SEPANJANG BULAN RAMADHAN) * Edaran Risalah Sempena Bulan Ramadhan 2013 d) 10-26 Julai 2013 * Majlis Tadarus Al-Quran (GURU DAN MURID SEPANJANG BULAN RAMADHAN) d) 26 Julai 2013 (Jumaat) * Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sk Kesang

TENTATIF MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADHAN SK KESANG, LEDANG JOHOR 2013

a) MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA SK KESANG (26 JULAI 2013, JUMAAT)

MASA 10.00 10.15 pagi

AKTIVITI Berkumpul di Dewan SK Kesang

10.15 10.30 pagi

Ucapan Panitia Agama

10.30 10.45 pagi

Ucapan Guru Besar

10.45 11.15 pagi

Majlis Khatam Al-Quran dan Doa

11.15 11.30 pagi

Latihan Marhaban

11.30 12.00 tgh

Pengagihan Bubur Lambuk

12.00 tgh

Bersurai

8. PENILAIAN PROGRAM 8.1 KEKUATAN PROGRAM Antara kekuatan program ini adalah dapat melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri. Selain itu, program ini juga dapat memupuk murid untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna. Program yang dirancang amat sesuai dengan tahap murid-murid yang terlibat dan murid mudah untuk mengikutinya. Melalui program tadarus Al-Quran yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini, ia dapat memupuk dan menyuburkan minat murid untuk membudayakan Al-Quran pada masa akan datang. Murid-murid, guru-guru dan staf sokongan juga telah memberikan kerjasama yang sangat baik.

8.2

KELEMAHAN PROGRAM Program ini tidak mempunyai banyak kelemahan namun dapat juga dikesan

kerana terdapat sesetengah kumpulan tadarus Al-Quran yang mempunyai bilangan ahli kumpulan (lelaki dan perempuan) yang tidak sama rata. Aktiviti yang dirancang juga kurang mendapat penglibatan murid secara maksimum kerana hanya bergantung kepada aktiviti ceramah perdana, tadarus Al-Quran serta majlis khatam Al-Quran.

8.3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk penambahbaikan dalam melaksanakan program selepas ini adalah

pembahagian kumpulan tadarus Al-Quran perlu dikemaskini agar lebih teratur. Selain itu juga, aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini perlu diperbanyakkan agar dapat melibatkan murid ke tahap yang lebih maksimum.

9. DOKUMENTASI BERGAMBAR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN SK KESANG 8 JULAI 2013

UCAPAN PERASMIAN MINGGU KECERGASAN OLEH GURU BESAR SK KESANG

MAJLIS PERASMIAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NASYID

CERAMAH PERDANA IHYA RAMADHAN SK KESANG 12 JULAI 2013

CERAMAH PERDANA IHYA RAMADHAN DISAMPAIKAN OLEH TN. HJ AHMAD SYAHIR BIN MD. YAMIN

MURID-MURID TEKUN MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SK KESANG 10-26 JULAI 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA SK KESANG 26 JULAI 2013

PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA PESERTA KHATAM AL-QURAN

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........................................................ (EN CHE FAIZ FARHAN B CHE KAMARUZZAMAN)

................................................. (PN HJH ZABEDAH BT SAHAT) GPK Pentadbiran

Disahkan oleh,

............................................................. (PN HJH MASITAH BTE ADENAN) Guru Besar SK Kesang

LAMPIRAN

You might also like