Professional Documents
Culture Documents
Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersamasama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.