3seperti violin, rebana dan gong. Di Negeri Sembilan, tradisi
randai
menggunakan ensambelmuzik caklempong
untuk mengiringi persembahan. Di Johor,
muzik ghazal
didendangkanoleh penyanyi yang diiringi dengan alat–alat muzik seperti gambus, harmonium, tabla danmarakas. Di Kelantan, alat–alat muzik seperti serunai, geduk, gedumbak, gendang, kesi,canang dan tetawak digunakan untuk menghasilkan muzik yang mengiringi persembahan
wayang kulit Kelantan
. Di Kedah, alat muzik seperti rebana, biola dan gong digunakan untuk mengiringi persembahan
jikey
. Kesemua muzik–muzik di atas dikenali sebagai Muzik Rakyat
3
dan Muzik Sinkretik
4
(Patricia Martusky dan Tan Sooi Beng, 1997;2-4).Proses komunikasi menggunakan muzik tradisional Melayu turut melibatkan tradisi istanaiaitu Muzik Klasik
5
seperti ensambel muzik
nobat
dan
gamelan Pahang
. Ensambel muzik
nobat
telah dibawa daripada Kerajaan Dar-al-Islam Pasai ke Kesultanan Melayu Melaka padakurun ke-15 (Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1994;7). Alat muzik yang digunakan di dalamensambel muzik
nobat
ialah serunai, nafiri, gendang, nahara dan gong. Muzik
nobat
digunakan untuk mengiringi masjlis-masjlis diraja seperti 1) majlis pertabalan raja, 2)menyambut hari keputeraan, 3) majlis pertungan diraja, 4) maslis berkhatan diraja, dan
3.
Muzik Rakyat terdapat dalam masyarakat desa dan komuniti petani yang kenal huruf mahupun buta huruf, sistem abjad, sistem penulisan, termasuk sistem notasi muzik. Latihan muzik diadakan secara bersahaja dan pengetahuan mengenai teori biasanyatidak dapat dikesan di antara pemain-pemain. Proses latihan secara kaedah peniruan. Asas sejarah dan teori sistem muzik itu tidak diketahui dan reportoir untuk satu-satu genre muzik biasanya tidak ditentukan dengan tepat. Contoh: wayang kulit, makyung dan jkey.4.
Muzik sinkretik terdapat dalam budaya bandaran dan diperdengarkan di kawasan desa. Dalam genre muzik ini wujud muzik aslidaripada muzik rakyat dan klasikdicampur dengan unsur-unsur luar seperti Arab, Parsi, India, China dan Barat. Contoh: muzik ghazal.5. Muzik Klasik melibatkan muzik yang berkaitan dengan kawasan istana dan bandar. Dalam muzik Klasik, asas sejarah dan teoriagak kukuh dan biasanya dipelajari. Contoh: nobat dan muzik gamelan.