3
2.0 Kegiatan Seni Budaya di Institut Seni Malaysia Melaka
Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
merupakan sebuah institusi seni budaya yangmendapat sokongan Kerajaan Negeri Melaka. Insitutsi ini berperanan sebagai pusatkegiatan dan pengembangan bidang kebudayaan kebangsaan terutama seni warisan yangmenggambarkan jati diri Melaka.ISMMA
2
pada awalnya dan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengannama Akademi Seni Melaka (ASM) pada tahun 1994. Aktiviti yang dijalankan pada masaitu ialah mengurus tadbir Kumpulan Kebudayaan Briged Seni dan menjalankan kursuskemahiran seni jangka pendek. Bermula 1996 ASM telah menjalankan program Diplomadalam bidang seni. Pada tahun 1997 nama ASM ditukar kepada Institut Teknologi SeniMalaysia (ITTSM) dan insitusi ini berperanan mengembangkan program Diploma yangmenjurus ke arah teknologi seni. Bagi merealisasikan pembangunan yang seimbang namaITTSM telah ditukar kepada Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) pada tahun 2001dengan harapan dapat melahirkan warga seni Melaka yang mempunyai jati diri dalam pelbagai bidang yang diamalkan penuh dengan disiplin dan kesopanan.Bermula pada tahun 2001 ISMMA yang di pengerusikan oleh Prof. Datuk Dr.Abdul Latiff Abu Bakar telah mula memperluaskan aktiviti-aktiviti yang dijalan meliputi,1) persembahan, 2) latihan amali, 3) bengkel, 4) seminar, dan 5) penerbitan. Berikut ialah program-program
3
seni budaya Melayu Serumpun yang disertai dan dan anjurkanISMMA.
2.1 Persembahan
ISMMA telah menyertai dan menganjurkan pelbagai persembahan kesenian samaada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara persembahan- persembahan yang telah disertai dan dianjurkan ISMMA ialah:i.
persembahan kebudayaan di acara-acara seperti Konsert ISMMA 2006, seminar dan kem latihan seni budaya anjuran ISMMA,ii.
persembahan jemputan pihak dalam dan luar negara seperti persembahankesenian sempena Pertemuan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam di provinsiBangka-Belitung, Bengkalis dan Kalimantan Barat di Indonesia sert Festival SeniTari Serumpun di Singapura,iii.
persembahan acara-acara kerajaan negeri Melaka seperti persembahankebudayaan sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam, Pesta Gendang Nusantara,Festival Songket dan Batik dan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkatnegeri Melaka, daniv.
Perkampungan Seniman Melayu Serumpun (2002-2006) dan PertemuanPemimpin Adat Melayu Serumpun (2003-2006).
2
Bersumberkan laman web: ismma.melaka.org.my
3
Berdasarkan pemerhatian penulis ke atas aktiviti-aktiviti ISMMA sepanjang tahun 2006-2007.
Leave a Comment