P 3117 / Unit 3 / 3
Kepentingan ICT kepada usaha
wanBerikut adalah beberapa kepentingan ICT kepada usahawan
•
ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Ini hanya berlaku sekiranya syarikat membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh berjuta orang dari seluruh pelusuk dunia.
•
Melalui ICT, syarikat dapat ‘dilawati’ untuk masa yang panjang; iaitu 24 jamsehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun, tanpa sebarang masalah perbezaan zon masa.
•
ICT dapat memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established)kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan syarikat tanpa perlu melihatlokasi fizikal syarikat. Imej syarikat yang kukuh ini penting untuk mendapatkeyakinan pelanggan berurusan dengan syarikat.
•
Syarikat dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti bayaran bil telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapatdikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripadakos perbelanjaan secara tradisional.
•
ICT dapat membantu usahawan menyebarkan maklumat perniagaan untuk kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai denganlebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas daripada kaedahtradisional.
•
Syarikat dapat menjimatkan ruang menyimpan fail. Dengan menyimpanmaklumat syarikat dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan faildi pejabat dapat dikurangkan.
Keusahawanan 3 / 14
Leave a Comment