P 3117 / Unit 5 / 2
5.0 Pengenalan
Dalam memilih peluang-peluang perniagaan, anda harus membuat satu penilaiankendiri sebelum membuat komitmen. Penilaian kendiri ini perlulah berdasarkankepada pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan kewangan dan minat.
5.1Memilih idea perniagaan5.1.1Menilai keserasian idea dengan diri: pengalaman, pengetahuan dankemahiran, modal dan minat
a)Pengalaman yang dimilikiBiasanya, seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuaidengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerjaya. Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah yangmempunyai pengalaman luas mengenai pendidikan awal kanak-kanak meletakkan jawatan dan menceburi dalam bidang yang hampir samadengan kerjayanya yang sebelum ini, iaitu membuka sebuah taman asuhankanak-kanak. Begitu juga dengan seorang tukang masak yang mempunyaikemahiran dalam masak memasak, boleh membuka sebuah kedai makan. b)PengetahuanSelalunya pengalaman yang dimiliki seseorang tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaanyang diceburi. Misalnya seorang pakar masakan, apabila membuka sebuahrestoran, ia bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara penyediaanmakanan, tetapi juga cara menguruskan perniagaan,menyediakan akaun, mengatur jadual pekerja sertamengendali pelanggan. Walaupun diketahui ia bolehmengupah pekerja lain melakukan kerja untuk ia tetapiadalah lebih baik jika usahawan itu melakukan sendirisupaya ia dapat mengetahui segala perjalanan perniagaannya dan dengan itu tidak mudah ditipu.
Keusahawanan 2/18
INPUT
Leave a Comment