You are on page 1of 44

MODUL BAHASA MELAYU STF

TAHUN 2008

SEKAPUR SIRIH Modul ini mengandungi elemen-elemen kurikulum yang berfokuskan kepada penambahbaikan dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran tersebut. Set-set bimbingan dan panduan merangkumi kelemahan-kelemahan murid, panduan guru, dan contoh kemahiran serta aktiviti sesuatu topik dalam bentuk yang mudah dan sesuai untuk murid tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, diharapkan melalui modul ini masalah pembelajaran mereka di peringkat awal dapat diatasi bagi kepentingan kemajuan pelajaran mereka seterusnya. Semoga penghasilan modul ini dapat membantu semua pihak menjayakan Skim Tuisyen Felda untuk mengurangkan jurang pencapaian antara murid yang berkemampuan dengan yang kurang berkemampuan dan kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat yang lebih tinggi akan meningkat.

CIRI-CIRI MODUL

1. Membantu guru-guru STF menjalankan P&P dengan lebih berkesan.

2. Membantu murid yang lemah memperoleh penguasaan minimum dalam setiap elemen bahasa.
3.Cadangan aktiviti yang disediakan, guru boleh mengubahsuai mengikut keperluan pelajar.

4. Soalan-soalan yang diagihkan kepada pelajar untuk tujuan latihan perlu dibincang bersama pelajar berpandukan teknik menjawab dengan betul.

KANDUNGAN

TATABAHASA
PEMAHAMAN PENULISAN

Menggunakan imbuhan yang tepat.


me : l, m, n, ng, ny, r, w mem : b, p, f men : c, d, j, t meng : a, e, i, o, u, g, h, k meny : s menge : (cat, pos, lap, tin) * fkspt Fatimah kalau sakit pergi tidur

Menggunakan ejaan yang betul.


Contoh: Salah bersa Betul besar

menaikan
keelokkan

menaikkan
keelokan

berkerja
dielakan cermelang

bekerja
dielakkan cemerlang

Imbuhan (i) dan (kan)


Selepas imbuhan (i) mestilah bertemu dengan kata nama benda yang hidup. Selepas imbuhan (kan) mestilah bertemudengan kata nama benda yang tidak hidup. Contoh: Cikgu menghadiahi Ali sebuah buku. Cikgu menghadiahkan sebuah buku kepada Ali.

Kesalahan Struktur Ayat


Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda. Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan anda. Dia tidak terlibat di dalam urusan itu. Dia tidak terlibat dalam urusan itu. Di masa ini saya berada di dalam kandungan sihat. Pada masa ini saya berada dalam keadaan sihat.

Kesalahan Perbendaharaan Kata


Dia menerima sepucuk surat dari abangnya. Dia menerima sepucuk surat daripada abangnya. Dia datang bila dipanggil. Dia datang apabila dipanggil. Banyak orang berkelah di pantai itu. Kebanyakan orang berkelah di pantai itu.

Kesalahan Perbendaharaan Kata


Adik saya sudah boleh membaca buku cerita. Adik saya sudah dapat membaca buku cerita. Di zoo negara terdapat berbagai jenis haiwan. Di Zoo Negara terdapat berbagai-bagai jenis haiwan.

Kesalahan Perbendaharaan Kata


Banyak pengguna-pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang disediakan. Kebanyakan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang disediakan. Di waktu itu umurnya baru sepuluh tahun. Pada waktu itu umurnya baru sepuluh tahun.

Kesalahan Susunan Ayat


Cuaca hari ini sangat panas sekali.(kata penguat) Cuaca hari ini sangat panas. Saya suka durian. (KA+KN+mesti ada kata sendi). Saya suka akan durian. Datuk suka makan goreng pisang. (Hukum DM) Datuk suka makan pisang goreng.

Kesalahan Tanda baca


Amboi! Cantiknya baju awak, kata Ali. Amboi , cantiknya baju awak! kata Ali. Eh, bilakah awak balik kumar! Eh! Bilakah awak balik, Kumar? Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk faedah membaca. Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah Membaca.

Kata Pameri ialah dan adalah


Ialah : digunakan jika bertemu dengan kata nama atau kata terbitan. Biasanya hadir di hadapan frasa nama atau terletak di tengah-tengah ayat. Adalah: hadir di hadapan frasa adjektif dan ada juga di hadapan frasa sendi nama. Adalah tidak boleh bertemu dengan kata kerja dan tidak boleh bertemu bersama-sama dengan kata nafi.

Kata majmuk yang telah mantap


antarabangsa sukaneka kakitangan matahari tanggungjawab setiausaha kerjasama olahraga jawatankuasa beritahu bumiputera suruhanjaya warganegara pesuruhjaya tandatangan

Rangkai kata bebas


cita rasa temu janji alat tulis terima kasih jalan raya bandar raya tengah hari ibu bapa reka cipta mata pelajaran atur cara

Panduan Menjawab Soalan Pemahaman Teks


Gunakan teknik membaca. Semasa membaca petikan , garis isi, perkataan,dan rangkai kata yang penting. Semasa menjawab carilah maklumat yang berkaitan dengan soalan serta garis dan letakkan no. soalan. Pilih jawapan yang tepat serta menjurus kepada teks/tajuk. Bagi soalan yang memerlukan pelajar memberi makna perkataan atau ungkapan, pilih jawapan mengikut konteks ayat.

PENULISAN

BAHAGIAN A

BAHAGIAN B
BAHAGIAN C

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

bermain gelongsor

memanjat

bermain buaian

bermain jongkang -jongkit

menunggang basikal

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. mengelap tingkap memadam papan hitam

mengangkat pasu

menyapu sampah

menolong guru

siapa

apa (kata kerja/aktiviti) bermain buaian menunggang basikal memanjat tangga bermain jongkangjongkit bermain gelongsor

keterangan

di mana

bila/bagaimana
pada waktu petang pada setiap petang dengan berhatihati dengan gembira pada waktu petang

Ali dan Siti Encik Aziz Abu Ani dan adik lelakinya Faiz dan kawankawannya

di taman permainan di hadapan taman

di taman permainan di taman permainan di taman permainan

MEMBINA AYAT 1. Ali dan Siti sedang bermain buaian di taman permaian pada waktu petang. 2. Encik Aziz selalu menunggang basikal di hadapan taman permainan pada setiap petang.

3. Abu memanjat tangga besi di taman permaianan dengan berhati-hati.


4. Ani dan adik lelakinya sedang bermain jongkang-jongket dengan gembira. 5. Faiz dan kawan-kawannya bermain gelongsor di taman permainan.

Kawan-kawan menghadapi masalah:

Karangan terpesong ? Sukar mencari idea/ isi ?

Saya sedia membantu


Ingin tahu caranya ?
Gunakan MAS BBD

MAS BBD
Apa dia?

MAS BBD tu Singkatan Kata Tanya Mengapa Apa


Siapa

M:
A:

S:
B:

Bila
Bagaimana Di mana

B:
D:

Mengapa perlu MAS BBD ?

Sebabnya

Cara terpantas menjana idea Idea / isi tepat dan padat Mengarang dengan tenang dan yakin
Peluang skor A amat cerah

APLIKASI MAS BBD ( Sebagai Pemangkin Penjanaan Idea Penulisan Efektif )

OBJEKTIF
Melatih murid menggunakan metakognisi yang sesuai sebagai panduan untuk membina pelan karangan dengan cepat, tepat, dan padat.

Meminimakan kebergantungan murid kepada guru dalam menangani cabaran penjanaan idea karangan. Memberikan pilihan kepada guru untuk mengajarkan Karangan secara berfokus dan berfikrah khususnya dalam aspek penjanaan idea.

Pada sesuatu soalan terkandung petunjuk tentang: - Jenis & Format ( JF ) - Tajuk & Sasaran Isi ( TS ) Tulis laporan tentang pertandingan syarahan di sekolah kamu.
J
T S F

LANGKAH 1:

Kenali tajuk karangan

CARANYA : Tanya Nak tulis tentang apa? CONTOH: Ceritakan lawatan kamu ke Melaka.
T dan S

LANGKAH 2: Kenali Sasaran Isi UMUM KHUSUS

CARANYA : Uji tajuk dengan klu MASBBD

LANGKAH 3: Kenali jenis karangan CARANYA : Tanya Apa tugas saya? CONTOH: Ceritakan lawatan kamu ke Melaka.

JENIS

: Cerita/ Keperihalan

LANGKAH 4: Kenali format karangan


CARANYA : Tanya umum atau khusus?

Tajuk Sasaran Isi


1 Bila sukan?

Sukan Tahunan di Sekolah Saya umum Klu Isi MAS BBD

1 B: Minggu lepas
2 D: Padang sekolah 3 M: Cungkil bakat 4 S: PIBG 5 A: Pelbagai acara 6 Bg: Meriah

2 Di mana diadakan?
3 Mengapa adakan? 4 Siapa anjurkan? 5 Apa acara? 6 Bagaimana perjalanan?

Tajuk Sasaran Isi

Faedah Sukan Kepada Pelajar


khusus Klu Isi A

1 Bila faedah sukan? 2 Siapa faedah sukan?

1 Pd: Sukan penting 2 A1: Kesihatan 3 A2: Cungkil bakat

3 Apa faedah sukan?

4 Mengapa faedah sukan? 4 A3: Pupuk semangat

5 Bila faedah sukan?


6 Bg faedah sukan?

5 A4: Perpaduan 6 Pn: Jadikan amalan

Tajuk

Berkelah di Pantai

Tajuk

Aktiviti Semasa Berkelah

1B
2D

Bulan lepas
Batu Hitam

1 Pd BDSM
2 A1 Mandi-manda

3M
4S

Bersantai
Keluarga

3 A2 Bina istana pasir


4 A3 Kutip siput

5A
6 Bg

Pelbagai aktiviti
Gembira

5 A4 Berkanu
6 Pn Gembira

Sukan Tahunan di Sekolah Saya

Faedah Sukan Kepada Pelajar

Sasaran : Umum Klu Isi : MAS BBD


1 B: 2 D: 3 M: 4 S: 5 A: 6 B: Minggu Lepas Padang sekolah Kesihatan PIBG Pelbagai acara Meriah

Sasaran : Khusus Klu Isi : Apa


1 Pd: Sukan penting 2 A1: Kesihatan 3 A2: Pupuk semangat 4 A3: Cungkil bakat 5 A4: Perpaduan 6 Pn: Jadikan amalan

PENJANAAN IDEA SOKONGAN SASARAN UMUM

KETERANGAN MASA

Minggu lepas

Sabtu 18 Februari 8:00 pagi 2:00 petang

Pihak sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan pada minggu lepas. Sukan itu berlangsung pada hari Sabtu, 18 Februari 2006. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang.

Hatiku tersentuh apabila menatap album yang mengandungi gambargambarku sejak bayi lagi. Segala peristiwa digambarkan dalam foto-foto tersebut.Antaranya ialah majlis hari jadi, hari pertamaku ke sekolah, hari

perayaan,melancong ke tempat-tempat menarik dan banyak lagi. Semasa


mengamati gambar-gambar tersebut, aku menyedari betapa bertuahnya diriku kerana mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan menyayangiku.

Tiba-tiba air mataku mengalir membasahi pipi. Aku menghargai pengorbanan merekamembesar dan menjagaku bagai menatang minyak yang penuh. Jasa mereka akan kubalas dengan menurut kata mereka, belajar bersungguh-sungguh danmenggembirakan mereka selalu. Tanpa sedari, ibu dan bapaku berada di sisiku.

Taman Seri Lambak merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni. Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkanglongkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat menjadikan tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman. Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat.

TEKNIK 5 K
Kita perlu Kita patut Kita digalakkan Kita mesti Kita wajar

kebersihan bersatu padu mengenali jiran kesihatan menabur bakti

sekiranya apabila jika agar

MENULIS ULASAN

Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal kita .Kita juga patut hidup bersatu padu supaya negara kita aman.Kita digalakkan mengenali jiran-jiran berdekatan agar dapat merapatkan hubngan silaturahim.Kita mesti menjaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat.Selain itu kta wajar menabur bakti.

PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK

Bahagian A Bahagian B Bahagian C


Jumlah

10 markah 30 markah 20 markah


60 markah

Bahagian A: 10 MARKAH: 15 MINIT

A
CEMERLANG CADANGAN MARKAH: 8 10 1. Ayat gramatis 2. Menepati grafik 3. Kosa kata luas 4. Tanda baca, ejaan dan imbuhan tepat tanpa kesalahan.

Memahami dan memindahkan maklumat.


B
BAIK

C
MEMUASKAN

D
MINIMUM

67
1. Ayat jelas 2. Menepati grafik 3. Kosa kata sederhana 4. Sedikit kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan

35
1. Ayat mudah. 2. Sesuai dengan grafik 3. Kosa kata terhad 4. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan

0-2
1. Ayat terpesong 2. Tidak sesuai dengan grafik 3. Kosa kata tidak sesuai 4. Tidak menguasai tanda baca, ejaan dan imbuhan.

Bahagian B: 30 MARKAH: 40 MINIT

Kemahiran menulis karangan berformat/tidak berformat.


B C
BAIK 16-23 6. Penyampaian jelas 7. Pengolahan idea baik 8. Ayat menarik 9. Kosa kata sederhana 10.Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan MEMUASKAN 08 15 11.Penyampaian ringkas dan mudah 12.Pengolahan idea dasar sahaja 13.Ayat dasar 14.Kosa kata terhad 15.Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan

CEMERLANG CADANGAN MARKAH: 24 30 1. Penyampaian menarik 2. Pengolahan idea cemerlang 3. Ayat gramatis 4. Kosa kata yang luas 5. Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan. Tiada sebarang kesalahan.

MINIMUM 00 - 07 16.Penyampaian terpesong 17.Pengolahan tiada kaitan 18.Ayat tidak difahami 19.Kosa kata tidak sesuai 20.Tidak menguasai kemahiran tanda baca, ejaan dan imbuhan.

Bahagian C: 20 MARKAH: 20 MINIT

A
CEMERLANG CADANGAN MARKAH: 16 20 1. Ulasan jelas, tepat dan menarik 2. Ayat gramatis 3. Menepati bahan rangsangan 4. Kosa kata yang luas 5. Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan.

Memahami dan mengulas.


B
BAIK 11 15 1. Ulasan jelas dan tepat 2. Ayat jelas 3. Sesuai dengan bahan ransangan. 4. Kosa kata sederhana 5. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan

C
MEMUASKAN 5 10 1. Ulasan jelas. 2. Ayat mudah dan ringkas 3. Sesuai dengan bahan rangsangan 4. Kosa kata terhad 5. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan

D
MINIMUM

0-4 1. Ulasan terpesong 2. Ayat tidak difahami 3. Tidak sesuai dengan bahan rangsangan 4. Kosa kata tidak sesuai 5. Tidak menguasai tanda baca, ejaan dan imbuhan.

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

AHLI PANEL:

PUAN NORFAIZAH BINTI AHMAD ENCIK MOHD NASIR BIN JAAFAR PUAN AZIZAH BINTI SAID PUAN NORMAH BINTI OSMAN ENCIK ABDUL KADIR BIN OTHMAN ENCIK MAT DIN BIN KADIR

SK BUKIT BERINGIN SK HUTAN PERCHA SK KEMENDOR SK MENGGONG SK FELDA BUKIT SENGGEH SK CHINCIN

You might also like