You are on page 1of 42

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

FRASA NAMA BAHASA MELAYU DAN SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU
MOHAMAD AZRUL EFFENDI BIN SAMSUDDIN SANISHA A/P BOGARAJA

MINGGU 3

KONSTITUEN FRASA NAMA


Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama adalah kata nama sebagai unsur inti. Unsur inti boleh wujud secara bersendirian atau dengan sederetan penerang yang hadir : a. sebelum frasa nama atau sesudahnya b. sebelum dan sesudah frasa nama Pendapat 1 - Unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

Pendapat 2 Unsur-unsur yang menduduki tempat subjek frasa nama bukan merupakan pengisi sejati, tetapi ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan. Kesimpulannya, inti frasa nama dibentuk oleh kata nama, tetapi di peringkat kewujudannya inti frasa nama dapat dibentuk oleh : a. kata kerja b. kata adjektif

BINAAN FRASA NAMA


Binaan frasa nama dibentuk daripada satu perkataan sahaja atau sederetan perkataan. Jika dibentuk sederetan perkataan, terdapat dua jenis hubungan antara perkataan : a. Jenis pertama - satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan yang lain merupakan penerang. b. Jenis kedua - dua unsur inti di dalamnya.

Inti adalah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna. Penerang adalah unsur yang menerangkan makna dalam inti.

CONTOH FRASA NAMA : BINAAN INTI + PENERANG


FRASA NAMA SUBJEK INTI Cikgu Tabiat PENERANG Bahasa Melayu itu merokok cikgu saya. amalan yang tidak digalakkan. PREDIKAT

CONTOH FRASA NAMA : BINAAN INTI + INTI


FRASA NAMA SUBJEK INTI INTI PREDIKAT

Ibu
Pinggan

bapa
mangkuk

tidak perlu hadir.


disusun dengan rapi.

BINAAN FRASA NAMA: INTI + PENERANG


Frasa nama dengan unsur-unsur hubungan inti + penerang boleh dibentuk daripada jenis-jenis hubungan : a. Inti + penerang nama b. Inti + penerang bukan nama

INTI + PENERANG NAMA


Semua konstituen adalah kata nama; inti adalah kata nama dan penerang adalah kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh : a. Penerang nama keturunan b. Penerang nama jenis c. Penerang nama penyambut d. Penerang nama kegunaan e. Penerang nama kelamin f. Penerang nama tempat g. Penerang nama arah h. Penerang nama anggota badan

i. Penerang nama tenaga penggerak j. Penerang nama hal atau perkara k. Penerang nama milik l. Penerang nama khas m. Penerang nama panggilan atau gelaran Penerang nama memberikan keterangan lanjut tentang aspek tertentu pada inti kata nama.

INTI + PENERANG NAMA KETURUNAN


Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama.
FRASA NAMA INTI PENERANG NAMA KETURUNAN

murid bangsa

Cina Malaysia

INTI + PENERANG NAMA JENIS


Penerang nama jenis menerangkan jenisjenis tertentu bagi nama-nama itu.
FRASA NAMA

INTI
bunga nasi

PENERANG NAMA JENIS


ros kuning

INTI + PENERANG NAMA PENYAMBUT


Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti.
FRASA NAMA INTI (ALAT/PELAKU) guru pengguna PENERANG NAMA PENYAMBUT kelas plastik

INTI + PENERANG NAMA KEGUNAAN


Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti.
FRASA NAMA INTI PENERANG NAMA KEGUNAAN

serbuk kayu

perasa pemukul

INTI + PENERANG NAMA KELAMIN


Penerang nama kelamin ialah nama menerangkan jenis jantina bagi inti.
FRASA NAMA INTI kucing murid PENERANG NAMA KELAMIN jantan perempuan

INTI + PENERANG NAMA TEMPAT


Penerang nama tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti.
FRASA NAMA INTI PENERANG NAMA TEMPAT

masyarakat anak

luar bandar kampung

INTI + PENERANG NAMA ARAH


Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti.
FRASA NAMA

INTI
simpang jalan

PENERANG NAMA ARAH


kiri dalam

INTI + PENERANG NAMA ANGGOTA BADAN


Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu.
FRASA NAMA INTI gelang PENERANG tangan

tali

leher

INTI + PENERANG NAMA TENAGA PENGGERAK


Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti.
FRASA NAMA INTI seterika dapur PENERANG NAMA TENAGA PENGGERAK elektrik gas

INTI + PENERANG NAMA PERIHAL ATAU PERKARA


Penerang nama perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti.
FRASA NAMA INTI lesen majlis PENERANG NAMA PERIHAL ATAU PERKARA kenderaan penutupan

INTI + PENERANG NAMA MILIK


Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti.
FRASA NAMA

INTI
masyarakat sekolah

PENERANG
Malaysia saya

INTI + PENERANG NAMA KHAS


Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti.
FRASA NAMA INTI maktab Teluk PENERANG Ipoh Intan

INTI + PENERANG NAMA PANGGILAN ATAU GELARAN


Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda. Bentuk ini adalah kekecualian kepada bentuk susunan inti + penerang nama, iaitu penerang di hadapan inti.
FRASA NAMA PENERANG NAMA PANGGILAN GELARAN Si INTI Tompok

Sang

Belang

INTI + PENERANG BUKAN NAMA


Frasa nama boleh dibentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerangpenerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama : a. Penerang penentu b. Penerang kata kerja atau kata akar kerja c. Penerang kata adjektif d. Penerang kata adverba e. Penerang kata sendi nama f. Penerang bilangan ordinal

INTI + PENERANG PENENTU


Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama. Kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu : a.Penentu hadapan b.Penentu belakang

PENENTU HADAPAN
Unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama. Unsur-unsur itu adalah kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
FRASA NAMA PENENTU HADAPAN BILANGAN PENJODOH BILANGAN INTI

dua
tujuh

biji
orang

limau
saksi

PENENTU BELAKANG
Unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama. Unsur-unsur itu adalah kata penentu itu dan ini.
FRASA NAMA INTI kedai PENENTU BELAKANG itu

guru

ini

INTI + PENERANG KATA KERJA


Penerang kata kerja atau akar kerja menerangkan perlakuan kepada inti.
FRASA NAMA

INTI
mesin bilik

PENERANG KATA KERJA


basuh tidur

INTI + PENERANG KATA ADJEKTIF


Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti.
FRASA NAMA INTI PENERANG KATA ADJEKTIF

lelaki rumah

tua besar

INTI + PENERANG KATA ADVERBA


Penerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa.
FRASA NAMA INTI PENERANG KATA ADVERBA

hari hujan

kemudian begini

INTI + PENERANG FRASA SENDI NAMA


Penerang frasa sendi nama ialah unsur yang mengandungi kata sendi nama, diikuti kata nama atau frasa nama. Ia mendukung makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat.
FRASA NAMA INTI PENERANG FRASA SENDI NAMA SENDI NAMA NAMA

sekolah buku

di untuk

kampung penulis

INTI + PENERANG BILANGAN ORDINAL


Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan.
FRASA NAMA INTI bilik anak PENERANG BILANGAN ORDINAL kedua kelima

BINAAN FRASA NAMA: INTI + INTI


Ia tidak mempunyai unsur penerang kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Ia tidak mempunyai makna penerang. Dua golongan frasa nama, iaitu : a.Inti + inti dengan maksud sama erti b.Inti + inti dengan maksud lawan erti

INTI + INTI DENGAN MAKSUD SAMA ERTI


Perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama membawa makna sama erti, iaitu semacam ulangan.
FRASA NAMA INTI kampung duit INTI halaman ringgit

INTI + INTI DENGAN MAKSUD LAWAN ERTI


Perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama yang membawa maksud berlawanan.
FRASA NAMA INTI ibu Saudara INTI bapa saudari

Peraturan D-M
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk menyusun konstituenkonstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian. Sesuatu yang mahu diterangkan harus didahului sebelum diikuti oleh perkara yang menerangkan.

Contoh
Susunan konstituen Peraturan D-M Frasa Nama Diterangkan(D) Menerangkan(M)

Sos
Guru Sup Kelapa

tomato
sejarah ayam sawit

Kekecualian hukum D-M


Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Kekecualian berlaku apabila perkara yang menerangkan mendahului perkara diterangkan akibat kebiasaan.

Contoh
Susunan konstituen Kekecualian hukum D-M Frasa Nama Menerangkan(M) Diterangkan(D)

Perdana
Ibu Timbalan Naib

Menteri
pejabat pengarah canselor

Bilangan dan panggilan


Unsur penerang yang terdiri daripada perkataan yang merujuk bilangan atau panggilan/gelaran, unsur penerang boleh mendahului inti.

Contoh
Frasa Nama Bilangan

Penjodoh bilangan
orang jambak -

Inti pemuda bunga tetamu

Bilangan

dua separa Frasa Nama

Panggilan/gelaran Sang Panggilan/gelaran Si Raja

Inti Belang Tompok Azura

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like