You are on page 1of 5

PENGENALAN PUSAT AKSES

PREAMBLE Pusat Akses telah ditubuhkan pada April 2006 di Parlimen Kalabakan iaitu 48 buah sekolah dan di Tawau 3 buah sekolah. September 2006Parlimen Sembrong, 33 sekolah Oktober 2006 (Fasa 1)- Pelaksanaan untuk 500 sekolah seluruh negara. Disember 2006 (Fasa 2)- Pelaksanaan untuk 1000 sekolah seluruh negara. PENGENALAN Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui program pembestarian sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat akses sekolah mengamalkan konsep ala "Cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran.Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses p&p. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Pusat Akses sekolah memenuhi gaya pembelajaranyang pelbagai.

VISI Melahirkan insan yang berkemahiran ICT serta meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu.

MISI Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis, terbaik dan berkesan untuk melahirkan insan mempunyai daya ketahanan tinggi serta berwawasan bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat, agama dan bangsa. MATLAMAT membudayakan penggunaan ICT di sekolah mengurangkan nisbah komputer dengan murid meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer dengan murid OBJEKTIF

meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai membolehkan murid melaksana pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan. meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

STRATEGI BAGI GURU Berbincang dengan pihak pentadbir dan jawatankuasa perkembangan profesionalisme staf membimbing dan membantu pihak sekolah menyediakan satu rancangan Latihan Perkembangan Professional Staf sekolah Memastikan semua guru/pentadbir/ yang telah menghadiri kursus KPM/badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman di sekolah masing-masing Menyediakan latihan ICT untuk menambahkan kemahiran ICT guru dalam P&P

STRATEGI BAGI MURID

Menjalankan Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid Murid menggunakan ICT seperti MS Word, Powerpoint, CD KPM, CDTVP, internet dalam tugasan Murid menguasai kemahiran literasi maklumat berasas kemahiran ICT di dalam setiap aspek pembelajaran. Murid dapat membuat tugasan secara online menggunakan CD

PERATURAN PUSAT AKSES


Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses sekolah Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer Merekodkan penggunaan komputer dalam buku log yang disediakan sebelum dan selepas menggunakan komputer

ASPEK KESELAMATAN

Pengguna Pusat Akses Sekolah mestilah mematuhi peraturan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Keselamatan mengakses internet -mesti mematuhi pekeliling kemajuan pentadbiran awam bilangan 1 tahun 2003-UPTM 159/526/9 Jld.3(9)- Garis Panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan. Keselamatan penyimpanan bahan-pengguna tidak dibenarkan menyimpan bahan di cakera keras komputer di pusat akses sekolah Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer Memastikan peraturan dalam pusat akses sekolah yang disediakan dipatuhi

AKTIVITI PUSAT AKSES

1. MENGAKSES MAKLUMAT DARIPADA INTERNET UNTUK PEMBELAJARAN 2. PERTANDINGAN MENYIAPKAN FOLIO MENGIKUT MATA PELAJARAN 3. PERTANDINGAN MENAIP 4. PERBINCANGAN SECARA ONLINE-ORACLE THINKQUEST 5. UJIAN SARINGAN UKM1- PERMATA PINTAR (1 MAC-31 MEI 2010) 6. BENGKEL PEMBINAAN E-MEL 7. BENGKEL PEMBINAAN FACEBOOK 8. MENGAKSES EDUWEBTV 9. SPPICTS 10. SSQS 11. PROGRAM ZOOM-A 12. PERSEMBAHAN MEMORI DIGITAL 2009-2010 13. MENGAKSES BLOG RASMI, PAKS , PANITIA DAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 14. KELAB KOMPUTER 15. KHIDMAT BANTU BAGI URUSAN DOKUMENTASI, MENGIMBAS DAN MENCETAK 16. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SLAID MENGGUNAKAN MS PPT

You might also like