You are on page 1of 15

Berdasarkan Kamus Dewan, globalisasi ditakrifkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia

yang disebabkan oleh kepantasan atau lajunya perkembangan teknologi maklumat.Globalisasi ini

merupakan satu konsep yang bersifat pelbagai atau plural kerana globalisasi mempunyai dimensinya yang tersendiri dimana ianya merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, budaya, sosial dan ideology. Globalisasi ekonomi ialah proses peningkatan penguasaan sistem kewangan, pelaburan, pengeluaran dan pemasaran oleh agen kapitalisme (pelabur asing atau syarikat transnasional) yang mana matlamat dan tindakannya menyimpan jauh daripada kepentingan negara penerima pelaburan mereka.Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu dasar untuk mencapai perpaduan negara di samping memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK). Melalui strateginya yang bercorak serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pelaksanaan DEB telah dirangka untuk tempoh selama dua puluh tahun, bermula dari tahun 1971 dan berakhir pada 1990. Dasar ini dilancarkan ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mendedahkan perasaan yang terpendam tiga etnik terbesar di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India. Rusuhan kaum ini adalah berpunca daripada ketidakseimbangan pendapatan,pendidikan dan status sosial antara kumpulan etnik.

Kita dapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dalam ekoni dan pendidikan di Tanah Melayu kerana majoriti etnik ini tinggal di kawasan luar bandar manakala orang Cina lebih maju ke hadapan kerana mereka menguasai bidang perniagaan dan ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan

menguasai kawasan perlombongan.Bertitik tolakan perasaan ini yang tersemat dalam hati kumpulan etnik lantas timbul kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan nasib yang tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Orang Cina dan India pula merasa tergugat dengan syarat-syarat hak kerakyatan yang telah dtetapkan.Situasi genting ini adalah impak daripada penjajahan British yang mempraktikkan dasar pecah dan perintah yang akhirnya telah mewujudkan jurang antara kaum terutamanya dalam sudut ekonomi. Langkah segera selepas peristiwa berdarah ini adalah dengan wujudnya DEB. Pelbagai usaha membasmi kemiskinan telah dilaksanakan sepanjang perlaksanaan DEB. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik.Usaha lain kerajaan adalah dengan menambahkan peluang untuk menukar kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti memajukan tanah melalui rancanganrancangan FELDA,FELCRA, projek perikanan,kegiatan-kegiatan perniagaan dan sebagainya. Penyediaan perkhidmatan sosial secara percuma juga telah dilancarkan secara meluas termasuk projek perumahan kos rendah,kemudahan pengangkutan yang lebih murah dan sebagainya telah disediakan. Melalui strategi pembasmian

kemiskinan,pencapaian matlamat DEB dapat dilihat dari segi perubahan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar.Mengikut Rancangan Malaysia Kedua (RM2) hingga Rancangan Malaysia Keenam (RM6),kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 15 peratus pada tahun 1990.Kemiskinan di luar bandar juga dapat dikurangkan daripada 58.7 peratus kepada 19.3 peratus manakala kadar kemiskinan di bandar telah menurun daripada 21.3 peratus kepada 7.3 pada tempoh yang sama. Semua penduduk telah menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.Penyediaan kemudahan asas juga ditingkatkan dan seterusnya memperbaiki kualiti hidup penduduk yang berbilang kaum. Secara keseluruhannya, kadar kemiskinan di Malaysia telah menurun

mengatasi matlamat yang ditetapkan oleh DEB.Begitu juga kemisikinan mengikut kaum. Kerajaan juga telah meletakkan penyusunan semula masyarakat Malaysia sebagai usaha mereka untuk menyeimbangkan ekonomi antara kaum di Malaysia. Pengenalan sesuatu kaum mengikut fungsi ekonomi perlu dihapuskan untuk merapatkan jurang perpaduan kaum di Malaysia.Contohnya, masyarakat Cina lebih dikenali sebagai peniaga, masyarakat Melayu pula sebagai seorang petani kerana mereka hidup di desa manakala India pula sebagai pekerja estet. Prinsip utama yang ditekankan oleh kerajaan Malaysia dalam penyusunan semula masyarakat adalah dengan tidak merampas hak milik kaum-kaum lain. FAedah perkembangan dan kemajuan ekonomi dibahagikan secara adil supaya keadaan tidak seimbang ini dapat dikurangkan.Usaha ke arah mempercepatkan kadar kemajuan golongan bumiputera supaya jurang perbezaan bumiputera dengan bukan bumiputera dapat dikurangkan di samping mewujudkan suasana yang menggalakkan penglibatan semua kaum dan lapisan masyarakat dalam memajukan ekonomi di

Malaysia.Pelbagai program atau usaha yang telah dirangka dalam tempoh DEB..Pertama, meningkatkan produktiviti dan taraf hidup golongan miskin di luar bandar melalui pemodenan kawasan luar bandar.Kedua, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang ada secara berperingkatperingkat menerusi pertumbuhan ekonomi supaya penglibatan semua kaum di dalam semua sektor utama ekonomi dapat mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum pada tahun 1990. Melalui strategi penyusunan semula masyarakat, pencapaian matlamat DEB dapat dilihat dari dua aspek. Pertama, ketidakseimbangan pendapatan dapat dikurangkan.Pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut harga semasa bagi kesemua etnik telah meningkat dalam tempoh 20 tahun.Pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 pada tahun 1970 kepada RM931 pada tahun 1990, kaum Cina pula daripada RM394 kepada RM1582 dan kaum India daripada RM304 kepada RM1201 dalam tempoh yang sama. Kedua, penyusunan semula corak guna tenaga.Corak guna tenaga mengikut kumpulan etnik menunjukkan bahawa kaum Bumiputera masih menguasai sektor utama, iaitu sektor pertanian. Dalm sektor ini ,67.6 peratus terdiri daripada orang Melayu dan selebihnya ialah kaum lain.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)


Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ini diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).DPN telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir pada 17 Jun 1991. DPN meneruskan perjuangan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dengan meneruskan pencapaian DEB untuk mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di Malaysia. Matlamat ini juga bertujuan untuk menyeimbangkan ketidakstabilan ekonomi antara kaum di Malaysia di samping membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Tempoh pelaksanaan DPN ialah selama sepuluh tahun.Pembentukan dasar ini menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). DPN juga telah digubal dengan memberi perhatian kepada beberapa kelemahan yang mencacatkan prestasi pencapaian DEB. Oleh itu, dasar ini telah mewujudkan beberapa dimensi yang baru seperti membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program khas termasuk bantuan secara langsung kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka mendapat keperluan asas kehidupan seharian yang

mencukupi.Kerajaan juga telah mewujudkan latihan bagi golongan belia di luar bandar agar lebih berkemahiran seterusnya dapat mendatangkan upah yang lebih tinggi. Hasilnya, peratus kemiskinan di Malaysia terus menurun daripada 17.1 peratus pada tahun 1990 kepada 13.5 peratus pada tahun 1993. Penurunan kadar kemiskinan di luar bandar juga mencapai pada tahap yang memuaskan.Kadar kemiskinan golongan termiskin juga terus menurun daripada 4 peratus kepada 3 peratus pada tempoh yang sama.

WAWASAN 2020
Tanggal 28 Februari 1991,Y..A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".Wawasan 2020 bukanlah satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada

perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Terdapat 9 cabaran yang telah diperturunkan untuk dijadikan garis panduan dalam mencapai status negara maju di Malayia.Antara cabaran yang digariskan di dalam Wawasan 2020 dalam membangunkan ekonomi di Malaysia adalah pada cabaran kelapan iaitu hasrat untuk memperoleh sebuah masyarakat yang adil dari segi ekonomi. Masyarakat yang adil dari segi ekonomi tidak akan muncul selagi terdapat pengenalan bangsa melalui fungsi ekonomi dan pengenalan kemunduran eekonomi melalui bangsa.Perkara ini telah dinyatakan dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang merupakan serampang kedua dasar tersebut.Hal ini bermaksud menjelang tahun 2020, tiada lagi istilah pengenalan sesuatu bangsa melalui fungsi ekonomi tetapi menjadikan fungsi ekonomi utama akan disertai oleh semua bangsa dalam perkadaran yang signifikan dan tiada satu bangsa pun yang tertumpu dalam

menjalankan kegiatan ekonomi tertentu. Pengagihan kekayaan bukan sahaja perlu adil dalam kalangan etnik tetapi peluang penyertaan dalam sektor-sektor penting ekonomi haruslah dibuka kepada komuniti yang tidak dapat menceburinya kerana kekurangan pengetahuan,kemahiran dan pengalaman.Pendidikan dan latihan merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi cabaran mencapai sebuah masyarakat yang adil dari segi ekonomi. Modal Insan adalah sebuah revolusi idea yang dicetuskan oleh mantan,Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana beliau ingin memberikan penekanan terhadap usaha

membangunkan modal insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Antara usaha lain bagi mewujudkan kesaksamaan ekonomi antara etnik seperti yang dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah dengan mengecilkan jurang pendapatan kaum melalui peruntukan peluang yang sah,melalui sesetaraan perkhidmatan sosial dan insfrastruktur yang lebih rapat.

GAGASAN 1 MALAYSIA
Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dengan bertunjangkan prinsip,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. 1 Malaysia adalah gagasan yang mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Gagasan 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaumkaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada

golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Maka 1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.Di samping menjaga kepentingan semua kaum,konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan sebuah Bangsa Malaysia.Oleh itu kita semua tidak harus bersikap memilih kawan berdasarkan kaum dan perlu saling hormat menghormati sesama kita sebagai rakyat dalam satu negara. Terdapat enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Antara NKRA tersebut ialah meningkatkan hidup rakyat yang berpendapatan rendah dan memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. Jika kita dapat lihat, NKRA telah meletakkan sasaran berasaskan dasar yang terdahulu iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Hal ini membawa maksud matlamat yang telah diletakkan di dalam NKRA merupakan sambungan atau usaha dalam pembasmian kemiskinan di negara kita. Tambahan lagi, dalam mewujudkan sebuah negara yang maju, Malaysia haruslah mencapai sifar kemiskinan seperti negara-negara maju yang lain. Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012, Bantuan Khas RM500 akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui LHDN.Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.Melalui BR1M ini, rakyat Malaysia yang layak adalah lelaki dan perempuan yang mejadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah ialah RM 3000 dan ke bawah.Golongan ini memperoleh RM 500 daripada kerajaan. Kategori isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa. warga emas sebatang kara mempunyai tanggungan dan ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

Selain

daripada

(BR1M)

kerajaan

juga

telah

memberikan

Bantuan

Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Melalui bantuan ini dilihat dapat

membantu kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara dan tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran.Kerajaan juga telah memperuntukkan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM 200 setiap pelajar yang berada di IPTA dan IPTS merangkumi diploma sehingga ke peringkat PhD serta bagi pelajar tingkatan enam seluruh negara. Bantuan-bantuan ini membuktikan bahawa kerajaan sangat bekerja keras dalam memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan senang dengan memberi pelbagai kemudahan untuk meringankan beban rakyat.

Selain itu, skop lain yang ditumpukan oleh kerajaan adalah memperkasakan prasarana di luar bandar dan pedalaman. Pembinaan Klinik 1 Malaysia ternyata bukan sahaja memudahkan rakyat yang tinggal di luar bandar dan pedalaman malah dapat memberi satu nafas lega kepada golongan yang mempunyai pendapatan rendah.Menurut Datuk Halimah Mohamed Sadique,konsep Klinik 1Malaysia yang dekat dengan perumahan juga memberi kemudahan kepada penduduk

mendapatkan rawatan di samping meningkatkan lagi taraf kesihatan rakyat.Semua rakyat tidak kira bangsa dan kaum dapat menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini.Klinik ini juga menawarkan khidmat perubatan bagi keskes ringan seperti sakit dan kecederaan biasa seperti demam, batuk, selesema dan luka kecil selain rawatan susulan bagi kencing manis dan darah tinggi.Jadi,hal ini memudahkan rakyat di luar bandar dan pedalaman untuk menerima rawatan penyakit kronik tanpa berulang alik pergi ke bandar yang semestinya akan mengambil masa kerana jarak jauh. Hal ini mungkin dapat mengelakkan sebarang

kematian akibat kelewatan menerima rawatan segera untuk penyakit kronik.

Kesimpulannya, pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pembangnan ekonomi bertujuan meningkatkan pendapatan negara atau pendapatan per kapita sehingga menjadikan sesebuah negara itu kaya dari segi ekonominya. Namun, pembangunan ekonomi juga harus melihat persoalan keadilan ekonomi dan sosial antara individu dalam masyarakat.Melalui dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk berhadapan dengan globalisasi ekonomi, pelbagai kemajuan dan kejayaan telah berjaya dicapai. Pencapaian yang membanggakan ini juga memenuhi hasrat dan agenda 1 Malaysia yang membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Justeru, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Migrasi pekerja antarabangsa bukan sahaja fenomena. Bagi negara tetapi juga menjadi industri baru bagi negara pengeksport tenaga kerja untuk menambahkan pendapatan negara. Pengeksportan pekerja menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara yang miskin seperti kerajaan Indonesia yang melakukan program pengeksportan tenaga kerja untuk mengatasi masalah penganguran dan kemiskinan. Salah satu daripada negara di dunia yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah Malaysia. Pada tahun 1998, Malaysia dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing dengan kebanyakannya datang dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Kesan daripada ledakan migrasi buruh asing ini, negara kita telah mendapat impak yang besar sama ada kesan dari sudut positif dan negatif. Seterusnya, fokus diberikan kepada cabaran dalam aspek sosiobudaya berhubung dengan migrasi buruh asing mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. Faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa ke Malaysia ialah persamaan sosiobudaya antara kedua-dua negara akan selama-lamanya didapati menjadi daya tarikan untuk mereka datang ke negara ini. Dengan adanya persamaan ciri-ciri ini, proses untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara ini merupakan pasport utama, membolehkkan mereka mengekalkan dan mempertahankan kedudukan mereka di negara ini. Hubungan kekeluargaan yang ada didapati sering dijadikan batu loncatan dalam kalangan pendatang baru untuk berhijrah ke negara ini. Tambahan pula terdapat sebilangan pendatang yang telah mendapat taraf penduduk tetap negara ini, membolehkan mereka ini secara tidak langsung membawa masuk kaum keluarga mereka yang lain. Persamaan cara hidup dalam kalangan rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia, salah satu faktor yang dikenal pasti mengapa pendatang Indonesia lebih tertarik datang ke negara ini. Dari segi budaya, penduduk yang berbilang kaum, bahasa, makanan dan kebebasan beragama merupakan ciri-ciri yang mempunyai persamaan yang erat antara penduduk kedua-dua negara. Persamaan bahasa yang ada memudahkan golongan pendatang ini berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Golongan pendatang Indonesia ini juga mudah tinggal di negara kita disebabkan sebahagian besar mereka yang datang adalah beragama Islam. Cabaran persamaan agama juga memainkan peranan yang agak besar menjadi daya penarik kedatangan golongan

ini dapat diterima oleh masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, faktor penarik migrasi antrabangsa ini berlaku kestabilan politik di negara Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang jarang berlaku pergolakan seperti negara-negara luar. Perpaduan kepelbagaian etnik di Malaysia menarik perhatian pekerja asing ini untuk bekerja dan menetap di Malaysia. Selain itu, nilai mata wang Malaysia yang tinggi berbanding negara lain seperti Indonesia dan Nepal juga merupakan faktor penarik yang menyumbang berlakunya migrasi antarabangsa. Kebanyakan pekerja asing ini mempunyai latar belakang keluarga yang sangat susah.Mereka datang ke Malaysia adalah semata-mata ingin mencari rezeki dan membantu nasib keluarga mereka. Contohnya, miskin tegar sehingga menghadapi masalah kebuluran. Jadi, pendapatan yang agak lumayan yang diperoleh di Malaysia akan dikirimkan ke keluarga masing-masing di negara asal.Maka, tidak hairanlah jika mereka menjadi kaya di negara asal hasil daripada titik peluh membanting tulang di negara kita. Terdapat banyak implikasi yang akan dihadapi hasil daripada migrasi antarabangsa ini. Antara kesan daripada migrasi antarabangsa ini adalah peningkatan kes jenayah melalui perbezaan cara hidup dan budaya di Malaysia. Kebanjiran pekerja asing yang begitu ramai telah membawa kepada wujudnya budaya liar dan kelakuan ganas yang asing kepada budaya sopan santun negara ini. Dewasa ini, sektor pembinaan dan perladangan dikuasai pekerja asing hingga mereka itu telah mewujudkan koloni sendiri. Limpahan pekerja asing di negara ini yang tidak terkawal berikutan kepesatan ekonomi Negara telah mengundang pelbagai masalah iaitu dari segi social dan ekonomi Negara. Ini kerana masalah seperti jenayah, rogol, rompakan, rusuhan dan sebagainya telah pun berleluasa di negara kita. Kebanyakan pendatang asing terjebak dalam kegiatan jenayah ialah apabila kontrak atau perkhidmatan mereka telah tamat. Hal ini kerana setelah tidak terikat dengan mana-mana kontrak, mereka tidak bekerja dan hanya dibiarkan sahaja oleh majikan terdahulu atau pihak yang membawa mereka masuk. Maka mereka akan terus tinggal di negara ini tanpa pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka seharian dan apabila keadaan semakin terdesak, ada di antara mereka yang sanggup membabitkan diri dalam kegitatan jenayah. Atas alasan inilah, beberapa kes jenayah seringkali dikaitkan dengan pendatang asing.

Masalah besar lain yang melibatkan hubungan etnik di negara ini ialah kurangnya integrasi antara golongan pendatang dengan penduduk tempatan. Mereka cenderung mendiami kawasan petempatan sama ada setinggan atau perkampungan tertentu secara berkelompok dengan saudara mara dan dengan orang yang sama bangsa, sama suku dan sama tempat asal. Konflik dan pergaduhan menjadi amat mudah untuk tercetus, sama ada dengan etnik tempatan atau dengan pihak berkuasa sendiri. Beberapa pergaduhan telah tercetus antara pendatang asing dengan penduduk tempatan kerana beberapa isu sosial.Kerajaan pernah menyekat pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pada tahun 2002. Hal ini disebabkan rekod moral mereka yang teruk kerana mengganggu isteri rakyat tempatan dan anak gadis di khalayak ramai tanpa rasa segan. Situasi ini mencetuskan kemarahan etnik tempatan dan seterusnya tercetus pergaduhan . Kadang kala pendatang asing ini tidak menghormati budaya hidup di Malaysia. Sebagai contoh, mereka tidak mengamalkan budaya hidup Malaysia yang saling menghormati. Mereka sering membuat kekecohan dan kebisingan di sesuatu kawasan dengan pergaduhan sesama golongan mereka sendiri. Hal ini menganggu keamanan dan ketenteraman hidup penduduk tempatan malah menggugat keselamatan ahli keluarga mereka di kawasan tersebut. Lebih memburukkan lagi, banyak institusi kekeluargaan telah hancur dek perangai pekerja asing ini. Si isteri sanggup meninggalkan suami dan anak kerana khayal dengan janji-janji manis yang telah ditaburkan oleh pekerja-pekerja asing ini. Kes ini telah secara langsung telah meningkatkan kes lari rumah di Malaysia. Peningkatan pengangguran di Malaysia juga merupakan kesan yang dapat dilihat hasil daripada migrasi antarabangsa ini. Kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai telah menyebabkan penduduk tempatan tidak mempunyai pekerjaan ekoran pihak majikan yang lebih berminat untuk menggaji pekerja-pekerja asing berikutan faedah-faedah yang bakal diperolehi meskipun pengambilan pekerja-pekerja asing tersebut terpaksa dilakukan dengan mematuhi prosedur yang teah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini merupakan faktor yang menjadi punca kepada wujudnya masalah pengangguran di kalangan penduduk tempatan sendiri selain faktor penduduk tempatan yang terlalu memilih pekerjaan sehingga hampir keseluruhan kerja-kerja kasar dan lasak seperti sektor pembinaan dimonopoli oleh pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia dan sebagainya. Pengangguran akan menyebabkan rakyat

Malaysia semakin mundur terutamanya etnik yang tinggal jauh dari bandar. Mereka tidak akan mengalami perubahan untuk keluarga, bangsa malah negara dan terus duduk di takuk yang lama. Etnik yang sememangnya mundur akan terus mundur ditelan arus kemajuan negara kita.Seharusnya,rakyat Malaysia mempunyai

kesedaran untuk bersaing dengan ribuan pekerja asing ini.Pekerja-pekerja tempatan haruslah berasa hak mereka tercabar dengan kehadiran pekerja-pekerja asing yang telah memonopoli industri pembinaan di Malaysia yang mana sepatutnya kekosongan pekerjaan tersebut dipenuhi terlebih dahulu oleh penduduk tempatan. Migrasi antarabangsa yang berlaku juga mewujudkan kesan positif pada aspek sosiobudaya di negara kita. Penghijrahan imigran ini mewujudkan masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkahwinan campur penduduk tempatan dengan pekerja asing yang datang ke negara kita.Asimilasi bangsa berlaku apabila berlakunya perkahwinan ini kerana akan wujudnya beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok peranakan,kelompok Syed dan lain-lain.Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India,Melayu-Cina, Melayu-Jawa dan lain-lain.Jadi, wujudlah masyarakat berbilang kaum,ras, etnik dan bangsa di Malaysia.Kehadiran kelompokkelompok ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya,adat resam,bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Melalui kehadiran imigran ini juga, kita dapat melihat pengaruh budaya mereka sama ada di dunia realiti atau dalam media. Contohnya, bangsa India dan Bangladesh amat terkenal dengan budaya Bollywood. Sedikit sebanyak budaya ini telah diserap melalui drama-drama Melayu di negara kita dengan tarian dan nyanyian mereka. Hal ini membuktikan bahawa rakyat kita menerima budaya mereka dengan hati yang senang untuk dijadikan hiburan dan seterusnya dapat mempelbagaikan budaya di Malaysia. Kehadiran pekerja buruh ini juga telah memperbanyakkan lagi pengetahuan bahasa di negara kita. Contohnya, kita dapat mengenali Bahasa Indonesia melalui pekerja asing dari Indonesia. Tambahan lagi,kebanyakkan bahasa Melayu adalah penyerapan daripada bahasa Indonesia. Hal ini memudahkan komunikasi antara rakyat tempatan dan pekerja asing Indonesia. Komunikasi juga merupakan tunjang dalam mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik di negara kita.

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

BIBLIOGRAFI
Chamhuri Siwar, R. O. (1994). Ekonomi Malaysia Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn Bhd. Hasan, C. S. (1995). Ekonomi Malaysia Edisi Ketiga. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1992). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. International Law Book Services. (2004). Malaysia Kita . Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn Bhd. Kimi, A. a. (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd. Sarji, A. (2003). Wawasan 2020 Malaysia Memahami Konsep, Implikasi dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utasan Publications and Distributors Sdn Bhd. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasarnegara/241-dasar-pembangunan-nasional-dpn-.html http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/deb-dasar-ekonomi-baru.html http://www.slideshare.net/haizammohamed/hub-etnik-pembahagian-ekonomi http://www.1malaysia.com.my/news_archive/penjagaan-kesihatan-melalui-klinik1malaysia/ http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab09.pdf http://putranamza.blogspot.com/2012/01/kaitan-antara-pembangunan-ekonomi.html http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/4d018864d60bd4e74825 67320025ca84/fd109c660d27f8464825674b0034ace3?OpenDocument http://utusan.com.my/utusan/Johor/20130127/wj_03/Klinik-1Malaysia-Kesungguhantingkatkan-kesihatan-rakyat http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab12.pdf

You might also like