You are on page 1of 3

REFLEKSI KERJA KURSUS HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106) Oleh : Nur Ain Hazirah Binti Azmi

Semasa melaksanakan kerja kursus Hubungan Etnik (WAJ 3106), saya telah mendapat pelbagai faedah dalam membina diri sebagai insan guru pada masa hadapan.Pelbagai masalah yang telah dihadapai sepanjang proses menyiapkan penulisan esei ini.Namun hasil bimbingan pensyarah iaitu Encik Elangko, masalahmasalah ini dapat diselesaikan dengan mudahnya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana telah membimbing dan teguran membina untuk menghasilkan tugasan yang sempurna.Beliau merupakan

pensyarah yang sangat berkaliber. Setiap penyampaiannya di dalam kuliah sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan sebagai bakal guru kelak. Tanpa nasihat dan motivasi yang diberikan kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut kehendak yang telah ditetapkan. Sepanjang menghasilkan esei ini, terdapat pelbagai manfaat yang saya peroleh. Antaranya saya dapat mengetahui sejarah pembangunan ekonomi di negara kita. Ternyata kerajaan sangat berkerja keras dalam memajukan ekonomi di negara kita di samping menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Malaysia iaitu kemiskinan dan kurangnya perpaduan.Saya juga dapat mengetahui setiap intipati yang diperturunkan di dalam setiap dasar. Apa yang saya perolehi melalui kajian saya terhadap kerja kursus, tanpa perpaduan etnik di Malaysia, bukan sahaja pembangunan ekonomi malah aspek sosial dan politik juga tidak akan dapat dibangunkan dan seterusnya mentransformasikan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui pengalaman yang saya alami sendiri, bantuan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia di bawah Gagasan 1 Malaysia telah banyak membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Sebagai pelajar guru , saya juga tidak ketinggalan memperoleh bantuan dari kerajaan iaitu baucer buku 1

Malaysia.Bantuan ini sangat bermakna kerana saya dapat memanfaatkan baucer ini untuk membeli buku-buku ilmiah yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik saya untuk menjadi guru yang berkaliber dan berdedikasi. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersyukur dengan kemudahan yang telah diberikan. Secara tidak langsung,

bantuan ini sebenarnya telah menyatupadukan rakyat Malaysia kerana kerajaan telah mengaplikasikan konsep penyamarataan kepada setiap etnik. Konsep penyamarataan ini sangat penting untuk mengelakkan krisis perkauman.Sudah semestinya kita tidak ingin mengulangi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia ini. Sebagai bakal guru, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan dalam menyatupadukan pelajar yang berbilang kaum.Sebagai contoh, RIMUP dan mengadakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan kumpulan yang berbilang kaum. Guru haruslah kreatif dalam membina insan yang berjiwa semangat cintakan negara. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sejarah kemasukan migrasi antarabangsa dan implikasinya terhadap Malaysia. Pada pendapat saya, terdapat kelebihan dan keburukan melalui kedatangan imigran ini ke Malaysia. Melalui pemerhatian saya, lambakan pekerja asing terlibat dalam sektor pembangunan dan pembinaan di Malaysia. Kepakaran mereka sangat mengagumkan kerana tanpa hasil titik peluh mereka tiada bangunan yang gah berdiri untuk dijadikan kebanggaan kita. Kegigihan mereka dalam bekerja juga patut kita contohi kerana meraka bekerja adalah untuk membantu keluarga mereka yang susah di negara asal. Sebagai anak, adalah sebagai tanggungjawab saya untuk belajar dengan gigih supaya saya dapat membantu keluarga dan masyarakat lain sama ada dari segi bentuk kewangan ataupun kemahiran saya dalam profession keguruan.Migrasi antarabangsa ini juga memberi impak yang negatif kepada negara kita. Baru-baru ini,negara kita telah digemparkan dengan serangan puak Sulu di Sabah. Serangan ini telah mengorbankan banyak nyawa dan mengugat keamanan negara kita. Puak Sulu ini telah berkampung di Sabah dalam tempoh yang agak lama sebelum membuat serangan. Bagi saya,kerajaan perlulah memberi tumpuan dan siasatan yang lebih terperinci akan kemasukan warga asing ke negara kita kerana kita tidak tahu agenda dan tujuan mereka di sini sama ada baik atau tidak. Kemasukan warga asing ini boleh dikurangkan dengan mengambil rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor pembinaan dan pembangunan atau sektor lain menggantikan warga asing ini. Peristiwa dan kes-kes yang melibatkan warga asing ini memberi kesedaran kepada saya agar memandang serius dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan politik,ekonomi serta sosial di negara kita.

Kesimpulannya, subjek Hubungan Etnik telah banyak mengajar saya betapa pentingnya kita mengetahui isu semasa kini.Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan sepanjang semester dua ini kerana telah banyak membantu saya dalam memahami pembelajaran subjek ini di dalam kelas.Terima kasih kerana telah memberi semangat dan dorongan ketika saya berasa jatuh dan putus asa.Kesusahan mengajar saya untuk menghargai masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya pengalaman bergelar pelajar ijazah sangat susah namun pengalaman ini akan mengajar saya untuk menjadi insan guru yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Guru.Jasa baik kalian hanya Tuhan dapat membalasnya. Sekian, terima kasih.

You might also like