You are on page 1of 43

SOALAN

Dengan berpandukan novel atau cerpen yang pernah anda baca, petik satu perenggan dan buatlah latihan seperti yang berikut : I.) Translitrasikan tulisan rumi menjadi tulisan jawi dengan sistem ejaan terkini ( anggaran petikan 50 70 patah perkataan ). II.) Dengan memberikan contoh-contoh nyatakan dialek sosial yang terdapat dalam petikan tersebut.

JAWAPAN I TRANSLISASIKAN RUMI KE JAWI Rumi Beruntunglah anak jika ibu bapa dapat menyenaraikan pelbagai program bermanfaat buat mereka. Bagaimanapun, adalah keterlaluan jika ada ibu bapa yang menentukan hamper semua masa untuk anak mereka dengan belajar seperti mengikuti kelas tambahan setiap hari. Sepatutnya, pada cuti sekolah inilah anak diberi peluang mengembangkan bakat dan hobi mereka yang berfaedah. Sekali pun mahu anak belajar, ibu bapa hendaklah bijaksana membuat pilihan dengan menghantar anak mengikuti kelas mata pelajaran yang lemah saja. Kita faham cuti sekolah panjang ini juga peluang yang boleh digunakan untuk membaiki kelemahan dalam mata pelajaran berkaitan. Tapi saya berpendapat, dalam keadaan ibu bapa sibuk dengan urusan kerja, masa berkualiti harus direbut ibu bapa yang bekerja. Bagi yang mampu mungkin boleh membawa anak melancong. Beriadah di rumah juga satu aktiviti sihat yang boleh mengeratkan hubungan sesame anggota keluarga.

JAWI

. , . , . , . , . , . . .

Jawapan II Contoh Dialek Matahari Mun tak dengar, Sik mungkin orang lain senyum, Nak dah betaun kosong, Maseh kitak juak empun, Kenak maseh sik pat ilang, Kenak tetap kitak, Kenak orang lain dapat, Kenak kamek sik pat melupak, Jangan pikirlah, Sik da kamek bermaksud apa, Kita dah berpisah jaoh kamek tauk kitak bahagia Kitak happy kamek gembira jangan pernah bingong, Ari ujan mun tak basah kamek nak jadi payung, Mun dimakbulkan doa, Sigek jak mek mintak, Sebelum nutup mata mek arap dapat melok kitak, Kali terakhir, Penutup waktu mula, Waktu pertama kali melok kitak kamek rasa bahagia, Mun mek pergi jangan tak nangis sayang, Tak pun tauk nak cinta kamek untuk kitak sorang,
4

Aek mata mek dah kerin waktu bepisah dolok, Sik pernah mek sangka cerita cinta kita jadi camtok, (chorus) Matahari, Cepatnya tak hilang, Tinggal kamek sorang, Dalam kegelapan.. Matahari,. Sikkan kamek lupak,.. Saat indah kita,selamanya, Indah, Sik nyesal kamek nyayang kitak, Pernah pun mek madah mek lupak kitak, ya bulak, Senyum tak Matahari, Cerah di tengah hari, Siang bercahaya terang, Malam sik pernah sunyi, Lap aek mata tak, Walau nya dalam api, Kamek dapat rasa bah, Hujan sikkan berenti, Gine pun tak sayang nya, Kamek lebih sayang kitak, Gine pun menanya sayang, nya tetap nombor duak, Kitak tempat teratas dalam kaca mutiara, Mungkin kitak sik cayak tapi kamek madah mena, Susahnya mek senyum dengan kitak nya ari-ari,
5

Senyum sambil gembira, Senyum datang dari api, Menalah cinta polah orang berubah, Demi kitak benda gila pun kamek sanggup polah, Kitaklah inspirasi, Walau dalam bayangan, Walau sekadar memori nya kekal dalam ingatan,.. Ulang c/o Tauk mek, Sik pernah arap benda nak sik kan jadi, Tapi sik salah nak, Mek luah isik ati, Mun tak sik dengar pun, Orang lain dapat rasa, Puisi, di dalam melodi, mengungkap kisah kita, Bukan mek balas dendam, Tapi banyak dah kecewa, Sik da niat mek kejam, Mek sik mintak jadi camya, Ada cinta mek berik, Coba sekuat ati, Sik kan semua, Sebab separuh dah kitak curi, Tinggal mek sorang, Malam sik pernah siang, Di dalam bilit gelap nak sik mungkin akan terang, Kamek sik mok cahaya,
6

Selain Matahari, Sejak kitak ilang idup mek sik pernah berseri, Sik pernah mek mintak, Kamek dapat lupak kitak, Gine pun sakit rindu, Kamek tanggung sorang ajak, Tapi yang pasti, Cinta mek kekal sampey mati, Kitak sinar hidup mek, Kitaklah MATAHARI (lagu/lirik: Know No)

Maksud : Mun Sik Betaun Maseh Kitak Juak Empun Kenak Aek Kerin Pat Ilang Kamek Melupak Jaoh Tauk Bingong Ari Dolok Camtok Ujan Sigek
7

Kalau Tidak Bertahun Masih Kamu Juga Punya Kenapa Air Kering Dapat Hilang Saya Lupa Jauh Tahu Bingung Hari Dulu Macam itu Hujan Satu

Jak Mek Mintak Nutup Arap Melok Madah Tak Lupak Bulak Gine Mena Polah

Saja Saya Minta Tutup Harap Peluk Cakap Kamu/Awak Lupa Tipu Bagaimana Benar Buat

1.0
8

SISTEM EJAAN JAWI

1.1

SEJARAH TULISAN JAWI Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad di

Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan hurufhuruf arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa melayu jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei, dan digunakan dengan meluas di Malaysia, Philipina Selatan dan Indonesia pada suatu ketika dahulu. Tulisan Jawi adalah tulisan yang terawal yang pernah ditemukan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17.

Tulisan Jawi ini telah digunakan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu kira-kira pada abad ke-3 hijrah atau 10 Masihi di Kedah. Tulisan Jawi ini juga telah mengalami berbagai-bagai perubahan dan perkembangan dalam mencapai tahap pemantapannya. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M, manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.

Menurut Azizi Abdullah (2006), daripada perspektif sejarah, tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab dan orang Melayu meminjamnya untuk mengganti tulisan Hindu yang sekian lama digunakan pada awal kemasukan Islam.

Beliau juga menyatakan bukti kemasukan itu ialah pada batu nisan makam Sheikh Abdul Qadir ibnu Husin Syah Alam, di Langgar, Alor Setar, Kedah pada 290 Hijrah bersamaan 910 Masihi. Tiga ratus tahun kemudian, timbul pula tanda awal bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi pada batu bersurat di Terengganu dan diikuti penemuan lain selepas itu. Kemudian ia tersebar luas, digunakan di daerah bahasa Melayu dan daerah bukan bahasa Melayu, termasuk ke Pulau Jawa.

Peranan tulisan Jawi berkembang maju melalui sejarah tanah air dan Kepulauan Melayu (Nusantara) dan berperanan penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat serta perdagangan. Perjanjian penting antara Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris kesemuanya tertulis dalam skrip Jawi.

10

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihakpihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Tulisan Jawi telah mengalami evolusi dari segi sistem ejaan dan bentuk huruf yang membinanya. Tulisan ini telah mengalami berbagai-bagai perubahan dan perkembangan dalam mencapai tahap pemantapannya.

1.2

Huruf-huruf Jawi Huruf-huruf Jawi bermula daripada huruf-huruf Arab. Huruf-huruf Arab

mempunyai 30 huruf. Penggunaan huruf-huruf Arab dalam bahasa Arab telah mencapai kesesuaian seratus peratus. Tetapi tidak pada bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu mempunyai beberapa bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. Para cendekiawan silam telah menambah beberapa huruf tambahan dalam sistem ejaan Jawi bagi mencapai tahap kesesuaian terhadap bunyi bahasa Arab, dan ini menjadikan huruf-huruf Jawi mempunyai 36 huruf, dan ia

11

juga dikenali sebagai huruf Jawi Melayu. Huruf-huruf Jawi tersebut ialah :

1.3

Perkembangan Tulisan Jawi


12

Ketamadunan ummah itu, bukan faktor kebendaan sahaja yang seharusnya menjadi ukuran standard. Tetapi agamanya, bahasanya, budayanya dan termasuk tulisan. Secara ringkasnya latar belakang tulisan Jawi bersumberkan tulisan Arab/Islam yang telah dipinjam oleh orang Melayu untuk menggantikan tulisan hindu yang digunakan sebelum itu. Tulisan jawi kemudiannya berkembang daripada tulisan Arab yang menggunakan sistem baris kepada penggunaan abjad vokal alif, wau dan ya.

Perkembangan tulisan Jawi telah berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama telah melalui empat tahap. iaitu tahap yang pertama ialah dengan menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya, contohnya

( agama). Tahap

yang kedua ialah dengan menghilangkan tanda baris tetapi masih dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab, contohnya

(agama). Tahap yang ketiga

pula iaitu dengan menggunakan huruf vokal pada suku kata pertama iaitu ( alif), ( wau), dan

(ya), sebagai contoh mata

. manakala tahap yang

keempat pula ialah huruf vocal telah digunakan pada kedua-dua suku kata, contohnya buku .

Tahap perkembangan tulisan Jawi yang pertama dapat menyelesaikan banyak kekeliruan pada sistem ejaan Jawi tetapi masih juga terdapat kelemahannya. Terutamanya kekurangan huruf-huruf vokal Jawi yang melambangkan fonem-fonem vokal bahasa Melayu.

Sistem ejaan Jawi telah berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Peringkat kedua dalam perkembangan tulisan Jawi, iaitu
13

menjelang abad ke-20, perkembangan sistem ejaan jawi dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang pernah disusun oleh pertubuhan tertentu seperti Hejaan P.B. Diraja, Ejaan Jawi Zaba, Sistem Ejaan Dian dan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

Pedoman Hejaan P.B. Diraja ialah pola 1 : tiada perubahan sekalipun diimbuhkan, contohnya (minta)

(mintalah)

Pola 2 : tambah alif

pada kata dasar yang mempunyai imbuhan akhiran an, contohnya (tulis)

(tulisan)

Pola 3 : memindahkan alif daripada suku kata

pertama ke suku kata kedua, contohnya (cawang)

( cawangan) .

Pedoman Ejaan Jawi Zaba telah mengetengahkan sekurang-kurangnya 20 peraturan. Antaranya ialah menggunakan huruf vokal alif pada bunyi berpadu atas, contohnya (badan)

. Menggunakan huruf vokal wau ( )pada .

bunyi lepas depan, contohnya (satu)

Pedoman Ejaan Dian pula telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi yang berdasarkan sistem fonetik, iaitu mengeja perkataan sebagaimana perkataan itu dilafazkan, contohnya (guna)

, (pulau) , dan sebagainya.

Manakala Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986. Sistem ejaan Jawi ini telah memperkenalkan penambahbaikan dalam
14

kaedah

ejaan

Jawi

dengan

memperkenalkan huruf-huruf tambahan atau juga dikenali sebagai huruf Jawi melayu, iaitu huruf

, , , ,, dan . Contohnya (gigi) .

Sistem penulisan Jawi dahulu dan kini tidak jauh bezanya. Tulisan Jawi kini tetap berasaskan sistem yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba). Berasaskan aturan sistem Zaba itulah usaha membaiki, melengkapkan, memperjelaskan, memudahkan, menyelaraskan dan mengemaskinikan dilakukan sehingga terhasilnya sistem ejaan Jawi yang mutakhir dan dimuatkan dalam daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) terbitan DBP. Perubahan ini harus berlaku, kerana bahasa dan tulisan itu ialah suatu yang hidup berkembang selari dengan perkembangan zaman. Cepat atau lambat perubahan tersebut pasti akan berlaku dan ia relevan untuk digunakan pada masa kini dan pada masa yang akan datang terutama demi generasi baharu.

15

2.0 SOSIOLINGUISTIK

2.1

SOSIOLINGUISTIK

Bidang linguistik telah muncul pada Mei 1964 dalam satu persidangan khas untuk membicarakan hubungan antara bahasa dan masyarakat. Sebagai satu bidang ilmiah, sosiolinguistik mula muncul pada abad ini. Pada mulanya, ia dikenali dengan berbagai-bagai nama, misalnya linguistik antropologi, bahasa dan kebudayaan, dan sebagai satu disiplin yang diajar dalam Jabatan
16

Antropologi di Amerika Syarikat. Pada tahun-tahun 60-an, istilah sosiolinguistik mula digunakan dan kini statusnya sebagai satu disiplin yang tersendiri telah diterima umum. Keadaan ini wujud kerana ahli bahasa mendapati bahawa di samping kajian terhadap bahasa, kajian bahasa yang dikaitkan dengan masyarakat penggunanya menjadi tajuk menarik. Justeru, usaha untuk mewujudkan sosiolinguistik sebagai satu disiplin ilmu bermula dari sini.

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok Seong: 42-43).

Menurut Dittmar (1976), istilah sosiolinguistik pertama kali muncul dalam tulisan Currie (1952) yang menyatakan bahawa kajian tersebut bertujuan untuk melihat hubungan antara perlakuan bahasa dan status sosial. Istilah tersebut, yang pada mulanya bermaksud untuk menyatakan suatu pendekatan antaradisiplin untuk penyelidikan mendapat penerimaan umum. Di England, tugas sosiolinguistik muncul dengan buah fikiran Malinowski yang diluaskan oleh Firth. Walaupun istilah institutional linguistics lebih digunakan, namun bidang yang diliputi tidak berbeza daripada yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik. Bidang
17

sosiolinguistik juga merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang kepada bidang antropologi, khususnya antropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981: 1).

Menurut

Fishman,

kajian

sosiolinguistik

adalah

bersifat

kualitatif.

Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan.

Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.

Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Mengikut Bright (1966), tugas ahli sosiolinguistik ialah untuk memperlihatkan perbezaanperbezaan yang saling mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial. Hymes (1968) mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik sebagai satu aktiviti disiplin di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan penting masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik (Wong Shek Seng, 1987: 1).

18

Sosiolinguistik sering ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah amat luas dan boleh mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Contohnya, gaya bercakap yang berlainan antara masyarakat Timur dengan masyarakat Barat. Selain itu, terdapat beberapa pengertian lain kepada konsep sosiolinguistik (Zulkifley Hamid, Ramli Salleh dan Rahim Aman, 2006: 113).

Sosiolinguistik merupakan disiplin antara sosiologi dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat, dan mengenai lembaga dan proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha mengetahui bagaimana masyarakat itu terjadi, berlangsung dan tetap ada. Dengan mempelajari lembaga sosial dan segala masalah sosial dalam satu masyarakat, akan diketahui cara manusia menyesuaikan diri dengan lingkungannya, bagaimana mereka bersosial dan menempatkan diri dalam tempat masing-masing dalam masyarakat. Linguistik pula adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Dengan demikian, kesimpulannya ialah sosiolinguistik itu adalah bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 1998: 2).

Berkaitan dengan konsep sosiolinguistik ini juga, de Saussure (1961) telah menyebutkan bahawa bahasa adalah salah satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan yang lain seperti perkahwinan, pewarisan harta peninggalan dan sebagainya. Dimensi kemasyarakatan bukan hanya memberi makna kepada bahasa, tetapi juga menyebabkan terjadinya ragam-ragam bahasa. Ragam-ragam bahasa ini bukan hanya dapat menunjukkan adanya perbezaan sosial dalam masyarakat, tetapi juga memberi
19

indikasi mengenai situasi berbahasa dan mencerminkan tujuan, topik, kaedah dan modus-modus penggunaan bahasa (Noriah Mohamed, 1998: 3).

Charles Morris dalam bukunya Sign, Language and Behaviour (1946) membicarakan bahasa sebagai sistem lambang yang membezakan tiga macam kajian bahasa berkenaan dengan fokus perhatian yang diberikan. Jika perhatian difokuskan pada hubungan antara lambang dengan maknanya, ini disebut semantik. Jika fokus perhatian diarahkan pada hubungan lambang dengan lambang, ia disebut sintaksis dan kalau fokus perhatian diarahkan pada hubungan antara lambang dengan para penuturnya disebut pragmatik. Kajian antara lambang dengan penuturnya disebut sebagai sosiolinguistik (Noriah Mohamed, 1998: 3).

Sebagai objek dalam sosiolinguistik, bahasa tidak dilihat atau didekati sebagai bahasa seperti dilakukan oleh sosiolinguistik umum, melainkan dilihat atau didekati sebagai sarana interaksi atau komunikasi dalam masyarakat manusia. Sosiolinguistik juga lazimnya didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri dan pelbagai variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi variasi bahasa itu dalam suatu masyarakat bahasa (Kridalaksana 1978: 94). Pengkajian bahasa dengan dimensi masyarakat disebut juga sosiolinguistik (Nababan 1984: 2).

Sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri-ciri khas variasi bahasa, fungsifungsi bahasa dan pemakai bahasa kerana ketiga-tiga unsur ini selalu berinteraksi, berubah dan saling mengubah satu sama lain dalam satu masyarakat tutur atau masyarakat bahasa (Fishman 1972: 4). Menurut beliau lagi, sosiolinguistik berbeza daripada linguistik. Dalam sosiolinguistik, pada umumnya, yang dikaji bukan deskripsi linguistik secara terperinci dari segi
20

kegramatisan tetapi tentang perbahanan dan pemahaman tentang perhubungan antara bahasa dengan berbagai-bagai institusi sosial. Selain itu, sosiolinguistik adalah kajian mengenai bahasa dan pemakaiannya dalam konteks sosial dan budaya (Appel, Hubert dan Meijer 1976: 10).

Fishman (1968, 5-13) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian terhadap pattern co-variation of language and society, iaitu kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti bahasa. Dalam hal ini, Fishman (1968) juga menyatakan bahawa hanya sosiolinguistik yang merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang mementingkan kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa. Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan Fishman (1972, 1976), ...study of who speak what language to whom and when (1998: 5).

Menurut Criper dan Widdowson (1975: 156), sosiolinguistik adalah kajian bahasa dalam penggunaannya, dengan tujuan untuk meneliti bagaimana konvensi pemakaian bahasa berhubungan dengan aspek-aspek lain dari tingkah laku sosial. Sementara itu, menurut Booji, Kersten dan Verkuyl (1975:139), sosiolinguistik adalah subdisiplin ilmu bahasa yang mempelajari faktor-faktor sosial yang berperanan dalam penggunaan bahasa dan pergaulan sosial. Bagi Hickerson pula, sosiolinguistik adalah pengembangan subbidang linguistik yang memfokuskan penelitian pada variasi ujaran serta mengkajinya dalam suatu konteks sosial. Sosiolinguistik meneliti korelasi antara faktor-faktor sosial itu dengan variasi bahasa (1998: 4).

21

Di samping itu, Hymes pula mendefinisikan sosiolinguistik sebagai satu bidang yang mengkaji perlakonan bahasa dari segi hubungan antara latar (setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri. Beliau juga mendefinisikan bidang sosiolinguistik sebagai suatu aktiviti antara disiplin, di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik (Nik Safiah Karim, 1981: 4).

Menurut Trudgill, sosiolinguistik adalah sebahagian daripada linguistik yang bersangkutan dengan bahasa sebagai suatu fenomena sosial dan budaya. Sosiolinguistik menggunakan bahan, metodologi atau penemuan sains sosial (khususnya sosiologi dan antropologi), tetapi beberapa aspek geografi sosial atau manusia disentuh juga (1974: 32-33).

Berdasarkan pendapat Hudson, beliau pula mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Sosiolinguistik merupakan sebahagian daripada kajian bahasa (1980:1). Wackey pula berpandangan bahawa sosiolinguistik menuntut kemunculan kedua-dua kategori sosial dan kategori bahasa serta kemungkinan kajian perhubungan antara kedua-duanya, iaitu perhubungan antara kategori sosial sebagai tingkah laku, budaya, etnik, pekerjaan, keturunan dan pendidikan, dan kategori bahasa keturunan dan pendidikan, dan kategori bahasa sebagai dialek, aksen, perbendaharaan kata, laras bahasa dan jenis bahasa (1982: 295). Hudson (1980: 5) pula membicarakan sosiolinguistik sebagai suatu kajian bahasa yang berhubungan dengan masyarakat. Di sebaliknya, sosiologi bahasa adalah kajian masyarakat yang berhubungan dengan bahasa. Perbezaan sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa adalah dari segi penekanan sahaja.
22

Sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik, struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan bahasa pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2).

Wolfram dan Fasold (1974: xiii) pernah membahagikan skop kajian sosiolinguistik kepada sosiologi bahasa, etnografi pertuturan, linguistik am dan ekologi bahasa. Sosiologi bahasa adalah bidang yang mengkaji interaksi antara faktor-faktor secara besar-besaran dengan bahasa atau situasi dialek. Etnografi pertuturan pula adalah mengenai kegunaan bahasa yang sebenarnya sebagai suatu peristiwa pertuturan. Linguistik am adalah kajian bahasa dalam konteks sosial dan dihubungkan dengan teori linguistik. Sementara itu, ekologi bahasa melihat perhubungan bahasa dengan persekitaran sosial. Hal ini melibatkan aplikasi pengetahuan linguistik kepada masalah sosial atau pendidikan seperti masalah perancangan bahasa, standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987: 2).

Sosiolinguistik

juga

didefinisikan

sebagai

bidang

yang

mengkaji

perhubungan antara bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang berdepan dengan ahli-ahli bahasa ialah masalah bahasa. Masalah ini dengan langsungnya melibatkan pembinaan dan perancangan bahasa. Pada prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada hubungan dengan fungsifungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat
23

tertentu. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik melihat hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Bidang ini memperlihatkan satu kadar pertalian antara bahasa dan masyarakat.

Tetapi sosiolinguistik bukan sekadar mengenai disiplin yang terkandung di dalamnya sahaja. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta penting dalam sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu. Sosiolinguistik juga adalah bidang yang mengkaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh keperihalan taraf pemakaipemakainya dan sebagainya (Arbak Othman, 1983: 156). Walaupun sosiolinguistik dikatakan mengkaji aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat atau sebaliknya, mentakrifkan secara tepat pola hubungan antara bahasa dengan masyarakat merangkumi banyak aspek dan belum ada ahli sosiolinguistik yang menyediakan satu teori sosiolinguistik yang bersepadu, yang dapat dijadikan kajian mereka. Keadaan ini menyebabkan ahli sosiolinguistik mencipta ruang lingkup kajian sosiolinguistik mereka tersendiri. Mereka bebas menamakan kajian sosiolinguistik mereka asalkan kajian tersebut memperlihatkan hubungan antara masyarakat dengan bahasa atau sebaliknya. Oleh itu, bukan mudah menentukan ruang lingkup kajian sosiolinguistik. Misalnya, Svejcer dan Nikolskij (1986, 33) menyatakan: ...the subject matter of sociolinguistics is one of its controversial problems. One can find in the literature different definitions of subject matter, revealing serious disagreements on one of the fundamental problems of the discipline. Therefore, there is no concensus concerning the status of sociolinguistics.
24

Trudgill (1978:1) juga sependapat dengan Svejcer dan Nikolskij (1986). Menurutnya: The difficulty with sociolinguistics, then, is that it is a term which means many different things to many different people. This multiplicity of interpretations is probably due to the fact that, while everybody would agree that sociolinguistics has something to do with language and society, it is clearly also not concerned with everything that could be considered language and society (Nik Safiah Karim, 1981: 3).

Eastman (1975,15) menyatakan bahawa sociolinguistics is concerned with the interaction of language and setting. Menurutnya, banyak hasil kajian sosiolinguistik yang berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan kelas dan status pengguna bahasa, kajian terhadap repertoir pertuturan individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan kedwibahasaan komuniti bahasa serta kajian-kajian yang sama dengannya (Nik Safiah Karim, 1981: 3).

Gumperz dan Hymes (1972) pula menyifatkan sosiolinguistik sebagai kajian yang meneliti bahasa dalam konteks penggunaannya. Menurut mereka, dalam usaha untuk berkomunikasi secara efektif dalam sesuatu bahasa, penutur harus memiliki keupayaan sejadi berbahasa yang merangkumi pemahaman terhadap semua aspek yang berkaitan dengan konteks pertuturan, termasuklah budaya sesuatu bahasa. Bagi Dittmar (1976), kajian yang memberi tumpuan kepada aspek perhubungan antara kepelbagaian bahasa dengan kepelbagaian sosial ini dianggap sebagai kajian sosiolinguistik tulen. Menurutnya, kajian sebegini membincangkan masalah utama sosiolinguistik. Sosiolinguistik juga
25

tertumpu kepada kajian terhadap perubahan bahasa. Perubahan bahasa berlaku akibat perkembangan masa dan ruang dan perubahan yang dimaksudkan berlaku kepada semua unsur bahasa seperti fonem, morfem, ayat, makna, kosa kata dan seterusnya (Madeliene, 1972).

Ferguson (1966) mengatakan kajian profil sosiolinguistik memerikan pengagihan fungsi bahasa dan kelainan bahasa yang wujud dalam sesebuah komuniti bahasa. Bahasa-bahasa misalnya diperuntukkan fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan dan sebagainya yang telah melalui dasar bahasa sesebuah negara. Pendek kata, profil sosiolinguistik bertujuan memaparkan perkaitan antara indeks bahasa dengan indeks sosial masyarakat (Safiah Karim, 1981: 6). Dengan kata lain juga, bidang sosiolinguistik ialah bidang yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Bahasa adalah kepunyaan manusia. Melaluinya manusia berhubung, menyampaikan buah fikiran dan perasaan dengan bahasa mereka mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai anggota satu masyarakat (Safiah Karim, 1988: 4).

Kesimpulannya, ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian menyatakan ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantic dan pragmatic yang mengkaji makna. Bidang sosiolinguistik ini adalah merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa
26

dengan masyarakat. Kebanyakan ahli sosiolinguistik mengaitkan

takrifan

mereka dengan sub-bidang sosiolinguistik yang mereka kaji dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa berkenaan. Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu masih dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya dengan pelbagai pola penggunaan bahasa . Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta-fakta kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa. Fungsinya sebagai alat perhubungan. Tetapi ada juga aspek-aspek lain yang disumbangkan oleh bahasa, peranannya yang dimainkan selari dengan fungsi utamanya. Aspek-aspek ini menjadi antara bidang yang dicakupi oleh sosiolinguistik.

2.2

PENGERTIAN DIALEK Merujuk Kamus Dewan, edisi keempat, dialek bermaksud suatu bentuk

bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard atau lebih dikenali sebagai loghat atau pelat bagi sesuatu negeri atau daerah. Istilah dialek berasal daripada perkataan Greek, dialektos iaitu variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan pengguna atau masyarakat. Dialek berlaku disebabkan oleh faktor kelas sosial, di mana loghat antara sertiap daerah atau negeri adalah berbeza daripada bahasa standard. Ahli linguistik antropologi berpendapat dialek merupakan satu bentuk bahasa khusus yang digunakan yang digunakan oleh sesuatu komuniti penutur. Mereka juga berpendapat seorang penutur sebenarnya tidak menuturkan bahasa, sebaliknya mereka menuturkan dialek daripada sesuatu bahasa.

27

Dialek merupakan satu sistem komunikasi verbal yang lengkap dengan perbendaharaan kata dan peraturan tatabahasa yang tersendiri. Sesuatu dialek dapat dibezakan melalui penggunaan kosa kata, tatabahasa dan cara penyebutannya dari segi sebutan fonologi dan sebutan dari segi prosidi. Sesuatu dialek boleh menjadi dialek standard. Dialek standard dianggap sebagai bentuk bahasa yang betul dan digunakan di sekolah serta mempunyai sistem tatabahasa, kamus dan buku teks bercetak yang telah dianggap sebagai bahasa pertuturan dan bentuk penulisan yang betul. Sebagai contoh Standard English American, Standard English British dan Standard English Indian merupakan standard dialek bagi English Language. Perbezaan sebenar antara bahasa dengan dialek bersifat subjektif bergantung pada rangka rujukan penggunaannya. Namun, kepelbagaian bahasa sering kali dirujuk sebagai dialek dan bukannya bahasa. Hal ini kerana bahasa tersebut tidak digunakan dalam media massa dan dikatakan kurang prestij serta tidak dikenali sebagai bahasa karya-karya kesusasteraan. Ahli linguistik sejarah pula berpendapat sebarang bentuk pengucapan ialah dialek yang berasal dan berkembang daripada media komunikasi terdahulu. Walau bagaimanapun, bahasa asal tersebut mungkin mewujudkan beberapa dialek. Antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam sesuatu bahasa terdapat perbezaan-perbezaannya. Dalam satu daerah yang luas dialek-dialek tang berdekatan biasanya mempunyai lebih banyak persamaan daripada yang berjauhan letaknya. Kadang-kadang perbezaan begitu besar sehingga agak sukar bagi penutur memahami antara satu dengan lain, seperti yang berlaku antara dialek Kelantan dengan Negeri Sembilan. Namun demikian, orang Negeri Sembilan tetap dapat berhubung, yakni mereka saling memahami dengan orang Kelantan inilah satu faktor penting, kerana satu ukuran bagi mengelompokkan dialek-dialek sebagai tergolong dalam satu bahasa yang sama ialah unsur saling memahami. Jika penutur variasi bahasa yang berbeza-beza masih boleh berhubung antara satu sama lain, maka variasi bahasa yang mereka tuturkan itu digolongkan dalam satu bahasa yang sama. Walaupun banyak orang Melayu
28

tidak begitu faham tentang dialek Kelantan atau juga dialek-dialek lain, namun, unsur saling memahami tetap wujud.

2.3

BAHAGIAN-BAHAGIAN DIALEK

Dialek boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Dialek Sosial, Dialek Daerah dan Dialek Seketika.

DIALEK SOSIAL Dialek sosial dikenali juga sebagai dialek kelas atau sosiolek. Dialek ini digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial mereka. Dengan kata lain, dialek sosial bergantung kepada kelas sosial. Dalam masyarakat Melayu tradisional terdapat dua masyarakat, iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan memerintah menggunakan bahasa bangsawan, contohnya golongan kelas raja dan kerabatnya menggunakan bahasa istana atau bahasa diraja seperti beradu (tidur), bersiram (mandi), berangkat (pergi), dan sebagainya. Manakala golongan yang diperintah menggunakan bahasa umum, iaitu bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau bahasa melayu standard, seperti mandi, makan, tidur, dan sebagainya.

29

DIALEK DAERAH

Dialek daerah adalah dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam sesuatu kawasan geografi. Misalnya dialek Dusun Sabah, disebabkan dialek tersebut dalam daerah tertentu yang majoritinya diduduki penduduk Dusun, maka dialek yang digunakan adalah bahasa pertuturan harian mereka iaitu Bahasa Dusun. DIALEK MELAYU Dialek Melayu terbahagi kepada beberapa dialek. Di Tanah Semenanjung terdapat 17 dialek, iaitu dialek-dialek Petani, Kedah dan dialek utara, Kelantan, Pulai Condong, Hulu Terenggganu, Terengganu Pantai, Tioman, Pahang, Sungai Perak, Sayung, Perak Tengah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Lenga, Johor, dan Singapura. Di Sumatera terdapat banyak dialek Melayu seperti Temiang, Langkat, Deli, Serdang, Asahan, Siak, Kuantan, Riau, Jambi, Palembang, Bangka dan Belitung. Di Kalimantan terdapat dialek-dialek Melayu seperti Sarawak, Sambas, Pontianak, Ketapang, Kota Waringin, Banjar, Pasir, Kutai, Berau, Bukit, Brunei, Sintang, Sanggau dan Sabah.

DIALEK SEKETIKA Dialek seketika dilihat dari sudut zaman, iaitu penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman, seperti bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu Zaman Melaka, bahasa Melayu Zaman Johor Lama, bahasa Melayu Zaman Pramiden dan bahasa Melayu Zaman Moden. Antara satu zaman dengan satu zaman yang lain terdapat perbezaan-perbezaannya.

30

2.4

DIALEK

DAERAH

(LOGHAT

DAERAH)

YANG

TERDAPAT

DI

MALAYSIA

Dialek Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Ciri utama dialek ini adalah sebutan a dihujung kata yang dibunyikan secara baku. Contoh : Ejaan Standard saya dia Dialek Utara saya (mengikut sebutan baku) dia (mengikut sebutan baku)

Huruf r di akhir kata diganti dengan bunyi q. Contoh : Ejaan Standard ular telur Dialek Utara ulaq teloq

Bunyi i di tengah digantikan dengan bunyi ia. Contoh :


31

Ejaan Standard pasir baligh

Dialek Utara pasiaq baliaq

Pengguguran huruf g dibelakang kata. Contoh: Ejaan Standard kambing kuning Dialek Utara kambin kunin

Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard. Contoh : Ejaan Standard awak / Kamu mereka (bunyi ) sekejap Dialek Utara hang depa (sebutan baku) sat

Dialek Perak Tengah dan Selatan Dialek Perak Tengah dan Selatan tidak mengikut sebutan baku a. Terdapat perbezaan di antara dialek Perak Tengah dan Perak Selatan. Di mana hurufhuruf merupakan sebutan yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf e mengikut contoh bunyi e dalam kata beca. Contoh :
32

Ejaan Standard saya apa berapa

Perak Selatan say ap berap

Perak Tengah saye ape berape

Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard. Contoh : saya sabar tidur - disebut say - disebut saba - disebut tido

Dialek Kelantan Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai perbezaan sebutan dan juga perkataan. Contoh : Ejaan Standard kawan bulan Dialek Kelantan kawe bule

Huruf a di belakang kata diganti dengan bunyi o Ejaan Standard


33

Dialek Kelantan

apa hamba mana

gapo ambo mano

Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard Ejaan Standard satu (dua, tiga empat) saya awak / kamu bagaimana cakap duit gaduh Dialek Kelantan se (dua, tiga empat) kawe / ambo demo guano kecek pitih gocho

Dialek Terengganu Gaya pertuturan dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan.

Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Dialek Terengganu amat dikenali dengan penambahan huruf g bagi kata-kata yang berakhiran dengan n. Contoh: Ejaan Standard makan
34

Dialek Terengganu makang

ikan bukan badan pun zapin jalan

ikang bukang badang pung zaping jalang

Dalam dialek Terengganu huruf a di akhir kata juga diganti dengan bungi yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan) Ejaan Standard apa mana ada Dialek Terengganu ap man ad

Pengguguran huruf m didalam kata-kata. Contoh : Ejaan Standard jumpa sampai Dialek Terengganu jup sapaa

35

Terdapat sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu, dan ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan.

Contoh : Ejaan Standard duit selalu Dialek Terengganu piti sokmo

Dialek Negeri Sembilan Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. Seperti contoh: Ejaan Standard kata/menyatakan selimut pedas ambil Negeri Sembilan koba goba podeh ambik

Dialek Pahang Gaya penuturan lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)
36

Ejaan Standard saya biar Dialek Sarawak

Dialek Pahang kas palor

Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya berbanding dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunei, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak. Ejaan Standard saya awak / kamu dia jangan Dialek Sarawak kamek kitak nya sikboh

Dialek Sabah Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Ejaan Standard tidur makan
37

Dialek Sabah tuli magan

ayam kejar RUMUSAN

manuk bubut

Lirik lagu Sarawak yang bertajuk Matahari, menceritakan tentang kekecewaan hati seorang lelaki kerana kekasihnya menyukai orang lain, tetapi lelaki tersebut tetap akan mencintai perempuan tersebut sampai akhir hayatnya.

Huruf Rumi dikenali juga sebagai huruf Latin. Huruf Rumi telah digunakan secara meluas diseluruh dunia pada masa kini. Huruf Rumi mempunyai 26 huruf. Abad ke-17, sebutan Rumi telah diambil alih dari Bahasa Arab ke Bahasa Latin.

Tulisan Jawi berasal daripada huruf-huruf Bahasa Arab. Abad ke-3, tulisan Jawi telah digunakan secara meluas dalam system tulisan Bahasa Melayu. Kemunculan tulisan Jawi ini juga ada hubung kait dengan kedatangan Islam ke kepulauan Melayu.

Sosiolinguistik pula adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat, iaitu bahasa yang digunakan dalam interaksi atau komunikasi. Ada empat jenis kajian bahasa yang diberikan, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Dialek bermaksud suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau lebih dikenali sebagai loghat atau pelat bagi sesuatu tempat. Di Malaysia mempunyai pelbagai dialek yang berbeza-beza. Dialek dapat dibezakan dari segi kosa kata, tatabahasa, kata ganti diri, dan cara sebutan dari segi fonologi serta prosidi.
38

REFLEKSI

Encik Hj Mohamad Zaki B Hj Shamsudin, selaku pensyarah mata pelajaran Bahasa Melayu 2, telah memberi tugasan kepada kami pada 20 Januari 2012, dan kami perlu serahkan tugasan ini pada 20 Febuari 2012, ini bermakna kami mempunyai tempoh sebulan untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya banyak mendapatkan maklumat-maklumat tugasan ini melalui internet dan juga bahan-bahan bacaan. Saya juga meminta tunjuk ajar dari rakan-rakan seperjuangan iaitu dengan mengadakan perbincangan antara mereka.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dapat mengetahui secara mendalam tentang sejarah-sejarah tulisan jawi dan tulisan rumi iaitu dari mana tulisan jawi ini muncul dalam alam Bahasa Melayu, dan juga dapat mengetahui bagaimana tulisan rumi telah digunakan secara rasmi dalam penulisan Bahasa Melayu. Saya juga dapat mempelajari dan memperbetulkan kaedah penulisan ejaan jawi dengan lebih konsisten mengikut penggunaan huruf-huruf jawi yang sering berubah mengikut peredaran zaman ataupun semasa.

Di samping itu, saya juga dapat mempelajari dan mengenali variasi dialek di seluruh Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, dan setiap daripadanya mempunyai dialek yang berbeza-beza. Saya juga dapat memahami dengan jelas mengapa penggunaan Bahasa Baku amat penting dalam menghasilkan komunikasi yang berkesan. Ini kerana tidak semua masyarakat memahami dialek sesuatu bangsa atau budaya yang lain.

39

Lagu Sarawak dalam dialek Sarawak amat sukar difahami, tetapi saya amat berminat untuk mengetahui maksud perkataan-perkataan tersebut, serta ingin mengetahui cerita disebalik lagu itu. Dengan demikian, saya telah meminta bantuan adik-adik senior orang Sarawak untuk menterjemahkan dalam bahasa Melayu standard.

Saya juga tidak memanfaatkan masa lapang yang ada dengan sebaiknya. Ini kerana jadual kelas yang sangat padat, faktor usia dan telah lama meninggalkan alam belajar secara formal iaitu selama 10 tahun, serta mempunyai komitmen yang lain. Faktor-faktor tersebut sedikit sebanyak telah menimbulkan sedikit rasa malas dan kurang bersemangat.

Bagaimanapun dalam mencapai cita-cita, saya perlu kuatkan semangat, bangkitkan semula semangat untuk belajar untuk mencapai kejayaan. Alhamdulillah syukur, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.

40

BIBLIOGRAFI 1 Nuri Supian. (2006, November ). Cuti Sekolah Bukannya Beban. Mingguan Wanita, 179. 2 Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu 1, Kuala Lumpur : Oxford Fajar. 3 Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu 2, Kuala Lumpur : Oxford Fajar. 4 Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurfarhana bt Nasirudin Shah, Norma bt Abdul Razak. (2010, Ogos 21). Isu Bahasa-Dialek. Dipetik pada 10 Feb 2012 dari http://www.isubahasa-dialek_blogspot.com/2010/08/contoh-contohdialek.html.

Zaki. (2009, Mar 16). Pengertian Sosiolinguistik. Dipetik pada 10 Feb 2012 dari http://www.sastringgriss.2forum.biz/t84-pengertiansosiolingguistik

Mohamad Sofee Razak. (2010, Jan 3). Kegemilangan Tulisan Jawi Perlu Dikembalikan. Dipetik
41

pada

19

Feb

2012

dari

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20100 101231055/Article/index_htm 8 Jawi Di Selamat Pagi Malaysia. Dipetik pada 19 Feb 2012 dari http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/2007/06/19/jawi-di-selamatpagi-malaysia/

LAMPIRAN
42

43

You might also like