Bahaya homoseksual dan lesbian
Ibnu Wan Hussin
Tue | Jul 03, 07 | 03:49:40 PMMenurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropahmenghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay danlesbian.Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SWT.Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya;
“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkahkamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskannafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)
Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan“fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiapkejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaanAllah adalah antaranya golongan homoseksual.Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuhdengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
Hukuman mereka yang melakukan amalan seks sejenis
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukumanyang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.Di dalam kitab kanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato’ Haji Sa’id HajiIbrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman merekayang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yangsah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dandibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Kanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37).Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi s.a.w.;
“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)