Asas Pentadbiran Awam
2
Untuk memudahkan lagi pemahaman, kita mengambil contohpentadbiran yang bertujuan mencapai kesejahteraan negara. Dalamusaha mencapai matlamat kesejahteraan tersebut, sumber manusia dankewangan perlu diurus dengan cekap dan berkesan.
1.2
PENTADBIRAN AWAM
Gordon dan Milakovich (1995:6), mendefinisikan pentadbiran awamsebagai segala proses, organisasi, dan individu yang terlibat dalamperlaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan ataudikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, disamping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang danperaturan yang berkenaan.Dimock
et al
. (1983:5) pula mendefinisikan pentadbiran awam sebagaisatu operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk memenuhikehendak rakyat. Ini juga selari dengan pendapat Woodrow Wilson(Dimock dan Dimock 1964:3) yang melihat pentadbiran awam sebagaiperlaksanaan atau menjalankan urusan kerajaan demi mencapai matlamatmemberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan cita rasarakyat.Manakala Ahmad Atory (1983:1) memetik dua definisi klasik dari Dwight Waldo yang mengatakan pentadbiran awam sebagai:(i)
Sebuah organisasi yang mengrus manusia dan benda-bendauntuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan.(ii)
Satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapatdikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau negara.Oleh yang demikian, jelas bahawa pentadbiran awam adalah sebuahbadan yang akan melaksanakan pentadbiran negara, melalui dasar-dasardan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan dalam sesebuah negara.Untuk mencapai matlamat pentadbiran, segala aktiviti dan sumber yang digunakan adalah diurus melalui dua bentuk pengurusan, iaituPengurusan awam dan pengurusan swasta.
(a)
Pengurusan Awam
Pengurusan awam adalah satu proses menyatukan sumber-sumber danmenggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah mencapai matlamatkebajikan sosial. Pengurusan awam biasanya bermotifkan kebajikan sosial(
service-oriented
) dan kurang mementingkan keuntungan. Ia berperanan