You are on page 1of 25

ELEMEN ASAS LETAK REKA GRAFIK

Titik Warna Garisan

Ruang

Permukaan

Bentuk

Merupakan penggerak utama sesuatu bentuk. Sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang.

Konsep: tidak mempunyai ukuran panjang / lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif, bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur. Penggunaan titik secara kreatif boleh melahirkan pelbagai perasaan kepada audiens.

Perubahan susun atur lokasi titik boleh mencetuskan perubahan perasaan dan imbangan.

Percantuman dua titik yang mempunyai jarak tertentu melahirkan garisan.

2. Garisan
Bermula dari titik, kemudian terciptalah lakaran bagi mewujudkan imej yang boleh ditafsirkan oleh khalayak. Garapan dan kombinasi garis boleh mewujudkan pelbagai imej yang kreatif, abstrak, subjektif, dan representatif (bentukbentuk objek, figura, haiwan, persekitaran, pergerakan, emosi & lain-lain).

Garisan mempunyai ukuran panjang, tetapi tidak mempunyai lebar dan tinggi. Pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaannya menghasilkan rupa.

Kombinasi garis membentuk imej 2D dan 3D.

3. Permukaan
Jika kita mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kita akan merasakan ada unsur permukaan wujud.

4. Bentuk
Ada keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih dari satu permukaan. Persepsi manusia akan menukarkan gabungan / susunan berbagai-bagai bahagian kecil sesuatu benda menjadi sesuatu yang menyeluruh dan boleh dikenali.

Apabila sesuatu bentuk diletakkan bersama bentuk yang berlainan saiz, akan mewujudkan pula perbandingan, kadaran, dan skala yang boleh dikira bagi sesuatu bentuk tersebut.

Nilai sesuatu bentuk itu akan berubah jika sudut penglihatan kita berubah, jarak seseorang daripada sesuatu objek, intensiti cahaya, kepekatan bayang, & persekitaran sesuatu bentuk itu.

5. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai jarak antara 2 objek atau rongga yang terdapat dalam sesuatu benda.

Terdapat 2 jenis ruang: Ruang nyata Ruang tampak

Ruang nyata ialah ruang yang tedapat pada bentukbentuk konkrit (3D). Ruang tampak ialah ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak, catan dan cetakan setelah unsur2 jalinan, warna, ton dan garisan digunakan.

Ruang dikatakan positif jika ruang itu digunakan dan negatif jika dibiarkan kosong. Perkara penting bagi ruang ialah garisan grid perspektif. Pandangan sesuatu objek (saiz, ketinggian, kelebaran) berubah mengikut jarak tertentu. Objek yg dekat, saiznya besar. Objek yg jauh, saiznya kecil. Bergantung pada paras pandangan mata seseorang. Kesemua garisan perspektif bertemu pada pusat titik lenyap.

Garisan Grid Perspektif

6. Warna
Warna dibuktikan sebagai pembalik cahaya daripada sesuatu objek atau permukaan. Pengalaman latar kita yang disimpan dalam otak membolehkan otak kita memberikan makna kepada cahaya yang dikesan oleh deria mata. Secara teorinya, cahaya mempunyai spektrum warna (cahaya berwarna-warni spt warna
pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll.).

Warna dibahagikan mengikut suhu warna kepada 2 jenis:


merah kuning

hijau

biru

jingga Jenis Panas


Kedekatan Kegarangan Kekuatan Keceriaan

ungu
Jenis Dingin
Kelembutan Kedamaian Kesayuan Kejauhan Nostalgik

6.1 Memahami warna


Guru perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai warna bagi membantu untuk menonjolkan mesej yg hendak disampaikan kpd anak didiknya. Penggunaan warna tanpa dirancang dengan teliti mungkin akan menyebabkan berlaku kecelaruan di mana mesej yang hendak disampaikan tidak tercapai.

Warna utama: merah, biru, kuning. Warna skunder: campuran 2 warna utama. Warna pertengahan: warna utama + warna skunder. Warna tertier: campuran 2 warna skunder.
Dapatan kajian: kanak-kanak gemar warna terang dan vibran (merah, kuning, jingga). Orang dewasa gemar warna lembut dan ada variasi ton seperti bayangan kebiru-biruan.

6.2 Fungsi warna dalam seni grafik


1. Melahirkan kesan atau pengaruh tertentu.
Warna panas (merah, jingga, kuning) dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Ia mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, semangat dll. Selalu digunakan untuk tema perayaan dan kemeriahan. Dalam seni bina: warna panas digunakan pada permukaan atas akan menambahkan perasaan ketinggian dan digniti dalam permukaan rendah. Berbeza dengan warna-warna dingin.

Warna putih menjadi lambang kebersihan, keaslian dan kesucian. Warna membawa kepada pengaruh psikologi dan kebudayaan. Cth: kuning dikaitkan dengan institusi beraja dan konsep daulat. Kita hendaklah sensetif dengan maksud warna supaya warna yang digunakan untuk grafik tidak menimbulkan prejudis atau kegelisahan bagi sesetengah-sesetengah audiens.

2. Mewujudkan perasaan harmoni.


Warna dapat memberikan berbagai-bagai pengertian estetik dan psikologi. Warna dapat menimbulkan suasana yang dikehendaki. Cth: warna terang untuk keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram.

You might also like