You are on page 1of 10

PENCARIAN TERARAH

Memandangkan banyak maklumat boleh didapati, masa, tenaga dan kos diperlukan untuk menemui maklumat yang berkaitan, penyertaan pasaran merujuk kepada pertukaran bahagian proses pencarian kepada orang lain. Kurangnya kualiti jaminan juga menjadi masalah terutamanya kepada Internet. Sekatan yang lemah untuk memasuki laman yang menarik bagi pengumuman percuma tetapi kandungan kurang berkualiti. Teknologi enjin pencarian terkini masih mentah bagi membolehkan pembezaan yang berkesan sama ada maklumat tersebut berkualiti atau tidak. Oleh itu, sementara kos mendapatkan maklumat berkurangan mendadak , kos bagi menilai dan menapis maklumat meningkat dengan pantas. Agents Ejen pintar selalunya dianggap sebagai jawapan kepada petunjuk masalah dalam kecelaruan Internet. Menurut kamus definisi bagi istilah ejen ialah: Sebagai entiti yang memberi kebenaran atau kuasa yang bertindak bagi pihak lain. Satu contoh yang baik bagi ejen pintar ialah ejen pelancongan tempatan anda. Individu ini menggunakan perisian yang khusus untuk membina senarai tiket yang sesuai dan menggunakan pengetahuan mereka untuk memilih tiket yang paling sesuai dengan kehendak pelanggan. Seorang ejen perisian ialah pemohonan yang bertindak untuk menyelesaikan tugasan bagi pihak penggunanya. Malangnya, definisi ini menggambarkan jenis perisian lain yang terlalu banyak serta telah lama mencipta nama. Sebagai contoh, bayangkan seorang penyemak ejaan. Ia membaca sepanjang dokumen, menyemak setiap perkataan bersandar kepada perkataan dalam pangkalan data. Jika perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data, penyemak ejaan yang tidak pintar akan berhenti dan meminta pembetulan, sementara penyemak ejaan yang lebih pintar mungkin mencadangkan alternatif tertentu dari perkataan yang kerap tersalah ejaan atau alternatif ejaan dialek dalam pangkalan data (Sebagai contoh: UK memilih rumour sebaliknya USA pula rumor ). Kebanyakan ejen perisian adalah berdasarkan idea yang pengguna hanya perlu menetapkan matlamat yang agak tinggi daripada mengeluarkan arahan yang jelas. Ini adalah tanda pertama kepintaran dalam ejen perisian: peraturan yang tugasan untuk mendapatkan dan memproses maklumat secara automatik dari pangkalan data atau gabungan pelbagai sumber. Kebolehan menapis pada kelajuan yang tinggi, mencari,dan menyelesaikan masalah menawarkan perlindungan daripada berlebihan maklumat. Ejen perisian yang baik akan membenarkan orang ramai untuk kurang menghabiskan masa bagi mencari maklumat dan lebih masa menggunakan atau menganalisis maklumat berguna yang pemulihan auto. Ia juga

akan membenarkan pemulihan maklumat baru untuk mencapai keputusan pakar pencari yang berkuasa. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) dengan keupayaan persoalan rumit mungkin juga sepadan dengan gambaran ejen. Sifat Pencarian awal memudahkan pengguna untuk mendapat kandungan pangkalan data yang besar dengan keputusan yang baik. Tetapi dalam menjelaskan kandungan, ia memerlukan tahap kepintaran yang sama. Sebagai contoh, seorang pemaju tanah mencari peluang perniagaan baru

mungkin memerlukan pangkalan data untuk mencari semua rencana yang mungkin
berguna untuk membuat senarai tentang kontrak-kontrak baru yang boleh ditawarkan. Ini mungkin membawa kepada persoalan seperti: Pilih (berfikir-fikir* atau khabar angin*) Dalam 4 huruf (membina* atau membangunkan* atau mendirikan) Dalam 4 huruf (kilang atau kemudahan atau gudang)

Menjangkakan berfikir-fikir termasuk sinonim seperti berfikir tentang atau


mempertimbangkan* atau memikir-mikirkan tentang sesuatu* dan khabar angin termasuk skup atau dengar itu dll., di mana * bermasuk untuk memasukkan semua perbezaan seperti telah dibina atau sedang dibina termasuk juga ejaan alternatif seperti rumour untuk rumor. Walaupun pada level yang lebih a wal, istilah Peringkat tertinggi bagi kepintaran bergantung kepada model kewujudanuntuk manusia dan dan frasa dalam setiap kumpulan konsep mungkin mempertimbangkan pembelajaran mesin yang membenarkan ejen sendiri membuat keputusan berdasarkan kepada menggambarkan keseluruhan yang berkaitan. pemulihan maklumat. Ejen perisian yang memiliki kepintaran peringkat ini belajar untuk memperbaiki keputusan mereka mengikut pengalaman. Idea mereka mengenai keadaan berkembang melalui satu peraturan dalam contoh di atas, kita mungkin bertanggungjawab untuk melatih ejen perisian yang mana rumor adalah sama dengan rumour. Mereka juga mungkin menggunakan teori permainan untuk membuat keputusan yang suatu alternatif itu lebih baik dari yang lain. Sebagai contoh, sebuah penerbangan dari London ke Singapura akan berhenti di satu atau banyak tempat; sepatutnya bagi harga yang telah diberikan ( atau mengikut perbezaan harga) perjalanan yang singkat dan tidak banyak berhenti lebih menjadi idaman.

Mobile Agents Dengan mencari dari pangkalan data ke pangkalan data yang lain bagi memastikan anda tidak ketinggalan maklumat yang diperlukan, boleh membosankan dan mengambil masa. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini ejen dan khidmat peribadi membataskan mereka kepada satu atau lebih pangkalan data yang dikawal oleh syarikat yang menawarkan khidmat tersebut. Dalam kes enjin pencarian, pangkalan data dibuat lebih awal, jadi ia mungkin tidak akan menggambarkan harga terbaru atau urus niaga. Dalam kes yang lain, penjual membayar untuk memasuki pangkalan data mengenai ciri-ciri produk dan harga. Kelebihannya ialah pengguna tidak perlu membina persoalan yang rumit kerana laman tertentu telah disasarkan. Manakala kelemahannya pula, seseorang memilih laman untuk diindeks lebih awal. Untuk lebih pencarian, pergerakan adalah faktor yang membezakan diantara ejen perisian dan jenis perisian yang lain. Ejen bergerak adalah satu program yang mewakili pengguna atau program lain dan boleh dipindahkan dari satu hos ke hos yang lain dalam rangkaian di bawah pengawalan mereka. Ejen bergerak memilih bila dan di mana mereka akan dipindahkan dan mungkin mengganggu perlaksanaan dan menyambung tempat-tempat lain dalam rangkaian tersebut. Ia akan mengembalikan keputusan dan diperolehi media bagi pihak pengguna. Pendek kata, ejen perisian bergerak adalah sebuah program yang menggerakkan data. Paradigma ejen bergerak (atau objek bergerak) ialah dipercayai oleh ramai pencari untuk menjadi pesaing yang kuat dalam perlawanan untuk berurus niaga dengan cabaran daripada multimedia komunikasi yang berkesan dan mempengaruhi pencarian maklumat. Lebih terperinci, ejen perisian boleh menjadi pembantu dalam pengurusan rangkaian yang sebenar, masuk campur pengubahsuaian pengguna (interaksi antara manusia dan komputer), dokumen perjalanan kerja, khidmat pelanggan, tarikan minat oleh komuniti bangunan dan pemulihan semula maklumat. Sejak ejen bergerak berpindah daripada mesin ke mesin dalam rangkaian tersebut untuk menyelesaikan tugasan, mesin-mesin meminta kepada hos ejen perisian bergerak dan menyediakan data untuk membolehkan mereka mengekalkan dialog diantara mereka dan menyediakan maklumat dan pencarian yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan mereka. Pengguna manusia mestilah boleh mentakrifkan tugasan tersebut, menyediakan parameter dan meneruskan perlancaran ejen perisian dalam rangkaian. Ideanya ialah, pengguna terakhir perlu menetahui bagaimana memprogram atau bagaimana untuk menulis skrip; mereka hanya perlu mengetahui bagaimana untuk mengambil dan membuang ikon yang diwakili ke dalam kanvas dan mewarnakan tingkahlaku ejen perisian mereka. Semua topik pencarian yang aktif dan keputusan akan mula ditunjukkan.

Ejen perisian perlu juga mengetahui bagaimana untuk bekerjasama dengan ejen perisian yang lain. Maklumat kerjasama berkumpulan adalah pendekatan pelbagai-ejen untuk retrieval maklumat. Bagi menyakinkan persoalan anda, ejen pelbagai perisian sebenarnya mempersembahkan pencarian secara langsung di banyak laman remote melalui rangkaian. Experts utama determine laman mana untuk pencarian dan bahagian penyelesaian yang berkualiti baik dengan kos pncarian yang rendah. Ejen pelbagai pencarian bekerja bersamasama, bekerjasama bagi meletakkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan anda. Potensi bagi ejen pencarian pintar ialah mengharapkan demostrasi terbaik oleh sistem tele-learning. Ia juga termasuk beberapa objektif: Sistem sepatutnya membenarkan pelajar untuk mencari bidang yang menjadi permintaan, menawarkan fleksibel untuk melayari khidmat pangkalan data scattered courseware dari mana-mana pusat pelayaran dalam rangkaian dalam masa yang sesuai. Proses pembelajaran perlu dikawal berdasarkan kepada gaya pembelajaran pelajar dan kebolehan kognitif. Tambahan pula, sistem tersebut sepatutnya boleh mengawal pelbagai profil pelajar yang berkaitan dengan objektif pembelajaran yang berbeza. Pelajar mudah berhubung dengan guru atau fasilitator dalam talian untuk mendapatkan pertolongan bagi tajuk-tajuk tertentu menggunakan e-mel, khidmat perbualan perhubungan telefon dan penggabungan video. Sistem sepatutnya menyediakan mekanisma tarikan dan ciriciri multimedia dalam koporat yang maju bagi memudahkan proses pembelajaran.

Di bawah sistem ini, peranan seorang pengajar telah berubah daripada

menjadi

pensyarah kepada penulis dan/atau fasilitator online yang bertanggungjawab untuk memberi pertolongan apabila pelajar berhadapan dengan masalah semasa proses pembelajaran. Oleh itu, ejen bergerak boleh digunakan untuk menambah maklumat dari perpustakaan digital dan mengumpulkan bahan khusus mengikut profil pelajar. Ejen boleh menganalisa persoalan pelajar, dan ditujukan terus kepada sumber maklumat yang sesuai: seboleh-bolehnya pengajar, tetapi mungkin juga material khusus atau rujukan lain yang berkenaan. Ejen perisian juga digunakan bagi menjangkakan persembahan media semasa interaksi bersama pelajar dengan pangkalan data courseware multimedia. Kebolehan ini boleh digunakan untuk menyediakan persembahan alternatif daripada tajuk yang sama dan/atau mengawal rangkaian itu sendiri bagi persembahan optima.(cth: penyimpan lebih bandwidth untuk video).

Information Brokers Information brokers menolong pelanggan mencari produser dengan mengkategorikan tawaran dan menyediakan menu yang kukuh bagi memudahkan pelayaran. Secara umumnya, mereka tidak menyediakan kemudahan dan membina khidmat kepada produser, tetapi lebih kepada mengawal peniagaan yang telah lama wujud. Servis kepelbagaian senarai hartanah merupakan contoh dalam dunia sebenar. Ejen hartanah yang baik dilihat sebagai perantara di antara pembeli dan penjual. Ejen tersebut akan menyenaraikan antara tawaran yang telah diiklankan oleh servis kepelbagaian senarai. Ciptaan seperti ini digunakan untuk mengukuhkan contoh yang kebanyakan ejen menawarkan satu sumber maklumat kepada pembeli dan disokong oleh setiap ahli atau yuran langganan dibayar oleh ejen. Lain-lain jenis maklumat broker disemak dengan teliti dan maklumat berkaitan

dikumpul, dipakej dan diedarkan. Ramai yang lebih sesuai dengan pelaburan dalam talian dalam pasaran kewangan: sebagai contoh, servis berita utama kewangan, akan memberi pulangan sumber menerusi aktiviti seperti keputusan suku tahunan, usaha sama, ramalan industri, pilihan dan ciri-ciri serta lain-lain. Hal ini dengan jelas menyatakan perbezaan utama diantara ejen dan broker maklumat: Seorang ejen akan bekerja mengikut arahan khusus daripada pengguna, manakala broker maklumat pula akan memilih dan mengumpulkan maklumat yang dirasakan menarik bagi sasaran pasaran tertentu. Kesannya kepada broker maklumat dalam Internet melalui dua cara: membawa maklumat tentang keadaan dunia sebenar kepada pelanggan, menambahkan pilihan yang baik dan khidmat dalam lingkungan kawasan membeli belah; dan menolong orang ramai memetakan dunia sebenar, menjadikannya lebih sesuai bagi mengarahkan tawaran tersebut dalam pasaran elektronik. Sejak akhir-akhir ini, banyak iklan dalam pelbagai media mempersembahkan maklumat muktamad dalam sosial dan ekonomi yang diterajui oleh ramai pengeluaran, pengedaran dan penggunaan. Walaupun begitu, pengalaman dengan media tradisional mencadangkan bagi sebab sosial, budaya dan bangsa, kebanyakan pengguna pasaran bagi maklumat dalam kebanyakan negara disambung kepada kandungan permintaan tempatan. Dalam kebanyakan kes, kandungan asing mendapat penerimaan yang meluas hanya kerana tiada kandungan tempatan yang boleh setanding kualiti.

Teknologi Internet telah membuang sempadan ruang dengan tidak menyediakan peluang atau hak untuk menggunakan maklumat dunia kepada mana-mana pembaca berpotensi. Oleh itu, semasa menyediakan maklumat pemasaran yang tertentu dari mana-mana dalam dunia (Contoh: Menerbitkan apa-apa dari USA untuk pasaran Asia), masih terdapat permintaan untuk menyediakan maklumat yang berkaitan kepada pasaran. Menempat kandungan mewakili perbezaan bentuk kualiti, menjadikan maklumat yang disediakan lebih releven kepada pengguna. Permintaan ke atas muatan tempatan muncul di semua level geografi: negara, agama dan komuniti metropolitan. Pihak suratkhabar hendak mengambil langkah segera untuk mewujudkan laman web yang memaparkan pengiklanan dan senarai panduan di dalam Bandar seperti restoran dan tayangan gambar, seni dan muzik, acara semasa, tempat yang boleh dikunjungi, sukan tempatan, cuaca dan berita. Terdapat sesetengah penyiaran dan rangkaian kabel bergabung liputan mengenai berita dalam negara dan hiburan dengan berita tempatan daripada bergabung dan pangkalan data boleh dicari melalui online. Syarikat perisian dan telefon mempunyai senarai directory dan servis pemetaan, dan berkongsi dengan yang lain untuk senarai sebenar estet, panduan mengenai restoran dan servis dan maklumat tempatan yang lain.

Orang ramai juga turut cuba mendapatkan perkongsian hasil iklaneka dan pengiklanan tempatan. Kebanyakan laman adalah dibina oleh directory yang mempunyai bahagian yellow pages untuk perniagaan yang mengandungi nombor telefon, alamat, e-mel dan URL. Selalunya laman seperti ini dimulakan dengan maklumat yang diambil daripada buku telefon, dan menerima senarai perniagaan daripada syarikat yang tidak termasuk dalam cetakan yellow pages. Sesetengahnya menerima dan mengedarkan maklumat secara percuma manakala sesetengah yang lain dikenakan cas tambahan bagi pengiklanan yang lebih daripada maklumat asas. Virtual Malls and Directories Dalam topik ini, kata kunci atau prasa dalam persoalan pangkalan data adalah petunjuk berharga yang dapat menarik minat. Setiap hari, portal yang sibuk dikunjungi oleh pelawat dan portal sampingan akan mengambil kesempatan dengan menawarkan meta-data melalui pengiklanan. Berdasarkan kata kunci yang diberikan oleh pengguna, portal tersebut akan menggunakan enjin pencarian mereka mendapatkan keputusan daripada pangkalan data. Dalam masa yang sama, kata kunci yang sama digunakan untuk memilih pengiklanan tertentu

daripada pangkalan data lain yang mempunyai sepanduk berhubung kait dengan senarai kata kunci oleh pengiklan yang bermatlamat dapat menarik minat penonton. Iklan tersebut akan ditayangkan dengan persoalan mengenai keputusan dengan harapan yang mereka akan menawarkan alternatif yang lebih menarik. Directories sampingan juga menjadi penambahan biasa dalam menawarkan khidmat di laman portal. Semasa enjin pencarian mengindeks setiap perkataan dalam setiap muka surat, pengawal akan mengkategorikan senarai. Directories ini selalunya pengumpulan berdasarkan maklumat yang diberikan laman web yang telah tersenarai. Kebanyakan directories ini adalah perkara tertentu yang mempunyai pelbagai peringkat kategori, bermula daripada topik asas (Contohnya: Seni dan Budaya) dan beralih kepada topik yang lebih khusus (Lukisan Penuh Perasaan Untuk Jualan).

Tambahan pula, pembeli dalam Internet tidak perlu mencari lebih jauh untuk menemui kedai online untuk membeli sesuatu. Lebih ketara, pihak media, pembekal khidmat online dan enjin pencarian menggambarkan peruncit dan menyediakan hubungan terkawal dengan laman mereka. Terdapat juga sebilangan yang memberi pelanggan peluang untuk membeli barangan kawalan yang bagus. Kepada pembeli yang ingin membeli sepasang kasut tetapi tidak mahu pergi dari kedai ke kedai, dengan hanya menekan kata kunci dan ejen perisisan akan mencari mana-mana tawaran daripada peruncit untuk pemilihan dan maklumat mengenai harga. Mana-mana pembeli yang berminat akan di arahkan ke laman web yang memaparkan gambar dan penerangan lanjut mengenai kasut di laman peruncit tersebut untuk menyudahkan pembelian. Virtual malls telah dibentuk untuk memberi perasaan berdekatan dengan stor Internet. Dalam dunia yang nyata, peruncit kecil boleh mengambil kesempatan, merapatkan diri dengan stor besar yang kukuh di dalam pusat membeli-belah, yang menawarkan lebih peluang untuk pembandingan dan pembelian yang lebih santai. Dalam sebuah rangkaian, semua stor adalah sangat jauh (atau dekat) dari sudut yang nyata, dan lebih mudah dimaksudkan dengan mendapatkan perhatian penuh dari pelanggan yang disenaraikan oleh directory atau virtual mall. Oleh sebab itu, kepentingan lebih baik daripada kepelbagaian. Kumpulan stor dengan produk yang hampir sama lebih mudah untuk membuat perbandingan mengenai ciri-ciri produk, khidmat dan harga. Ia juga mengarahkan kepada pengiklanan terkumpul oleh stor-stor yang tersenarai. Secara umumnya, semasa mereka berkongsi pesanan-masuk dan sistem pembayaran, setiap storefront di dalam mall dilihat berdikari oleh pelanggan. Dalam kes ini, terdapat

sedikit perbezaan diantara directories dan virtual malls dan membabitankan pengiklanan untuk mengatasi keadaan perkhidmatan baru. Kadangkala perkhidmatan menerusi dua broker maklumat online boleh dikaitkan. Sebagai contoh, proses pembelian kereta melalui online. Pertama, broker memberi maklumat dengan menerangkan tentang model dan ciri-ciri yang terdapat pada kereta di pasaran, dan akhirnya membenarkan pembeli untuk beurusan dengan penjual bagi meneruskan rundingan. Kedua, broker juga memberi maklumat mengenai khidmat yang membenarkan perbandingan membeli-belah kepada insuran. Kedua-dua perkhidmatan tersebut, mengukuhkan maklumat mengenai tawaran daripada penjual yang telah dipilih, untuk membuat proses pencarian pembeli lebih menyakinkan. Jika pembabitan Internet diteruskan dalam cara tertentu, laman yang sedikit akan menjadi laluan bagi membimbing pemerhati melalui isi kandungannya, melihat kepada banyak perniagaan yang muncul bagi meramaikan pelanggan mungkin perlu membayar jarak penglihatan melalui laman tersebut. Semuanya akan dikumpulkan bersama sebagai kos pengiklanan dan pemasaran yang boleh menjadi lebih mahal bagi sesetengah pihak. Dalam kata lain, sebagai ejen yang pintar membuat rangkaian tersebut lebih mudah untuk dilayari, kos pengiklanan dan pemasaran yang rendah akan menarik minat masyarakat untuk meneroka laman web menerusi televisyen, telefon dan PDA. Direct Marketing Direct marketing dalam tradisi runcit adalah sudah canggih. Peruncit boleh mencapai dan memanipulasi made up pangkalan data luas mengenai jaminan maklumat bagi kereta, alat dan pengguna komputer dan menggunakan maklumat untuk menarik minat pengguna baru dengan menghantar surat kepada pelanggan yang tinggal di kawasan tertentu yang sesuai untuk mengadakan demo atau lain-lain kelebihan. Pangkalan data mengenai kewujudan pengguna mungkin lebih terperinci, dengan membenarkan peruncit menghantar tawaran yang disasarkan. Jumlah masa dan wang yang banyak dikehendaki bagi menyusun, menghantar dan melihat semula keberkesanan kempen direct-mail. Dengan membuat perniagaan melalui pemindahan laman web lebih kepada fungsi menjual kepada pengguna melalui catalog yang menarik dan borang pesanan dalam talian yang membawa kepada transaksi. Kelebihan pemasaran tambahan adalah dapat menarik minat pengguna. Teknologi menawarkan peluang untuk mengumpul kepintaran pasaran dan memantau pilihan pengguna melalui pelayaran pelawat dan tingkah laku semasa pembelian.

Bagaimanapun sekarang tardapat sebilangan masyarakat, isu undang-undang dan teknologi yang menghalang syarikat daripada mengambil kesempatan. Selalunya peraturan dalam adab pengendalian pemerintahan maya dirujuk sebagai netiquette, a portmanteau of internet and netiquette. Netiquette boleh mengambil borang polisi untuk forum interaktif, tetapi lebih mengenai tingkahlaku biasa yang menggambarkan percubaan bersifat Internet keberlakangan ini. Dalam kes pemasaran Internet, tingkahlaku tersebut digambarkan seperti berikut: Internet ialah rangkaian komputer yang sangat besar yang wujud berdasarkan kerjasama. Dalam kursus perniagaan biasa tiada siapa ambil peduli akan penyimpanan maklumat dan mengedarkannya pada masa yang sesuai. Kami saling bantu-membantu. Walaubagaimanapun, sesebuah syarikat yang menggunakan infrastruktur dengan motif keuntungan semasa sesiapa yang menerima mesej mereka yang tidak diperlukan, tidak perlu ia membebankan infrastruktur kita dan membazirkan maklumat yang berharga. Ini terutamanya berkenaan e-mel tidak berguna yang banyak dikenali sebagai spam. Spam ialah bentuk mesej yang dipos berulang kali kepada forum awam seperti newsletter. Kegunaan e-mel yang tidak bijak dan forum awam membawa kepada moral dan tindak balas yang sah menentang pemasaran langsung dalam Internet. Kebanyakkan perkhidmatan Internet yang disediakan akan mengambil langkah menentang spammers seperti memutuskan perhubungan dan menolak sebarang servis mereka jika sebarang aduan dibuat. Perniagaan yang sah tidak akan menyinggung perasaan pengguna dan bersedia untuk menerima budaya Internet yang melarang spamming. Sebagai contoh, Canadian Direct Marketing Association, menyatakan bahawa sebanyak 80% ahli daripada syarikat direct marketing dengan sukarela memutuskan untuk melaksanakan peraturan yang melarang ahlinya menghantar e-mel yang tidak berguna. Di US telah terdapat undang-undang mengharamkan sebarang pengiklanan melalui faks yang memerlukan penerimanya membayar sejumlah wang untuk kertas, dakwat atau lain-lain sumber. The Coalition Against Unsolicited Commersial Email (CAUCE) adalah sebuah organisasi Internet yang cuba untuk

mengembangkan undang-undang ini termasuk e-mel, dalam prinsip yang sama. Walaubagaimanapun, pengguna Internet mungkin tidak boleh melawat pejabat anda tetapi mereka mudah menyuarakan sebarang rungutan. Mereka juga boleh membina laman web khas rungutan mengenai syarikat anda. Selain itu, mereka boleh memberikan nama syarikat anda kepada pelbagai senarai hitam melalui talian yang boleh dipantau oleh pengguna biasa, agensi penghargaan, agensi perlindungan pengguna dan lain-lain persatuan yang terlibat. Dengan itu, pihak terbabit boleh menceritakannya kepada beribu-ribu masyarakat

melalui perbualan maya. Bilangan tersebut mungkin bertambah ramai dengan mengepos mesej melalui papan buletin maya. E-mel dengan aduan juga boleh dihantar kepada rakan kongsi anda, pihak pembankan dan persatuan pengguna, semuanya dalam kos yang rendah. Demi membalas dendam, mereka mungkin tidak akan menghiraukan netiquette dan menceroboh masuk dalam sistem komputer anda atau menghantar fail dengan virus pemusnah atau bom emel yang bakal merosakkan komputer anda.

Pada April 1994, firma guaman Canter & Siegel mengepos beberapa ribu salinan iklan kepada Usenet bagi perkhidmatan mereka di ruangan untuk beberapa jam, mencetuskan limpahan cakera, zaman kejatuhan rangkaian, dan sistem tergendala dalam sesetengah kes. Kesimpulannya, perkhimatan Internet New Zealand telah disingkirkan, meninggalkan kesan yang sangat besar kepada perbincangan Usenet. Semasa Cyber Promotions enggan untuk memberhentikan spamming ahli America On Line (AOL), AOL menghantar semula semua emel yang tidak dihantar dalam satu masa, berkesan untuk menyingkirkan pembekal Internet UUNet Cyber Promotions. UUnet menjatuhkan Cyber Promotions sebagai pelanggan dan AOL membawanya ke mahkamah. Semasa Prime Data Worldnet Systems menghantar banyak mesej e-mel yang mengiklankan ciptaan perisian bagi membolehkan pengguna Internet yang lain untuk menyampaikan e-mel tidak berguna kepada ahli AOL, AOL terus membawa kes tersebut ke mahkamah. Symantec, kumpulan pereka perisian dunia, menghantar banyak e-mel mempromosikan produk yang baru. Selain menggunakan senarai wang langganan surat berita biasa mereka, mereka juga menggunakan senarai alamat e-mel yang diambil daripada pertanyaan pengguna untuk sokongan teknikal. Dalam masa dua hari, kewujudan perubahan pelanggan kepada jenama perisian yang lain, dan Symantec telah disenaraihitamkan sebagai spammer. Walaupun syarikat tersebut telah berjanji untuk kembali kepada polisi pengiklanan mereka yang lama dalam laman web dan melalui pos biasa sahaja, komuniti Internet tidak mudah memaafkan.

You might also like