You are on page 1of 7

RANCANGAN MENGAJAR

Tajuk Pelajaran : Kawad Persendirian Dan Mengawadkan Skuad


Jumlah Ahli Dalam Kelas : 31 Orang Termasuk 1 Ketua Platun
Bahan-bahan rujukan : Buku Panduan Kawad Kaki
Alat-alat Bantuan Mengajar: Tongkat Penyukat (Pegawai Waran sahaja)
Tempat Latihan : Padang Perhimpunan Sekolah
Masa Latihan : 2 Jam 30 Minit

PERMULAAN

Catatan
Masa Isi
Pengenalan

1. Pendahuluan

 Memberi tahu bahawa platun


kadet telah melepasi asas kawad
tahap 1 hingga 3.
 Menilai prestasi anggota kadet
dalam pengetahuan asas dan
15 minit kemahiran Pertahanan Awam.
 Latihan seterusnya adalah untuk
meningkatkan kemahiran dalam
kawad kaki secara individu.
 Kawad kaki peringkat lanjutan
terbahagi kepada tahap 1 dan 2.
 Latihan tahap 1 adalah kawad
persendirian dan tahap 2
mengawadkan skuad.
 Kelayakan seseorang kadet
untuk menjadi ketua platun atau
untuk dinaikkan tahap dan
pangkat yang lebih tinggi.

2. Ulangkaji
 Mengulangkaji pelajaran asas
tahap 1 hingga 3.
 Memperbetul kembali kesalahan-
kesalahan yang dilakukan
semasa mengulangkaji asas
yang telah dipelajari.
 Tumpukan pada bahasa
hukuman kawad.
3. Tujuan

 Melatih anggota kadet kawad


kaki peringkat lanjutan.
 Meningkatkan kemahiran
berkawad seseorang anggota
kadet ke tahap yang lebih tinggi.
 Meningkatkan lagi disiplin
seseorang anggota kadet untuk
menjadi seorang anggota yang
cekap, menepati masa dan patuh
arahan dan dijadikan satu
teladan kepada anggota-anggota
di bawahnya.

Latihan Kawad Kaki


Peringkat Lanjutan Tahap 1:

(Kawad Persendirian)

 Jurulatih mestilah melatih


seseorang anggota kadet cara-
cara memberi bahasa hukuman
yang betul dari segi suara dan
hukuman yang betul.
 Seseorang anggota kadet
hendaklah menunjukkan semua
bahasa hukuman kawad beserta
pergerakan yang betul.
 Bahasa hukuman mestilah
beserta perbuatan oleh anggota
kadet tersebut.
 Keluarkan seorang demi seorang
anggota kadet untuk mendapat
tunjuk ajar dari jurulatih

Peringatan

 Sebagai seorang jurulatih yang


baik hendaklah sentiasa memberi
tunjuk ajar dan teguran-teguran
yang membina serta
memperbaiki kesalahan serta
merta.
 Sabar dan sentiasa menaikkan
semangat anggota platun.

 Tegur kesalahan untuk


keseluruhan dan kemudian tegur
kesalahan individu di dalam
skuad jika perlu.

 Ujian Penilaian Kawad Kaki


1 jam Lanjutan Tahap 1

Latihan Kawad Kaki


Peringkat Lanjutan Tahap 2:

(Mengawadkan skuad)

 Hukuman panggilan skuad


 Bariskan platun kadet dalam 3
barisan.
 Seseorang anggota kadet perlu
menerangkan kepada
skuad,penanda kanan, penanda
kiri, barisan hadapan, barisan
tengah dan barisan belakang.
 Termasuk peraturan semasa
berkawad.
 Seseorang anggota kadet
mestilah menghafal hukuman
 Tunjukkan semua bahasa
hukuman dimana perbuatan
adalah dari anggota platun
termasuk keluar baris.
 Keluarkan seorang dari seorang
untuk mengawadkan skuad.

Peringatan
1 Jam
 Sebagai seorang jurulatih yang
baik hendaklah sentiasa memberi
tunjuk ajar dan teguran-teguran
yang membina serta
memperbaiki kesalahan serta
merta.
 Ujian Penilaian Kawad Kaki
Lanjutan Tahap 2
AKHIR

Soalan
Masa

1. Berikan bahasa hukuman masuk baris dengan terang dan jelas ?

Jawapan

Bahasa Hukuman Masuk baris :

Skuad!..... Skuad!..... Skuad!.....


Dengar sini semua sekali….
15 Minit Apabila dapat hukuman, 3 barisan dihadapan saya gerak.
Skuad hendaklah bersedia, belari, berbaris di hadapan, di
tengah-tengah, dimana saya mengadap..
Faham itu Skuad..
3 barisan dihadapan saya gerak….!!!

2. Berikan bahasa Doa Kawad dengan terang dan jelas ?

Jawapan

Doa kawad:

Assalammualaikum Skuad,
Pada pagi/petang ini saya akan mengawadkan skuad,
Penanda disebelah kanan (nama ahli skuad di sebelah kanan),
Penanda disebelah kiri (nama ahli skaud disebelah kiri).
Itu adalah barisan hadapan,
Barisan tengah, tengah juga.
Barisan belakang, belakang juga.
Hukuman salah jangan dibuat,
Hukuman saya yang betul , skuad hendaklah buat dengan betul
dan cergas,
Faham itu skuad!..... Faham itu skuad!......

3. Nyatakan perbezaan kawad persendirian dan mengawadkan skuad ?

Jawapan

Mengawadkan skuad di istilahkan sebagai individu yang memberi


hukuman manakala perbuatan dilakukan oleh skuad. Berbeza
dengan Kawad Persendirian iaitu yang diistilahkan sebagai
Hukuman dan perbuatan dilakukan oleh seorang individu sahaja.

4. Apakah tujuan mengawadkan skuad terhadap anggota kadet ?

Jawapan

 Membentuk anggota kadet supaya bermegah dengan


tatatertib dan taat setia.
 Mengulangkaji anggota kadet kawad kaki di peringkat asas.
 Meningkatkan kemahiran berkawad seseorang anggota
kadet ke tahap yang lebih tinggi.
 Tumpukan adalah pada bahasa Bagi Ketua ketua skuad dan
hendaklah dilatih untuk membina suara dan mengawalkan
skuad.

5. Berapakah jarak maksima skuad semasa bergerak ?

Jawapan

Jarak pergerakan Skuad tidak boleh melebihi 28 langkah ke


kanan dan 28 langkah ke kiri.

6. Nyatakan Pelajaran 1 hingga Pelajaran 11 dalam pelajaran kawad


kaki secara ringkas?

Jawapan

 Pelajaran 1 : Sedia
 Pelajaran 2 : Senang Diri
 Pelajaran 3 : Rehatkan Diri
 Pelajaran 4 : Berbaris dalam 3 Barisan
 Pelajaran 5 : Meluruskan Barisan
 Pelajaran 6 : Nombor dan Nyatakan
 Pelajaran 7 : Buka dan Tutup Barisan
 Pelajaran 8 : Masuk Baris
 Pelajaran 9 : Berpusing dan Berpusing Separuh
 Pelajaran 10 : Bersurai dan Keluar Baris
 Pelajaran 11: Paras
7. Nyatakan Pelajaran 12 hingga Pelajaran 23 dalam pelajaran
kawad kaki secara ringkas?

Jawapan

 Pelajaran 12 : Berjalan dan Berhenti Dalam Masa Cepat


 Pelajaran 13 : Berjalan dan Berhenti Dalam Masa Perlahan
 Pelajaran 14 : Langkah Pendek dan Langkah Panjang
 Pelajaran 15 : Langkah Ke Hadapan dan Ke Belakang
 Pelajaran 16 : Langkah Ke Sebelah
 Pelajaran 17 : Membelok
 Pelajaran 18 : Berpusing dan Berjalan menyerong Dalam
Masa Pelahan
 Pelajaran 19 : Berpusing dan Berjalan menyerong Dalam
Masa Cepat
 Pelajaran 20 : Hentak Kaki Berhenti Maju Dalam Masa
Perlahan dan Cepat
 Pelajaran 21 : Tukar Langkah Masa Pelahan dan Cepat
 Pelajaran 22 : Berlari, Hentak Kaki dan Berhenti
 Pelajaran 23 : Tukar Langkah Perlahan Cepat dan Berlari

8. Berapakah jumlah anggota dalam setiap Platun ?

Jawapan

31 orang termasuk ketua platun

9. Berapakah jumlah langkah per minit di dalam kawad masa cepat


jalan ?

Jawapan

116-120 langkah seminit

10. Berapakah jarak selangkah di dalam kawad masa


Senang Diri ?

Jawapan

12 inci

You might also like