You are on page 1of 5

REFLEKSI

Program BIG untuk PISMP Cohort 4 Semester 1 2009 yang dijalankan selama 4 hari 3
malam dan diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan telah memberikan saya 1001
kenangan sebagai salah seorang bakal guru. Ia mengingatkan saya betapa besarnya
halangan dan dugaan untuk menjdai seorang guru pada zaman moden ini.. Semua
aktiviti yand dirancang berjalan dengan lancar dan penuh suka duka. Aktiviti-aktiviti
bersifat ilmiah yang dirancang mengikut modul telah berjaya membentuk satu
personaliti dan penampilan guru-guru pelatih di IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa.
Pada hari pertama program ini dijalankan, seluruh pelajar PISMP KBA, PISMP A dan
PISMP B telah dibahagikan kedalam kumpulan kecil dan setiap aktiviti yang
berlangsung haruslah mengikut kumpulan yang ditetapkan. Sememangnya setiap
aktiviti yang dijalankan memberikan pengalaman baru kepada saya.

Pertama kali sampai ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan
ciptaan Tuhan yang terbentang luas dihadapan saya. Bunyi ombak yang kuat amat
mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar dan kuat menyedarkan saya betapa kerdilnya
diri saya dalam dunia ini. Saya pandai berenang, namun apabila berhadapan dengan
keadaan laut yang sedemikian saya hilang keberanian dan kekuatan.
Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mula-mula saya
terfikir ia tidak sukar sangat.namun, apabila berhadapan dengan keadaan sebenar, ia
tidak seperti yang disangkakan. Ombak yang kuat dan bertalu-talu menghalang
pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang
ditetapkan. Saya tertelan air masin berkali-kali. Setelah dipukul ombak beberapa kali,
saya mula berasa letih dan putus asa. Namun, berkat pertolongan dan sokongan
kawan-kawan serta pensyarah Ustaz Mohd Amin Yamin, akhirnya saya kembali
bersemangat. Saya tidak kisah berapa besar ombak yang melanda, saya tetap
bersemangat. Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang
telah banyak menolong saya. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat
kehidupan kita. Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita. Ada
kalanya laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti ketenangan dalam kehidupan
kita. Adakalanya laut tadi bergelora dek ombak yang mangganas, ia umpama
kehidupan kita yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Selain itu, saya
mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam kehidupan kita. Tanpa kawan,
banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya. Sekiranya tiada
kawan-kawan yang menolong semasa menghadapi ombak yang besar, pasti saya akan
mengalah. Kehadiran kawan-kawan disekeliling saya telah memberi keberanian kepada
saya. Saya juga melihat ramai kawan-kawan lain yang mengalami keadaan yang sama
seperti saya, malah ada yang lebih takut lagi. Namun, dengan adanya kawan-kawan
lain dengan mereka, mereka berjaya melawan ketakutan tersebut. ketakutan ini dapat
diatasi kerana percaya kepada kawan. “Kawan akan menolong kawannya”,
bersandarkan kepada pegangan ini, ketakutan kepada ombak yang besar itu dapat
dilawan kerana kepercayaan kepada rakan yang pasti akan menolong kita.
Aktiviti pada hari kedua sepanjang program Bina Insan Guru ini berlangsung
ialah aktiviti kembara yang dijalankan pada hari kedua. Aktitviti ini telah dibimbing oleh
pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Sebelum aktiviti kembara ini dijalankan,
En. Mohd Arus b. Abdul Kudus telah memberi penerangan mengenai keselamatan,
laluan kembara, dan carauntuk membaca kompas. Penerangan yang diberikan oleh
pensyarah saya dengar dengan teliti. Saya juga telah memperoleh pengetahuan baru
iaitu cara untuk membaca kompas. Sememangnya agak sukar untuk membaca kompas
jikalau tidak diketahui arah kedudukan sebenarnya tetapi tunjuk ajar yang diberikan
oleh En. Mohd Arus b. Abdul Kudus membuatkan saya lebih faham mengenai cara
untuk membaca kompas. Aktiviti kembara pada pagi itu bermula tepat pada pukul 9.00
pagi. Kami telah bergerak dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan seakan
teruja untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Kumpulan saya merupakan kumpulan
terakhir bergerak memulakan aktiviti kembara ini.

Sepanjang aktiviti kembara ini berlangsung, kami dalam satu kumpulan telah
telah belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong menolong antara satu
sama lain memikul segala peralatan yang dibawa. Aktiviti yang dijalankan ini juga
memberi kesedaran kepada kami semua mengenai betapa peri pentingnya menjaga
alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar di sepanjang kawasan
membuatkan spesis flora dan habitat fauna dapat membiak dengan baiknya. Memang
tidak dinafikan, banyak burung-burung dan unggas berkicauan menandakan kawasan
mereka bebas daripada pencemaran. Pokok-pokok yang diberi nama juga banyak yang
saya tidak ketahui dan saya amat tertarik dengan kawasan hijau tersebut, Sepanjang
perjalanan ini saya dan rakan-rakan kumpulan agak penat kerana jalan yang dilalui
agak curam dan licin. Saya juga tidak ketinggalan memanfaatkan ilmu membaca
kompas yang diperoleh untuk mencari arah kiblat semasa menunaikan solat zohor
darurat. Saya telah dilantik sebagai imam kepada kumpulan jemaah seramai 45 orang
termasuk pensyarah.
Pada hari ketiga, aktiviti kami ialah berkayak dari Blue Lagoon ke Teluk Kemang.
Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Namun,
setelah melihat kawan-kawan yang lain bersusah payah untuk menuju ke destinasi
yang ditetapkan, saya berasa keyakinan saya bertukar menjadi ketakutan sedikit demi
sedikit. Tambahan lagi, kawan-kawan yang mencuba tersebut ialah pelatih lelaki. Saya
berfikiran, sekiranya lelaki yang lebih kuat daripada perempuan tidak mampu berkayak
melepasi ombak tersebut, apatah lagi seorang perempuan. Saya melihat beberapa kali
kayak yang dinaiki kawan-kawan dipukul ombak sehingga hampir terbalik dan ditolak
kembali ke pantai. Namun, mereka tetap mencuba. Saya melihat kegigihan dari riak
muka mereka. Apabila 2 orang pelatih perempuan berjaya berkayak menuju ke
destinasi yang ditetapkan, saya mula bersemangat semula. Saya berasa bangga
dengan mereka. Ini mengubah fikiran saya bahawa perempuan juga boleh
melakukannya. Yang paling penting ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang
betul , bukannya kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita
sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan menilai kebolehan kita. Dalam
situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan
pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang
mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri kita,
mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah apabila mengajar kelak.

Saya walaubagaimanapun mengalami kesukaran yang tidak dialami rakan-rakan


yang lain. Mabuk laut yang agak kritikal. Setiap kali ombak melanggar kaya, saya akan
mengalami pelbagai rasa yang tidak enak. Akhirnya. Segala sarapan dan juga santapan
pagi saya telah keluar kembali dan saya telah hilang kesedaran di atas kayak itu. Saya
akhirnya dibantu oleh ketua jurulatih iaitu En Arus. Saya menaiki bot penyelamat dan
Berjaya diselamatkan setibanya kembali di darat. Rakan kayakl saya juga agak
bernasib baik kerana dia juga berksempatan menaiki bot penyelamat sebaik sahaja
saya pitam. Keadaan yang sama berulang ketika kami berkayak balik ke Blue Lagoon
dari Teluk Kemang. Pisang berbuah dua kali. Saya berasakan tubuh saya longlai dan
tidak berdaya untuk meneruskan kayuhan. Saya mula mengerti bahawa dalam hidup ini
bukan setiap masa kita berada di atas dan akan menerima cabaran dan dugaan seperti
ini. Mabuk laut sememangnya kelamahan utama saya. Saya terpaksa menerimanya. Ini
mengajar saya bahawa dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa
berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Walaupun,
kadang-kadang saya mabuk ketika menaiki kayak tadi, namun satya harus bangun dan
bermula semula. Jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita, sebaliknya jadikan ia
sebagai satu pengajaran untuk berubah pada percubaan yang kan datang. Begitu juga
dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana kita tersilap langkah, maka jadikanlah
kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan tersebut
pada masa yang akan datang.
Akhir sekali, walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat
daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya
juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang
melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta
orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa
yang akandatang.

Setelah selesai semua tugasan yang diberikan, kami dibenarkan untuk berehat.
Melihatkan riak wajah rakan-rakan kumpulan yang begitu riang walaupun kepenatan
membuatkan saya gembira dengan aktiviti yang dijalankan ini. Sememangnya aktiviti
berkayak yang dijalankan ini memberi banyak pengalamnan dan pengetahuan baru
dalam diri saya. Saya juga mula dapat menghayati betapa peri pentingnya menjaga
untuk menjaga dan member tumpuan mental semasa berkayak agar perkara yang
sama tidak berulang lagi.. Pengalaman yang saya perolehi bersama rakan-rakan juga
tidak akan dapat saya lupakan. Secara rumusannya, Aktiviti ini telah mengajar kami erti
persahabatan, nilai kerjasama, tolong menolong, berdikari dan bertanggungjawab. Saya
harapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar bakal-
bakal guru dapat memperolehi dan memanfaatkan ilmu yang berguna ini.

Disediakan oleh : Ahmad Faqih b Pauzi

You might also like