You are on page 1of 15

pendahuluan

1.0 Pendahuluan. Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari, Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya. Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini. Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu dengan bimbingan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik. Posted by nurfadhillah ghazali at 23:53 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan
2.0 Esei Pendek 2.1 Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru

memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP. Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar. Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi). Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut. Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat

dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian. Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas. Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup. Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang. Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid tersebut

Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi semasa menggunakan resos adalah Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun. Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar. Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar. Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalah Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dari Confucius bahawa i hear i forget i see i remember i do i understand. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung. Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan kapur atau papan putih dan pen marker, pengajaran juga tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan sebagainya untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru. Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif boleh digunakan semasa menggunakan resos dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang dengan rakan

untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah disediakan oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing murid sahaja. Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan pengalamanpengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan resos yang dibuat. Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar. Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus. Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus. Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.

Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik. Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk menumpukan dengan penuh perhatian. Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut. Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di sekolah. Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah dekakdekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur. Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang dapat dipegang

dandilihat membolehkan murid-murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut. Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana struktur matematik boleh diajar. Gred awal menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian. Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan selesa. Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk belajar konsepkonsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-dimensi an dibuat bahan-bahan yang terpakai dan sebagainya. Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan. Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada yang paling dekat nilai,digit tempat.

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri. Posted by nurfadhillah ghazali at 22:00 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

3.0 Membina Resos - DEKAK-DEKAK


3.0 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN RESOS Memandangkan topik yang kami pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina dekakdekak. Dekak-dekak merupakan resos utama kami bagi menyokong pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang akan kami jalankan melalui pengajaran mikro. Idea pembinaan dekak-dekak ini tercetus setelah kami berkolaborasi bersama-sama dengan Encik Norhawan bin Misiran dan menyatakan kepada beliau tentang apa yang kami ingin lakukan. Selain itu, kami juga turut membina sampul surat, kad nombor, lembaran kerja dan juga video bagi menjayakan lagi proses PdP. 3.1 Penghasilan Dekak-dekak Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan oleh murid-murid sekolah rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh dibina mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu mudah untuk dibentuk dan juga dipotong.

Rajah 3.1.1 : Tapak Dekak-Dekak Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.

Rajah 3.1.2 : Tiang Dekak-Dekak

Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada polisterin dan boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik perhatian murid-murid, tetapi bentuk kesemua bentuk buah tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang dipilih, maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua buah ke dalam rumah ratus.

Rajah 3.1.4 : Buah Dekak-Dekak

Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.

Rajah 3.1.6 : Label bagi setiap rumah

Rajah 3.1.7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam

3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah. Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3 buah di rumah ratus, puluh dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak.

Add caption

You might also like