• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakatsemakin gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatanseperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yangdilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawadewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi.Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagaipihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalamkalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakanpokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalahkes buli ini.Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajaryang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikianhanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepadaorang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatinkepada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yangselalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikantanggungjawab mereka terhadap anak mereka.Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarahsetampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatankawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgardi sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yangingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagailangkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelutini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihaksekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah denganmelalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawaperbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan denganpelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-caramengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakansecara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari parapelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kesbuli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalahkes buli ini.Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan disetiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki limasekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada merekayang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga bolehmenggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolahdengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuantentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsadalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itukepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

kita sebagai murid janganlah sesekali membuli orang lain yang lemah.selain itu,kita jangan salah memilih rakan-rakan.Hal ini kerana,rakan akan mempengaruhi kita untuk melakukan perkara yang tidak baik..

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...