You are on page 1of 3

Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti

linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh : meter - meter - m kilogram - kilogram - kg second - saat - s ampere - ampere - A degree - darjah - K candela - kandela - cd radian - radian - rad steradian - steradian - st mole - mol - mol hecto - hekto - h centi - senti - c mega - mega - M giga - giga - G

BAB 1: SURATAN YANG PERLU KUTERIMA

Bujei sedang berada di tebing sungai di kampungnya. Sungai itu cetek dan sentiasa mengalir walaupun pada musim kemarau. Setiap hari dia pasti berkunjung ke situ untuk mengisi masa lapangnya. Dia hanya ditemani oleh agas-agas dan nyamuk yang kadang kala menguji kesabarannya tetapi semua perkara itu tidak dihiraukannya. Bujei bukan seorang sasterawan yang mencari ilham atau seorang pelancong yang menjadikan alam sekitar sebagai sumber inspirasi kehidupan mereka. Bujei turut ditemani dua ekor kerbau yang berkubang di dalam sungai itu. Apabila terasa lapar dia akan menangkap dan membakar ikan yang dipancingnya di sungai itu lalu dimakan tanpa mengira masak ataupun tidak. Sungai itu telah sebati dengan hidup Bujei. Di tebing sungai itulah dia berehat, berbaring dan kadang-kadang terlena tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Bujei telah digelarkan oleh penduduk kampungnya sebagai seorang pemuda yang tidak berakal, bodoh, dan dungu sehingga dia tidak berdaya untuk menguruskan hidupnya dengan baik. Walau bagaimanapun dia sering menafikan cemuhan orang kampungnya kerana teringin untuk hidup seperti insan biasa tetapi dia tidak mampu mengubah nasibnya itu.

Apakah yang menyebabkan Bujei menjadi begitu (sasau)? Nasib malang yang menimpa Bujei bermula selepas kematian bapanya yang merupakan seorang askar kerana terlibat dalam satu kemalangan maut di Lebuh Raya Karak. Bujei masih kecil lagi pada ketika itu dan dia bercita-cita hendak menjadi seorang tentera sama seperti ayahnya. Selepas peristiwa menyayat hati itu Bujei tinggal bersama ibunya yang bernama Fatimah dan masih mempunyai seorang nenek. Tidak lama kemudian ibunya telah berkahwin dengan Harun seorang mandur di ladang kelapa sawit. Orang kampung tidak bersetuju dengan pilihan ibunya itu kerana mereka tahu perangai buruk Harun. Tidak lama kemudian barulah Fatimah menyedari kesilapannya memilih Harun. Harun (bapa tiri Bujei) telah memujuk ibunya membeli sebuah kereta untuk kemudahan mereka dimana RM 15 ribu wang simpanan untuk menunaikan Haji dan belanja

persekolahan Bujei telah habis dibelanjakan. Harun berpura-pura menunjukkan kasih sayangnya sebagai seorang suami yang bertanggungjawab untuk menyakinkan Fatimah. Belum pun sampai setahun berkahwin, Harun telah menunjukkan belangnya dengan memaksa Fatimah memberikan wang kepadanya kerana dia tahu wang simpanan isterinya masih banyak lagi hasil daripada sumbangan Angkatan Tentera Malaysia. Pada suatu malam Harun meminta wang dan seuntas rantai daripada Fatimah. Ibunya enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan dia dipukul sehingga pengsan. Bujei cuba menghalang tetapi ditendang dan diterajang oleh bapa tirinya sehingga tidak berdaya lagi untuk membantu ibunya. Tiba-tiba sebuah pelita telah terbalik dan menyalakan api yang akhirnya memusnahkan seluruh rumahnya dalam satu kebakaran yang tidak dapat dikawal lagi. Dia tidak berdaya menyelamatkan ibunya dan telah terkorban dalam tragedi malang itu. Harun kemudiannya menuduh Bujei menjadi punca kebakaran yang meragut nyawa isterinya kerana suka bermain pelita. Selepas itu Bujei tersedar daripada lamunan itu apabila terdengar bunyi motosikal melalui atas jambatan. Dengan segera dia terjun ke dalam sungai menyebabkan Tuk Sidang Saman terkejut dengan kelakuan Bujei itu. Tuk Sidang Saman memberhentikan motosikalnya di atas jambatan sambil memandang kepada Bujei yang aneh itu, walaupun dia telah mengetahui siapa Bujei sebenarnya.

You might also like