You are on page 1of 23

CANTUMAN

Mengapa cantuman dibuat? Cantuman adalah satu proses pembiakan tampang(vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok anak benih penanti. Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan sebagainya. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat mengenai cantuman berdasarkan pengalaman dan pembelajaran penulis selama 30 tahun dalam bidang pertanian. Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan. Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang boleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan. Kebaikan cara ini seperti dapat mempercepatkan kematangan pokok, ciri-ciri pokok seperti induknya, murah, cepat matang, jangkamasa yang singkat dan sebagainya. Kaedah-kaedah pembiakan tampang. Cantuman mata tunas Cantuman baji (cantuman appolo) Cantuman sanding Tut pada pokok dewasa Keratan ranting. Cantuman mata tunas

Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga. Peralatan asas yang diperlukan: Anak benih dalam polibeg - pokok penanti Pisau cantuman Pita cantuman Mata tunas dari pokok yang telah dipilih dan Gunting pokok

Persiapan

Sediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok penanti. Cara mencantum Dengan menggunakan pisau cantuman , buat kelaran lintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklah di antara 12 hingga 15 cm. Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah. Sekarang pokok penanti telah pun siap untuk dibuat cantuman. Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah dipotong dengan berhatihati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai daun dengan ranting. Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang.

Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas. Penjagaan. Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman.

Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput.

Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggal pada kayu ranting. Kulit tunas ditampalkan dibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awal pada pokok penanti. Cantuman mata tunas adalah satu kaedah pembiakan yang paling mudah dan boleh dijadikan satu perniagaan. Terdapat lebih 750 nurseri atau Perniagaan Tapak Semaian di Malaysia yang manjalankan cantuman sebagai kaedaah pembiakan tanaman. Bagi mereka yang minat untuk belajar berkaitan Teknik dan Teknologi Cantuman boleh bertanya kepada Jabatan Pertanian untuk mengetahui bila kursus cantuman akan diadakan. SEKIAN. BIAKKAN POKOK...KAEDAH MENCANTUM... CARA MENCANTUM...BETUL DAN TEPAT... BOLEH BERNIAGA...PASTI UNTUNG... ILMU DI CARI...BELAJARLAH CEPAT By M Anem Ptjya

LANGKAH-LANGKAH MENCANTUM MATA TUNAS DURIAN

1. Kelar melintang 1/3 lilitan batang anak pokok penanti. Kopek kulit keluar daripada batang bermula dari kelaran lintang menghala kebawah menggunakan pisau cantuman.

2. Pilih mata tunas dari pokok induk durian terpilih mengikut keperluan anak benih yang hendak dihasilkan. Pastikan ambil scion dari pokok yang sihat dan mencukupi bilangannya. Kelar memanjang mata tunas memanjang kiri kekanan untuk mendapatkan matatunas (scion).

3. Mata tunas yang akan kelihatan dari disebelah dalam kulit mata tunas. Pastikan mata tunas tudak cacat atau tertinggal pada kayu ranting apabila lapisan kayu dikeluarkan dari mata tunas. Potong bahagian hujong mata tunas agar rata.

4. Letakkan mata tunas durian kepada bahagian tingkap pada pokok penanti dari langkah (1). Potong bahagian kulit tetingkap pokok penanti sedikit kebawah dari mata tunas.

5. Apabila kedudukan mata tunas sudah 'ngam' diletak pada tingkap, maka kita perlu balut dengan menggunakan pita cantuman dengan kemas. Balutan dimulakan daripada bahagian bawah ke atas dimana ini mengelakkan air mesuk jika dibalut terbalik ketika siraman dijalankan.

6. Pastikan pita cantuman tidak menutup mata tunas kerana kita mahu tunas durian tumbuh keluar kelak. Matikan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm.

7. Pita cantuman akan dibuka selepas 3-4 mingga didalam nurseri. Kalau kita dapati kulit scion menjadi hijau menunjukkan ia berjaya dan sebaliknya. Potong batang pokok penanti anggaran 15 cm dari paras cantuman selepas 7 hari. Ini akan mengurangkan pertumbuhan pucuk pada pokok penanti sebaliknya menggalakan tunas baru tumbuh pada mata tunas cantuman.

8. Pemerhatian saya di Stesyen Pertanian yang mengeluarkan beribu-ribu anak pokok durian cantuman mata tunas durian mendapati selepas 8 - 10 bulan proses cantuman, anak pokok tersebut sedia untuk ditanam diladang. Pada masa ini terdapat antara 10 -12 helai daun dengan ketinggian lebih dari 30 cm.

Diantara kelebihan teknik cantuman mata tunas adalah kerana cara ini dapat menghasilkan varieti atau klon durian yang mempunyai maklumat genetik yang sama seperti pokok induk (true- to - type seedlings). Ini berbeza dengan jika tanam terus dari biji durian yang diambil dari buah kerana bunga durian adalah heterozygous dimana biji yang ditanam tidak menyerupai induk akibat pendebungaan bersilang (cross pollination) dari beberapa varieti berlainan. Kaedah ini mampu menghasilkan anak benih klon yang berkualiti dengan cepat, kuantiti yang banyak dan mudah diuruskan dalam nurseri. Pengurusan tanaman didalam nurseri juga agak mudah kerana keseragaman pertumbuhan dan baka yang digunakan. Kini banyak nurseri swasta telah mengkomersilkan aktiviti mencantum anak benih durian varieti terpilih seperti Varieti Raja Kunyit / Musang King (D197), Varieti Bukit Merah (D24) dan banyak lagi varieti pilihan ramai.

Anak benih durian klon.


MENCANTUM DURIAN... ADA TEKNIKNYA... POKOK PENANTI ... 6 BULAN UMURNYA... MATA TUNAS DURIAN... BAIK KUALITINYA... LEPAS 8 - 10 BULAN... KELADANG DITANAMNYA... By, M Anem Pusat Pertanian Serdang, Selangor, Malaysia. (26 Muharram 1434H)

PEMBIAKAN TAMPANG TUMBUHAN

Apakan dia Pembiakan Tampang atau Vegetative Propogation ? Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggilklon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak lebih 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. Di Malaysia industri tanaman pitaya hampir musnah akibat serangan penyakit Erwinia kerana anakbenih yang digunakan semuanya dari keratan yang mudah diserang yang dibiakan melalui keratan. Artikel ini saya menulis teknologi mengenai pembiakan tanaman secara tampang berdasarkan pengalaman penulis, pemerhatian, pembacaan dan proses pembelajaran di universiti dulu. Kebaikan2 Pembiakan Tampang adalah boleh mendapatkan anak pokok yang seragam dan sama (True-to-type) dengan pokok asal atau ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya, pokok cepat berbunga atau berbuah dan kebolehan untuk dibiakkan sepanjang tahun. Selain itu pembiakan tampang boleh dibuat dengan jumlah yang banyak dalam satu masa.

Kaedah ini juga dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas. Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan atau Keburukan dalam Pembiakan Tampang seperti tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini. Kadang2 juga berlaku insiden dimana pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit berkaitan serangan virus. Kaedah Pembiakan Tampang ini juga memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit dan perlukan perkakasan khas. Jenis-jenis Pembiakan Tampang

Terdapat dua cara dalam perlaksanaan pembiakan tampang di Malaysia iaitu dengan Kaedah Pembiakan Semulajadidan Pembiakan Cara Buatan. Kaedah bergantung kepada ini kepada sifat semulajadi tumbuhan tersebut dan kesesuaiannya. Bagi Pembiakan Secara Semula Jadi ada 6 cara iaitu RAYAPAN, SULUR, UMBISI, BEBAWANG, RIZOM, TUBER dan AKAR TUBER. A) KAEDAH PEMBIAKAN SEMULAJADI 1) Kaedah Rayapan (stolon) adalah dimana batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum. 2) Kaedah Pembiakan Sulur adalah dimana Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contohnya kebanyakan jenis Pisang (Ravenala) dan Keladi' 3) Pembiakan Cara Umbisi ialah menggunakan umbisi semulajadi untuk dijadikan benih seperti Keledek, Sengkuang, Gladiolus, abaca dsb. 4) Pembiakan Kaedah Bebawang (leaf scale)dimana bebawang diambil dan ditanam seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Lily, Amaryllis. 5) Pembiakan Kaedah Rizom dimana akar rizom/batang yang menjalar di bawah permukaan tanah tumbuh sebagai pokok baru seperti halia, bunga tasbih, iris, rumput dan kunyit. 6) Pembiakan Cara Tuber seperti tanaman kentang dan keladi. 7) Pembiakan Kaedah Akar Tuber dimana Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar seperti tanaman dahlia, keledek dan gloriosa. 8) Kaedah Pembahagian (Division atau Quartering) adalah kaedah terbaru yang boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang. B) KAEDAH PEMBIAKAN SECARA BUATAN Bagi Kaedah Pembiakan Secara Buatan terdapat 3 cara paling popular dilaksanakan iaitu dengan membiakan tampang caraKERATAN, CANTUMAN dan LENTURAN/ MENGETUT. 1. KERATAN

Kaedah KERATAN dibuat pada daun , batangdan akar. Bagi teknik Keratan Dahan atau batang menggunakan keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana keras dan keratan kayu hijau atau lembut. Caranya ialah dengan memilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit yang panjang keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu secara serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun dan tentukan sekurang- kurangnya ada satu (1) tunas untuk akar dan satu (1) tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan kemudia di siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Antara nya seperti jenama SERADIX.

Bagi Teknik Keratan Daun pula dijalankan menggunakan bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan ornamental atau bunga-bungaan banyak yang sesuai dibiak dengan cara ini. Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

Bagi Teknik Keratan Akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, ( misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Penulis pernah membiakan tanaman sukun di kampong dengan banyak untuk diedarkan kepada penduduk kampong di Gersik, Muar, Johor beberapa tahun dulu. Penjagaan Keratan yang rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan

penyakit. Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

2. CANTUMAN Cantuman adalah satu kaedah pembiakan tampang yang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Kaedah ini berjaya membiakan tanaman buah-buahan terpilih dengan kejayaan yang tinggi. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan. Nurseri swasta dan Jabatan Pertanian ada menyimpan pokok induk untuk dicantum dan diedarkan kepada petani. Tanaman durian Raja Kunyit atau juga dipanggil Musang King atau D169 contohnya dicantum kerana menerima permintaan yang begitu tinggi pada masa ini di Malaysia. Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan Cantuman dengan Kaedah Sandingan dijalankan dengan menyandingkan dua anak benih dan mengikis bahagian kambium dikedua-dua batang/dahan anak benih. Rapatkan bahagian tersebut dan ikat dengan 'plastic tape' dengan kuat untuk elakkan air masuk. Biarkan untuk beberapa masa sehingga sandingan melekat. Potong bahagian yang di kehendakki di bawah sandingan dan akar penenti dibahagian atas. b) Cantuman mata tunas Cantuman menggunakan mata tunas adalah kaedah yang paling lazim digunakan. Tunas dan pokok penanti dipilih dari bahan yang segar, tidak berpenyakit, sesuai dan masa cantuman yang tepat. Beberapa kaedah cantuman mata tunas ialah seperti Kaedah Cantuman 'T' , Kaedah Cantuman Tampal dan Kaedah Cantuman Takuk. Semua kaedah ini boleh dipelajari di pusat-pusat pertanian Jabatan Pertanian di seluruh Malaysia. Kursus jangkapendek boleh dipelajari dengan menjalankan latihan teori dan praktikal. c) Cantuman Belahan Kaedah Cantuman Belahan merupakan satu lagi teknik cantuman yang juga di panggil sebagai 'Cleft Budding'. Teknik ini sesuai untuk dahan atau batang muda dimana pokok penanti dibelah dua dan masukkan 'scion' kedalam belahan dan ikat dengan kuat. Kaedah ini perlukan penjagaan yang lebih diperingkat awal untuk mempastikan gabungan cantuman belahan ini cukup kuat sebelum di alih kedalam polibeg. Kaedah cantuman belahan mempunyai 3 teknik iaitu Teknik Belahan Tepi, Teknik Belahan Rencung dan Teknik Belahan Baji. Pokok Penanti (Stock Plant) Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas. Penyediaan pokok penanti adalah dijalankan awal terutama untuk buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, limau manis, mangga, manggis, cempedak dan sebagainya. Biji benih yang dikumpul disemai dalam polibeg yang sesuai. Mata tunas (Scion) Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros. Pemilihan mata tunas sangat kritikal dengan kriteria tidak terlalu tua atau tidak terlalu muda. Mata tunas yang hendaak dibawa jauh perlu di balut dengan kertas atau kain basah dan hendaklah di cantum dengan pokok penanti sebaik-baiknya pada hari yang sama. Pengalaman penulis membawa mata tunas tanaman koko pada pertengahan tahun 1980'an untuk program cantuman koko dulu masih segar dalam

ingatan. Cara mencantum mata tunas Kaedah Cantuman tampal imulakan dengan menyediakan pokok penanti kemudian potong dua garisan daripada atas ke bawah iaitu panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. Pemotongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm. Buatkan satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek. Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas. Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. Kira2 satu minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunastunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang. Kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama. c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama. d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur. f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

3. LENTURAN (Layering) Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup. Terdapat empat jenis lenturan: a) Lenturan Pucuk (tip layerage) b) Lenturan Busut c) Lenturan Peparitan (berbaringan) d) Lenturan udara (tut) Lenturan udara (tut) Lenturan Udara merupakan teknik yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut dibuat dengan menyediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Gunakan tanah campuran biasa digunakan iaitu 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik. Campur dengan 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik. Cara memilih dahan yang sesuai untuk di tut ialah dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.

Cara mengetut dibuat dengan menyediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab. Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat. Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas dan Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik. Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya. Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik. Benih yang sesuai boleh diubah apabila sesuai digunakan. Penulisan artikel diatas berdasarkan ingatan penulis ketika belajar di Universiti dulu iaitu subjek yang agak menarik. Kini terdapat lebih 750 Usahawan Nurseri di seluroh Malaysia yang membuat perniagaan pengeluaran benih tanaman. Agak-agak berapa juta anak benih keratan, cantuman dan tut yang dikeluarkan oleh mereka dalam setahun?.....Belum ada data yang menunjukkan keperluan dan pengeluaran anak benih di Malaysia yang tepat pada masa kini. Wallahualam.... KERATAN, TUT, CANTUMAN....MEMBIAK POKOK... BENIH DIJUAL....ADA YANG TAK ELOK... KALAU BUAT SENDIRI....PASTI TAK DISOROK... BELAJAR MEMBIAK BAKA....KENA SERONOK..... Panduan Menyemai Keratan Anggur Lama juga saya tak up load maklumat di blog ni. Kali ni saya nak berkongsi cerita macamana saya menyemai anggur dari keratan ranting. Sekarang ni pokok anggur dah banyak didapati dimana-mana di Malaysia. Ada kalanya kita diberikan keratan ranting anggur untuk dibawa balik untuk disemai ataupun kekadang kita membeli keratan anggur melalui pos. Mungkin maklumat yang saya kongsikan dibawah ini dapat membantu menghidupkan pokok anggur melalui keratan. Cara ini adalah sesuai untuk menyemai keratan ranting anggur dalam kuantiti yang kecil, kalau nak semai banyak-banyak hingga beribu (nak buat nurseri anggur), itu kena buat cara lain...

Mula-mula sekali kita kenalah ada keratan pokok anggur. Kalau diambil sendiri dari pokok anggur, saya selalu ambil ranting yang bersaiz sebesar batang pensel dengan panjang minimum tiga mata tunas. Untuk membezakan hujung pangkalnya, saya akan membuat keratan rata pada pangkal dan runcing pada hujung ranting seperti dibawah:

A. Lepas tu bila dah ada keratan, bolehlah mula untuk menyemai keratan ranting anggur anda.

Sediakan Pasir Sungai 1 (satu) bahagian

Sediakan Fiber Sabut kelapa 2 (dua) bahagian.

Gaulkan dan masukkan dalam pasu kecil atau polibeg. Semaian dalam pasu dapat menghasilkan kadar pertumbuhan yang lebih baik.

Cucukkan keratan anggur ke dalam pasu kira-kira 2-3 inci bergantung kepada panjangnya keratan. Pastikan keratan tidak ditanam terbalik kerana kalau ditanam terbalik, akar pokok tidak tumbuh. Jika ada penggalak agar, sapukan pada bahagian bawah keratan sebelum dicucuk ke dalam pasu. Padatkan tanah disekeliling keratan untuk memastikan ia sentiasa tegak dan tidak bergoyang

B. Penjagaan Semaian Keratan Anggur

1. Letakkan keratan anggur yang telah dipasu di kawasan yang teduh (tidak terdedah kepada hujan) tetapi mendapat cahaya matahari.

2. Siram dengan air pagi dan petang. Pastikan media tanaman tidak kering dan tidak terlalu lembab hingga menakung air. Kalau air bertakung, keratan akan mati.

3. Elakkan dari keratan anggur bergoyang atau terlanggar lebih-lebih lagi pada dua minggu pertama setelah disemai kerana dalam tempoh itu, keratan anggur mula untuk tumbuh akar dan akar yang tumbuh adalah terlalu sensitif jika diganggu. 4. Tunas baru akan mula keluar dari keratan selepas seminggu disemai dan akar akan mula keluar selepas dua minggu. 5. Elakkan membaja pada peringkat permulaan, pembajaan boleh dibuat selepas sebulan. Digalakkan penggunaan baja organik bagi mengelakkan pokok mengalami kerosakkan akibat terlebih pembajaan kimia. 6. Saya biasanya akan membiarkan benih anggur tumbuh lebih dua bulan sebelum dialih kepasu yang lebih besar atau di tanam di atas tanah. 7. Kalau ditempat anda tidak terdapat atau susah nak dapat fiber kelapa, bolehlah digunakan media-media

tanaman yang dijual dikedai-kedai atau dipasaraya. Kalau membeli media tanaman, pilihlah media tanaman untuk semaian. Ok, selamat menyemai keratan ranting anggur anda...
Posted by The Gentlement Farmer at 7:11 AM 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Saturday, July 14, 2012 Masalah pokok anggur terhenti membesar... Lama betul saya tak menulis di blog ni..sebenarnya bahanya ada tapi masanya tak ada.

Kali ini saya nak kongsi cara saya merangsang pertumbuhan anak pokok anggur yang macam segan-segan nak hidup.. Saya rasa ramai peminat anggur yang mendapati benih anggur yang ditanam lambat sangat nak naik para, tumbuhnya perlahan dan daunnya pun kecil-kecil je walaupun dah dibaja dan disiram air dengan penuh kasih saya. Masalahni biasa kalau kita tanam dalam pasu. Tapi jangan kata tanam anggur dalam pasu tak boleh jadikkan pokok hidup subur dan berdaun cantik dan lebar..macam dalam gambar di sebelah. Untuk membaikpulih anak pokok supaya dapat hidup dengan subur, apa yang saya buat adalah seperti berikut:

1. Saya baik pulihkan tanahnya dengan menggunakan compost tea tahi arnab. Apa yang saya buat, saya siram compost tea tahi arnab setiap dua minggu selama sebulan. 2. Kemudian saya kerat ranting2 dan tunas2 yang tak diperlukan pada anak pokok anggur tu dan saya tinggalkan satu sahaja tunas yang paling sihat untuk dibiarkan hidup. (Sila lihat gambar dibawah macamana saya buat) 3. Selepas buat perkara di atas tu, barulah saya letak skit baja, baja 8:8:8 (processed chicken dung)

Gambar disebelah kiri adalah sebelum gambar anak pokok anggur sebelum digondolkan dan gambar disebelah kanan selepas digunting-gunting cabang-cabang dan tunas-tunas yang tak berkenaan. Tujuannya adalah untuk memfokuskan segala tenaga pokok tu untuk naik ke atas para dengan kadar cepat.

Percayakah anda bahawa anak pokok anggur digambar di atas yang telah memanjat melepasi para adalah pada saiz yang sama semasa ditanam pada tarikh yang sama dengan pokok anggur yang dalam gambar disebelah kiri di atas..

p.s. Anak pokok anggur yang ditunjukkan di sini adalah anggur Alphonse Lavalle (Bali) yang ditanam dalam pasu dan bawah pasunya dilubangkan supaya akar anggur boleh lepas ke tanah dengan bebas

Posted by The Gentlement Farmer at 4:36 AM 5 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Friday, January 7, 2011 Cara Menanam Anak Benih Anggur dari Thailand sambungan

Pengalaman saya menanam anggur benih seperti dibawah ni amatlah tidak memberansangkan. Banyak duit yang terbang untuk beli benih jenis ini atas memenuhi kehendak hati untuk menanam jenis anggur yang lebih baik dan glamour.

Dulu masa mula2 beli dulu, penjual tidak memberi tahu cara untuk menanam anak benih anggur dari jenis ini. Jadi saya cuba ikut cara sendirilah, dan sememangnyalah tak hidup pokok anggur yg kita nak, tapi yang hidup adalah pokok penanti. Kalau ikut gambar diatas tu, pokok penanti tu adalah keratan anggur yg dah berakar tu dan anak benih anggur yg kita nak membesar adalah mata tunas yg berbalut dengan plastik merah tu. Bila kita kaji sifat pokok anggur di kawasan tropika, kalau dibuat keratan, biasanya tunas anggur akan keluar dari mata tunas yang paling hujung (orang putih kata kat terminal end). Jadi bila kita tanam benih diatas, tunas baru akan keluar mula-mula sekali pada mata tunas yg paling atas sekali. Masalahnya bila tunas yg paling atas tu dah keluar, kemungkinan tunastunas yang dibawahnya untuk tumbuh adalah amat kurang sekali. Jadi akibatnya, mata tunas yg berbalut merah tu takkan cambah. Yang akan terus membesar adalah pokok penanti tu. Setelah mencuba bebarapa kali, saya dapati cara yang paling berkesan untuk mencambahkan mata tunas yg berbalut merah tu adalah dengan membuang semua mata tunas yang berada diparas lebih atas dari mata tunas tersebut. Langkah2 yang saya buat untuk menanam benih anggur jenis cangkut (tut) adalah seperti berikut: 1. Buka plastik yg membalut akar tu perlahan-lahan dan tanam dalam pasu atau plastik hitam yang telah diisi tanah yg baik 2.Bila dah 2 minggu, akan kelihatan mata-mata tunas pokok penanti akan tumbuh dan ini menandakan akar pokok tu dah hidup. 3. Buang semua tunas-tunas pokok penanti yang hidup. Daun jangan dibuang 4. Dalam seminggu dua tunas yg berbalut merah tu akan mula tumbuh dan perhatikan juga jika ada tunas2 dari pokok penanti yg tumbuh, ianya haruslah dibuang..

5. Pastikan semasa benih anggur tidak terkena hujan yg banyak atau lebih baik diletak dibawah lindungan hujan. 6. Benih anggur tu bolehlah dipindahkan ke tanah atau dipasu yang lebih besar bila dah mencapai ketinggian melebihi satu kaki.. Ok lah selamat mencuba.. Posted by The Gentlement Farmer at 6:15 AM 2 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Cara Menanam Anak Benih Anggur dari Thailand (1) Peminat dan pengumpul jenama pokok-pokok anggur, pasti akan cuba untuk menanam jenama pokok anggur yang lain dari yang biasa ditanam di Malaysia ni (Isabela dan IAC adalah jenama yang biasa dan senang didapati). Biasanya jenama-jenama anggur seperti Black Opal, Black Pearls, dll biasanya dibawa masuk oleh penjual benih dari Thailand dalam bentuk benih dari cantuman mata tunas. Rupa benih ni adalah seperti dibawah ni.

Cara membuat benih ni adalah dengan mencangkuk (tut) pokok penanti dari jenis Solonis X dan apabila akar sudah keluar, mata tunas pokok2 anggur yang dikehendaki seperti Black Opal, Black Queen, White Malaga dll akan dicantumkan kebatang pokok penanti dan dibalut dengan plastik berwarna seperti dibawah ni.

Apa yang kita mahukan ialah mata tunas Black Opal yang tumbuh seperti dibawah:

Tapi apa yang terjadi adalah tunas pokok solonis X yang tumbuh seperti gambar dibawah:

Pokok Solonis X ni adalah jenis pokok anggur yang tahan penyakit, senang hidup, rajin berbunga tapi masalahnya buahnya kecil sangat kekadang sebesar kepala mancis.

Anggur dari jenama yang glamor seperti Black Opal, Black Queen etc mempunyai ciri-ciri buah yang besar, cantik dan rasa yang manis. Walau bagaimanapun, kalau ditanam secara keratan batang dikawasan Tropika pokok2 ini tidak tahan serangan penyakit lebih2 lagi apabila keadaaan lembab dan selalu hujan. Untuk menanam anggur ini dikawasan Tropika biasanya pembuat benih akan mencantumkan mata tunas pokok glamor ni pada pokok Solonis X bagi mendapatkan hasil yang baik. bersambung.. Posted by The Gentlement Farmer at 5:36 AM 2 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Friday, August 20, 2010 Anggur dah mula masak

Anggur Isabela yang diprun 3 bulan yang lalu dah mula menampakkan tanda-tanda nak masak. Enjoylah gambargambar ni

Posted by The Gentlement Farmer at 3:56 AM 2 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Tuesday, August 3, 2010 Jenis-jenis anggur yang ada dirumah saya 2 Anggur IAC

Anggur ni dipercayai berasal dari Brazil. (Kalau tak caya cuba googled IAC Brasil. IAC tu nama institut pertanian di sana yang keluarkan benih anggur ni. Buah masak warna kuning. Komen dari seorang perasa buah anggur nianggurni adalah anggur termanis yang dia penah rasa. Mungkin anggur free kot memanglah manis..tapi kalau nak betul2 manis kena petik buah semasa buah berwarna kuning.

Pokok ni rajin berbuah dan saiz buah sederhana dan tangkai buah kalau cukup subur boleh sampai satu kaki

panjang.. Ni gambar pucuknya beserta dengan bunganya. Nampak ada dua tangkai dalam satu gugus..

Buahni selalu kena serang kulat, lebih2 lagi kalau musim hujan. Jadi kalau nak buah cantik elok sembur dengan racun kulat atau semburan EM. Saya suka sembur EM sebab takut bahaya kepada anak-anak dan binatang peliharaan kalau guna racun dikawasan rumah.

You might also like