You are on page 1of 2

(1) Bismillahirrahmanirrahim Yang Berbahagia, .................................................. GB En............................................. Pn.............................................

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bersongkok sampin segak bergaya Berbaju kurung anggun jelita Majlis selamat hari raya Tangan dihulur maaf dipinta Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di......................................... ini di penghujung bulan Syawal ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri bagi tahun 2013. (4) DOA Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz ........................... bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz. terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN Hadirin hadirat , murid-murid yang dikasihi sekalian, Lemang dihidang enak rasanya Nasi dagang pilihan kita Bingkisan kata bingkisan raya Tuan GB/Puan PK bermadah kata Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, Pn................................................................., Guru Besar SK .................untuk menyampaikan sepatah kata.

Dipersilakan. . Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. Puan Guru Besar (6) JAMUAN Nasi beriyani menu utama Lontong dan soto tidak dilupa Kek dan biskut tersedia di meja Apa lagi jom jamu selera Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Murid-murid bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SK .................., jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para murid sendiri. PERSEMBAHAN: Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Sambil berbual nikmati juadah Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar. {1} Terima kasih diucapkan kepada __________________________ {2} Terima kasih diucapkan kepada __________________________ Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan kalungan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini. Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

You might also like