You are on page 1of 2

Jurnal Reflektif Saya mengajar di SJK Sungai Tengah Matang.

Saya diberikan komitmen dan peluang sebagai guru penasihat dalam program Kem Sukan 1 Murid 1 Sukan Tahun 2013 di sekolah saya. Sebagai seorang penasihat dan pengiring dalam program ini, saya

bertanggungjawab dengan sepenuhnya dalam program ini.

Program latihan yang

dirancang mesti mematuhi prinsip-prinsip latihan supaya ia mencapai objektifnya iaitu mendapat kesan yang positif. Prinsip-prinsip latihan adalah seperti latihan jangka masa panjang, latihan tetap dan sistematik, variasi latihan dan sebagainya. Untuk menyahut pelaksanaan kerajaan terhadap 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, sekolah kami mewajibkan setiap orang murid dikehendaki melibatkan diri dalam kelab persatuan, unit beruniform dan juga sukan. Sejurus itu, pihak sekolah telah merancang pelaksanaan setiap ko-kurikulum tiga minggu sekali. Dan masa yang diambil untuk setiap perjumpaan ialah dua jam. Oleh itu, sukan olahraga saya telah dirancangkan 3 minggu sekali dalam jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jurnal refleksi di bawah ini merangkumi program kem Sukan 1 Murid 1 Sukan yang telah berlangsung pada 27 Ogos dan 28 Ogos 2013 selama dua hari di Dewan Sebarguna SJK Sungai Tengah dan gelanggang bola keranjang. Pada hari pertama pendaftaran peserta dijalankan pada pukul 1.15 petang oleh urus setia. Aktiviti yang dijalankan pada slot pertama adalah taklimat dan sesi suai kenal oleh ketua dan penolong kem komanden. Slot kedua adalah mendirikan khemah yang diiringi oleh saya sendiri dan Cikgu Teo. Dalam aktitiviti ini murid melibatkan diri dengan penuh semangat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid. Ini merupakan satu aktiviti yang baru bagi murid sekolah saya, kebanyakkan murid saya langsung tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti mendirikan khemah. Seterusnya slot ketiga adalah tentang pengenalan memanaskan badan yang diiringi oleh Cikgu Lily Su. Slot keempat pula adalah OVEP / Dinamika oleh Cikgu Bong. Peserta bersurai dan balik rumah pada pukul 5 petang pada hari pertama. Pada hari kedua , perhimpunan dan taklimat oleh ketua dan penolong kem komanden. Seterunya aktiviti slot kelima adalah Malaysia cergas iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh saya sendiri dan Cikgu Chai Lee Ping. Slot keenam adalah ceramah tentang kesihatan dan

keselamatan dalam sukan oleh Cikgu Yeo So Kiang yang menerangkan tentang bagaimana untuk mengamalkan cara memilih makanan yang sesuai untuk kesihatan kita. Bagaimana menjalankan keselamatan diri sendiri semasa menjalankan aktiviti. Slot ketujuh adalah ceramah tentang memperkenalkan sistem pertandingan yang diiringi oleh Cikgu Foo dan Cikgu Chang. Mereka memperkenalkan tentang sistem kalah mati dan sistem liga serta cara bagaimana pemilihan pemain dalam pertandingan. Slot ke lapan pula adalah berkenaan dengan cara menjaring bola keranjang oleh Cikgu Monita Ting dan Cikgu Kong. Slot yang terakhir iaitu slot ke Sembilan adalah permainan memukul dan menendang bola oleh Cikgu Foo dan Cikgu Chang. Apabila semua slot telah dijalankan maka tiba masa untuk mengemas khemah. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta dan guru penasihat. Murid-murid bersurai pada pukul 5 petang.

You might also like