You are on page 1of 1

PENGENALAN

The term teacher leadership refer toskills by teachers who continue to teach students but also have an influence that extends beyond their own classroom to others within their own school and elsewhere(Danielson, 2006: 12)

Menurut Danielson (2006) kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan kerana guru itu merupakan ketua organisasi tetapi disebabkan guru tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan sejawat lain. Dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan kecekaoan teknik pendidikan dan

kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan tidak statik dan sering kali berubahubah seperti program pendidikan yang bertambah kempleks. Ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan baru yang perlu diambil kira dalam merealisasikan peranan kepimpinan guru. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terselah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama murid-murid kea rah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, member arahan, mengawal perjalanan proses dan bentuk strategi bagi mencapai matlamat. Oleh itu pemimpin haruslah berkebolehan dan berupaya mengubah penakulan tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian matlamat.

You might also like