You are on page 1of 3

Kesimpulan

Aspek penilaian merupakan aspek penting yang harus dititikberatkan oleh semua pihak tidak kira guru,pelajar,sekolah,ibu bapa mahupun kementerian.Semua rancangan ini mengandungi misi dan visi tersendiri bagi mengangkat martabat pendidikan.Guru-guru merupakan watak utama yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum sebagai perancang,penginterpretasi dan pemodifikasi. Penilaian merupakan aspek terpenting kerana ia menentukan sama ada pelajar tersebut bersedia untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru ataupun tidak.Penilaian yang dilakukan oleh guru ialah sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian yang dibuat ke atas keadaan fizikal pelajar seperti penumpuan pelajar kepada guru.Sekiranya keadaan pelajar seolah-olah berminat dengan apa yang disampaikan oleh guru bermakna pelajar tersebut memahami apa yang diajari oleh gurunya dan sebaliknya. Ibu bapa juga hendaklah memberikan maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian anakanak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan tumpuan menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anak-anak mereka akan meningkat Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubal dasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran, sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu, maka pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan. Melalui pelaksanaan penilaian dalam konteks KBSR dan KBSM di peringkat sekolah rendah dan menengah,kita dapat melihat terdapat beberapa implikasinya terhadap sistem pendidikan di negara kita.Terdapat beberapa implikasi terhadap pendidikan iaitu kurikulum di sekolah

mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras.Hal ini akan menunjukkan kepada dunia luar bahawa sistem pendidikan kita adalah selaras dan mampu menjadi contoh kepada negara lain.Hal ini seterusnya akan memudahkan negara untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai iaitu menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang unggul. Implikasi seterusnya pula ialah melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan,guru dapat memahami sistem pendidikan dengan lebih teratur.Hal ini akan membantu guru bagi merancang proses pengajaran dan pembelajarannya secara strategik kerana berdasarkan FPK semua mata pelajaran yang diajar adalah sama di semua sekolah.Terdapat garis panduan yang telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh guru.Ini akan memudahkan guru untuk melahirkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.Melalui penilaian yang dilakukan sama ada penilaian formatif ataupun sumatif akan melatih guru untuk bersikap bertanggungjawab bagi menjadi guru yang baik kerana guru akan sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. Implikasi yang terakhir ialah setelah penilaian yang dilakukan secara berterusan ataupun secara pencapaian telah memberi kesan kepada institusi pendidikan.Pelbagai perubahan demi perubahan dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kemudahankemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilainilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga

diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

You might also like