You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian : Ke- 2 : Kedua : 22 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013

Tajuk Jurnal : Kaedah mengatasi masalah pelajar yang sangat bising dan tidak menumpukan perhatian ketika aktiviti kumpulan dijalankan. 1. Masalah / peristiwa

Sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung pada minggu kedua ini, pada hari Isnin, saya dapati apabila saya memberikan tugasan berkumpulan, pelajar saya ada yang terlalu aktif dan membuat bising. Tidak kesemua daripada mereka yang membuat kerja yang saya berikan, tetapi leka bermain atau mengganggu rakan-rakan yang lain yang sedang menyelesaikan tugasan kumpulan. Hal ini menyebabkan saya sukar untuk mengawal kelas saya. Disebabkan itu, saya tidak dapat menjalankan sesi PdP mengikut masa yang saya tetapkan. Pada hari Isnin, perhimpunan tamat lewat, jadi sesi pengajaran saya juga tamat lewat dari apa yang saya rancngkan.Hal ini kerana, masa saya banyak hilang disebabkan saya menyuruh murid senyap dan saya perlu mengulang arahan yang saya berikan beberapa kali. Masa pengajaran saya tidak dapat berjalan dengan baik dan terdapat aktiviti yang saya lakukan melebihi masa. Terkadang, saya tidak dapat menjalankan rancangan pengajaran harian yang lengkap iaitu sampai ke set penutup.

2. Analisis

Berdasarkan pemerhatian saya, masalah ini berlaku mungkin kerana arahan yang saya berikan tidak jelas ataupun murid terlalu aktif dan saya hilang kuasa untuk mengawal murid walaupun telah menjerit-jerit menyuruh mereka senyap. Ada pada satu ketika semasa aktiviti kumpulan diadakan, saya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

hampir memarahi pelajar. Namun saya tahan perasaan itu. Saya masih lagi menggunakan nada suara yang perlahan dan berhemah dalam menasihati mereka. Namun begitu, langkah itu kurang berkesan jika dilakukan kepada semua murid lelaki. Pada sesi pengajaran minggu ke dua, apabila murid saya membuat bising, maka guru pembimbing saya akan memarahi mereka terlebih dahulu. Kemudian barulah kelas kembali terkawal.

3. Cadangan / tindakan susulan

i.

Saya akan berbincang dengan ibu saya yang juga merupakan seorang guru dan mendapatkan nasihat serta bimbingan.

ii.

Saya akan mengikut saranan ibu saya yang menyuruh saya bersikap tegas dan terus menegur murid yang membuat bising dan tidak mematuhi arahan.

iii.

Saya akan bertindak mendiamkan diri serta merenung tajam ke arah murid yang membuat bising sehinggalah kelas kembali senyap.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dan murid peka jika guru menunjukkan reaksi berdiam diri dan terus menegur murid yang bising. Walaupun kaedah ini berkesan hanya untuk sementara waktu, namun saya perlu sentiasa berusaha menarik minat murid pada sesi PdP yang saya jalankan.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

You might also like